Tuesday, 17 December 2024

Kisah sebenar disebalik Kota A Famosa..

 

Kisah sebenar disebalik Kota A Famosa..

Ni pintu gerbang Kota A Famosa..??
Bukan kota tau.. Ramai salah anggap .

Bahan binaan Famosa ni dibuat dengan menggunakan serpihan batu-batu nisan sultan dan orang Islam , runtuhan masjid-masjid , dan rumah-rumah orang Islam di Melaka .

Jiwa kita kena betulkan bila hadir ke sini . Bayangkan , nenek moyang kita orang melayu dahulu mempertahankan dengan jiwa dan darah .

Dalam satu penulisan portugis , pernah merakamkan peristiwa kejatuhan melaka ini , mereka menulis bahawa takkan ada yang terselamat bila melintas dihadapan portugis tak kira siapa pun . Dewasa, orang tua atau kanak-kanak .

Al Fatihah untuk roh nenek moyang kita...

GOLD , GOSPEL DAN GLORY .

Setelah membina kubu ' Fortaleza De Malaca ' di atas sisa-sisa reruntuhan Istana Melaka, Masjid Agung Melaka dan batu-batu nisan makam diraja Melayu Melaka, Alburqurque mengisi penuh kapal Flor De La Mor dengan segala hasil jarahan khazanah kitab-kitab Melayu, alat-alat perhiasan berupa emas, perak, tembaga dan jongkong-jongkong emas serta meriam-meriam besi harta milik Melaka untuk dibawa balik ke pengkalannya di Goa, namun kapal ini karam di tengah laut.

Kuffar Portugis memaksa pula dengan menyebarkan ajaran Kristian Katolik di rantau ini dengan membawa beberapa mubaligh-mubaligh Katolik dan salah seorang yang terkenal ialah Saint.Francis Xavier.Hanya segelintir rakyat Melaka yang berjaya dipaksa murtad kerana pengaruh Islam di rantau nusantara adalah sangat utuh dan kukuh.Berbeza dengan jajahan takluknya di Goa yang begitu ramai dikristiankan oleh mubaligh-mubaligh Portugis ini.

Walaupun kuffar Portugis dan Sepanyol berjaya dengan cara melakukan kekerasan dan kezaliman di Borneo dan di utara Filipina, serta Filipina pada hari ini adalah sebuah negara penganut Kristian Katolik terbesar di asia dan ketiga di dunia selepas Brazil dan Mexico.

Kuffar Portugis juga dapat menjajah serta menjarah Brazil selama lebih kurang 277 tahun, Goa 451 tahun, Timor selama 379 tahun, Macau selama 442 tahun.Ini adalah jajahan empayar kuffar Portugal termasuk Melaka.

Namun, Melakalah yang paling pendek zaman penguasaannya akibat tekanan demi tekanan yang dilakukan oleh kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, Aceh, Demak dan Johor.Pada zaman penjajahan kuffar Portugis di bumi Melaka, perdagangan di Melaka telah mulai merosot dan ianya tidak lagi dikenali sebagai permata di Asia Timur.

Sunday, 15 December 2024

KADANG KANDANG KITA ADA CITA CITA TAPI BUKAN KITA YANG DAPATKAN , TAPI ANAK KITA YANG MILIKI

 


MASA SEKOLAH DULU DARI SEKOLAH RENDAH SAMPAI MENENGAH SAYA MEMASUKI PENGAKAP BUKAN SEBAB IKUT KAWAN TETAPI SEBAB MINAT. DENGAN DORONGAN ARWAH ABAH BELIKAN BAJU PENGAKAP COMPLETE SIAP SKAP , TALI PINGGANG , SONGKOK DAN PISAU PENGAKAP.. JADI MINAT TU MEMANG ADA DAN MENJIWAI ILMU PENGAKAP... NAMUN KETIKA TU TIADA PELUANG PUN UNTUK MEMILIKI SEBARANG ANUGERAH / PENCAPAIAN KERANA MUNGKIN TIADA REZKI ATAU MUNGKIN KITA BUKAN SIAPA2 KETIKA ITU..HEEEEE.... ALHAMDULILLAH SEMUANYA MENJADI KENANGAN TERINDAH...


