Friday, 30 June 2023

Majlis Silaturrahim Guru Silat Melaka sempena Melaka Heritage Festival 2023





Assallammualaikum dalam Perjuangan

Jemputan ke Majlis Silaturrahim Guru Silat Melaka sempena Melaka Heritage Festival 2023

Tarikh : 9 Julai 2023 / Ahad

Masa : 4.30 petang

Tempat : Jalan Kota Banda Hilir Melaka (Depan A Farmosa)

Anjuran : Persatuan Kebajikan dan Warisan Negeri Melaka Bersama Melaka World Heritage Office

Pakaian : Busana Tradisional / Baju Silat


Aturcara

4.00 petang :- Daftar Kehadiran

4.30 petang :- Ucapan Alu-aluan

4.45 petang :- Persembahan Silat

5.45 petang :- Penyampaian cenderahati dan sijil

6.00 petang :- Bersurai


#MelakaBandarayaBersejarah

#MelakaTapakWarisanDunia

#SilatWarisanNegara

#Unesco


Mohon hadir dan nyatakan bilangan kehadiran

1. Cikgu Suhaizan Noh - Silat Kota Sendeng (10 orang)

2. Cikgu Yusof - GTA MASAGA (10 orang)

3. Mohd Ariff - Gayung Fatani  (20 org)

4. Cikgu Zulkifli - Gayong (10 orang)

5. Cikgu Md Fuad Bin Safar Ladin - Seni Silat Jawa Pulut (1 orang)

6. Cikgu Siti - Pertubuhan Silat Samudera Melaka PESSAME  (10 orang)

7. Cikgu Omar Manan - Pertubuhan Seni Silat Pusaka Jawa Sendeng (30 org)

8. Cikgu Khairul Azha A.B. - Pertubuhan Silat Seni Spelet Gunung Jati  Melaka. ( 1 org  ).

9. Cikgu Sulaiman bin Abdullah - Pukulan Mat Kelang (3 orang)

10. Cikgu Shahfiq-Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia (10 orang)

11. Cikgu Aziz bin Md Said-Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka(10 org)

12. Sir Zul-Naning - Seni Silat Gayong Harimau (2 org)

13. Cikgu Mohd Faries - Silat Pusaka Jelawai (8 orang)

14. Cikgu Masrizal Rahmat- Seni Silat Sendeng Malaysia (10 orang)

13. Cikgu Norhizad Bin Mustapha (cikgu boy) -seni gerak warisan Lian Melaka (10 orang)

14. Cikgu Zam - Seligi Tunggal Melaka - (5 orang)

15. Cikgu Ahmad Rashid Ahmad Nordin - Sendeng Malaysia / Muar (2 org)

16. Ustaz Abdul Razak Hassan - Akademi Panji Alam - 10 orang

17. Cikgu Sham - Silat Panji RIA (3 orang)

18. Cikgu Taufeq - Silat Sendeng Malaysia / Sg Tetap (10 orang)

19. Cikgu Radeñ Rahmat - Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan (2 org)

20. Cikgu Raof Atan - Seligi Tunggal Angkatan (2)

21. Cikgu S.B.Afeid - Silat Kunci Melayu Melaka SIKUME (10 org)

22. Cikgu Omar - Seni Silat Setiabakti Melaka(6 org)




Sunday, 18 June 2023

KAJIAN TEMPATAN TINGKATAN1 - A FAMOSA MELAKA DAN SENI BINA RUMAH MELAKA



Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɐ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

A Famosa merupakan nama menara yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511.[1] A Famosa sebahagian daripada Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) yang mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau katelum (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.



Kenali rumah tradisional Melaka
Rujuk :- Harian Metro24 Dec 2016

TANGGA batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.
tradisional Melayu asli di negeri bersejarah ini dikenali sebagai rumah Melaka dengan bentuk bumbung panjang.Pada bentuk bumbungnya juga terdapat unsur seni bina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau. Tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.

Biarpun pelbagai tafsiran dibuat mengenai pembinaan asas rumah tradisional ini, strukturnya adalah sama.
Sama ada jenis perabung panjang (bumbung panjang), rumah bujang, rumah tiang dua belas, rumah Minangkabau, rumah limas, rumah baju kurung, rumah bumbung Perak, rumah kutai atau rumah serambi Melaka, ciri-ciri asas dan elemen utamanya adalah sama.

