Showing posts with label perpatih mukim nyalas. Show all posts
Showing posts with label perpatih mukim nyalas. Show all posts

Sunday, 2 August 2026

Falsafah di Sebalik Bidalan: Ketaatan dan Nilai Kepimpinan Adat Perpatih



Bidalan adat merupakan cermin budi dan panduan hidup bagi masyarakat Minangkabau serta pengamal Adat Perpatih. Salah satu bait yang begitu sarat dengan keindahan bahasa dan kedalaman falsafah ialah:

“Diimbau datang, dipanggil tiba,

Disuruh pergi, ditegah berhenti.”

Secara harfiah, ungkapan ini menggambarkan watak seorang anak buah atau pengikut yang mempunyai kepatuhan, kesetiaan, dan ketaatan yang mutlak terhadap institusi kepimpinan adat—daripada Ibu Soko, Buapak, Ketua Perut, sehinggalah ke peringkat Datuk Lembaga dan Undang.

Baris pertama, “Diimbau datang, dipanggil tiba”, membawa mesej tentang keprihatinan dan kesediaan. Seorang anak suku yang beradat tidak akan bertangguh apabila khidmatnya diperlukan. Sama ada diimbau (dipanggil dari jauh atau secara halus) mahupun dipanggil secara rasmi, beliau sentiasa bersiap sedia untuk hadir menghulurkan tenaga, menyumbang idea, dan berdiri di belakang sukunya.

Manakala baris kedua, “Disuruh pergi, ditegah berhenti”, pula menekankan aspek disiplin, kecekalan, dan akauntabiliti dalam melaksanakan amanah. Apabila diberi arahan atau tugas oleh pemimpin adat, tugas itu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa atau berhenti separuh jalan, melainkan atas arahan serta tatacara yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, ungkapan ini bukan sekadar mengenai ketaatan melenyapkan suara peribadi, sebaliknya ia melambangkan keharmonisan dan ketertiban sistem kemasyarakatan. Dalam Adat Perpatih, kepatuhan anak buah dibalas dengan keadilan dan perlindungan daripada pemimpin. Falsafah inilah yang menjadi tiang seri keutuhan suku, memelihara muafakat, serta memastikan warisan adat terus subur dan mekar zaman-berzaman.

Mengekalkan Warisan Adat Perpatih: Pelantikan Buapak Suku Mungka Segamat Mukim Nyalas

Hari ini, saya berkesempatan menghadiri satu perjumpaan yang amat bermakna dan penuh dengan nilai tradisi, iaitu Mesyuarat Pelantikan Buapak Suku Mungka Segamat. Majlis yang berlangsung dalam suasana persaudaraan yang erat ini telah diadakan di kediaman Ibu Soko Mungka Segamat, Bonda Rashidah, di Kampung Gapis, Nyalas, Melaka.

 

Sebagai latar belakang, Suku Mungka Segamat merupakan sebahagian penting daripada struktur Adat Perpatih di Mukim Nyalas yang dikawal selia dengan cermat oleh Lembaga Adat. Kerusi kepimpinan Buapak bagi suku ini telah sekian lama kosong berikutan pemergian Almarhum Alias bin Yusof, yang sebelum ini berbakti selaku Buapak suku tersebut.

 

Dalam hierarki dan tata cara Adat Perpatih Mukim Nyalas, proses pemilihan Buapak dilakukan menerusi musyawarah dan persepakatan. Seorang Buapak akan dilantik oleh Ibu Soko dengan mendapat persetujuan mutlak daripada Ketua Perut serta anak-anak suku yang lain. Buapak memegang amanah besar untuk mewakili suku, menguruskan hal ehwal anak-anak suku, serta menjaga maruah dan nama baik suku tersebut.

 

Alhamdulillah, hasil mesyuarat tersebut telah mencapai kata sepakat secara bulat suara untuk melantik Haji Shukor selaku Buapak Suku Mungka Segamat yang baharu. Sebagai langkah berikutnya, Majlis Berkhojan bakal dilaksanakan tidak lama lagi sebagai tanda pengesahan rasmi pelantikan beliau di dalam Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas.

Semoga Adat Perpatih akan terus subur dan mekar di bumi Nyalas merentasi zaman.

Tak lekang dek panas,

Tak lapuk dek hujan.

Agama dijunjung,

Adat dikelek.

Semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan kita semua.

Coretan oleh,

Diimbau datang, dipanggil tiba,

Disuruh pergi, ditegah berhenti.

yangFaqir

 







 

Thursday, 23 July 2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMELIHARA MAKAM TOK GUBAH: MENJAGA WARISAN DAN SEJARAH MUKIM NYALAS

 







PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMELIHARA MAKAM TOK GUBAH: MENJAGA WARISAN DAN SEJARAH MUKIM NYALAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Program Gotong-Royong Memelihara Makam Tok Gubah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada:

  • Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas

  • Lembaga Surau Riadul Jannah Gubah

  • Semua ahli jawatankuasa, penduduk setempat, serta para sukarelawan yang hadir dan bertungkus-rumus menjayakan program ini.

Kerjasama dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh semua pihak pada hari ini amat bermakna dalam memastikan kawasan makam ini sentiasa bersih, teratur, dan terpelihara.


Pelihara Simbol Sejarah Mukim Nyalas

Kita akan terus komited untuk memelihara makam lama ini sebagai simbol sejarah dan bukti awal pembukaan Mukim Nyalas. Tempat ini bukan sekadar sebuah makam, malah merupakan khazanah warisan bernilai yang menjadi peninggalan generasi terdahulu untuk kita hayati bersama.

