1.0 PENGENALAN
“Mali siparappe, rebba sipatoktok, malilu sipakainga.” (Hanyut saling mendamparkan, rebah saling menegakkan, khilaf saling mengingatkan).
Kertas kerja ini dikemukakan bagi mengusulkan penubuhan Lembaga Penasihat Ugik Melaka di bawah naungan Persatuan Melayu Bugis Serumpun. Penubuhan lembaga ini adalah satu keperluan strategik demi memastikan perpaduan, bimbingan yang berterusan, dan tadbir urus persatuan sentiasa berlandaskan nilai-nilai luhur leluhur di Negeri Melaka.
2.0 TUJUAN & MATLAMAT
Tujuan utama lembaga ini ditubuhkan adalah untuk memegang amanah leluhur dan memimpin persatuan dengan hikmah.
2.1 Menjaga Amanah & Kebenaran
“Getteng, Lempu, Ada Tongeng.” (Tegas, Jujur, dan Berkata Benar).
Lembaga bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga, meneliti, dan mengesahkan segala perkara berkaitan keturunan, warisan, dan salasilah leluhur bangsa Bugis di Melaka agar sentiasa benar dan tulen.
2.2 Pakar Rujuk Sejarah & Diaspora
“Iyyapa nari isseng lamunna salo'e na loanna, rekko purai ri atengngai.” (Hanya akan diketahui kedalaman dan luasnya sungai itu setelah diseberangi).
Menjadi badan autoriti dan pakar rujuk utama terhadap sejarah, kebudayaan, dan perkembangan diaspora Bugis di Negeri Melaka.
2.3 Merapatkan Silaturrahim & Keharmonisan
“Pada sitarongekki siri, iyaregga ripada jagai siritta.” (Saling menjaga aib orang lain, sebagaimana kita menjaga aib sendiri).
Mendidik dan memandu ahli Ugik Melaka agar berlapang dada dan terbuka, serta berfungsi sebagai ejen pengikat silaturrahim yang harmonis di kalangan masyarakat Bugis dan komuniti setempat di Melaka.
3.0 KEAHLIAN & STRUKTUR ORGANISASI
3.1 Ahli Lembaga Penasihat (Tetap)
Tokoh-tokoh yang telah dipilih berdasarkan merit dan kewibawaan mereka:
Puang Daeng Matoa Jaafar Kelana Al-Bugissi
Daeng Jasmi Al-Bugissi
Daeng Mohd Ariff Al-Bugissi
3.2 Keahlian Automatik (Ex-Officio)
Bagi memastikan kelangsungan pentadbiran yang selari:
Pengerusi Persatuan Melayu Bugis Serumpun: Secara automatik dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Ugik Melaka.
Setiausaha Persatuan Melayu Bugis Serumpun: Secara automatik bertindak sebagai Setiausaha kepada Lembaga Penasihat Ugik Melaka.
4.0 BIDANG KUASA & PERANAN
“Aju maluruemi riala parewa bola.” (Hanyalah kayu yang lurus dijadikan ramuan/perkakasan rumah).
Lembaga mestilah terdiri daripada individu yang "lurus" (jujur dan berintegriti) untuk menjadi tiang pelindung persatuan.
4.1 Nasihat & Panduan Strategik
Memberikan nasihat, panduan, dan teguran membina kepada Jawatankuasa Kerja Persatuan dalam merangka aktiviti dan hala tuju organisasi.
4.2 Kuasa Melantik (Rujukan Khusus)
“Mau luttu massuajang, uki siputanrai, namusilolongemmua.” (Walau terbang jauh ke langit, jika suratan jodoh/ketetapan ada, pasti akan bertemu jua).
Mempunyai kuasa untuk melantik atau menjemput mana-mana individu, sarjana, tokoh adat, atau mana-mana pihak luar untuk menjadi pakar rujukan khusus (Subject Matter Expert) atau rakan perkongsian pandangan berkaitan hal ehwal Ugik/Bugis Melaka.
5.0 TEMPOH BERSIDANG / MESYUARAT
Lembaga Penasihat Ugik Melaka akan bersidang sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
Mesyuarat Khas boleh dipanggil sekiranya terdapat keperluan mendesak yang memerlukan keputusan bersama ahli lembaga.
6.0 PENUTUP
“Resopa temmangingngi, malomo nalétéi pammasé Déwata.” (Hanya dengan kerja keras/usaha yang tidak mengenal jemu, maka akan mudah mendapatkan keredaan Tuhan).
Penubuhan Lembaga Penasihat Ugik Melaka ini diharap menjadi tonggak utama kepada pemeliharaan jati diri dan warisan Bugis di Melaka. Dengan usaha yang gigih dan berterusan daripada tokoh-tokoh yang berwibawa ini, integriti sejarah akan terpelihara, dan silaturrahim rumpun Bugis Melaka akan terus berkembang positif dan harmoni.

No comments:
Post a Comment