NAMUN HARI INI CITA CITA SAYA TELAH DISAMBUNG OLEH ANAK YG KE 3 SORANG NI IAITU NURIN ZULAIKHA DIMANA MENJADI MURID PERTAMA DAN TUNGGAL DARI SEK KEB NYALAS YANG MENDAPAT RAMBU PENGAKAP KANAK KANAK.SAYA PUN TAK TAHU MASA BILA YANG DIA NI MINAT PENGAKAP.


APA PUN SAYA UCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMAKASIH KEPADA CIKGU ASRUL KHAN SHABAT SAYA YANG MEMBERI PELUANG DAN MEMBIMBING ANAK SAYA UNTUK MENDAPAT ANUGERAH INI DARI PENGAKAP MELAKA.



SEMUGA PENGAKAP MELAKA AKAN TERUS MAJU JAYA DAN SENTIASA MEMBIMBING ANAK ANAK DAN BELIA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG BAIK.

BUAT SEHABIS BAIK !!!!


ALHAMDULILLAH SEMUGA SEGALANYA DI RAHMATI DAN DILINDUNGI ALLAH SWT.




15.12.2024 - MAJLIS PENGANUGERAHAN RAMBU PENGAKAP MELAKA DI DEWAN PAY FONG , MELAKA

12.12.2024 - Libat Urus Memperkasakan Adat dan Warisan Jawa Melaka



Kali ini dijemput selaku peserta dalam sessi libat urus Memperkasakan Adat dan warisan Jawa di negeri Melaka. program ini adalah anjuran Perzim dan Melaka World Heritage Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Sukarelawan dan Kebajikan Warisan Melaka.


Turut hadir orang yang mencetus idea memperkasakan adat warisan Jawa Melaka iaitu YB Datuk Rahmad Mariman ADUN Ayer Molek bersama YB Datuk Zaidi Atan Timb Exco Warisan Melaka.




Program ini diadakan bersama persatuan anak jawa Paya Dalam dan Universitas NUsantara Kediri Indonesia.



Ini adalah bertujuan memberi kefahaman yang penting berkaitan matlamat dan halatuju memperkasakan warisan jawa di negeri Melaka.
Semuga apa yang dirancang dan diimpikan akan menjadi kenyataan.

Salam Perjuangan.




 

13.12.2024 - MALAM APRESIASI MPJ - BACK TO SCHOOL


 



Malam ini telah ditugaskan sebagai Stage manager untuk program dinner tersebut yang berkonsepkan back to school. seperti biasa timing dan flow acara mesti kena dan bersesuaian. 



terimakasih kepada team dibelakang tabir yang bertungkus lumus jaga teknikal dan kelancaran program. saya ni cuma sibuk sibuk bantu perjalanan acara supaya mengikuti klehendak dan perancangan MPJ.

apa pun jauhkan diri kita daripada toksid dan pemikiran negatif... kita datang dengan amanah untuk memastikan kelancaran program dan kita pulang dengan kepuasan dan kejayaan majlis..



lain-lain saya tak minta cuma minta nak happy2 bersama rakan rakan seperjuangan sahaja..
semuga dipermudahkan segala urusan..
petua nak hati senang - pikir yang baik2 ajer...


Berjumpa lagi kita di next program, lebih thuff dan lebih mencabar.... heee paling xde pun paling ringkas tapi berhikmah.. 




perkukuhkan silaturrahim dan kita tolak semua elemen negatif supaya kita lebih sejahtera dan tenang..

MPJ DI HATIKU..






Monday, 25 November 2024

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

 



Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung  Melaka? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung Melaka.

Bagi penggemar aktiviti mendaki bukit di Melaka mungkin mengenali Bukit Beruang atau Bukit Batu Lebah tetapi Bukit Gapis mungkin sedikit asing. Sememangnya Bukit Gapis kurang dikenali disebabkan kurang pendedahan terhadap kawasan yang sedikit terpencil ini.


Walaubagaimanapun ia semakin mendapat perhatian apatah lagi selepas menjadi viral meskipun sebelum ini sering menjadi tempat orang kampung mencari hasil hutan di sana.

