Saturday, 26 August 2023

Himpunan Pendekar Muda Pesaka Melaka Sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2023

 




20.8.2023
Mini Himpunan Pendekar Muda Pesaka Melaka 2023 sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2023
Perguruan Seni Silat Kunci Melayu Melaka
Perguruan Seni Silat Gayung Fatani Melaka
Perguruan Seni Silat Gayung Malaysia
Perguruan Seni Silat Selendang Merah Ibu Pertiwi
Perguruan Seni Silat Warisan Sendeng Melaka
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
Walau short notice tapi Kita Berjaya melaksanakannya...
Alhamdulillah terimakasih..

Monday, 21 August 2023

Tahniah Kepada YB Senator Datuk Haji Mustafa


 

Tahniah Kepada YB Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa yang mengangkat Sumpah Selaku Ahli Dewan Negara di Parlimen Malaysia hari ini.

Ini adalah Satu penghargaan dan pengiktirafan kepada UMNO Alor GAJAH.

Tahniah

Alhamdulillah.

Terimakasih Pesaka Melaka

 



Persidangan Tahunan Pesaka Malaysia Kali 20/2022

diadakan pada 19 Ogos 2023

Saya hanya persilat kampungan yang meminati Silat dari kecil..
Dan kerana minat itu telah menjadi amanah untuk saya mengembangkan dan mengimarahkan Silat..

Dan menjadi perwakilan Pesaka Melaka adalah Satu penghargaan yang tak ternilai buat Saya.. 

Terimakasih Pesaka Melaka dan 
Tahniah Kepada Datuk Wira Megat Zulkarnain TanSri Omardin yang telah terpilih sekali lagi Selaku Presiden Pesaka Malaysia, dan beserta Jawatankuasa yang Baharu.

Semuga terus Membangunkan Silat Warisan Negara..
Tahniah dan Syabas!!! 


SUHAIZAN HAJI NOH
PENOLONG SETIAUSAHA
PESAKA MELAKA

Wednesday, 2 August 2023

LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

 



LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

LATAR BELAKANG RINGKAS

Adat Perpatih masih lagi diamalkan sehingga kini di Mukim Nyalas bersusur galur daripada sejarah pembukaan mukim Nyalas pada 1600 an oleh Tok Gubah atau Abu Kassim yang berhijrah Bersama keluarga dan pengikutnya daripada Istana Pagar Ruyong Sumatera.

Adat PERPATIH mukim Nyalas mempunyai struktur pentadbiran yang diuruskan oleh Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas. Di dalam Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas diketuai oleh Seorang Penghulu Adat yang dipilh secara penggilirin dikalangan Buapak didalam mukim tersebut. Di dalam mukim Nyalas terdapat 7 suku yang diketuai oleh Buapak dan Ibu Soko iaitu :-

 

Suku Tiga Batu Belang

Suku Tiga Batu Seniaga

Suku Mungkal Bidara

Suku Mungkal Segamat

Suku Mungkal Komus

Suku Tiga Batu Lubuk Kepong

Suku Anak Melaka

Suku Biduanda

 Suku suku ini akan diketuai oleh Buapak dan Ibu Soko dan juga ketua perut.

Cuma suku Biduanda sahaja yang tidak mempunyai Buapak dan hanya ada ketua perut dan ibu Soko kerana suku ini bukan suku asal dari Nyalas.




