Thursday, 31 July 2025

TOK GUBAS / PANGLIMA ROSUL BIN DAENG JANNUNG

 


Ingin sahaya jelaskan kepada kalian  bahawa Panglima Rusol @Tok Gubas  ini merupakan anak ke 4 kepada Daeng Jannung selepas  Tok Lahir @Tok Moen@Tok Kesang , Tok Tahir@Tok Senin, Tok Bahir dan Tok Kepau. Panglima Rusol @Tok gubas telah berkahwin dengan Tok Seri , melahirkan 6 orang anak ia itu : Tok Dagang, Tok  Sengkar, Tok Mahat, Tok Bandung , Tok Dayang dan Tok Ribut.  Panglima Rusol ini berkampung bersama kekanda nya Tok Kesang di Tanjung Bangsal Kesang Tasik dipenghujung tahun 1790 an sehingga lah diawal tahun 1850  an , dan dipenghujung hayat nya ia mendapat sakit , maka menumpang lah ia di kediaman adinda nya ia itu Tok Kepau di kampung Sungai Rambai untuk berubat.  Dalam putaran masa ini maka datang lah panggilan  pencipta nya   , maka Panglima Rusol telah meninggal dunia dan dimakamkan di tepi sungai Kesang bersama makam makam kerabat nya yang lain.

Pada 30 Okt 2018 hari selasa bertempat dipinggir sungai Kesang di Kampung Sungai Rambai Melaka sempadan negeri Melaka / Johor . Pada hari ini kerja kerja penggalian dan pemindahan dua makam lama yang telah bersemadi disini sekian lama kurang lebih 122 tahun telah dilakukan oleh kontraktor  yang telah dilanrik oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) .

Makam yang sahaya maksudkan ialah makam Tok Awang bin Ribut , meninggal nya sebagaimana yang tercatat di batu nisan nya ia itu pada tahun 1896 M dan makam isteri nya Tok Timah binti Atak' , meninggal nya pada tahun 1901 M  . Ini adalah diatas daya usaha ahli ahli waris kadim Tok  awang bin Ribut untuk memindahkan  makam ini kerana  ia terletak diatas tanah persendirian di Lot 1577 kepunyaan Al Marhum Hj Md Yasin bin Mahat.

Makam ini akan dipindah dan disekalikan dengan makam makam Pahlawan Bugis yang telah diwartakan oleh pihak perbadanan muzium Melaka (PERZIM) ditepi Sungai Kesang.

Perlu diperjelaskan serba ringkas tentang asal usul Tok Awang bin Ribut ini, yang mana Tok Awang ini ialah ayahanda nya kepada Tok Demang Jaafar bin Awang yang memegang jawatan sebagai Tok Demang dikampung Sungai Rambai diera tahun 1900 an. Tok Awang telah berkahwin dengan Tok Timah binti Atak'  dan  melahirkan Tok Demang Jaafar dan seorang  lagi ia itu Che' Endah yang mana zuriat nya banyak terdapat dikampung Belemang Serom Tangkak.

Tok Awang ini ayahanda nya bernama Tok Ribut bin Panglima Rusol@Tok Gubas bin Daeng Jannung bin Daeng Kutak bin Daeng Jemuling bin Opu Pajung Daeng Telana.

Kalian bisa lihat di persekitaran ini merupakan kawasan belukar ditepi sungai Kesang dan disini dahulu nya ialah satu penempatan  orang orang Bugis yang pesat setelah melakukan migrasi dari Kepulauan Riau , dan sungai Kesang dijadikan penghubung penting dengan dunia luar pada masa itu. Makam ini dahulu nya terbiar dan terabai tidak seorang pun ahli waris  mengetahui nya , sehingga lah sahaya dan team sahaya melakukan  kajian tentang kampung Sungai Rambai dan ketemu makam ini dan banyak lagi makam makam lama yang berselerak di pinggir sungai Kesang masih tertera nama dan tahun meninggal nya di batu nisan. Kebanyakan batu batu nisan yang digunakan ialah batu laterit, batu granade dan batu gunung.

Dari awal penerokaan kampung ini disekitar tahun 1790 an oleh  sekumpulan orang orang Bugis menggunakan lima buah perahu layar besar seramai 120 orang termasuk laku laki dan perempuan , setelah mengharungi ombak dan badai dilautan  dari kepulauan Riau setelah berlaku pergolakan diantara kerajaan Riau-Lingga , Johor dan Pahang terhadap Kompeni Belanda. Pada masa itu kerajaan Riau-Lingga , Johor dan Pahang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah lll manakala yang dipertuan muda nya ialah Raja Ali Ibni Daeng Kemboja (Marhum Pulau Bayan ).

