Thursday, 4 February 2021

KERJA KHUSUS :- TUNTUTAN SYARIKAT APPLE (IPHONE) DAN SAMSUNG (GALAXY)

 

 

 

DISEDIAKAN UNTUK

DR HASLINA BINTI HALIM

 

 

DISEDIAKAN OLEH

SUHAIZAN BIN HAJI NOH

UUM PACE KAMPUS MELAKA

MATRIKS : 257744

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


1.            Jelaskan bentuk perundingan yang berlaku di antara Apple dan Samsung.  Kenapakah anda berpandangan demikian? (10 markah)

Apple telah menyaman Samsung kerana mereka mendakwa Samsung meniru beberapa paten di iPhone melalui model Galaxy Samsung.  Saman ini telah difailkan oleh syarikat pengeluar telefon terkemuka iaitu Apple pada tahun 2011 di mahkamah Amerika Syarikat. Mahkamah juga telah mengarahkan Samsung untuk membayar Apple sebanyak USD539 juta (RM 2.18 bilion). Syarikat Apple juga telah memaklumkan kepada mahkamah, mereka telah membuat penyelesaian sesama sendiri dalam bentuk yang tidak dijelaskan kepada umum. Ketika itu Samsung juga telah  membalas tuduhan syarikat Apple tersebut dengan mengatakan bahawa Apple tidak membayar royalti kepada Samsung kerana menggunakan teknologi penghantaran tanpa wayarnya.

Setelah lama melalui proses perundangan dan mahkamah juga telah menuntut supaya Samsung membayar tuntutan kepada Apple dan menandakan Apple telah berjaya dalam tuntutannya dan kejayaan telah berpihak kepada Apple. Dalam kenyataan rasminya, Apple memaklumkan mereka tidak pernah memandang nilai wang ringgit dalam saman ini. Sebaliknya ia adalah usaha Apple untuk mempertahankan kerja keras mereka dalam mencipta inovasi teknologi.

Beberapa faktor yang perlu kita lihat dalam mereka menyusun perbincangan kerana mereka ingin keadaan menang menang sebab masing masing adalah pengeluar terkemuka telefon bimbit dunia dan mereka sebolehnya mengelak kos guaman yang tinggi apatahlagi jika kalah pasti perlu membayar pampasan yang tinggi.Mereka tidak boleh membuang masa untuk menumpukan kes sebegini kerana mereka perlu memikirkan hala tuju dan produk produk baru telefon bimbit jenama masing-masing.

Untuk melihat kepada bentuk perundingan ini kita boleh menjadikan Model Keprihatinan Berganda (The Dual Concerns Model). Ini adalah kerana model ini menerangkan tentang pihak yang terlibat dalam sesebuah perundingan tarutamanya yang melibatkan konflik dan perbincangan aktif. Keadaan ini memiliki dua tahap keprihatinan yang saling memerlukan. Ini adalah bertepatan dengan tajuk tugasan ini iaitu antara dua pihak diantara Apple dan Samsung. Keprihatinan dari pihak yang berunding adalah merupakan  keprihatinan berkaitan  hasil yang akan di dapatinya  dan keprihatinan terhadap hasil yang akan diperoleh oleh pihak lain yang terlibat dalam konflik dan perundingan tersebut. Kita telah dimaklumkan proses perundangan di antara Apple dan Samsung memerlukan masa yang panjang dan hujah beserta fakta di mana masing-masing ingin memenangi kes tersebut.

Jawapan saya ini berdasarkan rajah di bawah :-

Merujuk kepada rajah di atas, paksi menegak (vertical) menerangkan tentang keprihatinan berkaitan hasil yang akan diperoleh oleh pihak lain. Perkara ini menunjukkan bahawa perunding akan menggunakan komunikasi bekerjasama dalam proses perundingan Apple dan Samsung.