Pengisytiharan Bukit Gapis sebagai Gunung Melaka secara rasmi pada 17 Oktober 2020 sempena Program Hiking Bukit Gapis bersama agensi kerajaan. Program tersebut dilaksanakan bagi melihat status bukit tersebut sebelum diiktiraf sebagai satu-satunya Gunung di negeri Melaka.


Ini membuktikan bahawa ianya merupakan satu kawasan berpotensi untuk menjaditarikan terbaharu bagi aktiviti rekreasi dan riadah di negeri Melaka.


Sudah pasti ia menjadi satu berita yang menggembirakan bagi penggemar aktiviti pendakian dari Melaka yang selama ini hanya tertumpu di Bukit Beruang atau Bukit Batu Lebah

Ketinggian 480 meter itu menjadikan ianya melepasi syarat sesebuah bukit diiktiraf sebagai gunung iaitu 457.2 meter. Ini sekaligus menjadikan Bukit Gapis @ Gunung Melaka tempat paling tinggi di Melaka yang telah diiktiraf.


Wednesday, 20 November 2024

MELAKA HERITAGE TREASURE HUNT 2024





Tapak Warisan Dunia Melaka merupakan salah sebuah tapak yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO sejak 7 Julai 2008. 

Demi mengekalkan dan terus mempromosi Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia, UNESCO, Melaka World Heritage Sdn Bhd bersama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) & Kelab Sukarelawan Kebajikan dan Warisan Negeri Melaka menganjurkan 🏃👟🎽 MELAKA HERITAGE TREASURE HUNT 2024 dengan bertemakan “ WARISAN SEPANJANG ZAMAN” 💐

🗓Tarikh: 21 Disember 2024 (Sabtu)

⌚Masa : 9.00 pagi 

🌇Tempat : Perlepasan Di Hadapan Jam Besar Bangunan Stadhuys Banda Hilir, Melaka.

Sertai kami untuk mengenal warisan Melaka! Kumpulkan 4 orang rakan-rakan anda dalam 1 kumpulan

Link Untuk Pendaftaran : https://forms.gle/nP3hbXmVBEyx1hx39


Pendaftaran Secara Qr Code Untuk Melaka Heritage Treasure Hunt 2024 
pada 21 Disember 2024 di Banda Hilir Melaka 
bermula jam 9.00 pagi... Jom Sertai...
Mana Lagi...Melaka Ler


SYARAT PENYERTAAN MELAKA HERITAGE TREASURE HUNT 2024




Tuesday, 8 October 2024

Program Semarak HTC 2024

 


Pendahuluan

HTC adalah merupakan satu lokasi yang disediakan oleh kerajaan sebagai satu kemudahan kepada mereka yang menghidupkan seni warisan untuk bersayembara dan mempromosikan warisan masing-masing. Ini juga adalah menefistasi kepada semangat yang mengambarkan perkampungan Hang Tuah satu ketika dahulu. Merealisasikan satu perkampungan Melayu yang mempertahankan ciri ciri tradisi masyarakat masyarakat Melayu yang mempertahankan seni warisan dan adat istiadat yang menjadi norma dan panduan kehidupan ketika itu. Berteraskan akidah dan akhlak Islam disamping mengamalkan adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Menepati dengan kiasan Agama Dijunjung , Adat Dikelek atau Adat bersendi syarak dan syarak bersendi Kitabullah iaitu Al Quran.

Perkampungan Hang Tuah bukan sekadar mengamal atau penghidup budaya tetapi merupakan satu pemangkin atau nukleus yang menjadi asas kepada keberadaban dan ketamadunan Melayu Islam Melaka. Pastilah aspek kerohanian iaitu menyentuh kepada pegangan agama dan juga aspek kehidupan meliputi ekonomi , keselamatan , pendidikan dan juga kesihatan.

Objektif

Program Semarak HTC 2024 ini disediakan untuk membantu mempromosikan dan menghidupkan HTC supaya pewujudan ikon perkampungan melayu ini dapat dimenafaatkan kepada semua pihak sebagai satu rujukan atau sumber maklumat sistem masyarakat ketika zaman empayar Melayu Melaka. HTC sebagai sebuah perkampungan yang menyimpan pelbagai maklumat berkaitan masyarakat melayu melaka ketika dahulu.