Setelah mangkat nya Raja Haji didalam perang di Telok Ketapang Melaka pada tahun 1784 , pihak Belanda telah mencampuri hal hal pentadbiran serta membuat perjanjian dengan Riau , yang mana orang orang berketurunan Bugis telah di diskriminasikan dan bermula saat itu mengubah lanskap penghidupan orang orang Bugis , akhir nya mencari tempat yang lebih selesa.

Dari peristiwa itu lah maka merika telah memudiki Sungai Kesang setelah beberapa hari berada di Pulau Besar , dan gerombolan itu yang diketuai lima orang saudara kandung satu bapa berlainan ibu , ia itu Tok Lahir@Moen@Tok Kesang telah meneroka kampung Kesang Tasek bersama adinda nya Tok Bahir dan Panglima  Rusol@Tok Gubas. Tok  Kepau telah meneroka kampung  Sungai Rambai, manakala Tok Tahir@Tok Senin telah mneroka kampung Serkam.

Dari Jurai keturunan  Panglima Rusol ini lah setelah berkahwin dengan Tok Seri maka melahirkan Tok Dagang, Tok Sengkar, Tok Mahat  Tok Bandung , Tok Dayang dan Tok Ribut. Jadi yang kita bicarakan ialah Tok Ribut ini lah melahirkan Tok Hitam bin Ribut , Tok Sa'amah binti Ribut   dan Tok Awang bin Ribut  yang sekarang ini kerja kerja penggalian dan pemindahan makam nya dihari ini.

Setelah mangkat nya Raja Haji didalam perang di Telok Ketapang Melaka pada tahun 1784 , pihak Belanda telah mencampuri hal hal pentadbiran serta membuat perjanjian dengan Riau , yang mana orang orang berketurunan Bugis telah di diskriminasikan dan bermula saat itu mengubah lanskap penghidupan orang orang Bugis , akhir nya mencari tempat yang lebih selesa.

Dari peristiwa itu lah maka merika telah memudiki Sungai Kesang setelah beberapa hari berada di Pulau Besar , dan gerombolan itu yang diketuai lima orang saudara kandung satu bapa berlainan ibu , ia itu Tok Lahir@Moen@Tok Kesang telah meneroka kampung Kesang Tasek bersama adinda nya Tok Bahir dan Panglima  Rusol@Tok Gubas. Tok  Kepau telah meneroka kampung  Sungai Rambai, manakala Tok Tahir@Tok Senin telah mneroka kampung Serkam.

Dari Jurai keturunan  Panglima Rusol ini lah setelah berkahwin dengan Tok Seri maka melahirkan Tok Dagang, Tok Sengkar, Tok Mahat  Tok Bandung , Tok Dayang dan Tok Ribut. Jadi yang kita bicarakan ialah Tok Ribut ini lah melahirkan Tok Hitam bin Ribut , Tok Sa'amah binti Ribut   dan Tok Awang bin Ribut  yang sekarang ini kerja kerja penggalian dan pemindahan makam nya dihari ini.




maklumat ini saya salin dari blogspot : https://keturunantokkepau.blogspot.com
terimakasih kepada Tuan Jaafar Al Bugisi atas perkongsian ini..





Thursday, 2 January 2025

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024



                    








 

Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua kerja akan mudah jika kita buat bersama sama dan gotong royong.. Melaka Heritage Treasure Hunt 2024 telah bermula dan berakhir dengan baik anjuran Melaka Heritage , Perzim dan Kelab Sukarelawan.

Alhamdulillah .. membentuk team work !!!

Tuesday, 17 December 2024

Kisah sebenar disebalik Kota A Famosa..

 

Kisah sebenar disebalik Kota A Famosa..

Ni pintu gerbang Kota A Famosa..??
Bukan kota tau.. Ramai salah anggap .

Bahan binaan Famosa ni dibuat dengan menggunakan serpihan batu-batu nisan sultan dan orang Islam , runtuhan masjid-masjid , dan rumah-rumah orang Islam di Melaka .

Jiwa kita kena betulkan bila hadir ke sini . Bayangkan , nenek moyang kita orang melayu dahulu mempertahankan dengan jiwa dan darah .

