GMGM 3013
TAJUK TUGASAN BERKUMPULAN
|
HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN
-PENTADBIRAN JAPERUN ASAHAN-
|
DISEDIAKAN OLEH
|
KUMPULAN ASAM PEDAS
1. ZULKIFLI BIN MD RAIS - 249483
2. MOHD RAFIQ BIN HUSAIN - 257995
3. SUHAIZAN BIN HAJI NOH - 257744
4. RAFFI BIN TUMINOH - 257679
5. DENESH A/L MOORTHY – 251371
|
SESSI
(JA192)
|
TARIKH SERAHAN
|
PUSAT / KAMPUS : (AA) MELAKA
|
MARKAH
|
HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN
PILIH ISU BERKAITAN SALAH SATU TOPIK ATAU SUB TOPIK
YANG DIBINCANGKAN DALAM MODUL. BINCANGKAN ISU TERSEBUT DARI SUDUT HUBUNGAN MANUSIA
DALAM PENTADBIRAN
1.0 LATARBELAKANG
JAPERUN adalah merupakan satu organisasi yang diwujudkan
oleh kerajaan negeri Melaka untuk membantu mentadbir , memantau dan
membangunkan sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri dari pelbagai aspek samada dari
segi fizikal ataupun kerohanian.
Di tubuhkan bagi membantu kerajaan Negeri dalam
merancang dan memperbaiki pembangunan di tempat tertentu dalam kawasan DUN.
JAPERUN adalah singkatan kepada Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri. Melaka
satu-satunya Negeri yang mempunyai JAPERUN tersendiri;
Terdapat sejumlah 28 JAPERUN di negeri ini yang dipengerusikan
oleh YB ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan tersebut / Penyelaras DUN
yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Negeri Melaka mempunyai 28 buah Dewan
Undangan Negeri dan ini bermakna Negeri Melaka mempunyai 28 Jawatankuasa
Penyelaras Dewan Undangan Negeri.
Japerun akan dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan
Negeri yang memenangi Dun tersebut ketika pilihanraya juga mewakili parti
politik yang memerintah kerajaan negeri sedia ada manakala ADUN yang menang di
DUN tersebut tetapi mewakili parti pembangkang di negeri Melaka tidak menjadi pengerusi
Japerun sebaliknya akan dilantik pemimpin politik dikalangan parti yang
mentadbir kerajaan negeri Melaka.
Senarai Japerun negeri Melaka adalah seperti berikut
:-
BIL
|
JAPERUN
|
PENGERUSI
|
CATATAN
|
1
|
Kuala Linggi
|
YB Datuk Wira Ar Haji
Ismail bin Haji Othman
|
Parti : UMNO/BN (PN)
|
2
|
Tanjung Bidara
|
YB Datuk Hj Md Rawi
bin Mahmud
|
Parti : UMNO/BN (PN)
|
3
|
Ayer Limau
|
YB Datuk Haji Amiruddin
bin Yusof
|
Parti : UMNO/BN (PN)
|
4
|
Lendu
|
YB Datuk Haji Sulaiman
bin Ali
|
Parti : UMNO/BN (PN)
|
5
|
Taboh Naning
|
YB Datuk Hajah Latipah
binti Omar
|
Parti : UMNO/BN (PN)
|
6
|
Rembia
|
YB Datuk Mohd Jailani
bin Khamis
|
Parti : Bebas (Menyokong
PN)
|
7
|
Gadek
|
Encik Mustafa bin Musa
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
8
|
Machap Jaya
|
YBhg Datuk Haji Rospandi
bin Leman
|
Dimenangi Calon PKR/PH
dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
9
|
Durian Tunggal
|
YBhg Senator Datuk
Ismail bin Ibrahim
|
Dimenangi Calon Amanah/PH
dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
10
|
Asahan
|
YB Datuk Seri Hj Abd
Ghafaar bin Haji Atan
|
Parti : UMNO/BN(PN)
|
11
|
Sungai Udang
|
YB Datuk Seri Utama
Ir Ts Haji Idris bin Haji Haron
|
Parti : UMNO/BN(PN)
|
12
|
Pantai Kundor
|
YB Datuk Nor Azman
bin Hasan
|
Parti : UMNO/BN(PN)
|
13
|
Paya Rumput
|
YB Datuk Mohd Rafiq bin
Naizamohideen
|
Parti : Bersatu (PN)
|
14
|
Klebang
|
YBhg Datuk Seri Mohd Ali
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
15
|
Pengkalan Batu
|
YB Datuk Norhizam bin
