Sunday, 2 August 2026

Sepakat Memelihara Warisan: Penghargaan Buat Semua Dijayakan Program Gotong-Royong Makam Tok Kepau

 


Sepakat Memelihara Warisan: Penghargaan Buat Semua Dijayakan Program Gotong-Royong Makam Tok Kepau

 

1 Ogos 2026 – Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Gotong-Royong Makam Tok Kepau baru-baru ini.

 

Program ini telah mendapat kerjasama yang amat padu daripada YB Datuk Siti Faizah binti Abd Aziz (ADUN Sungai Rambai), pihak JPKK, RELA, serta ahli-ahli persatuan. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada YB Datuk Zaidi Atan atas sumbangan beliau yang amat bermakna.

 

Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dengan majlis bacaan tahlil dan doa arwah buat mereka yang telah mendahului kita, terutamanya Almarhum Tok Kepau bin Daeng Jannung serta seluruh ahli keluarga baginda yang bersemadi di situ.

 

Makam lama ini merupakan sumber primer—monumen fizikal penting yang membuktikan kewujudan Tok Kepau sebagai pengasas dan pemimpin awal Sungai Rambai. Sejarah panjang perjalanan dari Makassar ke Sungai Rambai bukanlah mudah. Ia sarat dengan kecekalan anak-anak Daeng Jannung yang terlibat dalam peperangan menentang VOC/Belanda di Melaka. Syahidnya Raja Haji di Teluk Ketapang telah memberi kesan yang amat mendalam kepada seluruh perajurit Bugis.

 

Menariknya, YB Datuk Siti Faizah sendiri merupakan jurai keturunan (cucu cicit) Tok Kepau dan amat prihatin terhadap warisan ini. Insya-Allah, Persatuan Melayu Bugis Serumpun akan terus berusaha memelihara sejarah dan perjuangan jihad tokoh terdahulu agar sentiasa diingati demi kedaulatan bangsa dan negara.

 

Disediakan oleh:

daengMalaka


2 Ogos 2026


No comments:

Post a Comment

DAENG MALAKA , NAMA PENA DALAM UGIK MALAKA

  Gelar Daeng dan gelaran yang dikaitkan dengan Malaka / Melaka mempunyai latar belakang sejarah, budaya, serta pemakaian yang khusus dala...