- AHLI LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS
Penghulu Adat : Dato' Setia Bakti Jizan bin Jaseh
Pengerusi Lembaga Adat : Dato’ Seri Pahlawan Hashim bin Hassan
Setiausaha Lembaga Adat : Dato’ Setia Shahril bin Samzainal
Bendahari Lembaga Adat : Dato' Sidang Roslan bin Abd Rahman
- Bonda Hajah Jamilah binti Abd Wahab
Suku Tiga Batu Belang
- Bonda Normah binti Abu Bakar
Suku Mungkal Bidara
- Bonda Rosidah binti Arshad
Suku Mungkal Segamat
- Bonda Aini binti Haji Karim
Suku Mungkal Komus
- Bonda Rubiah binti Ismail
Suku Tiga Batu Lubuk Kepong
- Bonda Hajah Ramah binti Bazid
Suku Anak Melaka
- Bonda Azizah binti Abd Ghani
Suku Tiga Batu Ceniaga
- Dato’ Setia Shahril bin Samzainal
Suku Tiga Batu Belang
- Dato' Setia Bakti Jizan bin Jaseh
Suku Mungkal Bidara
- Dato’ Angkai Kecik Mohammad Alias bin Haji Md. Yusop
Suku Mungkal Segamat
- Dato’ Kaya Menteri Muda Md Nor Bin Bachik
Suku Mungkal Komus
- Dato’ Kando Zainal bin Osman
Suku Tiga Batu Lubuk Kepong
- Dato’ Seri Pahlawan Hashim bin Hassan
Suku Anak Melaka
- Dato’ Bongsu Mohd Aris bin Dol
Suku Tiga Batu Ceniaga
Sidang Adat
1. Dato Sidang Roslan bin Abd Rahman
2. Dato Sidang Roslee bin Pilus
3. Dato Sidang Izham bin Ibrahim
- STRUKTUR LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS
Pengerusi Lembaga Adat : Dato’ Seri Pahlawan Hashim bin Hassan
Setiausaha Lembaga Adat : Dato’ Setia Shahril bin Samzainal
Bendahari Lembaga Adat : Dato' Sidang Roslan bin Abd Rahman
- Suku Tiga Batu Belang
Ibu Soko :- Bonda Hajah Jamilah binti Abd Wahab
Buapak :- Dato’ Setia Shahril bin Samzainal
Sidang Adat :- Dato’ Sidang Md Zin bin Tambi
Ketua Perut :- Tuan Haji Khalek bin Haji Abd Wahab
Semenda :- Tuan Mohd Hanif bin Didi
- Suku Mungkal Bidara
Ibu Soko :- Bonda Normah binti Abu Bakar
Buapak :- Dato' Setia Bakti Jizan bin Jaseh
Ketua Perut :-
Semenda :-
- Suku Mungkal Segamat
Ibu Soko :- Bonda Rosidah binti Arshad
Buapak :- Dato’ Angkai
Kecik Mohammad Alias bin Haji Md. Yusop
Sidang Adat :- Dato’ Sidang Hj Mazlan bin Chahat
Ketua
Perut :- Tuan Haji Abd Ghafar bin Haji
Abu Samah
Semenda :- Tuan Mahmud bin Abd Rahman
- Suku Mungkal Komus
Ibu Soko :- Bonda Aini binti Haji Karim
Buapak :- Dato’ Kaya Menteri Muda Md Nor Bin Bachik
Ketua Perut :- Tuan Rosli bin Pilus
Semenda :- Tuan Rahmat bin Silu
- Suku Tiga Batu Lubuk Kepong
Ibu Soko :- Bonda Rubiah binti Ismail
Buapak :- Dato’ Kando Zainal bin Osman
Ketua Perut :-
Semenda :-
- Suku Anak Melaka
Ibu Soko :- Bonda Hajah Ramah binti Bazid
