Thursday, 12 March 2020
SIARAN MEDIA PELANTIKAN EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA, PEJABAT KETUA MENTERI.
SIARAN MEDIA PELANTIKAN EXCO
KERAJAAN NEGERI MELAKA,
PEJABAT KETUA MENTERI.
PENDAHULUAN:
Kerajaan Negeri Melaka pada pagi ini baharu selesai mengadap Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Bin Yaakob di Pejabat TYT selepas mendapat persetujuan bagi senarai Pelantikan 10 EXCO Kerajaan Negeri Melaka yang baharu.
PELANTIKAN EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA.
Terdahulu, senarai nama 10 EXCO Kerajaan Negeri Melaka yang mewakili komposisi kerjasama membabitkan 13 wakil dari Barisan Nasional (BN), wakil dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Pengkalan Batu menjadikan gabungan Perikatan Nasional Negeri sebanyak 17 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri sekali gus layak membentuk Kerajaan Negeri yang baharu. Nama-nama EXCO tersebut sudah dipersembahkan di hadapan TYT, Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Bin Yaakob di Pejabat TYT, pada pagi Rabu (11 Mac 2020), jam 11.30 pagi.
Majlis Pelantikan Istiadat, Pengurniaan, Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli MMKN di hadapan TYT, Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Bin Yaakob dijadual berlangsung pada petang ini (Jumaat), jam 2.30 petang di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Senarai EXCO Kerajaan Negeri Melaka
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai dan Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC)
YAB Datuk Hj. Sulaiman bin Md Ali
Ketua Menteri Melaka
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar
YB Datuk Seri Hj. Abdul bin Ghafar Atan
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir
YB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haron
Pengerusi Jawatankuasa Negeri NGO, Pembangunan Belia dan Sukan
YB Datuk Mohd Rafiq bin Naizamohideen
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan
YB Datuk Muhamad Jailani bin Khamis
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan
YB Datuk Latifah binti Omar
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur
YB Datuk Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Datuk Norhizam bin Hassan Baktee
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Antidadah
YB Tuan Rahmad bin Mariman
Pengerusi Jawatankuasa Negeri di Jabatan Ketua Menteri
(Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi)
YB Datuk Noor Effandi bin Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna
(Masih kosong)
Sekian, terima kasih.
(DATUK HJ SULAIMAN BIN MD ALI)
PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA
Subscribe to:
Posts (Atom)
BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA
Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...
-
7.1.2 KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi p...
-
24.4.2024 Kenangan bersama Almarhom Dato Sidang Haji Mazlan bin Chahat Mazlan Chahat , Setiausaha Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas yang ...
-
Etika deskriptif menurut Mohd. Nasir Omar (1986), ialah satu disiplin yang menerangkan tentang sejarah sistem moral, iaitu apakah...