AMALAN YANG MASIH TERDAPAT UNSUR ADAT PERPATIH

 1. Adat isitiadat peminangan

2. Adat istiadat pertunangan

3. Adat istiadat perkahwinan

4. Penceraian

5. Kematian

6. Kenduri kendara samada kesyukuran atau tahlil

7. Timbang tara

8. Perlantikkan Imam dan pegawai Syarak

9. Majlis berkhatan

10. Majlis khatam Al Quran

 



SENARAI NAMA BUAPAK

 Buapak Jizan bin Jaseh                      - Buapak Suku Mungkal Bidara

Buapak Md Nor Bin Bachik                - Buapak Suku Mungkal Komus

Buapak Mohd Alias bin Mohd Yusof  - Suku Mungkal Segamat

Buapak Hj Hashim bin Hassan           - Suku Anak Melaka

Buapak Mohd Aris bin Dol                  - Suku Tiga Batu Seniago

Buapak Zainal bin Osman                  - Suku Tiga Batu Lubok Kepong

Buapak Shahril bin Samzainal           - Suku Tiga Batu Belang

Encik Manchor bin Jalil                       - Ketua Perut Suku Biduanda

 BENDERA SUKU SUKU

 MUNGKA                   – Merah dan Putih

ANAK MELAKA          - Merah , Hitam , Putih

TIGA BATU                 - Hitam Sahaja

 SELEMPANG

 Penghulu Adat - Tanah Kuning ( Line Merah , Hitam )

Buapak            - Tanah Hitam Line Kuning

Lembaga         - Tanah Hitam Line Merah

Biduanda         - Tanah Hijau Line Kuning

Ibu Soko          - Kain Batik dan Tanah Hitam Line Merah


STRUKTUR LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

 Penasihat

Ketua Ibu Soko                                   : Hajah Ramah binti Bazid

Ibu Soko Hajah Jamilah binti Abd Wahab      - Suku Tiga Batu Belang

Ibu Soko Suku Tiga Batu Seniaga                 - (Kosong)

Ibu Soko Normah binti Abu Bakar                  - Suku Mungkal Bidara

Ibu Soko Rosidah binti Arshad                       - Suku Mungkal Segamat       -

Ibu Soko Rohani binti Abd Karim                   - Suku Mungkal Komus

Ibu Soko Rubiah binti Ismail                           - Suku Tiga Batu Lubuk Kepong

Ibu Soko Hajah Ramah binti Bazid                - Suku Anak Melaka

Ibu Soko Suku Biduanda                                - (Kosong)

 Penghulu Adat                                    : Buapak Dato Jizan bin Jaseh

Pengerusi Lembaga Adat                    : Dato Sidang Abd Razak bin Ibrahim

Setiausaha Lembaga Adat                 : Dato Sidang Hj Mazlan bin Chahat

Ahli Lembaga

Buapak Md Nor Bin Bachik                            - Buapak Suku Mungkal Komus

Buapak Dato Mohd Alias bin Mohd Yusof      - Suku Mungkal Segamat

Buapak Hj Hashim bin Hassan                       - Suku Anak Melaka

Buapak Mohd Aris bin Dol                              - Suku Tiga Batu Seniago

Buapak Zainal bin Osman                              - Suku Tiga Batu Lubok Kepong

Buapak Shahril bin Samzainal                       - Suku Tiga Batu Belang

Encik Manchor bin Jalil                                   - Ketua Perut Suku Biduanda

 MAKAM TOK GUBAH 



MAKAM TOK GUBAH @ ABU KASSIM dari suku matrilineal TIGA BATU @ TIGA BATU BELANG dan pengikut2nya. Antara tahun 1650-1700, Abu Kassim dipercayai pembesar diPagar Ruyung bersama kakak kandungannya TOK PUTIH, abangnya ABU BAKAR dan sepupunya ABU JAILANI @ TOK MACAP membuka Kampung Gubah dengan bantuan

TOK LANDAS @ SAPIAN. Di masa ini juga Tok Gubah melaksanakan pentadbiran berasaskan ADAT MINANG PERPATIH.