Buapak :- Dato’
Seri Pahlawan Hashim bin Hassan
Sidang Adat :- Dato’ Sidang Rozmi bin Rahim
Ketua Perut :- Tuan Rashid bin Ibrahim
Semenda :-
- Suku Tiga Batu Ceniaga
Ibu Soko :- Bonda Azizah
binti Abd Ghani
Buapak :- Dato’ Bongsu Mohd Aris bin Dol
Ketua Perut :- Tuan Md Dali bin Tompang
Semenda :- Tuan Jalal bin Mohd Yusof
- Suku Biduanda
Ibu Soko :-
Buapak :-
Ketua Perut :- Tuan Manchor bin Jalil
Semenda :-
- BENDERA DAN SELEMPANG
3.1 BENDERA SUKU
SUKU
Ø MUNGKAL -Merah dan Putih
Ø ANAK MELAKA -Merah , Hitam , Putih
Ø TIGA BATU -Hitam Sahaja
3.2 SELEMPANG
Ø Penghulu Adat - Tanah Kuning
( Line Merah , Hitam )
Ø Buapak - Tanah Hitam Line Kuning
Ø Lembaga -
Tanah Hitam Line Merah
Ø Biduanda -
Tanah Hijau Line Kuning
Ø Ibu
Soko - Kain Batik dan Tanah Hitam Line Merah
- KAWASAN MUKIM ADAT NYALAS
4.1 Kampung dan Taman Perumahan Dalam Mukim Nyalas
Pengamalan
ataupun penggunaan adat perpatih ini adalah melibatkan penduduk
Mukim Nyalas iaitu
terbahagi kepada beberapa kampung :-
1.
Kampung Mantai
2.
Kampung Gapis
3.
Kampung
Melangkan
4.
Kampung Nyalas
5.
Kampung Baru
Nyalas
6.
Kampung Ayer
Repat
7.
Kampung Ayer
Songsang
8.
Kampung Gubah
9.
Kampung Masjid
Baru
10.
Kampung Baru
Meriang
11.
Kampung Kampung
Abbey
12.
Kampung Pondok
Batang
13.
Taman Nyalas
Baru
14.
Taman Nyalas
Permai
15.
Rumah Awam
Pondok Batang
4.2 Kariah Masjid Yang Terlibat
1. Masjid Al Kauthsar
ü Surau Kampung Gapis
ü Surau Kampung Mantai
ü Surau Kampung Melangkan
ü Surau Taman Nyalas Permai
2. Masjid Nurul Huda
ü Surau Kampung Gubah
ü Surau Kampung Abbey
ü Surau Kampung Pondok Batang
ü Surau Kampung Meriang
4.3 Anggaran Bilangan Orang Yang Mengamalkan
BIL |
JPKK |
KAMPUNG
TERLIBAT |
JUMLAH
(ORANG) |
ANGGARAN YANG MENGAMALKAN ADAT PERPATIH |
1 |
Nyalas |
1.
Kampung Melangkan 2.
Kampung Nyalas 3.
Kampung Baru Nyalas 4.
Kampung Ayer Repat 5.
Kampung Ayer Songsang 6.
Kampung Melangkan 7.
Kampung Nyalas 8.
Kampung Baru Nyalas 9.
Kampung Ayer Repat 10.
Kampung Ayer Songsang 11.
Taman Nyalas Baru 12.
Taman Nyalas Permai |
3,500 |
2,000 (53%) |
2 |
Gapis / Mantai |
1.
Kampung Mantai 2.
Kampung Gapis |
800 |
600 (75%) |
3 |
Masjid Baru / Gubah |
1.
Kampung Gubah 2.
Kampung Masjid Baru 3. Kampung Baru
Meriang |
1,257 |
500 (40%) |
4 |
Pondok Batang
/ Abbey |
1.
Kampung Kampung Abbey 2.
Kampung Pondok Batang 3.
Rumah Awam Pondok Batang |
1,500 |
600 (38%) |
|
|
JUMLAH |
7,137 |
3,700 (51%) |
- PANDUAN ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS
- Majlis Pertunangan
2.