Paksi melintang (horizontal) pula merujuk kepada keprihatinan berkaitan hasil perundingan yang ingin diperoleh oleh individu itu sendiri. Dalam keadaan ini perunding akan lebih untuk menggunakan strategi komunikasi yang afektif. Dalam sesebuah proses perundingan sekiranya keprihatinan perunding lebih tinggi mengarah kepada hasil yang akan diperolehnya, perunding akan lebih cenderung untuk menggunakan strategi perundingan arah ke kanan. Sebaliknya, jika keprihatinan perunding ke arah hasil yang akan diperolehnya rendah, maka kecenderungan untuk memilih strategi yang berada di bahagian kiri lebih tinggi.

Merujuk kepada model ini Strategi perbincangan di antara Apple dan Samsung akan bermula dengan BERSAING. Di mana masing –masing akan cuba menang dalam tuntutan masing masing. Ini adalah kerana Apple mendakwa Samsung telah meniru patern dalam Iphone 5 di dalam rankaian Galaxy Samsung. Manakala Samsung mendakwa pula Apple tidak membayar kerja kerja yang dilakukan oleh Samsung dalam rangkaian telefon bimbit  Iphone. Masing – masing berbalas tuntutan kerana mementingkan hasil masing masing dalam tuntutan tersebut. Merujuk kepada situasi ini komunikasi yang afektif tahap tinggi digunakan iaitu, mereka akan menggunakan beberapa strategi seperti ancaman, hukuman dan mengambil tindakan sendiri sesuai dengan keadaan bersaing.

Seteleh melalui proses perundangan yang panjang akhirnya kedua dua pihak cuba mencari penyelesaian supaya tidak merugikan mana mana pihak. Ini adalah kerana mereka sedar bahawa pasaran telefon bimbit kini terlalu banyak pesaing dengan model model terbaru dikeluarkan setiap masa.

Dan Teknik seterusnya ialah MENYELESAIKAN MASALAH ataupun strategi bekerjasama ialah strategi yang terletak  di bahagian atas sebelah penjuru kanan Rajah. Dalam strategi ini, pihak Apple atau Samsung akan mengambil berat terhadap apa yang akan diperoleh oleh mereka dan juga  yang akan diperoleh pihak lain. Dalam strategi ini mereka yang terlibat dalam perundingan itu, secara aktif akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang memberi kebaikan  bersama. Ini menyebabkan pihak Samsung dan Apple akan mendapat apa yang mereka ingini dan dapat mengurangkan kos kerugiaan yang akan mereka alami. Strategi ini sama seperti memetik kenyataan yang telah dibuat oleh pihak Apple iaitu - Syarikat Apple juga telah memaklumkan kepada mahkamah, mereka telah membuat penyelesaian sesama sendiri dalam bentuk yang tidak dijelaskan kepada umum. Ini menunjukkan hanya mereka sahaja yang tahu isi kandungan perbincangan tersebut. Pertikaian antara mereka perlu dihentikan segera kerana untuk menumpukan pasaran telefon bimbit pada masa akan datang.

 

2.            Bincangkan tiga faktor utama dalam konteks semasa yang membuatkan perundingan di antara Apple dan Samsung menjadi lebih mencabar.  (30 markah)

Sebagaimana yang kita tahu , syarikat Apple dan Samsung bukanlah berasal dari negara yang sama mahupun bukan dalam benua yang sama. Samsung merupakan syarikat daripada Korea manakala Apple adalah dari benua Amerika. Jarak yang jauh dan mempunyai latarbelakang budaya , sejarah dan masyarakat yang banyak perbezaan menyebabkan perundingan lebih mencabar dan melangkaui aspek perundangan di negara masing-masing.

Sebagaimana kajian Phatak dan Habib (1996) telah menemukan dua unsur utama yang boleh mempengaruhi ketika membuat perundingan yang melangkaui sempadan iaitu :-

Pertama adalah Unsur persekitaran yang merangkumi faktor-faktor dalam persekitaran yang tidak dapat dikawal oleh kedua-dua belah pihak yang sedang berunding iaitu Syarikat Apple dan Samsung. Ini akan menyebabkan  perundingan tersebut dipengaruhi oleh perunding yang berasal dari kawasan membuat perundingan tersbut dengan memberi kelbihan kepada nya. Sebagai contoh Syarikat Apple memfailkan saman di Negara nya iaitu Amerika Syarikat manakala Samsung berasal dari Korea dan sudah pastinya mahkamah di Amerika Syarikat akan memberi kemenangan kepada Apple kerana kelebihan dari segi tempat perundingan. Dan yang kedua ialah Unsur semasa iaitu merangkumi perkara-perkara yang boleh dipengaruhi dan dikawal oleh perunding iaitu pihak Apple ataupun Samsung.