RUJUKAN

 


https://www.youtube.com/watch?v=tZZa18F4KPw
https://www.youtube.com/watch?v=rbG6W13kWpg

ASPIRASI WARISAN TANAH BERADAT MUKIM NYALAS

 


ASPIRASI WARISAN TANAH BERADAT MUKIM NYALAS

PERSATUAN PANCHA WARISAN MELAKA


DENGAN KERJASAMA

LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS


Negeri Berpagar Undang , Kampung Berpagar Pusaka , Adat Bersendi Hukum

Hukum Bersendi Kitabullah , Syarak Mengata , Adat Memakai

Kuat Adat Tak Gaduh Hukum , Kuat Hukum Tak Gaduh Adat


1.0 PENDAHULUAN

 Nama Program           : Aspirasi Warisan Tanah Beradat Mukim Nyalas

Anjuran                       : Persatuan Pancha Warisan Melaka

Kerjasama                   : Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas

Lokasi                            : Tanah Lapang bersebelahan Balairaya Mantai , Nyalas 

ASPIRASI

Keinginan dan kehendak yang menjadi permulaan kepada program ini. Ini terbina daripada kesedaran dan pengetahuan berkaitan adat warisan yang perlu kita amalkan dan pertahankan kerana selama ini adat warisan menjadi benteng kepada jatidiri kepada sesebuah bangsa. Melayu itu sendiri akan lenyap sekiranya gagal untuk mengamalkan dan melestarikan adat sendiri. Dan inilah menjadi Aspirasi kepada hari yang penuh bersejarah ini.

WARISAN

Ini adalah asset yang terpenting kepada sesebuah bangsa. Juga merupakan DNA kepada bangsa tersebut. Ini juga membezakan antara sesebuah bangsa sebelum dunia dilanda tsunami peradaban seperti gelombang liberalisasi dan sekularime. Warisan ini lah yang perlu kita amalkan , wariskan dan pertahankan supaya melayu itu kenal jatidiri dan sayangkan negara , agama dan bangsa.

TANAH BERADAT

MUKIM NYALAS

Menunjukkan adat perpatih telah lama bertapak di kawasan mukim nyalas dan sinonim dengan budaya masyarakat setempat.mempunya struktur masyarakat yang konkrit meliputi ajaran dan pengembangan Islam hinggalah kepada pembangunan infrastruktur dan ilmu pengentahuan.

 











Adat Perpatih masih lagi diamalkan sehingga kini di Mukim Nyalas bersusur galur daripada sejarah pembukaan mukim Nyalas pada 1600 an oleh Tok Gubah atau Abu Kassim yang berhijrah Bersama keluarga dan pengikutnya daripada Istana Pagar Ruyong Sumatera.

Adat PERPATIH mukim Nyalas mempunyai struktur pentadbiran yang diuruskan oleh Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas. Di dalam Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas diketuai oleh Seorang Penghulu Adat yang dipilh secara penggilirin dikalangan Buapak didalam mukim tersebut. Di dalam mukim Nyalas terdapat 7 suku yang diketuai oleh Buapak dan Ibu Soko iaitu :-

      Ã¼  Suku Tiga Batu Belang

ü  Suku Tiga Batu Seniaga

ü  Suku Mungkal Bidara

ü  Suku Mungkal Segamat

ü  Suku Mungkal Komus

ü  Suku Tiga Batu Lubuk Kepong

ü  Suku Anak Melaka

ü  Suku Biduanda

Suku suku ini akan diketuai oleh Buapak dan Ibu Soko dan juga ketua perut.

Cuma suku Biduanda sahaja yang tidak mempunyai Buapak dan hanya ada ketua perut dan ibu Soko kerana suku ini bukan suku asal dari Nyalas.

 2.0  OBJEKTIF

 2.1  Memberi suntikan baru kepada pengamalan Adat Perpatih Mukim Nyalas dengan meneruskan amalan tradisi namun ditambah baik dengan penggunaan gajet dan media sosial.

2.2  Menyuburkan rasa minat dan tanggung jawab kepada anak anak adat supaya terus mengamalkan dan mewarisi adat perpatih ini.

2.3  Menerangkan dengan jelas kebaikan dan keperluan adat perpatih ini dalam kehidupan seharian dan merupakan amalan terbaik untuk memperkukuhkan silaturrahim dalam masyarakat / komuniti setempat.

