Kerajaan negeri Melaka mengadakan pameran Enrique De Malacca pada 24 September hingga 30 September 2025 di Encore Melaka sempena pelancaran World Tourism Day yang akan disempurnakan oleh PMX pada 27.9.2025.
Dalam kesempatan ini saya singgah di pameran tersebut untuk melihat pameran dan menambah pengetahuan berkaitan Panglima Awang ini. Saya bertuah kerana dapat penerangan yang lebih jelas daripada YBrs Puan Erni Hamsah Pengurus Besar PERZIM dan Melaka World Heritage Office dan YBrs Prof Madya Dr Ainuddin Lee Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak Melaka.
Secara ringkasnya Pameran ini menjawab beberapa persoalan berkaitan Enrique De Malacca atau Hendry The Black atau Panglima Awang
Ada 4 perkara yg masih blm terjawab berkaitan Panglima Awang
1. Asal usulnya
2. Benarkah manusia pertama mengelilingi dunia
3. Bahasa dan kemahirannya
4. Nasibnya selepas ekspidisi
dan Jawapan yang dikongsi bersama oleh YBrs Prof Madya Dr Ainuddin Lee
Persoalan (1)
a. Dalam catatan Hakluyt Posthumus Vol 2, 1905 " the intepretor who was a slave, born in Malacca'
b. Dalam tulisan Gullermard 1890 menyatakan yg sama, dari Melaka...native of the city from Malacca
Persoalan (2)
Berdasarkan pakar sejarah Pakya, menyatakan tak sangkal bahawa
Dalam tulisan Pakya ada simpulkan yg Enrique ni asal Melaka, melalui pelayaran dgn Magellan merungkai bahawa dunia ini bulat.
Persoalan (3)Kebolehan berbahasa byk disingkap dalam tulisan Benson, kalau tak silap E.F.Benson 1929 tajuk buku Ferdinand Magellan
Ada satu lg buku kalau tak silap tulisan Charles McKew, life time of Ferdinad Magellan byk juga nyatakan kebolehan penguasaan bahasa oleh Enrique
Persoalan (4)
Dalam pencarian di manakah Enrique..kajian masih belum terungkai, so dlm pameran last part tu kita nyatakan 3 teori ke manakah Enrique, kekal di Cebu, balik ke Melaka atau ikut ekspedisi ke Maluku.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pensyarah Universiti Leiden, Belanda, Dr Surya Suryadi.MELAKA: Watak Panglima Awang bukan kisah khayalan penulis Harun
Aminurrashid seperti yang dipapar dalam novel berjudul serupa terbitan
tahun 1958.
Sebaliknya ia adalah rakaman kisah sejarah mengenai Panglima Awang, orang pertama yang didakwa berjaya mengelilingi dunia.
Bagaimanapun, seperti mana sejarah watan yang terjajah nama anak
tempatan selalu ditenggelami dan dalam kes Panglima Awang, 'tuannya'
Ferdinand Magellan lebih dikenali. Sedangkan jika mengikut sejarah,
Magellan sudah pun mati dibunuh di Filipina.
Baru-baru ini, Universiti Islam Melaka membongkar kisah Panglima
Awang menerusi syarahan umum yang disampaikan Pensyarah Universiti
Leiden, Belanda, Dr Surya Suryadi.
Dalam syarahannya itu, Suryadi berkata Panglima Awang lebih
dikenali sebagai 'Enrique de Malacca' atau 'Henry The Black' dalam
kalangan sarjana Barat. Namun ia tidak menenggelamkan fakta beliau
sebagai anak Melayu yang belayar mengelilingi dunia antara tahun
1511-1521.
Katanya, berdasarkan catatan sejarah Panglima Awang dikatakan turut
berperang menentang Portugis namun akhirnya ditawan yang menyaksikan
dia dijadikan tahanan perang.
"Panglima Awang kemudiannya diserahkan kepada Magellan oleh
Alfonso de Albuquerque. Ketika itu dia mungkin berumur dalam belasan
tahun.
"Ketika itu, Magallen hendak meninggalkan Melaka pada Disember 1511 sesudah Melaka berjaya dikuasai Portugis.
"Menjadi hamba kepada Magellan menyebabkan nama asalnya ditukar kepada 'Henry The Black' atau 'Enrique de Malacca'," katanya.