 

  1. Menghidupkan HTC dengan pelbagai aktiviti masyarakat dahulu kala ketika zaman empayar Melayu Melaka
  2. Menjadi penyimpan pelbagai maklumat berkaitan sistem masyarakat dan ikon kepimpinan masyarakat dahulu.
  3. Menjadi rujukan kepada pelbagai pihak berkaitan sistem masyarakat dahulu.

Rakan Strategik HTC

  1. Persatuan Silat Silat Dalam / Luar Melaka
  2. Persatuan Penghidup Budaya dan Warisan
  3. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
  4. Jabatan Agama Islam Melaka
  5. Bahagaian Promosi Pelancongan Melaka
  6. Majlis Gabungan Belia Melaka

Cadangan Program Yang Akan Diadakan

  1. Majlis Persilatan / Pertandingan Silat
  2. Kelas kebudayaan ( silat / tarian / lipatan / anyaman )
  3. Bengkel / seminar kebudayaan / warisan
  4. Mesyuarat / perbincangan 

Pakej Promosi Kepada Penggiat Budaya

  1. Penggunaan percuma 
  2. Caj elektrik / air / kebersihan akan dikenakan kepada program berskala besar atau melibatkan syarikat atau organisasi yang berasaskan keuntungan.

Cadangan Tindakan / Langkah Program Semarak HTC 2024

  1. Seminar Hang Tuah 
  2. Promosi di Tiktok dan FB
  3. Sessi Libat Urus dengan Penggiat Budaya berkaitan HTC
  4. Merangka Program Kebudayaan dan Keseniaan pada bulan 11 @ 12 tahun 2024

Perancangan Awal

1.    Urusetia akan mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan 10 persatuan silat yang bergerak aktif di negeri Melaka untuk mengadakan kelas / persembahan silat di HTC selama sehari. Urusetia mencadangkan untuk memberi token sebanyak

RM 1,000.00 kepada setiap perguruan yang membuat persembahan silat di HTC yang berlangsung selama sehari. Pihak HTC hanya menyediakan tempat secara percuma termasuk bekalan air , elektrik dan tandas awam. Perguruan di minta membawa lebih daripada 50 orang pesilat untuk mengadakan persembahan tersebut. Diantara perguruan yang dicadangkan ;

1.1 Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani Melaka

1.2 Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan

1.3 Persatuan Seni Silat Naga Sakti Malaysia

1.4 Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia Kebangsaan

1.5 Persatuan Seni Silat Gayung Maarifat Malaysia

1.6 Persatuan Seni Silat Pusaka Jawa Sendeng

1.7 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

1.8 Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia (Melaka)

1.9 Persatuan Seni Silat Gayung Pusaka

1.10      Persatuan Seni Silat Cekak Harimau

2.    Urusetia juga mencadangkan untuk mengadakan Majlis Maulid Dibaie di HTC peringkat negeri Melaka.

3.    Perbincangan dan Kerjasama perlu diadakan dengan NGO tempatan seperti JPKK , Japerun Duyong , Persatuan Belia dan Kesenian yang ada dalam Dun Duyong / Parlimen Kota Melaka dan juga pengusaha homestay dsb.

4.    Selain daripada perguruan persilatan , Persatuan keseniaan dan warisan lain juga akan dijemput dan didedahkan dengan tawaran percuma penggunaan HTC ini.

5.    Menggalakkan influecer dan tiktokers untuk membuat konten / bahan sama sama mempromosi HTC ini.

6.    Mencadangkan diadakan karnival Usahwan Melayu Warisan Tradisi dengan mengadakan jualan , pameran dan penghayatan berkaitan warisan melayu di HTC.

Penutup

Adalah besar harapan kami agar Program Semarak HTC ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak PERZIM dan Kerajaan Negeri Melaka kerana ini akan membantu terhadap kejayaan tempoh Promosi di HTC. HTC perlu penjenamaan dan logo / mascot yang mengambarkan identiti HTC ini. Kami yakin dan percaya HTC akan menjadi pusat maklumat berkaitan Hang Tuah dan menjadi rujukan seantero dunia.