Ketua Perut\Ketua Waris nerjumpa
Buapak memaklumkan tarikh dan masa
3.
Tuan Rumah menjemput (mengajak)
orang selepas Buapak diberitahu
4.
Buapak, Pegawai Syarak, Ketua Perut
dan Semenda menyaksikan majlis
5.
Buapak memastikan :
(a) Tepak Sireh
(b) Cincin Pertunangan
(c) Wang Hantaran (perjanjian)
6.
Pendahuluan Wang Hantaran
sekurangnya RM100.00 dibawa dalam Majlis Pertunangan
7.
Buapak memaklumkan tentang adat ’helah
helah yang tidak boleh dielakkan’.
(a) Helah Perempuan – Belanja yang dihantar semasa pertunangan dipulangkan dan
ditambah dengan wang sebanyak RM 100.00. Cincin yang diterima juga diterima
juga dipulangkan dan ditambah dengan sebentuk lagi cincin yang sama harga dengan
cincin diterima
(b) Helah Lelaki – Semua wang , cincin dan lain-lain barangan yang dihantar ’hangus’
. Tidak dikembalikan semula
8.
Saguhati bagi Pegawai Syarak dan
Buapak terpulang kepada tuan rumah
B.
Majlis Perkahwinan
1. Anak buah menemui Ketua Perut/Ketua Waris dan memastikan segala urusan untuk
pernikahan dilaksanakan seperti borang-borang dan lain-lain.
2. Ketua Perut\Ketua Waris berjumpa Buapak. Tuan Rumah menjemput orang setelah
Buapak diterima
3. Ketua Perut membawa ’Epok’ dan menyerahkan kepada Buapak di masjid kariah yang
berkenaan pada hari Jumaat seminggu sbelum Majlis Pernikahan/Jamuan
4. ’Epok’ perlulah lengkap iaitu sireh , pinang , kapur ,gambir dan tembakau
5. Buapak menyerahkan Epok kepada Pegawai Syarak. Pegawai Syarak/Lembaga
Masjid mengumumkan majlis dalam sidang jemaah Jumaat Masjid
6. ’Hari Manggil’ diadakan sehari sebelum Majlis Pernikahan. ’Samenda’
menjemput semua Pegawai Syarak dalam kariah dan semua Ketua-Ketua Adat dalam
Mukim Nyalas (Dua kariah)
7. Sekiranya Semenda tidak menemui Pegawai-pegawai Syarak atau Ketua-Ketua Adat
(tiada rumah) letakkan tanda telah hadir di pintu rumah berkenaan seperti menyelitkan
bunga atau sebagainya.
8. Semenda dinasihatkan memaikai pakaian kemas dan bersongkok
9. Wali, Pegawai Syarak, Dua orang Saksi, Buapak dan Semenda haruslah ada dalam
Majlis Pernikahan
10. Bayaran Saguhati Majlis Perkahwinan
Perempuan
(Dibayar oleh Pihak Lelaki)
(a) Syarak = RM210.00 (termasuk Penghulu (RM 10.00)
(b) Mas Kahwin = RM40.00
(c)
Duit waris = RM15.00 (pihak perempuan)
(d) Semenda = RM15.00 (pihak perempuan)
(e)
Duit Adat = RMSatu
Peratus Jumlah Wang Hantaran
11. Bayaran Saguhati Majlis Perkahwinan Anak Lelaki
(a) Buapak = RM40.00
(b) Waris = RM15.00
(c) Tabung Adat = RM5.00
(d) Majlis = RM15.00
(e) Semenda = RM15.00
12. Perempuan anak perempuan kariah Nyalas bernikah di luar kariah Nyalas. Majlis
Jamuan dibuat dalam kariah Nyalas :
(a) Syarak = RM100.00
(b) Buapak = RM40.00
(c) Waris = RM15.00
(d) Tabung Adat = RM5.00
13. Lelaki anak kariah Nyalas bernikah di luar kariah Nyalas. Majlis Jamuan ini
dibuat dalam kariah Nyalas.
