ASPIRASI WARISAN TANAH BERADAT MUKIM NYALAS
PERSATUAN PANCHA WARISAN MELAKA
DENGAN
KERJASAMA
LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS
Negeri
Berpagar Undang , Kampung Berpagar Pusaka , Adat Bersendi Hukum
Hukum
Bersendi Kitabullah , Syarak Mengata , Adat Memakai
Kuat
Adat Tak Gaduh Hukum , Kuat Hukum Tak Gaduh Adat
1.0 PENDAHULUAN
Nama Program : Aspirasi
Warisan Tanah Beradat
Mukim Nyalas
Anjuran : Persatuan
Pancha Warisan Melaka
Kerjasama : Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas
Lokasi : Tanah Lapang bersebelahan Balairaya Mantai , Nyalas
|
ASPIRASI
|
Keinginan
dan kehendak yang menjadi permulaan kepada program ini. Ini terbina daripada
kesedaran dan pengetahuan berkaitan adat warisan yang perlu kita amalkan dan
pertahankan kerana selama ini adat warisan menjadi benteng kepada jatidiri
kepada sesebuah bangsa. Melayu itu sendiri akan lenyap sekiranya gagal untuk
mengamalkan dan melestarikan adat sendiri. Dan inilah menjadi Aspirasi kepada
hari yang penuh bersejarah ini.
|
|
WARISAN
|
Ini
adalah asset yang terpenting kepada sesebuah bangsa. Juga merupakan DNA kepada bangsa tersebut. Ini juga
membezakan antara sesebuah bangsa sebelum dunia dilanda tsunami
peradaban seperti gelombang liberalisasi dan sekularime. Warisan ini lah yang
perlu kita amalkan , wariskan dan pertahankan supaya melayu itu kenal
jatidiri dan sayangkan negara , agama dan bangsa.
|
|
TANAH BERADAT
MUKIM NYALAS
|
Menunjukkan adat perpatih telah lama bertapak di kawasan mukim nyalas dan sinonim dengan budaya masyarakat
setempat.mempunya struktur masyarakat yang konkrit meliputi ajaran dan
pengembangan Islam hinggalah kepada pembangunan infrastruktur dan ilmu
pengentahuan.
|
Adat Perpatih masih lagi diamalkan sehingga
kini di Mukim Nyalas bersusur galur daripada sejarah pembukaan mukim Nyalas
pada 1600 an oleh Tok Gubah atau Abu Kassim yang berhijrah Bersama keluarga dan
pengikutnya daripada Istana Pagar Ruyong Sumatera.
Adat PERPATIH mukim Nyalas
mempunyai struktur pentadbiran yang diuruskan oleh Lembaga Adat Perpatih Mukim
Nyalas. Di dalam Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas diketuai oleh Seorang
Penghulu Adat yang dipilh secara penggilirin dikalangan Buapak didalam mukim
tersebut. Di dalam mukim Nyalas terdapat 7 suku yang diketuai oleh Buapak dan
Ibu Soko iaitu :-
ü
Suku Tiga Batu Belang
ü
Suku Tiga Batu Seniaga
ü
Suku Mungkal Bidara
ü
Suku Mungkal Segamat
ü
Suku Mungkal Komus
ü
Suku Tiga Batu Lubuk Kepong
ü
Suku Anak Melaka
ü
Suku Biduanda
Suku suku ini akan diketuai oleh
Buapak dan Ibu Soko dan juga ketua perut.
Cuma suku Biduanda sahaja yang
tidak mempunyai Buapak dan hanya ada ketua perut dan ibu Soko kerana suku ini bukan
suku asal dari Nyalas.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi suntikan baru kepada pengamalan Adat
Perpatih Mukim Nyalas dengan meneruskan amalan tradisi namun ditambah baik
dengan penggunaan gajet dan media sosial.
2.2 Menyuburkan rasa minat dan tanggung jawab kepada anak anak adat supaya
terus mengamalkan dan mewarisi adat perpatih ini.