2.4  Memelihara budaya setempat dengan memperkukuhkan jatidiri masyarakat demi kemajuan negara dalam acuan kita sendiri.

3.0 SASARAN

 3.1 Pengamalan ataupun penggunaan adat perpatih ini adalah melibatkan penduduk Mukim  

      Nyalas iaitu terbahagi kepada beberapa kampung :-

  1. Kampung Mantai
  2. Kampung Gapis
  3. Kampung Melangkan
  4. Kampung Nyalas
  5. Kampung Baru Nyalas
  6. Kampung Ayer Repat
  7. Kampung Ayer Songsang
  8. Kampung Gubah
  9. Kampung Masjid Baru
  10. Kampung Baru Meriang
  11. Kampung Kampung Abbey
  12. Kampung Pondok Batang
  13. Taman Nyalas Baru
  14. Taman Nyalas Permai
  15. Rumah Awam Pondok Batang

 3.2 Juga melibatkan Kariah Masjid iaitu :-

 1. Masjid Al Kauthsar

- Surau Kampung Gapis

- Surau Kampung mantai

- Surau Kampung Melangkan

- Surau Taman Nyalas Permai

 2. Masjid Nurul HudA

- Surau Kampung Gubah

- Surau Kampung Abbey

- Surau Kampung Pondok Batang

- Surau Kampung Meriang

 4.0 BILANGAN PENDUDUK MUKIM NYALAS 

BIL

JPKK

KAMPUNG TERLIBAT

JUMLAH

(ORANG)

 

ANGGARAN YANG MENGAMALKAN ADAT PERPATIH

1

Nyalas

  1. Kampung Melangkan
  2. Kampung Nyalas
  3. Kampung Baru Nyalas
  4. Kampung Ayer Repat
  5. Kampung Ayer Songsang
  6. Taman Nyalas Baru
  7. Taman Nyalas Permai

 

3,500

2,000

(53%)

2

Gapis / Mantai

  1. Kampung Mantai
  2. Kampung Gapis

 

800

600

(75%)

3

Masjid Baru Gubah

  1. Kampung Gubah
  2. Kampung Masjid Baru
  3. Kampung Baru Meriang

 

1,257

500

(40%)

4

Pondok Batang / Abbey

  1. Kampung Kampung Abbey
  2. Kampung Pondok Batang
  3. Rumah Awam Pondok Batang

 

1,580

600

(38%)

 

JUMLAH

 

7,137

3,700

(51%)

5.0 KEDUDUKAN MUKIM NYALAS DI DALAM PETA NEGERI MELAKA DAN DAERAH

      JASIN

 

6.0 PERBANDINGAN KELUASAN MUKIM NYALAS DI DALAM DAERAH JASIN

 

Besarlah harapan kami agar program ini akan mendapat bantuan dan sokongan dari semua pihak. Program ini tidak lain tidak bukan adalah untuk melestarikan warisan bangsa yang amat berharga dan tidak ternilai harganya ini.

Ini juga sebagai tunjang jatidiri Melayu sebenar yang kaya dengan warisan dan adat. Kita seharusnya berbangga memiliki warisan yang berusia ratusan tahun tetapi masih lagi utuh dan diterima pakai sehingga hari ini.

 Surah AlHujurat. Ayat 013.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

 Semuga dipermudahkan segala urusan kita untuk meneruskan perjuangan orang terdahulu dalam menjaga agama bangsa dan negara. Segalanya adalah milik Allah.

Negeri Berpagar Undang , Kampung Berpagar Pusaka , Adat Bersendi Hukum

Hukum Bersendi Kitabullah , Syarak Mengata , Adat Memakai

Kuat Adat Tak Gaduh Hukum , Kuat Hukum Tak Gaduh Adat

 MELESTARIKAN BUDAYA BANGSA – PANCHA WARISAN





BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...