Di sini saya akan mengambil dua faktor daripada Unsur Persekitaran dan satu faktor daripada Unsur semasa untuk menjawap soalan ini. Tiga faktor yang menjadikkan perundingan ini mencabar di antara Apple dan Samsung ialah :-

1.0  Kepelbagaian Politik dan Perundangan

Sebagaimana yang kita tahu Apple dan Samsung mempunyai latarbelakang sosio budaya dan negara yang berbeza. Setiap negara mempunyai prinsip undang undang tersendiri. Setiap negara mempunyai kedaulatan masing masing yang diwujudkan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat mereka walaupun berada luar dari negara tersebut.

Syarikat Apple dan Samsung tentunya telah terlibat dalam perniagaan yang merentasi sempadan kerana mereka merupakan pengeluar telefon bimbit yang terkemuka dunia.Pastinya mereka perlu berdepan dengan sistem politik samada demokrasi ataupun komunis dan juga perundangan negara lain. Pada mulanya Apple dan Samsung ini saling bekerjasama dalam mengeluarkan telefon bimbit namun apabila syarikat Apple gagal membayar kepada Samsung terhadap kerja kerja yang telah dilaksanakan menyebabkan Samsung mula mengeluarkan telefon galaxy yang seakan iphone 5 keluaran Apple. Di sini bermulalah pertikaian dikalangan mereka dan masing masing mempunyai alas an tersendiri dalam tuntutan masing-masing.

 

2.0  Ekonomi Antarabangsa

 Faktor yang kedua ialah berkaitan Ekonomi Antarabangsa. Nilai mata wang di setiap negara adalah tidak sama dan mengikut keupayaan ekonomi sesebuah negara. Nilai mata wang juga setiasa berubah rubah diperingkat antarabangsa. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk menilai ataupun membuat sebarang tuntutan berkaitan apa apa kerugian. Pasti akan timbul ketidakpuashatian berkaitan tuntutan tersebut dan ini akan menyebabkan tuntutan tersebut akan tergantung kerana sukar untuk mendapat persetujuan dari kedua dua pihak.

Merujuk kepada kenyataan Salacuse (1998), risiko akan lebih besar perlu ditanggung ialah apabila kita perlu menyelesaikan atau membayar dengan menggunakan nilai mata wang Negara luar atau lain. Keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu menyebabkan semakin tidak stabil sesuatu mata wang itu, semakin tinggi risiko yang diambil oleh kedua-dua belah pihak yang berunding. Apabila perkara ini berlaku akan menyebabkan kesukaran kepada kedua pihak untuk mencapai persetujuan berkaitan nilai tuntutan ganti rugi samada yang menuntut atau pun pihak yang perlu membayar tuntutan tersebut. Inilah keadaan yang berlaku menyebabkan keadaan rundingan bertambah hangat dengan masing masing membawa hujah daripada peguam masing-masing.

3.0 Hubungan Antara Perunding

Kita akan melihat hubungan di antara perunding adalah Pesaing di dalam pengeluaran telefon bimbit dunia. Masing masing adalah merupakan syarikat pengeluar yang tekemuka dan hamper memonopoli pasaran telefon bimbit dunia. Siapa yang tidak kenal telefon Ipone ataupun Galaxy Samsung. Rata rata pengguna amat mengetahui dan mengenali kelebihan masing masing telefon tersebut kerana keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan telefon bimbit yang bermutu dan sentiasa terkini mengikut peredaran zaman sehingga meninggalkan telefon bimbit jenama Nokia dan Ericson yang terlebih dahulu memperkenalkan telefon bimbit di pasaran dunia. Mengikut Phatak @& Habib 1996 Hubungan awal yang wujud sebelum rundingan sebenar oleh pihak yang berunding memainkan peranan penting dalam proses rundingan tersebut dan hasil yang akan diperolehi oleh mereka.

