KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
•
Ringkasnya,
kepimpinan dari perspektif Islam lebih ke arah mendapatkan keredhaan Allah,
berlaku adil, membentuk kesejahteraan masyarakat serta meletakkan al-Quran dan
hadis sebagai panduan dan rujukan utama.
•
Dalam
perspektif Islam, setiap individu mempunyai tugas kepimpinan bermula di rumah
dengan tanggungjawab sebagai suami dan pegawai kerajaan apabila berada di
tempat kerja, sebagai ketua kampung ketika aktiviti sosial dan sebagainya (Shahrom,
1997). Tugas memimpin ini adalah untuk mencapai matlamat masing-masing selaras
dengan pangkat dan kedudukannya. Sehubungan dengan ini, Rasulullah SAW
bersabda:
“Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin.
Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang diletakkan di
bawah pimpinan kamu, ketua negara adalah bertanggungjawab dari hal rakyatnya.
Ketua pemimpin adalah pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya dari hal
kepimpinannya, wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab
terhadap segala perkara yang diletak di bawah jagaannya khadam (orang gaji)
adalah pemimpin atau pengawal yang bertanggungjawab menjaga harta tuannya, dan
ia akan ditanya daripada hal benda-benda yang diletak di bawah jagaannya.
Justeru itu, kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang diletak di bawah
pimpinan kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
•
Kepimpinan
menurut Islam merujuk kepada amanah yang wajib ditunaikan. Dalam bahasa Arab,
kepimpinan diertikan dengan perkataan Imamah dan Khalifah.
•
Al-Imamah
ialah ketua kaum yang mengetuai sesuatu kaum dan memimpin mereka serta
mendahuluinya.
•
Al-Imam
pula ialah orang yang mengetuai dan diikuti kata-katanya serta perbuatannya.
•
Al-Khalifah
pula bermaksud pemimpin atau pemerintah tertinggi sesebuah negara.
Nilai dan Kriteria dalam Asas Kepimpinan Islam
•
Terdapat enam
nilai dan kriteria yang perlu diikuti oleh seseorang pemimpin bagi menjamin
keberkesanan dalam memimpin, iaitu ikhlas, teguh pendirian, adil dan saksama,
sabar dan cekal hati, toleransi dan berdisiplin.
1. Ikhlas
•
Sebagai
seorang pemimpin yang telah dilantik seharusnya ikhlas dalam menerima amanah
dan jawatan yang diberikan kepadanya.
•
Keikhlasan
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab penting untuk mendapat keredhaan
Allah (SWT) yang ditekankan dalam Islam.
2. Berpendirian
•
Selain
itu, Islam juga menggalakkan pemimpin mempunyai pegangan dan keteguhan
pendirian yang berasaskan agama supaya dengan adanya sifat ini, seseorang
pemimpin tidak akan mudah terpengaruh dengan anasiranasir yang menyebabkan
pemimpin tersebut tersasar daripada landasan atau prinsip yang telah
ditetapkan.
3. Adil
•
Keadilan
juga merupakan kriteria yang harus ada dalam diri pemimpin atau perlu diikuti.
•
Sebagai
seorang pemimpin seharusnya berlaku adil dan saksama dalam menjalankan
tanggungjawab tanpa mengira warna kulit, status, keturunan, bangsa dan agama.
4. Sabar
•
Seseorang
pemimpin juga perlulah cekal hati dalam menangani sebarang masalah dalam
membentuk jati diri individu di bawah pimpinannya dan sanggup menghadapi
cabaran.
•
Kesabaran
merupakan nilai terpuji dalam Islam manakala kecekalan hati mampu melihat
ketabahan seseorang pemimpin dalam menyelesaikan masalah.
5. Toleransi
•
Seorang
pemimpin seharusnya bersikap terbuka dan bertoleransi dalam menerima pendapat,
pandangan dan pemikiran orang lain tanpa mempunyai rasa iri hati, marah dan
dendam terhadap orang bawahan mahupun golongan lain.
•
6.
Disiplin
•
Displin
pula merupakan sifat yang penting bagi memastikan kejayaan dalam organisasi,
masyarakat dan negara. Pemimpin yang mempunyai disiplin dalam kehidupannya
mampu mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan supaya wujudnya rasa
hormat-menghormati antara pemimpin dan orang bawahannya.
Isu
Kepimpinan di Malaysia: Islam Hadhari
•
Budaya
kerja Islam menuntut hubungan secara menyeluruh dan melangkaui semua bidang
serta aspek kehidupan termasuklah sosial, politik dan ekonomi.
•
Kepimpinan
Islam tidak boleh dipisahkan dengan takwa dan akidah.
•
Islam
Hadhari ialah satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau
fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras
pembinaan tamadun Islam.
•
Prinsip
Islam Hadhari yang dikemukakan perlu dijalankan agar Islam Hadhari dapat
dicapai dengan cemerlang.
•
Prinsip-prinsip
Islam Hadhari antaranya ialah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi, kerajaan
adil, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi
yang seimbang dan komprehensif, kehidupan yang berkualiti, pembelaan hak
kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam
semula jadi, kekuatan pertahanan dan sebagainya.
•
Islam Hadhari
amat menekankan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh serta
berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing rakyat
secara keseluruhannya.
•
Konsep
hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia
sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan
perlu dititikberatkan.
WANITA DAN KEPIMPINAN
•
Abad
ke-18 dan ke-19 memperlihatkan ramai sarjana yang bersetuju bahawa teori
kepimpinan sebagai “the great man” (Kanter, 1997: Bass, 1990).