(a) Buapak = RM40.00
(b) Waris = RM15.00
(c) Tabung Adat = RM5.00
(d) Masjid = RM15.00
(e) Semenda = RM15.00
14. Bayaran Upah Nikah sebanyak RM210.00 hendaklah dibayar bersama (lelaki dan perempuan)
sekiranya kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan anak kariah Nyalas.
C.
Masuk Waris Kodim
1. Buapak perlu memaklumkan dan mendapat persetujuan waris terlebih dahulu
samada bersetuju atau tidak. Jika bersetuju barulah dibuat majlisnya.
2. Buapak dan Waris-waris hendaklah menjemput hadir Dato’ Naning , Dato’
Penghulu , Pegawai Syarak , Dato’ Lembaga Adat Mukim dan Waris-waris suku berkenaan.
3. Majlis dibuat di ’rumah tua’ suku berkenaan
4. Menyembelih kambing untuk dibuat kenduri dalam majlis tersebut.
5. Pulut Kuning dan panggang ayam.
6. Tepak sireh (epok)
7. Duit Waris RM15.00
- Masuk Waris Tompang
2.
Buapak dan Waris-Waris hendaklah
menjemput hadur Dato’ Penghulu, Pegawai Syarak, Dato’ lembaga Adat Mukim dan
Waris-Waris suku berkenaan.
3.
Majlis dibuat di ’Rumah Tua’ suku
berkenaan atau dirumah Tuan Rumah iaitu dihari Pertunangan.
4.
Pulut Kuning dan panggang ayam
5.
Tepak Sireh (epok)
6.
Duit Waris RM15.00
- Majlis Khatam Quran
2.
Guru Mengaji memberitshu Buapak Guru
Mengaji
3.
Buapak Tuan Rumah, Buapak Guru
Mengaji dan Guru Mengaji hadir sama dalam majlis Khatam Quran
4.
Buapak Tuan Rumah menyerahkan Nasi
Pulut Kuning Panggang Ayam satu panco 30 biji telur dan mata wang RM 50.00 setiap
orang murid kepada Buapak Guru Mengaji
5.
Buapak Guru Mengaji setelah menerimanya
menyerahkan pula ke[ada Guru Mengaji dan Pegawai Syarak untuk menjalankan
majlis
6.
Nasi Panco dipotong dan dibahagi-bahagikan
kepada yang menyaksikan bacaan Quran oleh murid
- Kematian
2.
Buapak Tuan Rumah mengatur dan
mengarahkan waris yang terdekat untuk persiapan tempat mandi , urusan kain
kafan , papan , tikar dan sembahyang Jenazah serta menyambut tetamu yang datang
menziarahi.
3.
Buapak Simati menguruskan hal-hal
gali kubur, kereta jenazah dan ucapan atau kata-kata terima kasih , kemaafan
dan penghalalan serta penghutangan.
4.
Bayaran Saguhati :
(a) Penggali Kubur = RM150.00
(b) Mandi Jenazah = RM100.00
(c) Sembahyang Jenazah = Budibicara Tuan Rumah
(d) Bacaan Talkin = Budibicara Tuan Rumah
G.
Lain-lain
1.
Semua Ketua-Ketua Adat hendaklah
memakai Baju Melayu (warna hitam jika boleh) dan bersongkok (lilit kuning jika
ada) dalam majlis perkahwinan yang diadakan di rumah\tempat Ketua-Ketua Adat
2.
Semua Ketua-Ketua Adat hendaklah hadir
dalam semua majlis-majlis adat seperti Majlis Masuk Waris, Majlis Pertunangan, Majlis Nikah,
Majlis Perkahwinan, Majlis Khatam Quran, Kematian dan lain-lain
3.
Ketua-Ketua Adat digalakkan hadir
jam 11.00 pagi di majlis-majlis perkahwinan yang diadakan
4.