Perancangan Masa Depan

Bagi memastikan khazanah ini tidak terbiar, beberapa perancangan susulan telah pun disusun bersama pemimpin setempat. Langkah ini penting untuk memastikan kelestarian Makam Tok Gubah sebagai penyimpan sejarah Mukim Nyalas terus terbela dan terjaga demi generasi akan datang.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni kita ini diberkati dan menjadi amalan yang bernilai di sisi Allah SWT.

Terima kasih semua!

23 JULAI 2026


Monday, 5 August 2024

Bengkel Hala Tuju dan Melestarikan Adat Perpatih Mukim Nyalas

 



LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Bengkel Hala Tuju dan Melestarikan Adat Perpatih Mukim Nyalas

27 Julai 2024

Bilik Mesyuarat Japerun Asahan , Nyalas Melaka

PERSATUAN PANCHA WARISAN MELAKA

 

TUJUAN

 

Tujuan bagi melaporkan pelaksanaan program dan laporan kewangan kepada JKKN Ringkasan pelaksanaan program yang dilaksanakan

 

TARIKH , MASA DAN TEMPAT

 

ü  Tarikh                          : 27 hb Julai 2024 / Sabtu

ü  Lokasi                                  : Bilik Mesyuarat Japerun Asahan , Melaka

ü  Tetamu                        : 52 orang

ü  Perasmi                       : YB Datuk Haji Fairul Nizam bin Roslan (ADUN Asahan)

 

PELAKSANAAN PROGRAM

Konsep Program

Program ini adalah berkisar kepada Lembaga Adat Perpatih yang selama ini diamalkan di Mukim Nyalas. Menyusuri sejarah dan membongkar kembali adat istiadat lama yang menjadi khazanah berharga untuk negeri Melaka 

Kaedah Pelaksanaan

Program dijalankan secara bersemuka dan dan perbincangan juga bertukar tukar pengetahuan dan pengalaman bersama moderator yang dilantik supaya memberi buah fikiran dan idea yang bernas untuk masa depan adat perpatih mukim Nyalas. 

Senaraikan Rakan Kerjasama

ü  Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas

ü  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka

ü  Pejabat ADUN Asahan (Japerun)


ATURCARA PROGRAM 

7.30 pagi           : Pendaftaran Peserta

8.00 pagi           : Sarapan

8.30 pagi           : Sessi Perkongsian 1

                            Tajuk : Adat Melayu Merentasi Zaman ,

                            Penceramah : Dato Nazri Kamal Al Bentan

10.00 pagi         : Sessi Perkongsian 2

                            Wacana Adat Perpatih Nusantara 

                            Moderator : Dato Nazri Kamal Al Bentan

                            Panel : Y.Bhg Dato' Raja Diraja Mej (B) Hj Bahaman bin Hj Harun ,
                            Orang Besar Undang , Undang Luak Rembau

11.30 pagi          : Sessi Perkongsian 3

                             Halatuju dan Matlamat        

12.00 tengahari  : Majlis Perasmian penutup

                             oleh YB Datuk Haji Fairul Nizam bin Roslan , Adun Asahan.

12.30 tengahari  : Sessi bergambar dan Jamuan makan


Senaraikan Nama Penceramah / Juri / Artis / Kumpulan

               - Dato Nazri Kamal Al Bentan

               - Y.Bhg Dato' Raja Diraja Mej (B) Hj Bahaman bin Hj Harun

JUMLAH PERINCIAN PESERTA 

Jantina

Umur

Pendidikan

Lelaki

Perempuan

0-20 Tahun

20-40 Tahun

40-60

Tahun

60-80 Tahun

Darjah 6

SPM

Dip

Ijazah

 

34

 

18

 

 

4

 

2

 

32

 

14

 

8

 

35

 

5

 

4

 

Secara Maya

ü  Tiada

Kelebihan , Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikkan

ü  Kelebihan Program

ü  Mengekalkan adat istiadat warisan lama

ü  Memperkenalkan kembali adat yang kian dilupakan

ü  Menyusun kembali struktur adat perpatih di mukim Nyalas

Kelemahan Program

ü  Kurang peruntukan untuk memperkasakan lagi program dari segi akademik

ü  Memerlukan masa yang lama untuk menjalankan promosi / hebahan

ü  Tiada penyertaan dari akademik untuk memperluaskan skop adat ini.

Penambahbaikkan Program

ü  Program sebegini perlu diadakan secara tahunan

ü  Menambah peruntukan untuk mengadakan seminar dan forum

ü  Mempromosi program ini dan tidak hanya memikirkan Negeri Sembilan sahaja yang mengamalkan adat perpatih.









Tuesday, 23 April 2024

Kenangan bersama Almarhom Dato Sidang Haji Mazlan bin Chahat Mazlan Chahat, Setiausaha Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas





 24.4.2024

Kenangan bersama Almarhom Dato Sidang Haji Mazlan bin Chahat Mazlan Chahat, Setiausaha Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas yang merupakan dari Suku Mungkal Segamat. Hari ini beliau telah kembali kerahmatullah dan didoakan agar ruhnya dicucuri Rahmat Allah.
Pada Tahun ini adalah tahun dukacita bagi Suku Mungkal Segamat kerana kehilangan tokoh2 adat iaitu Almarhom Dato’ Angkai Kecik Mohammad Alias bin Haji Md. Yusop Buapak Suku Mungkal Segamat dan Almarhom Dato Sidang Abd Razak bin Ibrahim


Semuga Ruh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman , Amin YRA



CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT UGIK MELAKA

  1.0 PENGENALAN “Mali siparappe, rebba sipatoktok, malilu sipakainga.” (Hanyut saling mendamparkan, rebah saling menegakkan, khilaf saling...