Wednesday, 15 April 2026

SELAMAT DATANG MR PRESIDEN UMNO KE MELAKA



Dengan penuh takzim dan rasa syukur, kami ahli UMNO Negeri Melaka mengalukan-alukan kehadiran YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO ke bumi Hang Tuah bagi menyempurnakan perasmian berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Negeri Melaka.

Kehadiran YAB Presiden ke Melaka ini bukan sekadar acara rutin parti, tetapi merupakan suntikan semangat dan motivasi luar biasa kepada seluruh jentera UMNO Melaka dalam mendepani Pilihan Raya Negeri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Walaupun kita akur UMNO telah melalui ujian getir ketika PRU yang lalu, namun sejarah telah membuktikan bahawa di bumi Hang Tuah inilah UMNO bangkit semula dengan azam yang lebih kental. UMNO Melaka terus istiqamah menjadi benteng membela rakyat, agama dan negara tercinta.

Kita juga sedar, institusi Presiden terus diuji dengan pelbagai serangan dari luar dan dalam. Namun, kesetiaan dan perjuangan yang berakar dalam jatidiri UMNO tetap utuh demi memastikan kestabilan parti keramat ini terpelihara.

Sekiranya kita di tempat YAB Presiden, mampukah kita terus kekal istiqamah menghadapi perjuangan yang penuh muslihat dan perangkap? Hakikatnya, berkat kebijaksanaan, kesabaran dan pandangan jauh YAB Datuk Seri Presiden, UMNO kekal relevan hingga ke hari ini. Malah, UMNO terus menjadi parti yang menjunjung kestabilan politik dan keharmonian kaum demi Malaysia yang kita cintai.

Justeru, ayuh seluruh ahli parti! Berganding bahu, rapatkan saf, dan terus menjadi benteng pertahanan kepada institusi Presiden. Hanya dengan kesatuan dan kesetiaan kita mampu memacu kejayaan UMNO dan negara.

Salam Perjuangan. Salam Penuh Kasih Sayang.
Daripada akar umbi UMNO Melaka buat Presiden yang kita kasihi,
YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hidup UMNO! Demi Agama, Bangsa dan Negara!


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG MR PRESIDEN UMNO KE MELAKA

Dengan penuh takzim dan rasa syukur, kami ahli UMNO Negeri Melaka mengalukan-alukan kehadiran YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Preside...