Friday, 17 April 2026

UCAPAN PENGHARGAAN YBS Datuk Dr Hj Mustafa Bin Musa Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

 


Mungkin imej satu orang atau lebih

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mewakili YAB DSU Ab Rauf Yusoh,Pengerusi BPUNM, saya merakamkan ucapan Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli UMNO Bahagian-Bahagian dan juga cawangan cawangan UMNO dalam Negeri Melaka yang telah hadir dan memberikan komitmen penuh dalam menjayakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Melaka Tahun 2026.

Sesungguhnya, kehadiran dan sokongan padu yang ditunjukkan ini mencerminkan semangat perpaduan, kesetiaan serta iltizam yang tinggi dalam memperkukuh organisasi parti di setiap peringkat.
Malah, kesungguhan semua pihak untuk hadir pada majlis ini merupakan suatu perlambangan jelas terhadap kekuatan serta kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan datang.

Semoga komitmen dan usaha yang dizahirkan ini akan terus diperkukuhkan demi memastikan kejayaan dan kecemerlangan UMNO serta Barisan Nasional pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

YBS Datuk Dr Hj Mustafa Bin Musa

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

 

 Mungkin imej satu orang atau lebih

 Mungkin imej satu orang atau lebih

SUNTKAN SEMANGAT DARI MR PRESIDEN

 


CATATAN DAN PEMAHAMAN PERIBADI SAYA 

DI ATAS UCAPAN YAB PRESIDEN

1. Penghargaan Atas Kehadiran YAB Presiden

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada YAB Presiden UMNO kerana meluangkan masa merasmikan Persidangan Berkelompok Cawangan UMNO Negeri Melaka. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah merupakan manifestasi komitmen tinggi bagi menyuntik semangat juang ahli akar umbi dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal tiba.

2. Pengiktirafan Gerak Kerja UMNO Melaka

YAB Presiden menzahirkan rasa kagum terhadap momentum dan gerak kerja tersusun UMNO Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pesuruhjaya UMNO Negeri. Kesediaan jentera Melaka dilihat berada pada tahap terbaik untuk menghadapi cabaran politik semasa.

3. Misi Memperkukuh Dominasi di Melaka

Amanat utama yang ditekankan adalah:

  • Mempertahankan 21 Kerusi: Memastikan semua kerusi DUN yang kini dimenangi kekal dalam genggaman UMNO/BN.

  • Misi Menambah Kerusi: Berusaha keras menawan semula kawasan-kawasan yang belum dimenangi pada pilihan raya lalu.

    Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 pada November 2021, Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO mencapai kemenangan besar dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Kemenangan ini membolehkan BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
    Berikut adalah pecahan kerusi PRN Melaka 2021:
    UMNO sendiri memenangi 18 kerusi daripada 20 kerusi yang ditandinginya
     
    *********Tapi selepas YB Jailani ( Rumbia ) lompat menjadikkan UMNO 20 kerusi dan PN 3 kerusi. 

4. Pengukuhan Umat & Peranan "Rumah Bangsa"

YAB Presiden mengingatkan ahli agar sentiasa menjaga silaturrahim dan kekal "dekat di hati rakyat". Inisiatif Rumah Bangsa menjadi wadah penting untuk:

  • Memperkukuhkan struktur UMNO.

  • Menyatukan umat Melayu daripada ancaman perpecahan.

  • Menjadi benteng pertahanan demi masa depan kelangsungan bangsa.

5. Strategi "Bergerak Solo"

Secara amnya, YAB Presiden memberi gambaran bahawa UMNO akan bertanding secara solo di negeri Melaka. Strategi ini bersandarkan kepada:

  • Kesepakatan dan Kesetiaan: Ahli perlu setia sepenuhnya kepada keputusan parti.

  • Kemenangan Total: Matlamat utama adalah untuk memperkukuhkan kedudukan dominan UMNO dan BN tanpa bergantung kepada ihsan pihak lain.


Penutup

Semoga UMNO terus teguh memimpin Negeri Melaka demi masa depan generasi akan datang. Bulatkan tekad, rapatkan saf!

Hidup UMNO! Hidup Melayu! Allahu Akbar!

Wednesday, 15 April 2026

SELAMAT DATANG MR PRESIDEN UMNO KE MELAKA



Dengan penuh takzim dan rasa syukur, kami ahli UMNO Negeri Melaka mengalukan-alukan kehadiran YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO ke bumi Hang Tuah bagi menyempurnakan perasmian berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Negeri Melaka.

Kehadiran YAB Presiden ke Melaka ini bukan sekadar acara rutin parti, tetapi merupakan suntikan semangat dan motivasi luar biasa kepada seluruh jentera UMNO Melaka dalam mendepani Pilihan Raya Negeri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Walaupun kita akur UMNO telah melalui ujian getir ketika PRU yang lalu, namun sejarah telah membuktikan bahawa di bumi Hang Tuah inilah UMNO bangkit semula dengan azam yang lebih kental. UMNO Melaka terus istiqamah menjadi benteng membela rakyat, agama dan negara tercinta.

Kita juga sedar, institusi Presiden terus diuji dengan pelbagai serangan dari luar dan dalam. Namun, kesetiaan dan perjuangan yang berakar dalam jatidiri UMNO tetap utuh demi memastikan kestabilan parti keramat ini terpelihara.

Sekiranya kita di tempat YAB Presiden, mampukah kita terus kekal istiqamah menghadapi perjuangan yang penuh muslihat dan perangkap? Hakikatnya, berkat kebijaksanaan, kesabaran dan pandangan jauh YAB Datuk Seri Presiden, UMNO kekal relevan hingga ke hari ini. Malah, UMNO terus menjadi parti yang menjunjung kestabilan politik dan keharmonian kaum demi Malaysia yang kita cintai.

Justeru, ayuh seluruh ahli parti! Berganding bahu, rapatkan saf, dan terus menjadi benteng pertahanan kepada institusi Presiden. Hanya dengan kesatuan dan kesetiaan kita mampu memacu kejayaan UMNO dan negara.

Salam Perjuangan. Salam Penuh Kasih Sayang.
Daripada akar umbi UMNO Melaka buat Presiden yang kita kasihi,
YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hidup UMNO! Demi Agama, Bangsa dan Negara!


 

Monday, 13 April 2026

Selamat Bersidang kepada semua perwakilan dan ahli-ahli UMNO Cawangan di dalam Bahagian Alor Gajah

 


 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Saya mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua perwakilan dan ahli-ahli UMNO Cawangan di dalam Bahagian Alor Gajah yang akan mengadakan persidangan masing-masing.

Semoga persidangan yang berlangsung ini menjadi medan untuk kita memperkukuh ukhuwah, memantapkan gerak kerja dan merencana strategi demi kelangsungan perjuangan parti.

Marilah kita terus istiqamah dan bersemangat mencurahkan khidmat bakti kepada parti, dengan iltizam yang tinggi untuk membela kesucian agama Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

UMNO kekal relevan sebagai wadah perjuangan dan sentiasa dekat dengan nadi rakyat. Kita mendengar denyut hati rakyat, kita menyelami keluh kesah mereka, dan kita terus menjadi sandaran harapan.

Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan semoga UMNO terus maju jaya demi kelangsungan agama, bangsa dan tanah air.

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

IKHLAS

SUHAIZAN HAJI NOH

AJK UMNO ALOR GAJAH 

 

UCAPAN PENGHARGAAN YBS Datuk Dr Hj Mustafa Bin Musa Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Mewakili YAB DSU Ab Rauf Yusoh,Pengerusi BPUNM, saya merakamkan ucapan S...