Hassan Baktee
|
Parti : Bebas (PN)
|
16
|
Ayer Keroh
|
Tuan Haji Mohd Arif bin
Haji Yusa
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
17
|
Bukit Katil
|
Encik Mohd Ridhwan
bin Tun Mohd Ali
|
Dimenangi Calon Amanah/PH
dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
18
|
Ayer Molek
|
YB Rahmad bin Mariman
|
Parti : UMNO/BN(PN)
|
19
|
Kesidang
|
Tuan Haji Sharif bin
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
20
|
Kota Laksamana
|
Ybhg Datuk Haji Abidullah
bin Salleh
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
21
|
Duyong
|
YBhg Datuk Haji
Ashakari bin Md Noor
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
22
|
Bandar Hilir
|
Ybhg Datuk Haji Abu
Bakar bin Shawkat Ali
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
23
|
Telok Emas
|
YB Datuk Noor Effandi
bin Ahmad
|
Parti : Bersatu /PN
|
24
|
Bemban
|
Tuan Haji Abd Rahman
|
Dimenangi Calon
DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)
|
25
|
Rim
|
YB Datuk Wira Haji
Ghazale bin Muhammad
|
Parti : UMNO / BN (PN)
|
26
|
Serkam
|
YB Datuk Zaidi bin
Attan
|
Parti : UMNO/BN(PN)
|
27
|
Merlimau
|
YB Datuk Roslan bin
Datuk HJ Ahmad
|
Parti :UMNO/BN(PN)
|
28
|
Sungai Rambai
|
YB Datuk Hasan bin
Abd Rahman
|
Parti :UMNO/BN(PN)
|
Jadual di atas menunjukkan bilangan kerusi Dewan
Undangan Negeri Melaka dengan menyatakan seramai 17 orang ADUN telah menyokong Pakatan Nasional dan
seramai 11 orang ADUN telah menyokong Pakatan Harapan. Ini bermakna Pakatan
Nasional telah berjaya membentuk kerajaan yang diketuai oleh YB Datuk Sulaiman
bin Ali selaku Ketua Menteri Melaka sehingga kini.
2.0 TUGAS JAPERUN
Menjadi pusat bertemu antara Ketua-ketua Kampung dan
rakyat bagi melaporkan masalah-masalah yang melanda kampung seperti berlaku
bencana alam, contohnya banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya.
Sebuah pusat khidmat masyarakat dimana masyarakat yang
menghadapi masalah contohnya, dari segi kewangan, mereka boleh datang berjumpa
dengan pihak kakitangan di Kompleks JAPERUN kerana disitu terdapat pegawai dari
Pejabat Kebajikan Masyarakat yang boleh membantu memberi khidmat nasihat.
Pusat untuk masyarakat berkumpul dan datang secara
beramai-ramai sekiranya diadakan karnival atau program-program kesedaran di
Kompleks JAPERUN sekaligus dapat membentuk semangat bersatu padu.
Sebagai pusat bertemu antara ketua-ketua kampung
ataupun JPKK dengan Wakil Rakyat (Adun) untuk melapurkan masalah masalah juga
membuat aduan berkaitan kebajikan , pembangunan , keselamatan dan kemajuan kampung
masing-masing.
Sebagai
sebuah pusat khidmat Masyarakat untuk maysrakat menyuarakan pandangan , permasalahan
dan hal ehwal berkaitan kehidupan dalam sesebuah masyarakat atau komuniti untuk
berjumpa dengan Pengerusi , Setiausaha mahupun pegawai japerun.
Sebagai
sebuah tempat berkumpul untuk mejana aktivti kemasyarakatan dengan menganjurkan
atau menyertai program berteraskan Muhibbah dan toleransi untuk memperkukuhkan
hubungan di antara kaum dan masyarakat setempat.
3.0 PERANAN JAPERUN
- Bertangggungjawab menyelaras dan mengumpul data
profail DUN yang telah dikemaskini oleh JPKK
- Menyelaras program bagi bantuan pemberian bantuan
dan sumbangan bulanan dan tahunan dari pihak JAIM dan MAIM
- Bersama-sama membantu mangsa-mangsa yang
mengalami bencana alam termasuk yang berada di pusat pemindahan.