Buapak yang tidak dapat menjalankan
tugas untuk sesuatu majlis hendaklah menurunkan kuasa\tugas kepada Ketua Perut,
Ketua Waris
5.
Buapak boleh meminta
pertolongan\bantuan Dato’ sidang atau Dato’ Penghulu bagi menguruskan majlis sekiranya
Buapak tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan
atau sakit
6.
Buapak\Sidang atau wakil yang
membawa anak buah (lelaki) menikah atau meminang di luar kawasan bayaran saguhati
adalah mengikut budibicara Tuan Rumah
7.
Mesyuarat Lembaga Adat Pepatih Mukim
Nyalas akan diadakan sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali
8.
Pengurusi Lembaga Adat akan memberitahu
Setiausaha umtuk mengedarkan surat jemputan masyuarat. Setiausaha akan mencatat
minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua Ahli Lembaga
9.
Setiap sumbangan untuk tabung
Lembaga sebanyak RM5.00 bagi setiap majlis adat diserahkan kepada Bendahari dan
dibentangkan dalam setiap kali Mesyuarat Lembaga Adat
10. Epok jemputan dibawa oleh Semenda masa Hari Manggil iaitu Pegawai-Pegawai
Syarak dalam kariah dan Ketua-Ketua Adat dalam Mukim Nyalas.
6. PENERANGAN
RINGKAS BERKAITAN ADAT PERPATIH
a. Pengenalan
Adat
Perpatih secara ringkasnya adalah suatu peraturan hidup bermasyarakat yang
berteraskan kepada kelompok-kelompok kekeluargaan. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan meliputi aspek
politik, ekonomi, undang-undang dan organisasi sosial. Terdapat tiga kumpulan
utama dalam masyarakat Melayu di Kuala Pilah yang mengamalkan Adat Perpatih ini
iaitu perut, suku dan luak. Perut ialah sosio-politik terkecil dalam sesuatu
suku. Setiap anggota perut berasal dari keturunan perempuan (moyang) yang sama.
Anggota perut terdiri dari keluarga sedarah nisab ibu dan beberapa anggota lain
yang telah berkadim. Berkadim pada umumnya bermaksud memperolehi saudara bagi
sesuatu perut (Mohd Rosli, 2011).
Berkadim adalah satu proses memperolehi saudara yang
disaksikan oleh lembaga, buapak, ibu soko dan anak angkatnya, yang disertai
oleh adanya harta pusaka iaitu tanah dan rumah. Sekiranya tiada perkara
tersebut, berkadim tidak sempurna. Berkadim juga melibatkan tanggungjawab anak
angkat yang berkadim dan hati yang ikhlas dan kejujuran di pihak yang memberi
dan menerima. Hubungan di antara individu-individu di dalam perut biasanya
sangat rapat berdasarkan kepada perasaan persaudaraan dan ‘kekitaan’. Setiap
perut mempunyai seorang ketua yang digelarkan sebagai Buapak. Tanggungjawab
Buapak adalah sangat luas, antaranya ialah menjaga maruah anggota-anggota
perutnya, menguruskan adat keramaian seperti perkahwinan, berkadim dan
perwarisan harta.
- Ibu
Soko
Surah AlHujurat Ayat 13.
- Kiasan atau Bidalan
Kampung Berpagar Pusaka ,
Adat Bersendi Hukum
Hukum Bersendi Kitabullah ,
Syarak Mengata , Adat Memakai
Kuat Adat Tak Gaduh Hukum ,
Kuat Hukum Tak Gaduh Adat
Bukan kacang sebarang kacang,
kacang berjunjung si pohon buluh,
bukan datang sebarang datang
datang menyusun jari nan sepuluh.
Bukan lebah sebarang lebah,
lebah bersarang di hujung tingkap,
bukan sembah sebarang sembah,
sembah saya nak bercakap.
Bukan lebah sebarang lebah,
lebah bersarang di dahan nangka,
bukan sembah sebarang sembah,
sembah adat dengan pesaka.
