Sunday, 18 June 2023

KAJIAN TEMPATAN TINGKATAN1 - A FAMOSA MELAKA DAN SENI BINA RUMAH MELAKA



Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɐ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

A Famosa merupakan nama menara yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511.[1] A Famosa sebahagian daripada Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) yang mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau katelum (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.



Kenali rumah tradisional Melaka
Rujuk :- Harian Metro24 Dec 2016

TANGGA batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.
tradisional Melayu asli di negeri bersejarah ini dikenali sebagai rumah Melaka dengan bentuk bumbung panjang.Pada bentuk bumbungnya juga terdapat unsur seni bina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau. Tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.

Biarpun pelbagai tafsiran dibuat mengenai pembinaan asas rumah tradisional ini, strukturnya adalah sama.
Sama ada jenis perabung panjang (bumbung panjang), rumah bujang, rumah tiang dua belas, rumah Minangkabau, rumah limas, rumah baju kurung, rumah bumbung Perak, rumah kutai atau rumah serambi Melaka, ciri-ciri asas dan elemen utamanya adalah sama.

Mempunyai tiang berlapik batu, bumbung curam, berloteng, dapur di bahagian belakang, tangga di bahagian hadapan dan bahan binaan yang sama.Perbezaan ketara adalah pada bentuk bumbung, perabung dan jumlah tiang utamanya.Di Melaka terdapat dua jenis rumah tradisional iaitu jenis rumah serambi atau rumah Melaka atau rumah bumbung Melayu dan jenis rumah perabung limas atau bumbung limas.

Rumah Melaka mempunyai tiga jenis, yang terkecil dinamakan rumah bujang iaitu struktur bangunannya terdiri daripada enam batang tiang utama.Jenis sederhana dinamakan rumah berbandung dua, terdiri daripada dua belas batang tiang utama.Sementara jenis yang terbesar dinamakan rumah berbandung tiga terdiri daripada 16 batang tiang utama.

Rupa bentuk fizikal rumah Melaka dapat diperjelaskan sama ada secara menegak atau melintang.Secara menegak bentuk rumah Melaka dapat dibahagikan kepada tiga penggalan iaitu penggalan tiang, penggalan badan dan penggalan bumbung.Sementara secara melintang, terdiri daripada unit komponen iaitu ruang serambi dan anjung, ibu rumah dan rumah dapur.

Di antara ibu rumah dan dapur dipisahkan selang atau pelantar. Penggalan tiang bermula daripada pangkal tiang hingga ke paras lantai.Kayu tiang dipilih daripada jenis yang baik supaya tidak mudah dirosakkan serangga. Biasanya tiang rumah dibuat daripada kayu kempas, cengal, merbau atau damar laut.

Tiang dilapik dengan batu alas sementara struktur penting pada penggalan tiang adalah kayu rasuk dan gelegar.Kayu rasuk dikenali sebagai rasuk panjang dan rasuk pendek. Seterusnya kayu yang panjang dihubungkan dari tiang ke tiang melalui lubang pada tiang.

Penggalan tiang juga mempunyai kayu gelegar disusun berbaris di atas rasuk panjang.Cara susunan adalah melintang atas rasuk pendek. Di atas rasuk pendek dan gelegar itulah disusun papan lantai.

Sementara bendul pula antara perhiasan pada bangunan. Ia antara kayu kerangka yang memberi ketahanan pada struktur bangunan.Pintu dan tingkap menjadi sebahagian daripada dinding. Rumah Melaka menggunakan beberapa pintu iaitu pintu hadapan rumah, pintu di pelantar (selang) dan pintu di belakang rumah.

Tingkap juga sebahagian dinding yang boleh dibuka tutup dan berfungsi untuk pengedaran udara serta pencahayaan.Rumah Melaka ada banyak tingkap yang dibuka ke arah luar. Jika tingkap memanjang ke lantai, di bawahnya dipasang kisikisi.


No comments:

Post a Comment

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...