KEPIMPINAN
DAN PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI AWAM
•
Sektor awam dapat
didefinisikan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan
kepada orang ramai berdasarkan kepada tuntutan
dan kehendak negara.
•
Semua
perjalanan operasi bertunjangkan kepada badan perundangan, eksekutif dan juga
kehakiman semua sektor awam di semua negara sama kerana perkhidmatan yang
diberikan lebih merujuk kepada penyediaan keperluan seperti keselamatan yang
merangkumi tentera, polis dan bomba
•
JPA
dipertanggungjawabkan untuk membangun, mengurus dan merancang sumber manusia
bagi menggerakkan sektor awam. Oleh yang demikian semua agensi awam harus
terikat dengan JPA dalam menentukan hala tuju organisasi khasnya yang
melibatkan penempatan staf, pelantikan dan juga pengesahan jawatan seseorang kakitangan
awam.
•
Eksekutif boleh
ditafsirkan sebagai seorang individu yang memegang jawatan utama dalam
organisasi dan individu tersebut haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
dan berkemahiran luas. Keupayaan memiliki ilmu pengetahuan penting dalam
memberikan sumbangan yang besar kepada organisasi khasnya dalam penentuan hala
tuju organisasi.
1.
Tahu hala tuju organisasi
•
Seseorang
eksekutif yang berkesan harulah memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
tinggi bagi memastikan objektif dan hala tuju organisasi dapat ditentukan
dengan baik berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan organisasi tersebut.
•
Kepelbagaian
ilmu yang diwakili juga mampu untuk memudahkan pembuatan keputusan kerana penguasaan
yang mudah terhadap persekitaran organisasi
2. Melihat kepada hasil
•
Pengurus haruslah
memberi perhatian yang lebih kepada hasil terhadap sumbangan yang diberikan.
Pengurus eksekutif harus memberikan tumpuan kepada pulangan terhadap organisasi
berbanding kerja yang dilakukan.
•
Ini penting bagi
memastikan organisasi yang diwakili sentiasa berada pada kedudukan yang betul
bagi mencapai objektif dan seterusnya mampu menghadapi segala cabaran yang ada.
•
Terdapat segelintir
pemimpin yang kehilangan pengaruhnya tanpa disedari apabila adanya sikap berat
sebelah dan bias terhadap keputusan yang dibuat. Ini termasuklah sikap yang
hanya mementingkan organisasi berbanding pekerja dan sebaliknya.
•
Keadaan ini pastinya
akan mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan subordinat dan situasi ini
akan menghilangkan sedikit demi sedikit pengaruh yang ada pada pemimpin
terbabit.
3. Memberi tumpuan kepada kekuatan yang
dimiliki
•
Eksekutif yang berkesan
akan membina pengaruhnya berdasarkan kepada kekuatan yang dimiliki seperti ilmu
pengetahuan, kemahiran dan juga kemahiran komunikasi yang baik.
•
Perkaitan antara
pengaruh dengan kuasa dalam kepimpinan penting dan tidak dapat dipisahkan untuk
mencapai sesuatu matlamat.
•
Kepimpinan berkait
rapat dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk dan mampu
mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.
•
Kepimpinan yang
berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja
yang cemerlang.
4. Tumpuan kepada kerja yang lebih besar dan
mencabar sahaja
•
Penetapan matlamat
ialah berdasarkan kepada cabaran. Pengurus eksekutif harus meletakkan sasaran
pencapaian lebih tinggi daripada kebiasaannya.
•
Mereka juga harus
percaya bahawa hasil usaha yang tinggi pastinya akan membuahkan hasil yang
lebih lumayan dan berbaloi.
•
Ini dapat dilihat
melalui contoh beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) yang telah beroperasi di
luar pasaran domestik negara dan sentiasa mementingkan pasaran global sebagai
target setiap operasi yang dijalankan.
•
Golongan eksekutif ini
harus memiliki keupayaan pembuatan keputusan yang cepat dan terbaik.
5. Hanya keputusan terbaik dihasilkan
•
Mengetepikan sebarang
tekanan atau isu yang boleh melengahkan pembuatan keputusan. Setiap keadaan
memerlukan corak gelagat kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang
bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain.
•
Kepimpinan eksekutif
perlu peka dan sensitif terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan dan pastinya
memainkan peranan penting dalam penetapan keputusan.
•
Keputusan perlulah
dilihat sebagai sesuatu risiko yang besar iaitu keputusan yang betul akan
membawa kepada kejayaan organisasi dan keputusan sebaliknya akan membawa kepada
risiko kegagalan termasuklah kos dan eksekutif boleh ditafsirkan sebagai
seorang individu yang memegang jawatan utama dalam organisasi dan individu
tersebut haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran luas.
•
Keupayaan memiliki ilmu
pengetahuan penting dalam memberikan sumbangan yang besar kepada organisasi
khasnya dalam penentuan hala tuju organisasi.
•
Kepimpinan eksekutif
amat diperlukan dalam membawa hala tuju yang jelas kepada setiap organisasi.
Pemimpin harus bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan organisasi di bawah
jagaannya.
•
Pemahaman terhadap
tingkah laku pekerjanya haruslah dikuasai. Menurut Stogdill (1974), situasi
berbeza amat memerlukan pendekatan yang berbeza.
•
Sesebuah organisasi
memerlukan lebih banyak pilihan atau idea yang baru bagi mewujudkan seorang
pemimpin yang berinovasi, pelaksana dan juga berkaliber.
•
Salah satu daripada
cabaran yang bakal dilalui oleh para eksekutif di sektor awam ialah menjadikan
organisasi terlibat mengamalkan sistem urus tadbir yang baik (corporate
governance).
•
Corporate
governance sangat relevan dengan
penambahbaikan sistem pentadbiran dengan penekanan terhadap unsur-unsur
kepimpinan yang terbaik, pengurusan proses perubahan yang terancang, berlaku
adil, demokratik, transparen dan bertanggungjawab terhadap keperluan awam.
RUMUSAN
•
Sektor awam memainkan
peranan penting dalam menentukan hala tuju negara. Kepentingan rakyat dan
masyarakat banyakMdiletakkan kepada agensi awam. Malah dewasa ini, rakyat harus
peka terhadap sebarang perbelanjaan yang dibelanjakan untuk cukai yang dibayar.
•
Dalam sektor awam,
pemimpin yang cekap dan berkesan amat diperlukan dalam menjana perkhidmatan
yang terbaik dan efisien. Pemimpin perlu mempunyai kredibiliti yang tinggi
untuk mengharungi cabaran dalam dunia kepimpinan ini seiring dengan keperluan
politik dalam organisasi.
•
Sistem tadbir urus yang
baik dan sistem penyampaian yang telus serta cekap mencerminkan kecemerlangan
sistem pentadbiran negara. Sektor awam yang telus dan efektif sangat bergantung
kepada birokrat itu sendiri iaitu bebas daripada jenayah pentadbiran, tadbir
urus yang baik, bebas daripada karenah birokrasi dan sistem penyampaian yang
cekap.
No comments:
Post a Comment