Mempunyai tiang berlapik batu, bumbung curam, berloteng, dapur di bahagian belakang, tangga di bahagian hadapan dan bahan binaan yang sama.Perbezaan ketara adalah pada bentuk bumbung, perabung dan jumlah tiang utamanya.Di Melaka terdapat dua jenis rumah tradisional iaitu jenis rumah serambi atau rumah Melaka atau rumah bumbung Melayu dan jenis rumah perabung limas atau bumbung limas.

Rumah Melaka mempunyai tiga jenis, yang terkecil dinamakan rumah bujang iaitu struktur bangunannya terdiri daripada enam batang tiang utama.Jenis sederhana dinamakan rumah berbandung dua, terdiri daripada dua belas batang tiang utama.Sementara jenis yang terbesar dinamakan rumah berbandung tiga terdiri daripada 16 batang tiang utama.

Rupa bentuk fizikal rumah Melaka dapat diperjelaskan sama ada secara menegak atau melintang.Secara menegak bentuk rumah Melaka dapat dibahagikan kepada tiga penggalan iaitu penggalan tiang, penggalan badan dan penggalan bumbung.Sementara secara melintang, terdiri daripada unit komponen iaitu ruang serambi dan anjung, ibu rumah dan rumah dapur.

Di antara ibu rumah dan dapur dipisahkan selang atau pelantar. Penggalan tiang bermula daripada pangkal tiang hingga ke paras lantai.Kayu tiang dipilih daripada jenis yang baik supaya tidak mudah dirosakkan serangga. Biasanya tiang rumah dibuat daripada kayu kempas, cengal, merbau atau damar laut.

Tiang dilapik dengan batu alas sementara struktur penting pada penggalan tiang adalah kayu rasuk dan gelegar.Kayu rasuk dikenali sebagai rasuk panjang dan rasuk pendek. Seterusnya kayu yang panjang dihubungkan dari tiang ke tiang melalui lubang pada tiang.

Penggalan tiang juga mempunyai kayu gelegar disusun berbaris di atas rasuk panjang.Cara susunan adalah melintang atas rasuk pendek. Di atas rasuk pendek dan gelegar itulah disusun papan lantai.

Sementara bendul pula antara perhiasan pada bangunan. Ia antara kayu kerangka yang memberi ketahanan pada struktur bangunan.Pintu dan tingkap menjadi sebahagian daripada dinding. Rumah Melaka menggunakan beberapa pintu iaitu pintu hadapan rumah, pintu di pelantar (selang) dan pintu di belakang rumah.

Tingkap juga sebahagian dinding yang boleh dibuka tutup dan berfungsi untuk pengedaran udara serta pencahayaan.Rumah Melaka ada banyak tingkap yang dibuka ke arah luar. Jika tingkap memanjang ke lantai, di bawahnya dipasang kisikisi.


Tuesday, 13 June 2023

Teruslah Berjuang Untuk Diri-Kamu yang Kamu Kenali...

 


Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya dapat kita meneruskan kehidupan ini dengan tenang , damai dan tenteram. Semua rasa ini bermula dari hati kerana bila kita merasakan syukor dengan apa yang ada dan kerana kita sedar semuanya itu bukan milik kita kerana semuanya adalah milik Allah. Semua yang ada ini adalah merupakan pinjaman dari Allah SWT. semua kenikmatan dan kesusahan yang kita rasa ini semuanya datang dari Nya..

Semuga segalanya ini akan memberikan kebaikan dan keberkatan kepada kehidupan kita yang penuh pancaroba dan dugaan hidup yang datang dari Yang Maha Sempurna.

Kita menyedari semua apa yang ada dalam alam fana ini ada kehidupan masing masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang dinamakan Sunnatullah. Pokok , binatang , batu , kayu , daun dan sebagainya dan semuanya itu tidak terlepas dari kekuasaan dan kehendak Yang Maha Kaya.

Dan manusia atau insan ini telah terpilih selaku khalifah di muka bumi ini untuk terus beribadah kepada Allah dengan segala nikmat dan kelengkapan yang telah Allah sediakan di muka bumi ini. Kita semua adalah hamba Allah dan kewajiban kita adalah taat , tunduk , patuh dan terus beribadah kepada Allah SWT. Menghurmati sesama makhluk kerana kita semua adalah kejadian Nya , dan dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali.