Ketika proses pengeluaran model terbaru telefon Iphone , syarikat Apple telah mengadakan satu usahasama dengan Samsung dengan melantik Samsung dalam membekalkan komponen di dalam telefon Iphone milik syarikat Apple. Hal ini menjadi pertikaian perundangan apabila Samsung mendakwa Apple tidak membayar kerja kerja tersebut. Apple juga mendakwa Samsung telah meniru pattern Iphone 5 di dalam pengeluaran rangkaian Galaxy Samsung yang telah menyaingi pasaran Iphone di Benua Asia dan antarabangsa.

Pertikaian ini bermula dengan pelanggaran kontrak pada peringkat awal di antara mereka dan pastinya perundingan akan mudah apa bila kedua dua pihak memahami keadaan yang berlaku dan pastinya mereka tidak mahu membuang masa untuk meneruskan perundangan ini kerana ini melibatkan kos dan masa.Pada peringkat awalnya mereka telah bekerjasama dengan tujuan yang sama iaitu mendominasi pasaran telefon bimbit dunia dan pastinya perundingan ini akan berjalan dengan lancar dan juga mencapai kata sepakat bersama.

 

3.            Pada pandangan anda, adakah Apple atau Samsung menggunakan taktik penipuan dalam perundingan tersebut?  Berikan justifikasi anda. (6 markah)

Pada pandangan saya , Apple dan Sansung akan menggunakan pelbagai cara untuk memenangi tuntutan masing masing. Ini adalah kerana proses perundingan di dalam tuntutan mahkamah boleh diketegorikan sebagai bersaing. Apabila berlaku persaingan maka masing masing akan mengutamakan apakah hasil yang mereka sendiri dapat dan bentuk komunikasi adalah efektif dan masing masing akan cuba untuk memenangi tuntutan masing-masing. Ketika ini mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memenangi tuntutan tersebut waalupun melalui ancaman ataupun penipuan.

Apabila mereka menggunakan taktik yang boleh dipertikaikan ketika menjalankan perundingan pastinya akan dilabelkan tidak berperinsip. Sebagai mana yang dikatakan oleh Lewicki iaitu mengutamakan keuntungan dan kelebihan diri sendiri sehingga sangggup menggunakan pelbagai cara dan kaedah ataupun taktik dan teknik untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. (Lewicki et al., 2003).

Saya berpendapat Samsung dan Apple menggunakan beberapa taktik penipuan dalam perundingan tersebut iaitu :-

1.      Memberikan gambaran yang salah kepada pesaing.

Masing masing akan memberikan gambaran yang salah kepada pesaing masing masing samada pihak ketiga ataupun media massa. Ini adalah untuk mempengaruhi orang lain supaya menyokong setiap tuntutan yang dibuat dan mengesahkan kesalahan dari pihak lain. Perang persepsi ini adalah lebih merbahaya kerana gambaran yang salah akan menyebabkan rosaknya reputasi pihak yang lain. Samsung dan Apple akan cuba sedaya upaya untuk memenangi persepsi ini supaya bukan hanya mereka memenangi tuntutan malah akan mendapat market value atau nilai pasaran yang baik di dunia global berkaitan penjualan telefon bimbit.

2.      Berbohong

Ini adalah satu taktik penipuan yang biasa digunakan oleh orang lain ataupun ketika menjalankan proses perundingan. Mereka sanggup melanggar etika dan prinsip samata mata untuk memenangi sesebuah perundingan. Kerana mereka tahu apabila menang dalam perundingan ini pasti akan mendapat tuntutan dan juga meningkatkan kredebiliti sesebuah syarikat masing masing. Masing masing akan cuba berbohong untuk memastikan mereka memenangi perundingan tersebut. Pembohongan itu seperti tidak memaklumkan perkara yang sebenar atau pun cuba menyorokan kelemahan masing masing.