2.3 Menerangkan dengan jelas kebaikan dan
keperluan adat perpatih ini dalam kehidupan seharian dan merupakan amalan
terbaik untuk memperkukuhkan silaturrahim dalam masyarakat / komuniti setempat.
2.4 Memelihara budaya setempat dengan
memperkukuhkan jatidiri masyarakat demi kemajuan negara dalam acuan kita sendiri.
3.0 SASARAN
3.1 Pengamalan ataupun penggunaan adat perpatih ini
adalah melibatkan penduduk Mukim
Nyalas iaitu terbahagi kepada beberapa kampung
:-
- Kampung Mantai
- Kampung Gapis
- Kampung
Melangkan
- Kampung Nyalas
- Kampung Baru Nyalas
- Kampung Ayer
Repat
- Kampung Ayer
Songsang
- Kampung Gubah
- Kampung Masjid
Baru
- Kampung Baru Meriang
- Kampung Kampung
Abbey
- Kampung Pondok
Batang
- Taman Nyalas
Baru
- Taman Nyalas
Permai
- Rumah Awam
Pondok Batang
3.2 Juga melibatkan Kariah Masjid iaitu :-
1. Masjid Al
Kauthsar
- Surau Kampung Gapis
- Surau Kampung mantai
- Surau Kampung Melangkan
- Surau Taman Nyalas Permai
2. Masjid Nurul HudA
- Surau Kampung Gubah
- Surau Kampung Abbey
- Surau Kampung Pondok Batang
- Surau Kampung Meriang
4.0 BILANGAN PENDUDUK MUKIM NYALAS
|
BIL
|
JPKK
|
KAMPUNG TERLIBAT
|
JUMLAH
(ORANG)
|
ANGGARAN YANG MENGAMALKAN ADAT PERPATIH
|
|
1
|
Nyalas
|
- Kampung
Melangkan
- Kampung Nyalas
- Kampung Baru Nyalas
- Kampung Ayer
Repat
- Kampung Ayer
Songsang
- Taman Nyalas
Baru
- Taman Nyalas
Permai
|
3,500
|
2,000
(53%)
|
|
2
|
Gapis / Mantai
|
- Kampung Mantai
- Kampung Gapis
|
800
|
600
(75%)
|
|
3
|
Masjid Baru Gubah
|
- Kampung Gubah
- Kampung Masjid
Baru
Kampung Baru Meriang
|
1,257
|
500
(40%)
|
|
4
|
Pondok Batang / Abbey
|
- Kampung Kampung
Abbey
- Kampung Pondok
Batang
- Rumah Awam
Pondok Batang
|
1,580
|
600
(38%)
|
|
|
JUMLAH
|
7,137
|
3,700
(51%)
|
5.0 KEDUDUKAN MUKIM NYALAS DI DALAM PETA NEGERI
MELAKA DAN DAERAH
JASIN
6.0 PERBANDINGAN KELUASAN MUKIM NYALAS DI DALAM
DAERAH JASIN

Besarlah harapan kami agar program ini akan mendapat bantuan dan sokongan
dari semua pihak. Program ini tidak lain tidak bukan adalah untuk melestarikan
warisan bangsa yang amat berharga dan tidak ternilai harganya ini.
Ini juga sebagai tunjang jatidiri Melayu sebenar yang kaya dengan warisan dan
adat. Kita seharusnya berbangga memiliki warisan yang berusia ratusan tahun
tetapi masih lagi utuh dan diterima pakai sehingga hari ini.
Surah AlHujurat. Ayat 013.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Semuga dipermudahkan
segala urusan kita untuk meneruskan perjuangan orang terdahulu dalam menjaga
agama bangsa dan negara. Segalanya adalah milik Allah.
Negeri Berpagar Undang , Kampung
Berpagar Pusaka , Adat Bersendi Hukum
Hukum Bersendi Kitabullah , Syarak
Mengata , Adat Memakai
Kuat Adat Tak Gaduh Hukum , Kuat Hukum
Tak Gaduh Adat
MELESTARIKAN BUDAYA BANGSA – PANCHA WARISAN