Semuga dengan picisan yang sedikit ini memberi refresh kepada kita bersama untuk melihat dan merenung kembali dimana keberadaan kita sekarang samada kita leka dalam nikmat dunia yang sementara ini atau kita terus senantiasa mengingatiNya Penguasa Sekalian Alam.

Kasih Sayang dan Rahmat-Mu senantisa kita dambakan...

Ya Rahman , Ya Rahim


yangFaqir

14.06.2023



Thursday, 8 June 2023

DAP perlu minta maaf kalau ikhlas nak bersahabat - Akmal

 

Dr Muhamad Akmal semasa ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di sini, pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ Rosli Talib


“UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP dan kita tidak pernah minta DAP menjadi UMNO. Kita nak tegaskan, Pemuda UMNO akan pastikan yang UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP,” ujar beliau.


KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Pemuda UMNO menuntut permohonan maaf daripada DAP dan menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap parti itu yang telah mengguris hati ahli sehingga kini.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP untuk bersahabat.

Menurutnya, jika pemimpin DAP sanggup terbang ke Sarawak untuk berjumpa dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi meminta maaf semasa ingin menubuhkan Kerajaan Perpaduan, tindakan sama patut dibuat terhadap UMNO.

"Kalau mahu lembutkan hati orang UMNO dan suci mahu menjalinkan tali persahabatan, kita mohon DAP tarik balik tohmahan yang diberi kepada UMNO dulu.

"Kalau jujur, kenapa dengan GPS boleh, kenapa tidak buat dengan kita. Saya mohon kepimpinan DAP kalau mahu nak menempuh Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ini, mahu hati orang UMNO lebur, maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahan selama ini mesti dilakukan segera," katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di sini, pada Khamis.

Tambah Muhamad Akmal, DAP juga perlu membuktikan segala tohmahan, pemikiran dan cakap-cakap tentang parti itu yang anti Melayu, anti Islam, perkauman serta berpusatkan komunis tidak akan berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, ada kalangan ahli yang datang berjumpa, mengadu dan meluahkan perasaan risau apabila bersama DAP, ‘keris’ UMNO akan terperosok ke bumi.

“Bahasa mudahnya, akar umbi risau bila bersama DAP, UMNO sudah tidak boleh bercakap pasal hak istimewa orang Melayu, soal kedaulatan raja-raja, tak boleh tuntut isu agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu serta bumiputera.

“Mereka risau UMNO kena patuh dan ikut telunjuk DAP. Hari ini, Pemuda UMNO ingin tegaskan kita bersama Kerajaan Perpaduan adalah atas faktor titah Yang di-Pertuan Agong untuk kestabilan negara serta bersama untuk membentuk kerajaan.

“Kita berkongsi ruang pentadbiran, tetapi bukan ruang fahaman. Kita rentas politik kepartian, tapi sempadankan prinsip perjuangan. Kalau ada yang berani melintas, Pemuda UMNO yang pertama akan datang mencantas.

“UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP dan kita tidak pernah minta DAP menjadi UMNO. Kita nak tegaskan, Pemuda UMNO akan pastikan yang UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP,” ujar beliau.

Muhamad Akmal turut menjelaskan, sayap Pemuda mengambil pendirian tidak menjemput parti Kerajaan Perpaduan bukanlah kerana tidak mahu bersama, tetapi percaya ada perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu di peringkat adik-beradik.

Katanya, ada kalangan ahli yang masih keliru dan mungkin tidak berpuas hati, jadi ruang ini untuk mereka meluahkan perasaan dan menyelesaikannya.

“Jangan tipu diri sendiri, berselindung di sebalik tabir, bertapis dan berlapik. Kita orang muda, mental kena kuat, jiwa kena kental, jangan cepat koyak.

“Saya faham, dalam rumah kita ini, ada yang resah, ada yang gelisah. Meski telah memiliki telaga, tangan masih memegang tali, sedang orang mencapai timba,” tegasnya.