Dalam satu penulisan portugis , pernah merakamkan peristiwa kejatuhan melaka ini , mereka menulis bahawa takkan ada yang terselamat bila melintas dihadapan portugis tak kira siapa pun . Dewasa, orang tua atau kanak-kanak .

Al Fatihah untuk roh nenek moyang kita...

GOLD , GOSPEL DAN GLORY .

Setelah membina kubu ' Fortaleza De Malaca ' di atas sisa-sisa reruntuhan Istana Melaka, Masjid Agung Melaka dan batu-batu nisan makam diraja Melayu Melaka, Alburqurque mengisi penuh kapal Flor De La Mor dengan segala hasil jarahan khazanah kitab-kitab Melayu, alat-alat perhiasan berupa emas, perak, tembaga dan jongkong-jongkong emas serta meriam-meriam besi harta milik Melaka untuk dibawa balik ke pengkalannya di Goa, namun kapal ini karam di tengah laut.

Kuffar Portugis memaksa pula dengan menyebarkan ajaran Kristian Katolik di rantau ini dengan membawa beberapa mubaligh-mubaligh Katolik dan salah seorang yang terkenal ialah Saint.Francis Xavier.Hanya segelintir rakyat Melaka yang berjaya dipaksa murtad kerana pengaruh Islam di rantau nusantara adalah sangat utuh dan kukuh.Berbeza dengan jajahan takluknya di Goa yang begitu ramai dikristiankan oleh mubaligh-mubaligh Portugis ini.

Walaupun kuffar Portugis dan Sepanyol berjaya dengan cara melakukan kekerasan dan kezaliman di Borneo dan di utara Filipina, serta Filipina pada hari ini adalah sebuah negara penganut Kristian Katolik terbesar di asia dan ketiga di dunia selepas Brazil dan Mexico.

Kuffar Portugis juga dapat menjajah serta menjarah Brazil selama lebih kurang 277 tahun, Goa 451 tahun, Timor selama 379 tahun, Macau selama 442 tahun.Ini adalah jajahan empayar kuffar Portugal termasuk Melaka.

Namun, Melakalah yang paling pendek zaman penguasaannya akibat tekanan demi tekanan yang dilakukan oleh kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, Aceh, Demak dan Johor.Pada zaman penjajahan kuffar Portugis di bumi Melaka, perdagangan di Melaka telah mulai merosot dan ianya tidak lagi dikenali sebagai permata di Asia Timur.

Sunday, 15 December 2024

KADANG KANDANG KITA ADA CITA CITA TAPI BUKAN KITA YANG DAPATKAN , TAPI ANAK KITA YANG MILIKI

 


MASA SEKOLAH DULU DARI SEKOLAH RENDAH SAMPAI MENENGAH SAYA MEMASUKI PENGAKAP BUKAN SEBAB IKUT KAWAN TETAPI SEBAB MINAT. DENGAN DORONGAN ARWAH ABAH BELIKAN BAJU PENGAKAP COMPLETE SIAP SKAP , TALI PINGGANG , SONGKOK DAN PISAU PENGAKAP.. JADI MINAT TU MEMANG ADA DAN MENJIWAI ILMU PENGAKAP... NAMUN KETIKA TU TIADA PELUANG PUN UNTUK MEMILIKI SEBARANG ANUGERAH / PENCAPAIAN KERANA MUNGKIN TIADA REZKI ATAU MUNGKIN KITA BUKAN SIAPA2 KETIKA ITU..HEEEEE.... ALHAMDULILLAH SEMUANYA MENJADI KENANGAN TERINDAH...


NAMUN HARI INI CITA CITA SAYA TELAH DISAMBUNG OLEH ANAK YG KE 3 SORANG NI IAITU NURIN ZULAIKHA DIMANA MENJADI MURID PERTAMA DAN TUNGGAL DARI SEK KEB NYALAS YANG MENDAPAT RAMBU PENGAKAP KANAK KANAK.SAYA PUN TAK TAHU MASA BILA YANG DIA NI MINAT PENGAKAP.


APA PUN SAYA UCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMAKASIH KEPADA CIKGU ASRUL KHAN SHABAT SAYA YANG MEMBERI PELUANG DAN MEMBIMBING ANAK SAYA UNTUK MENDAPAT ANUGERAH INI DARI PENGAKAP MELAKA.



SEMUGA PENGAKAP MELAKA AKAN TERUS MAJU JAYA DAN SENTIASA MEMBIMBING ANAK ANAK DAN BELIA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG BAIK.

BUAT SEHABIS BAIK !!!!