•
Pendapat
ini bersetuju bahawa “the great man” memiliki kualiti dan keunikan yang
membezakannya daripada subordinatnya (Kanter, 1977).
•
Bass
(1990) juga bersetuju bahawa abad ke-18 dan ke-19 merupakan era kaum lelaki
untuk mentadbir dan memerintah. Justeru, pada zaman itu kaum wanita telah
dilihat sebagai golongan yang tidak menyumbang kepada pembangunan organisasi
dan pastinya dianggap tidak layak untuk menjadi pemimpin.
•
Keadaan
ini mula berubah mulai tahun 1990-an. Golongan wanita mula terlibat secara
tidak langsung dalam dunia kepimpinan.
•
Walaupun
hanya berperanan sebagai setiausaha dan pembantu peribadi, sedikit sebanyak
pengalaman tersebut mendedahkan golongan wanita kepada sifat-sifat seseorang
pemimpin. Wanita telah dilihat sebagai entiti yang mempunyai kekuatan
tersendiri berbanding lelaki seperti kekuatan sokongan, kerjasama dan kawalan
pekerja yang minimum.
•
Semua ini
berlaku kerana wanita dikatakan mempunyai pendekatan penyelesaian masalah yang
menitikberatkan kepada pemikiran rasional dan semangat kekitaan (Fulmer, 2001).
Kelemahan Penilaian Prestasi dan Peranan Pemimpin
1. Kesan halo
•
Keadaan
ini berlaku apabila pemimpin yang menilai melihat pencapaian di satu-satu
bidang telah mempengaruhi keputusan penilaian di bidang yang lain.
•
Kejayaan
yang dicapai dalam satu-satu bahagian atau unit telah dijadikan panduan untuk
membuat rumusan bahawa kejayaan tersebut mencerminkan kejayaan secara
keseluruhan bahagian.
•
Contohnya,
kejayaan seorang pengurus di bahagian operasi telah dianggap Berjaya dan boleh
memegang jawatan di semua bahagian. Justeru, dalam kes ini pemimpin haruslah
menilai pegawai yang dinilai dari semasa ke semasa dari semua bidang dan sudut
untuk mengelakkan pembuatan keputusan terburu-buru dan seterusnya mengundang
kepada kesan halo.
2. Bias
•
Bias
ialah keadaan yang biasa berlaku dalam penilaian prestasi. Sikap favouritism
diyakini telah menjadi penyebab kepada keadaan tersebut. Ini bermakna pihak
pemimpin telah mempunyai calon kegemaran ketika melakukan penilaian.
•
Kesannya
keputusan penilaian akan memberi kelebihan kepada pihak yang ada kepentingan
kepada pemimpin atau pegawai penilai. Begitu juga halnya apabila membincangkan
isu gender dalam pentadbiran. Pengurus wanita mungkin memberi kelebihan kepada
pekerja wanita atas dasar persamaan gender.
Kecenderungan memusat
•
Keadaan
ini timbul apabila pemimpin memberi markah purata kepada semua staf yang
terlibat dalam penilaian prestasi. Ini bermakna markah prestasi bukanlah merujuk
kepada kemampuan atau kejayaan seseorang.
•
Biasanya
pemimpin bertindak demikian kerana cuba untuk berada dalam keadaan selamat
dengan beranggapan bahawa tindakan tersebut tidak menyenangkan atau membebankan
pihak-pihak yang terlibat.
•
Kesannya,
setiap pekerja akan mendapat markah biasa atau sederhana sahaja sedangkan hasil
usaha dan kejayaan yang disumbangkan melebihi daripada pihak lain.
KEPIMPINAN DALAM PELBAGAI BUDAYA
·
Budaya
organisasi juga dilihat sebagai satu elemen penentu kepada kejayaan dan
pencapaian sesebuah organisasi. Budaya nasional mempunyai pengaruh yang sangat
kuat terhadap nilai-nilai budaya tempatan
·
Hollander
(1978) mengatakan bahawa budaya nasional dapat dilihat dari empat sudut iaitu
individualisme atau kolektivisme, jarak kuasa yang luas dan kecil, tahap
kekuatan dan kelemahan serta gender (lelaki ataupun wanita).
·
Zainal
(1997) melihat bahawa masyarakat Barat dan Timur sangat berbeza dalam berurusan
dengan masa.
·
Masyarakat
Barat melihat masa sebagai sesuatu yang sangat berharga dan pembahagian masa
antara masa bekerja dan berhibur telah dirancang dengan baik. Begitu juga
halnya dalam hubungan interpersonal
·
Masyarakat
Timur dilihat lebih mementingkan semangat kekitaan dalam hubungan interpersonal
dan lebih bersifat lemah-lembut, bertimbang rasa dan tidak terlalu agresif.
·
Malah,
masyarakat Timur juga dilihat lebih bersifat kolektif dan sentiasa menanamkan
sikap menghormati orang yang lebih tua dalam kedudukan hierarki mereka.
·
Kebanyakan
organisasi yang berjaya kini lebih menumpukan kepada pembentukan budaya baru
dalam organisasi. Ada organisasi yang mengambil contoh dari negara lain untuk
diamalkan dalam organisasi dengan harapan budaya tersebut boleh menjanjikan
kejayaan.
·
Sebagai
contoh pendekatan 5S di setiap agensi kerajaan yang biasanya dibuat pada bulan
Mei setiap tahun.
·
Program
5S diceduk dari negara Jepun kerana program tersebut sangat berjaya di negara
tersebut.
No comments:
Post a Comment