Dr Akmal minta DAP minta maaf

https://www.sinarharian.com


Wednesday, 7 June 2023

Intipati ucapan perasmian Tok Mat Hassan / Sayap-sayap UMNO

 



#nothingtohide

Intipati ucapan perasmian Tok Mat Hassan


✅ UMNO hanya dapat 20% undi popular. Tidak Smpai 1/4 dari undi keseluruhan 


✅ Hanya menang 26 kerusi dari keseluruhan 178 kerusi yang ditandingi


✅ Realiti yang perlu diakui ahli bahawa UMNO telah kalah dan ditolak dengan dahsyat oleh masyarakat.


✅ Tak perlu mendabik dada mengatakan bahawa kita masih kuat dan cuba lari dari realiti bahawa kita bukan lagi pilihan utama rakyat.


✅ Kita bertanggungjawab dalam memenuhi harapan YDP Agong untuk memastikan kerajaan yang dibentuk adalah stabil dan boleh dipercayai oleh rakyat.


✅ Prestasi kita dalam kerajaan akan menentukan penolakan atau penerimaan rakyat terhadap UMNO


✅ Cabaran kedua dalam menentukan hala politik UMNO adalah menoktahkan kekeliruan dalam kerajaan perpaduan.


✅ Peluang UMNO dalam meneroka potensi baru dan sedang bereksperimen dengan pembentukan dan persefahaman politik dalam konteks kepentingan nasional.


✅ Peluang untuk meneroka jalan yang lebih moden dan terkini bagi memastikan UMNO kekal relevan di masa hadapan. Masa depan yang akan mengembalikan UMNO dalam situasi politik yang sangat agresif dan dinamik.


✅ Namun perlu diingat, ianya tak perlu mengorbankan bangsa melayu dan Islam. Kerana ianya dalam DNA parti nasionalis parti UMNO.


✅ Kesimpulannya UMNO tak akan berundur kebelakang. UMNO pro perpaduan, pro kemajuan dan pro kestabilan. 


✅ UMNO akan mengurus perbezaan dengan berpandukan fungsi strategik kerana UMNO perlu kembali ke landasan tanpa melalui laluan yang sempit.


✅ Cabaran ke 3. Kesusutan pengaruh UMNO berada dalam tahap yang sangat kritikal. UMNO telah jatuh ke kedudukan ke 3 dalam pilihan org melayu.


✅ Kita adalah penyebab terhadap kemerosotan sokongan UMNO. Berhenti dalam permainan blame game. Tiada yang mampu mengubah keadaan kecuali ahli UMNO itu sendiri.


✅ Mulakan dengan kerja dan hentikan kritikan melampau hingga merosakkan organisasi parti 


✅ Strategi 1 - menyandarkan kepercayaan kepada generasi muda dan penerus bangsa. Pemuda dan puteri adalah penerus aspirasi kebangsaan. 


✅ Ambil pengajaran dari penolakan undi anak muda pada PRU15. Namun perlu selaras suara dan gerak kerja. Jangan hanya pandai mengkritik namun gagal diterjemahkan dalam sumbangan kepada parti.


✅ Tampil dan berikan pimpinan dalam memberikan sumbangan kepada parti. Gunakan pemikiran baru yang tidak terjangkau oleh kepimpinan sedia ada untuk menyelesaikan krisis bukan setakat sembangan enteng di media sosial.


✅ strategi 2 - hayat UMNO sangat bergantung kepada kerja keras wanita. Strategi mobilisasi wanita dalam meraih sokongan sangat penting. 


✅ wanita UMNO sangat kurang dan kurang produktif dalam menarik sokongan buat masa ni. Modenkan dengan teknologi dan gunakan kaedah terkini menarik sokongan wanita kembali.


✅ Jangan asyik dengan melakukan konvensyen sesama kita. Pemuda dan puteri perlu main peranan dan buktikan kebolehan kepada parti 


✅ Kebimbangan trend semasa yang mampu mengancam kestabilan dan kemakmuran. Pemuda dan puteri perlu membantu dalam kembalikan nilai-nilai perlembagaan dalam mewarnai kestabilan dan kemakmuran Malaysia.


✅ Akhir kata, pulang dan kembali dengan semangat yang ada dan memenangi PRN yang akan datang. Gerakkan jenteranya dengan segera dan sebaiknya. Dahulukan kawasan sendri in Sha Allah yang lain akan menyusul.


Dengan lafaz Bismillah mesyuarat agung UMNO dirasmikan...



BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...