Mangkuk ada cawan pun ada,
dipusing sama lioknya,
datuk ada tuan-tuan pun ada,
saya pandang sama eloknya
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing,
hati kuman sama dicecah,
hati gajah sama dilapah,
ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni,
ke laut sama direnangi
Jika cerdik teman berunding,
jika bodoh disuruh arah,
yang buta penghembus lesung,
yang patah menunggu jemuran,
yang pekak pencucuh meriam,
yang berani buat kepala lawan,
yang kaya hendakkan emasnya,
yang miskin hendakkan kerjanya,
yang alim hendakkan doanya,
yang jahil hendakkan aminnya
- LATAR BELAKANG SEJARAH TANAH MELAYU DAN SUMATERA SEKITAR TAHUN 1700
1.
Kedatangan Orang Minangkabau
D’Eredia (1613) yang dipetik oleh
Winstedt (JMBRAS, vol.xii.pt.3) telah mencatat bahawa kedatangan orang
Minangkabau telah berlaku setelah penaklukan Melaka oleh Portugis 1511. Ia
mengatakan bahawa sebahagianbesar kawasan pedalaman berada dalam keadaan
“uninhabited anddeserted occupied by Manancabos (Minangkabau)...”24 Bahkan Ooi
Jin Bee mengatakan bahawa kedatangan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan
telah berlaku secara besar-besaran dalam abad ke-14 (Oo Jin-bee, 1970: 123).
Ini bermakna bahawa mereka telah pun berhijrah ketempat-tempat tersebut lebih
awal daripada tahun 1511.
Satu lagi sumber yang mengatakan
bahawa bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu telah diduduki oleh orang
Minangkabau selewat-lewatnya pada abad ke-12. Ketua kumpulan Minangkabau itu bernama
Tu Pattair, dan mereka mula-mula tiba di Melaka, dan sampai ke suatu tempat
yang bernama Tabu (Tabuh Naning). Tu Pattair dan pengikut-pengikutnya dikatakan
telah membuka perkampungan dan berkahwindengan wanita-wanita tempatan serta
tinggal menetap di situ sehinggaakhirnya terbentuk “perkampungan” Minangkabau
pertama di Tanah Melayu. Kemudian mereka telah membuka kawasan sehingga ke
Sungai Ujong, termasuk, Rembau, Johol, dan beberapa kawasan lainnya (Newbold,T.J.,
1971: 77).
2.
Kedatangan Orang Minangkabau Ketika
Kesultanan Melayu Melaka
Sebelum daerah atau kawasan itu
bernama Negeri Sembilan, pada mulanya pemerintahannya diatur oleh pemerintahan
Sultan di Melaka. Kedua negeri ini sudah punya hubungan penting, setidaknya
semenjak awal kurun ke-15 iaitu setelah kesultanan Melaka diwujudkan.
Kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Melaka seperti Sungai Ujong, Klang,
Rembau, dan Naning bergantung kepada Melaka disebabkan kuasa dan kepentingannya
sebagai pusat perdagangan yang terbesar ketika itu. Melaka juga merupakan tempat
persinggahan orang-orang Minangkabau yang datang ke Tanah Melayu untuk menetap
di Negeri Sembilan. sehingga tersebutlah dalam perbilangan adat Negeri Sembilan
ungkapan berpangkalan di Melaka. Kemudian ketika pemerintahan Melaka dikalahkan
oleh Portugis (1511) dan berdiri pemerintahan Sultan di Johor, maka kawasan
Negeri Sembilan tersebut diperintah oleh Sultan Johor. Dalam sumber Belanda,
Dagh Register, sebelum terbentuk kerajaan Negeri Sembilan, beberapa buah negeri
atau daerah memberikan taat setia kepada kerajaan Johor, sehingga disebut dalam
perbilangan beraja ke Johor.
3.