Kongsi Suryadi, berdasarkan catatan penulis, Antonio Pigafetta yang
belayar bersama Magellan antara tahun 1519 hingga 1521, Panglima Awang
sentiasa mengikut lelaki Portugis itu belayar ke mana sahaja termasuk
ketika pelayaran mengelilingi dunia bersama lima buah kapal dan 270
kelasi.
"Selain kapal Trinidad yang dikenderai bersama Magellan, empat lagi
kapal yang turut sama belayar adalah San Antiono, Conception, Victoria
dan Santiago," katanya.
Tambah Suryadi, apabila Magellan terbunuh dalam satu kejadian di
Cebu, Filipina hanya sebuah kapal iaitu Victoria sahaja selamat sampai
ke Portugal bersama 18 kelasi termasuk Pigafetta.
Justeru kata Suryadi, menerusi catatan Pigafetta itulah kisah
Panglima Awang diketahui selain fakta berkaitan kematian Magellan.
Bagaimanapun katanya, terdapat dua versi cerita mengenai Panglima
Awang. Selain versi Pigafetta, sebuah lagi catatan oleh pembantu Raja
Sepanyol iaitu Maximillianus Transylvanus turut menuliskan mengenai
Panglima Awang.
Transylvanus katanya, turut mencatatkan temubualnya dengan kapten Kapal Victoria, Sebastian Elcano Juan.
"Namun dalam catatan Pigafetta, walaupun dia menuliskan hanya 18
daripada 270 anak kapal selamat tiba di Portugal, tetapi Panglima Awang
tidak ada dalam senarai.
"Bagaimanapun, dipercayai Elcano tahu mengenai kewujudan Panglima
Awang justeru salinan catatan Transylvanus seharusnya diperoleh bagi
memperincikan lagi mengenai Panglima Awang," katanya.
Tegas Suryadi, catatan Transylvanus itu dipercayai disimpan di
Sepanyol dan mampu menyingkap sejarah mengenai tokoh berkenaan secara
jelas. Hal ini disebabkan Pigafetta tidak menyatakan dengan tepat sama
ada Panglima Awang kembali ke Melaka atau Sumatera malah mungkin terus
menetap di Cebu selepas kejadian yang meragut nyawa Magellan.
Katanya, setakat ini catatan milik Transylvanus mengenai Panglima
Awang disebutkan anak Melayu asal Maluku, namun Pigafetta mencatatkan
lelaki itu berasal dari Sumatera.
Selepas ratusan tahun, kisah Panglima Awang masih menarik perhatian
umum terutama dalam kalangan penduduk di alam Melayu. Malah sekitar
tahun 40-an dan 50-an, banyak buku mengenai Panglima Awang diterbitkan.
Antaranya tulisan Mohd Taha Suhaimi yang diterbitkan dalam Majalah Fajar
Asia pada 1944 dengan judul 'Anak Melayu Pertama Mengeliling Dunia'.
Malah katanya, akhbar Straits Times Singapura juga pernah
menerbitkan artikel bertajuk ' First Man To Sail Round A World Was A
Malay' pada 22 Oktober 1955. Begitu juga tulisan dalam akhbar Waspada
dengan judul "Pengeliling Dunia Pertama adalah Seorang Indonesia' pada 2
Julai 1956.
"Bagaimanapun kisah Panglima Awang ini benar-benar popular apabila
dinovelkan oleh Harun Aminurrashid dengan judul 'Panglima Awang'
"Malah ia turut disusuli dengan novel Anak Panglima Awang pada 1961 terbitan Pustaka Melayu Singapura," katanya.
Katanya, novel mengenai Panglima Awang turut diterbitkan di
Filipina masing-masing pada 1997 dan 2002. Kedua-duanya dihasilkan oleh
Carla M Pacis bagaimanapun novel itu ditulis dengan mengambil sudut
pandang Filipina dan menjadi menjadi antara teks sekolah menengah di
sana.
Suryadi berkata, kisah Panglima Awang turut dirakam oleh HM Tuah
Iskandar pada 2003 dengan judul Enrique Mengundang Jauh selain di
Indonesia, ia turut dirakam dalam novel Enrique Maluku, dan Pengeliling
Bumi Pertama Adalah Orang Indonesia masing-masing tulisan Helmy Yahya
dan Reinhard R Tawas yang diterbitkan pada 2014.