4.            Bincangkan tujuan dan motif utama kenapa terdapat pihak-pihak yang menggunakan taktik-taktik penipuan dalam perundingan. (30 markah)

Mengikut Model Keprihatinan Berganda (The Dual Concerns Model) kita akan dapat melihat kehendak dan jugak keprihatinan setiap perunding samada ingin mendapat hasil sendiri ataupun memberi peluang kepada pihak lain untuk mendapatkan hasil mereka dan juga sama sama mendapat hasil yang diinginkan.

Apabila berlaku keinginan atau keperihatinan untuk mendapatkan hasil sendiri tanpa memikirkan ataupun inginkan kejayaan sesebuah perundingan hanya pihak sendiri sahaja itu berada di titik Persaingan dalam model tersebut. Apabila seseorang perunding berada di titik tersebut maka akan menggunakan teknik komunikasi yang aktif mahupun agresit semata mata untuk mendapatkan hasil dalam perundingan tersebut.Ini akan menyebabkan perunding itu akan menggunakan segala cara untuk memenangi perundingan tersebut walaupun dengan cara menipu ataupun membohongi fakta ataupun menyorokkan fakta fakta.

Dalam hal ini kita akan melihat bagaimana pihak Apple dan Samsung menggunakan teknik penipuan untuk mendominasi perundingan tersebut. Sebagaimana yang kita tahu dan telah dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini iaitu berkaitan tuntutan saman Apple kepada Samsung kerana dipercayai Samsung telah meniru patern Iphone 5 dan dalam pada masa yang sama Samsung juga mendakwa Apple gagal membayar kerja yang telah dijalankan berkaitan dengan aksess internet dalam rangkaian Iphone. Jika dilihat masing masing mempunyai hujah dan alas an yang berasas berkaitan tuntutan masing masing kerana itu tuntutan mahkamah ini tidak tertumpu di mahkamah Korea , Amerika Syarikat tetapi juga tuntutan telah dibuat di mahkamah Jerman.

Motif sebenar penggunaan taktik taktik yang tidak beretika di dalam perundingan ini di antara pihak Apple dan Samsung ialah :-

1.      Untuk meningkatkan kuasa perundingan di dalam sekitar tawar menawar tersebut.

Dalam perkara ini kita akan melihat perundingan di antara Apple dan Samsung bukanlah satu perundingan yang biasa ini adalah kerana nilaian tuntutan tersebut adalah jutaan dollar US dan melibatkan kredibiliti dan imej syarikat gergasi pengeluar telefon terkemuka dunia.

Sebagaimana yang kita tahu , fakta adalah senjata utama untuk memenangi sesebuah perundingan sehinggakan mereka sanggup memalsukan atau menipu fakta supaya dilihat mempunyai kuasa dalam sesebuah perundingan dan mempengaruhi dalam perundingan tersebut.Selagi penipuan atau pemalsuan maklumat ini tidak terbongkar pastinya akan menampakkan mereka menguasai fakta ataupun maklumat sehingga mereka mampu menguasai sesebuah perundingan tersebut.

2.      Gagal Untuk Memberikan Maklumat Yang DiPerlukan

Perundingan di antara Apple dan Samsung melalui peguam masing masing sememangnya memerlukan maklumat supaya setiap tuntutan Nampak sempurna dan penuh dengan bukti dan rujukan yang sistematik. Ini akan memudahkan untuk membuat tuntutan berserta dengan hujah hujah yang yang bernas dan tepat. Dengan mempunyai maklumat bersama dengan hujah yang menyakinkan ini akan memjadikkan perunding itu mendominasi sesebuah perundingan tersebut.

 Apabila perunding tersebut kekurangan maklumat ataupun mempunyai fakta yang lemah menyebabkan mereka gagal untuk memberikan hujah ketika berunding menyebabkan mereka menggunakan maklumat atau fakta yang salah ataupun berlaku kecurangan maklumat dan penipuan. Menurut Lewicki et al. lagi, kita boleh berbohong kerana kita gagal untuk memberikan sesuatu maklumat yang diperlukan (by omission) atau dengan menafikan tentang sesuatu perkara itu (by commission). Ini akan menyebabkan mereka sewenang wenangnya menggunakakan maklumat dan data yang salah semata mata untuk memastikan perunding itu menang dalam perundingan tersebut seperti Model yang dibincangkan di atas iaitu berada di titik BERSAING.