- Memastikan pihak MPKK mengawal selia balai raya,
tanah wakaf, surau dan bilik bacaan berada dalam keadaan bersih dan
teratur.
4.0 STRUKTUR ORGANISASI
Japerun
akan dipengerusikan oleh Pengerusi Penyelaras iaitu ADUN kawasan bagi kawasan
yang dimenangi oleh parti pemerintah iaitu kini Parti dalam Pakatan Nasional
dan kawasan yang parti kerajaan tewas akan dipengerusikan oleh individu yang
dilantik oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai contoh di kawasan Machap Jaya ,
Gadek dan Durian Tunggal.
BIL
|
NAMA
|
JAWATAN
|
1
|
Pengerusi
|
Dipengerusikan oleh YB ADUN Kawasan / Penyelaras DUN
@Timbalan Pengerusi oleh Penghulu Kawasan
|
2
|
Setiausaha
|
Setiausaha Japerun – Lantikkan Pengerusi
|
3
|
Ahli Mesyuarat
|
Terdiri daripada Pengerusi JPKK di setiap
kawasan dan wakil dari
Jabatan Kerajaan yang berkaitan
|
4
|
Pembantu Kebajikan
|
Lantikan Pengerusi
|
Pengerusi Penyelaras Japerun akan dibantu oleh
Setiausaha Japerun , Kerani Japerun , Pembantu Kebajikan dan Pekerja Am Rendah.
Manakala Penghulu (N27/29/32) akan ditempatkan di setiap japerun untuk
memudahkan pentadbiran berkaitan hal ehwal Pejabat Daerah masing-masing. Pihak
berkuasa tempatan juga ada menempatkan Pegawai Dun secara berkala di japerun
untuk memantau aduan dan sebarang perkara berkaitan Majlis
Perbandaran dan Majlis Bandaraya. Ahli ahli Majlis mewakili majlis daerah masing-masing
juga berperanan membantu masyarakat di dalam kawasan tersebut.
Setiap
japerun juga mempunya peruntukan pengurusan sendiri melalui Peruntukan Yang
Berhormat ataupun Pejabat Daerah masing-masing untuk membiayai bil bil utiliti
dan jamuan-jamuan mesyuarat.
Diperingkat
pentadbiran negeri Melaka , pejabat penghulu di setiap Dun telah dijadikan
pejabat japerun dan di sinilah mesyuarat Japerun akan diadakan sebulan sekali
melibatkan Pengerusi JPKK dan Jabatan / Agensi kerajaan yang terlibat.
5.0 KEMUDAHAN DI DALAM JAPERUN
Antara
kemudahan yang terdapat di Kompleks JAPERUN untuk memudahan orang ramai adalah
seperti :
- Gelanggang Futsal
- Dewan serbaguna
- Gelanggang sepak takraw
- Taman permainan kanak-kanak
Dataran
untuk orang ramai bagi melakukan aktiviti
luar seperti aktiviti senaman ringan, tekan tubi, jonging, aktiviti
memanaskan tubuh dan aktiviti-aktiviti kecergasan yang lain
6.0 HUBUNGAN MANUSIA DALAM
PENTADBIRAN DI JAPERUN ASAHAN
Japerun
Asahan adalah merupakan salah satu Japerun yang ada di dalam negeri Melaka.
Japerun Asahan terletak di dalam dun Asahan dan kawasan pentadbiran Pejabat
Daerah Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin. Manakala bagi kawasan Parlimen
adalah terletak di Parlimen Alor Gajah dan juga kawasan politik bahagian Alor
Gajah.
Walaupun
berlaku juga timbul kekeliruan dikalangan masyarakat dan pentadbir awam namun Dun
Asahan terus bangkit untuk menjadi Dun yang maju dan berdaya saing.
Termaktub
dalam Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020 di bawah kawalan Majlis Perbandaran
Jasin , Dun Asahan tidak boleh mengadakan aktivti perkilangan dalam secara
besar kerana dun Asahan dikelilingi Empangan Air dan pusat tadahan hujan.Dun
Asahan mempunya Empangan Air Jus dan Empangan Air Asahan juga berdekatan dengan
Empangan Air Machap dan Empangan Air Durian Tunggal. Ini juga memberi kesan kepada
pembangunan fizikal dan Pengerusi Penyelaras perlu memikirkan aktiviti
pembangunan yang lain untuk menjana ekonomi masyarakat setempat.