Terimakasih

 

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

KELAB SUKARELAWAN DAN KEBAJIKAN WARISAN NEGERI MELAKA

Monday, 5 August 2024

Bengkel Hala Tuju dan Melestarikan Adat Perpatih Mukim Nyalas

 



LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

Bengkel Hala Tuju dan Melestarikan Adat Perpatih Mukim Nyalas

27 Julai 2024

Bilik Mesyuarat Japerun Asahan , Nyalas Melaka

PERSATUAN PANCHA WARISAN MELAKA

 

TUJUAN

 

Tujuan bagi melaporkan pelaksanaan program dan laporan kewangan kepada JKKN Ringkasan pelaksanaan program yang dilaksanakan

 

TARIKH , MASA DAN TEMPAT

 

ü  Tarikh                          : 27 hb Julai 2024 / Sabtu

ü  Lokasi                                  : Bilik Mesyuarat Japerun Asahan , Melaka

ü  Tetamu                        : 52 orang

ü  Perasmi                       : YB Datuk Haji Fairul Nizam bin Roslan (ADUN Asahan)

 

PELAKSANAAN PROGRAM

Konsep Program

Program ini adalah berkisar kepada Lembaga Adat Perpatih yang selama ini diamalkan di Mukim Nyalas. Menyusuri sejarah dan membongkar kembali adat istiadat lama yang menjadi khazanah berharga untuk negeri Melaka 

Kaedah Pelaksanaan

Program dijalankan secara bersemuka dan dan perbincangan juga bertukar tukar pengetahuan dan pengalaman bersama moderator yang dilantik supaya memberi buah fikiran dan idea yang bernas untuk masa depan adat perpatih mukim Nyalas. 

Senaraikan Rakan Kerjasama

ü  Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas

ü  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka

ü  Pejabat ADUN Asahan (Japerun)


ATURCARA PROGRAM 

7.30 pagi           : Pendaftaran Peserta

8.00 pagi           : Sarapan

8.30 pagi           : Sessi Perkongsian 1

                            Tajuk : Adat Melayu Merentasi Zaman ,

                            Penceramah : Dato Nazri Kamal Al Bentan

10.00 pagi         : Sessi Perkongsian 2

                            Wacana Adat Perpatih Nusantara 

                            Moderator : Dato Nazri Kamal Al Bentan

                            Panel : Y.Bhg Dato' Raja Diraja Mej (B) Hj Bahaman bin Hj Harun ,
                            Orang Besar Undang , Undang Luak Rembau

11.30 pagi          : Sessi Perkongsian 3

                             Halatuju dan Matlamat        

12.00 tengahari  : Majlis Perasmian penutup

                             oleh YB Datuk Haji Fairul Nizam bin Roslan , Adun Asahan.

12.30 tengahari  : Sessi bergambar dan Jamuan makan


Senaraikan Nama Penceramah / Juri / Artis / Kumpulan

               - Dato Nazri Kamal Al Bentan

               - Y.Bhg Dato' Raja Diraja Mej (B) Hj Bahaman bin Hj Harun

JUMLAH PERINCIAN PESERTA 

Jantina

Umur

Pendidikan

Lelaki

Perempuan

0-20 Tahun

20-40 Tahun

40-60

Tahun

60-80 Tahun

Darjah 6

SPM

Dip

Ijazah

 

34

 

18

 

 

4

 

2

 

32

 

14

 

8

 

35

 

5

 

4

 

Secara Maya

ü  Tiada

Kelebihan , Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikkan

ü  Kelebihan Program

ü  Mengekalkan adat istiadat warisan lama

ü  Memperkenalkan kembali adat yang kian dilupakan

ü  Menyusun kembali struktur adat perpatih di mukim Nyalas

Kelemahan Program

ü  Kurang peruntukan untuk memperkasakan lagi program dari segi akademik

ü  Memerlukan masa yang lama untuk menjalankan promosi / hebahan

ü  Tiada penyertaan dari akademik untuk memperluaskan skop adat ini.

Penambahbaikkan Program

ü  Program sebegini perlu diadakan secara tahunan

ü  Menambah peruntukan untuk mengadakan seminar dan forum

ü  Mempromosi program ini dan tidak hanya memikirkan Negeri Sembilan sahaja yang mengamalkan adat perpatih.









Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...