Thursday, 4 February 2021

Kepemimpinan Gaya Laissez Faire



 Kepemimpinan gaya laissez faireu  

Kepemimpinan gaya laissez faire ialah pemimpin-pemimpin cuba mengelakkan diri mereka daripada mempengaruhi orang-orang di bawahnya serta mengabaikan atau mengetepikan tugas-tugas kepimpinan mereka.

u  Kepemimpinan seperti ini tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan diri mereka untuk mengurus atau memimpin. Mereka sibuk dengan kertas kerja dan cuba menjauhi ahli-ahli mereka.

u  Tanggungjawab dilepaskan kepada subordinat mereka. Mereka tidak menetapkan matlamat yang jelas dan tidak meminta ahli-ahli kumpulan membuat keputusan. Mereka membiarkan keadaan hanyut begitu sahaja.

u  Pemimpin atau pengurus yang tidak aktif mengambil sedikit tanggungjawab atau melepaskan tanggungjawab kepada orang lain seperti pemimpin-pemimpin laissez faire.

u  Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli-ahli untuk bertindak, menyediakan bahan-bahan kepada mereka, mengecualikan diri mereka daripada terlibat melainkan menjawab soalan apabila ditanya dan tidak membuat sebarang kenyataan tentang penilaiannya. Komunikasi dan interaksi antara kumpulan juga sedikit.

 u  Situasi atau keadaan di bawah kepemimpinan laissez faire jika disbanding dengan demokratik ialah seperti berikut:

 (i) Kumpulan tidak tersusun dengan baik.

 (ii) Kurang berkesan.

 (iii) Tidak memuaskan ahli-ahli.

 (iv) Kualiti kerja kurang bermutu.

 (v) Tidak banyak kerja yang dijalankan.

 (vi) Banyak bermain daripada bekerja.

 (vii) Kekecewaan.

 (viii) Tidak teratur.

 (ix) Tidak menggalakkan.


u  Kepuasan subordinat yang berada di bawah corak kepemimpinan ini juga rendah, kurang berkesan, kurang memuaskan dan produktivitinya ialah minimum.

u  Sikap dan gelagat yang tidak produktif ialah:

 (i) Ahli-ahli rasa terpencil daripada kepemimpinan.

 (ii) Kurang partisipasi dalam pembuatan keputusan.

 (iii) Kurang keakraban antara ahli-ahli.

 (iv) Dorongan terhadap tugas rendah.

 (v) Rasa tidak puas hati terhadap pihak atasan.

 (vi) Ada hubungan dengan kadar ponteng dan kenakalan ahli.

 (vii) Perubahan prestasi yang agak lembap.




No comments:

Post a Comment

UCAPAN PENGHARGAAN YBS Datuk Dr Hj Mustafa Bin Musa Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Mewakili YAB DSU Ab Rauf Yusoh,Pengerusi BPUNM, saya merakamkan ucapan S...