YB
Datuk Seri Hj Abd Ghafaar bin Haji Atan adalah merupakan Adun kawasan dan menjadi
Pengerusi Japerun Dun Asahan. Beliau Berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Adun
untuk penggal kedua di Dun Asahan.
Walaupun
Ketika itu negara dilanda Tsunami Politik yang amat hebat namun beliau berjaya
mengekalkan kerusi UMNO / BN di dun Asahan adalah kerana rekod cemerlang beliau
menjaga kebajikan rakyat dan maysrakat di dun Asahan. Ini jelas menunjukkan
sepanjang beliau berkhidmat di dun Asahan di penggal yang lepas telah diterima
rakyat dengan tiada sebarang isu atau persepsi yang berjaya menjatuhkan
reputasi beliau sebagai Adun di Dun Asahan.
Nama
beliau juga disebut sebagai Ketua Menteri Melaka apabila tampuk kerajaan
berpindah daripada Pakatan Harapan kepada Pakatan Nasional namun atas beberapa faktor
jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada YB Sulaiman bin Ali (Adun Lendu).
7.0 KEPIMPINAN DI DALAM JAPERUN
ASAHAN
Japerun Asahan mempunya 14 buah Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung melibatkan 20 cawangan parti UMNO. Ini
adalah merupakan JPKK yang terbanyak di dalam dun untuk Daerah Jasin. JPKK tersebut
ialah :-
- JPKK
Relau
- JPKK
Asahan
- JPKK
Pondok Batang / Abbey
- JPKK
Masjid Baru / Gubah
- JPKK
Nyalas
- JPKK
Gapis / Mantai
- JPKK
Felda Tun Ghaffar Bukit Senggeh
- JPKK
Bukit Senggeh
- JPKK
Selandar
- JPKK
Jus
- JPKK
Batang Melaka
- JPKK
Sempang Tebong
- JPKK
Bukit Sedanan
- JPKK
Desa Mesra Perdana
Pengerusi Japerun memainkan peranan
besar dalam mentadbir untuk memastikan kesemua pengerusi JPKK yang dilantik bekerja
dan berkhidmat untuk masyarakat. Ini adalah kerana tugas pengerusi JPKK
memastikan segala maklumat dari kerajaan sampai ke akar umbi dan sentiasa
memberi perhatian sepenuhnya kepada kebajikan masyarakat setempat.
Pengerusi Japerun hendaklah mengimplementasikan
gaya kepimpinan yang jitu sebagaimana yang dinyatakan oleh Kretch dan
Crutchfield (1962) dalam menyenaraikan empat belas(14) fungsi pemimpin dalam kelompok atau komuniti. Di
mana Aminuddin Mohd. Yusof 110 (1990 : 48 – 51) telah memetik dan menghuraikan
fungsi pemimpin tersebut. Di sini kami akan menghuraikan 8 daripada 14 fungsi tersebut.
- Sebagai
Eksekutif
Semua orang yang dinamakan pemimpin
mentadbir kelompok, komuniti, masyarakat atau organisasi yang dipimpinnya dan
menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan usaha segigih mungkin
untuk mencapai matlamat kelompok atau organisasi itu. Pengerusi Japerun adalah
merupakan Eksekutif di dalam Dun Asahan yang sentiasa bekerja dan berkhidmat
kepada masyarakat Ini adalah untuk mempastikan segala yang dirancang mestilah
mencapai objektif yang diinginkan. Sebagai contoh mengadakan program Ziarah
Kasih setiap hari Jumaat bermula jam 9.00 pagi dan berkakhir jam 12.00
tengahari. Ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri keadaan masyarakat
setempat dengan menghantar bantuan dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan bersama
sama Klinik Kesihatan berdekatan.
- Sebagai
Perancang
Setiap pemimpin perlu merancang cara
bagaimana hendak mecapai matlamat organisasinya sepertimana yang telah
ditetapkan oleh Piagam Organisasi dan Misi Organisasi. Ini bermakna pemimpin
mesti merancangkan aktiviti untuk faedah organisasi, kerana tanpa aktiviti
organisasi itu tidaklah bermakna.