3.      Perunding Bermotivasi Tinggi Untuk Bersaing

Apabila mengetahui dan memahami matlamat sesebuah perundigan pastinya akan meningkatkan lagi motivasi untuk memenangi sesebuah perundingan tersebut. Sebagaimana yang kita sedia maklum , perundingan di antara Apple dan Samsung melibatkan jutaan dollar US dan sudah pastinya para perunding akan mendapat sedikit saguhati ataupun yuran konsultan berkaitan perundingan tersebut.

Untuk mendapatkan keistimewaam dan kelebihan ketika berunding pastinya para perunding ini akan sedaya upaya untuk mendapatkan kejayaan berupa hasil yang lumayan terhadap perundingan tersebut. Dengan meletakkan habuan ataupun bonus kepada perunding sudah pasti para perunding akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk memenangi sesebuh perundingsn tersebut.Apabila ada pihak lain yang cuba untuk menyaingi mereka atau cuba mengalahkan mereka dengan fakta dan bukti maka  perunding akan merasa terancam dan boleh memberikan kerugiaan kepada pihak mereka maka mereka akan menggunakan taktik-taktik yang kurang beretika semata mata untuk mendominasi atau memenangi sesebuah perundingan tersebut.

4.      Pada pendapat anda, adakah Apple layak memenangi kes tersebut? Kenapa? 

(6 markah)

Saya berpendapat bahawa Apple akan memenangi kes tersebut dan layak terhadap tuntutan yang dibuat ke atas Samsung. Ini  adalah merujuk kepada beberapa perkara yang menunjukkan Apple boleh memenangi tuntutan tersebut.

1.      Apple mempunyai maklumat dan fakta yang banyak

Sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini, untuk memenangi sesebuah perundingan , kita hendaklah mempunyai banyak maklumat dan fakta untuk pihak tersebut mendominasi dan mempengaruhi keputusan perundingan tersebut. Sebagaimana kita sedia maklum , pattern sesebuah design atau rekabentuk mempunyai hak cipta terpelihara untuk melindungi harta intelek bagi pengeluar ataupun pioneer sesebuah perkara atau bidang. Apabila harta intelek / pattern itu ditiru pastinya syarikat yang meniru itu iaitu Samsung boleh dikenakan tindakan mahkamah.

2.      Samsung tidak banyak maklumat dan terbukti meniru

Samsung tidak berjaya dalam tuntutan saman ke atas Apple kerana tidak mempunyai maklumat ataupun hujah yang bernas. Alasan meniru pattern iphone kerana Apple tidak membayar kerja kerja yang dijalankan oleh Samsung adalah tidak boleh diterima kerana kerja kerja tersebut adalah berkaitan kontrak yang lain dan itu perlu dibuktikan pada tuntutan mahkamah yang lain.

3.      Apple mendominasi perundingan berbanding Samsung

Sebagaimana yang kita tahu syarikat Apple telah lama dalam insdusti telefon bimbit dan telah banyak mengeluarkan model model telefon bimbit sebelum ini. Manakala syarikat Samsung masih baru lagi dalam industri  pengeluaran telefon bimbit dan amat janggal jika pembuatan telefon bimbitnya telah berjaya mengeluarkan model sama atau hamper sama dengan telefon jenis Iphone.

Mengikut kenyataan media ,Apple Inc. telah mengemukakan tuntutan pelanggaran hak patennya pada bulan April 2011 dengan tututan USD 2. Bilion dari pesaing pasaran dunia iaitu Samsung Electronics Co. Barisan Juri Mahkamah  menolak semua tuntutan Samsung terhadap Apple. Juri juga menolak beberapa tuntutan Apple yang melibatkan dua peranti Samsung. Pihak Juri juga mendapati bahawa beberapa produk Samsung menggunakan penemuan Apple secara haram dalam teknologi telefon bimbit mereka dalam rangkaian Galaxy. Apple juga menuntut agar Samsung menarik telefon bimbit dan komputer tablet paling popular dari Amerika Syarikat. Harold Inclemency mendakwa Samsung mengalami "krisis reka bentuk" setelah pelancaran telefon 2007.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...