ALHAMDULILLAH SEMUGA SEGALANYA DI RAHMATI DAN DILINDUNGI ALLAH SWT.




15.12.2024 - MAJLIS PENGANUGERAHAN RAMBU PENGAKAP MELAKA DI DEWAN PAY FONG , MELAKA

12.12.2024 - Libat Urus Memperkasakan Adat dan Warisan Jawa Melaka



Kali ini dijemput selaku peserta dalam sessi libat urus Memperkasakan Adat dan warisan Jawa di negeri Melaka. program ini adalah anjuran Perzim dan Melaka World Heritage Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Sukarelawan dan Kebajikan Warisan Melaka.


Turut hadir orang yang mencetus idea memperkasakan adat warisan Jawa Melaka iaitu YB Datuk Rahmad Mariman ADUN Ayer Molek bersama YB Datuk Zaidi Atan Timb Exco Warisan Melaka.




Program ini diadakan bersama persatuan anak jawa Paya Dalam dan Universitas NUsantara Kediri Indonesia.



Ini adalah bertujuan memberi kefahaman yang penting berkaitan matlamat dan halatuju memperkasakan warisan jawa di negeri Melaka.
Semuga apa yang dirancang dan diimpikan akan menjadi kenyataan.

Salam Perjuangan.




 

13.12.2024 - MALAM APRESIASI MPJ - BACK TO SCHOOL


 



Malam ini telah ditugaskan sebagai Stage manager untuk program dinner tersebut yang berkonsepkan back to school. seperti biasa timing dan flow acara mesti kena dan bersesuaian. 



terimakasih kepada team dibelakang tabir yang bertungkus lumus jaga teknikal dan kelancaran program. saya ni cuma sibuk sibuk bantu perjalanan acara supaya mengikuti klehendak dan perancangan MPJ.

apa pun jauhkan diri kita daripada toksid dan pemikiran negatif... kita datang dengan amanah untuk memastikan kelancaran program dan kita pulang dengan kepuasan dan kejayaan majlis..



lain-lain saya tak minta cuma minta nak happy2 bersama rakan rakan seperjuangan sahaja..
semuga dipermudahkan segala urusan..
petua nak hati senang - pikir yang baik2 ajer...


Berjumpa lagi kita di next program, lebih thuff dan lebih mencabar.... heee paling xde pun paling ringkas tapi berhikmah.. 




perkukuhkan silaturrahim dan kita tolak semua elemen negatif supaya kita lebih sejahtera dan tenang..

MPJ DI HATIKU..






Monday, 25 November 2024

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

 



Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung  Melaka? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung Melaka.

Bagi penggemar aktiviti mendaki bukit di Melaka mungkin mengenali Bukit Beruang atau Bukit Batu Lebah tetapi Bukit Gapis mungkin sedikit asing. Sememangnya Bukit Gapis kurang dikenali disebabkan kurang pendedahan terhadap kawasan yang sedikit terpencil ini.


Walaubagaimanapun ia semakin mendapat perhatian apatah lagi selepas menjadi viral meskipun sebelum ini sering menjadi tempat orang kampung mencari hasil hutan di sana.

Pengisytiharan Bukit Gapis sebagai Gunung Melaka secara rasmi pada 17 Oktober 2020 sempena Program Hiking Bukit Gapis bersama agensi kerajaan. Program tersebut dilaksanakan bagi melihat status bukit tersebut sebelum diiktiraf sebagai satu-satunya Gunung di negeri Melaka.


Ini membuktikan bahawa ianya merupakan satu kawasan berpotensi untuk menjaditarikan terbaharu bagi aktiviti rekreasi dan riadah di negeri Melaka.


Sudah pasti ia menjadi satu berita yang menggembirakan bagi penggemar aktiviti pendakian dari Melaka yang selama ini hanya tertumpu di Bukit Beruang atau Bukit Batu Lebah

Ketinggian 480 meter itu menjadikan ianya melepasi syarat sesebuah bukit diiktiraf sebagai gunung iaitu 457.2 meter. Ini sekaligus menjadikan Bukit Gapis @ Gunung Melaka tempat paling tinggi di Melaka yang telah diiktiraf.


TOK GUBAS / PANGLIMA ROSUL BIN DAENG JANNUNG

  Ingin sahaya jelaskan kepada kalian  bahawa Panglima Rusol @Tok Gubas  ini merupakan anak ke 4 kepada Daeng Jannung selepas  Tok Lahir @To...