Selaku Pengerusi Japerun yang menjadi
perencana dan mengetuai segala rancangan dan tindakkan supaya matlamat yang
diiginkan akan menjadi kenyataan. Ini adalah merupakan visi seorang wakil
rakyat yang boleh direalisasikan menjadi kenyataan melalui Japerun sebagai
contoh ingin menjadikan Dun Asahan berbudaya.Melalui japerun wakil rakyat akan
merancang memperluaskan juga menyuntik dana atau sebagainya aktiviti masyarakat
yang berasaskan budaya seperti kompang , silat dsb.
- Sebagai
Pembuat Dasar
Pemimpin perlulah menentukan dan
menetapkan garis panduan dasar organisasinya. Melalui mesyuarat Japerun tersebut
yang diadakan pada setiap bulan adalah menjadi mekanisme terbaik untuk menentukan halatuju bagi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Sebagaiman kebiasaannya parti politik
yang menang akan menetukan garispanduan pentadbiran mengikut manifesto atau janji
janji pilihanraya yang telah ditetapkan ketika berkempen.Gerak kerja perlulah
seiring dengan matlamat supaya tidak membuang masa dan tidak membazir wang
ringgit tenaga dengan melakukan perkara perkara yang tiada dalam manifesto atau
janji pilihanraya yang lepas. Ini akan memberi keyakinan dan kepercayaan rakyat
terhadap pentadbiran sesebuah kerajaan.
- Sebagai
Pakar Pemimpin
Menjadi sumber maklumat dan lebih
berkemahiran daripada anggota-anggota kelompoknya. Setiapkali mesyuarat berlangsung
, Pengerusi Japerun akan memaklumkan kepada ahli mesyuarat berkaitan
perkembangan terkini negeri Melaka dari segi sosial , politik mahupun ekonomi.
Maklumat terkini itu datangnya daripada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka
atau pun daripada Mesyuarat – mesyuarat rasmi kerajaan Melaka yang lain.
Segala maklumat yang disalurkan oleh
Pengerusi Japerun akan membantu Pengerusi JPKK dalam mentadbir kampung
masing-masing. Penyaluran maklumat tersebut bukan hanya terbatas melalui
mesyuarat Japerun sahaja tetapi melalui kaedah terkini iaitu whatsapp ,
telegram dan facebook. Saluran ini menjadi wadah yang popular dikalangan
masyarakat kini. Ini akan memudahkan kepada semua pihak untuk mendapatkan
maklumat berkaitan peluang-peluang meningkatkan ekonomi ataupun pencegahan penularan
Covid 19.
- Sebagai
Jurucakap Kelompok Pemimpin
Bertindak sebagai jurucakap kelompok
dalam interaksi hubungannya dengan luar. Pengerusi Japerun boleh membawa suara
masyarakat di dun Asahan diperingkat kerajaan negeri Melaka. Ini adalah kerana
wakil rakyat Dun Asahan yang merupakan pengerusi japerun adalah Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Melaka. Segala permasalahan berkaitan Dasar kerajaan negeri
Melaka boleh dibawa ke dalam mesyuarat tersebut untuk dibincangkan kaedah
penyelesaian secara tuntas oleh kerajaan negeri Melaka.
6. Sebagai Pengawal Hubungan Dalam
Selain dari menjadi jurucakap
kelompoknya, pemimpin juga menjadi pengawal atau saluran hubungan di antara
anggota-anggota kelompok. Pengerusi Japerun akan mengenalpasti berita berita yang
tidak benar atau palsu supaya tidak mepengaruhi pemimpin setempat.
Kawalan ini adalah perlu untuk menjaga
kestabilan dan perpaduan dikalangan organisasi dan komuniti. Tindakan drastik
adalah perlu bagi membendung segala spekulasi dan ketidakpastian tentang
sesuatu perkara supaya tidak menjadi persepsi negative kepada pengerusi
japerun. Ini akan memberi impak negatif kepada sesebuah pentadbiran sekiranya
kawalan dalaman yang longgar saluran hubungan yang sempit.
- Sebagai
Pemberi Ganjaran dan Denda
Dalam organisasi berhirarki, pemimpin
diberi kuasa memberi ganjaran dan mengenakan denda oleh pihak berkuasa ke atas
ahli-ahli kelompok yang di bawah penyeliaannya. Dalam perkara ini YB Pengerusi
Japerun diberikan kuasa untuk mencalonkan mana mana individu yang dipikirkan
layak untuk menerima pingat atau bintang daripada kerajaan negeri Melaka ketika
Hari Ulangtahun Tuan Yang Terutama Negeri Melaka.
Pencalonan hanya akan diberikan
kepada meraka yang betul betul layak dan telah banyak menabur bakti untuk masyarakat
di dalam dun Asahan. Disamping itu juga YB Pengerusi akan mencalonkan juga mana
mana pemimpin yang berdaya maju dan mempunyai idea yang bernas untuk dilantik
sebagai Ahli Majlis PBT dan juga Ahli Lembaga Pengarah dalam mana mana syarikat
kerajaan negeri Melaka.
- Sebagai Teladan atau Role Model
Pemimpin menjadi teladan atau contoh kepada anggota-anggota kelompok
dengan menunjukkan kepada mereka tingkahlaku dan sifat yang terbaik dan terpuji.
YB Pengerusi Japerun juga semestinya menjadi contoh kepada masyarakat melalui
karisma seorang pemimpin dan mempunyai akhlak yang terpuji. Budi Bahasa dalam
percakapan dan perbualan pastinya akan dinilai oleh masyarakat untuk mengenali
dan memahami hati budi seseorang. Sikap YB Pengerusi yang amat menghurmati
orang tua adalah satu sikap yang memberi kesan kepada masyarakat setempat dan
keprihatinan beliau tentang kebajikan masyarakat telah menjadi iktibar dan
contoh kepada YB di lain lain kawasan.
8.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya
, Japerun merupakan nadi kepada pembangunan , keselamatan dan kemajuan di
sesebuah Kawasan Dewan Undangan Negeri. Aspirasi ADUN Kawasan digilap untuk
menjadi hala tuju dan matlamat terhadap japerun yang dianggotai oleh Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) , Penghulu Dun , Agensi
kerajaan , swasta dan NGO. Pengerusi Japerun haruslah bijak dan mempunyai
pengetahuan yang luas berkaitan pembangunan Kawasan setempat. Di samping
memenuhi manifesto parti ketika memancing undi semasa pilihanraya , satu kaedah
penyesuaian perlulah diadakan untuk memastikan dana mencukupi untuk membiayai
pembangunan dan kebajikan penduduk setempat. Pengerusi Japerun perlu memastikan
terlebih dahulu apakah perkara utama yang perlu diselesaikan bagi memenuhi
kehendak rakyat dan mampu menyelesaikan masalah secara tuntas.
Sememangnya
wujud hubungan yang amat rapat didalam struktur pentadbiran japerun dan
masyarakat setempat. Gaya kepimpinan dan kualiti pentadbiran pengerusi Japerun
menjadi asas kepada kejayaan sesebuah pengurusan. Perkara ini akan diterjemahkan
oleh masyarakat yang menjadi pengundi dikawasan tersebut samada akan terus memilih
ADUN sedia ada ataupun parti politik akan menukar dengan calon lain sekiranya
tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik.Lebih malang lagi apabila masyarakat
tidak memilih ADUN sedia ada menyebabkan parti tersebut kalah kerana tidak berpuashati
dengan pemimpin atau parti politik yang gagal menjaga kebajikan rakyat.
Justeru
itu kemahiran mentadbir dan melayan masyarakat perlu ada dan kehendak rakyat
atau masyarakat perlu diutamakan kerana inilah yang menjadi asas dan tunggak
kejayaan sesebuah pentadbiran. Menyedari mempunyai sumber yang terhad dan pasca
PKP ini yang natijahnya memperlahankan ekonomi negeri namun sebagai seorang
pemimpin pasti cuba untuk memenuhi kehendak masyarakat sebaik mungkin.Maka
wujud satu hubungan yang erat di dalam pengurusan Japerun dan juga kolobrasi
pintar di antara Pengerusi Japerun dan pemimpin masyarakat supaya masing masing
mendapat menafaat daripada hubungan tersebut.
9.0
RUJUKAN
1. Lawan
web http://www.melaka.gov.my
2.
Nota pembentangan Peranan Japerun oleh Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah
3.
Lama web http://www.mpjasin.gov.my
4.
Rancangan Tempatan Daerah 2020 Majlis Perbandaran Jasin
5. Aminuddin Mohd. Yusof 110 (1990 : 48 – 51)- Kretch dan Crutchfield (1962)