Penghijrahan Abad Ke-17
Menjelang pertengahan kedua abad ke-17,
penghijrahan semakin meningkat di kalangan orang Minangkabau ke Semenanjung Tanah
Melayu, bersamaan dengan naiknya semangat baru di kalangan raja-raja Pagaruyung
disebabkan kemenangan VOC menentang Aceh. Dengan bebasnya negeri-negeri di
kedua-dua belah pantai barat dan timur Sumatera dari kekuasaan Aceh, pengaruh
Pagarruyung terhadap rakyat telah dapat dikembalikan semula. Keadaan ekonomi
dan politik Rembau semakin kuat. Sementara Johor semakin lemah karena perang
yang berlarut-larut dengan Jambi, yang menyebabkan Sultan Johor tidak mampu
lagi mengawal dan mengendalikan keadaan yang sepatutnya di kawasan Negeri
Sembilan dan melonggarkan hubungan Johor dengan jajahan takluknya. Kesempatan
ini dimanfaatkan oleh orang Minangkabau di rantau Rembau Sungai Ujong, Kelang
dan Naning untuk melepaskan diri dari
pemerintahan Johor.
4.
Pergolakkan Kerajaan Melayu Selepas Sultan
Mahmud (Mangkat Dijulang) 1699
Pembunuhan Sultan Mahmud (Mangkat
Dijulang) pada tahun 1699, yang selanjutnya diikuti dengan pengisytiharan Bendahara
Tun Abdul Jalil sebagai sultan pada 3 September 1699 dengan gelar Sultan Abdul
Jalil Riayat Syah, tidak juga memberi kesan buruk kepada hubungan di antara kerajaan
Johor dengan orang Minangkabau. 52 Bahkan ketua-ketua Naning,
Sungai Ujung dan Rembau, dikaruniai
cap mohor oleh Sultan Johor Bendahara Tun Abdul Jalil. Bila orang Bugis mencabar
kewibawaan kerajaan Johor pada tahun 1715, orang Minangkabau di Rembau pun menyokong
Johor (Andaya, L Y., 1975: 232-233). Tetapi tiga tahun kemudian suasana politik
Johor berubah sekali lagi, dengan kedatangan Raja Kecil merampas kerajaan
Johor. Dalam keadaan huru hara, kawalan Johor ke atas jajahan takluknya sekali
lagi menjadi longgar. Untuk itu pada tahun 1721, beberapa “Orang Besar” telah
berlepas ke Minangkabau sekali lagi untuk menjemput Putra Raja yang akan dirajakan
di Negeri Sembilan. Permintaan mereka diperkenankan oleh Yang Dipertuan Raja
Alam Pagaruyung pada ketika itu, mungkin Yang Dipertuan Patah Sultan Abdul
Jalil (1719-80), dengan mengutus seorang Putra Raja untuk melindungi rantau Minangkabau
di Semenanjung Tanah Melayu, yang bernama “Raja Kasah atau mungkin juga Raja
Melawar”
5.
Kehadiran Raja Melewar Pada 1727
Sumber Belanda telah membuktikan
bahawa Raja Melawar telah ada di Semenanjung Tanah Melayu pad tahun 1727, besar
kemungkinan lebih awal dari pada itu, kerana Raja Khatib dihantar pada tahun
itu untuk menggulungkan Raja Melawar yang memang sudah
ditetapkan menjadi Raja Rembau (Khoo
Kay Kim, dalam Norazit Selat, ed.,1990: 5). Dengan terbuktinya kehadiran Raja
Melawar di awal tahun 1720-an sebagai raja, bermakna struktur dan organisasi
sosial politik Rembau dan Negeri sembilan menjadi lengkap. Lengkap dari segi
tuntutan keperluan sistem politik bagi sebuah rantau Minangkabau (luak
berpenghulu, rantau beraja) dan juga daripada keperluan sosial Adat Perpatih
(Ibrahim, Hj, N,1993). Dua orang lagi putera raja yang dijempu dari Minangkabau
setelah Raja Melawar adalah Raja Hitam dan Raja Lenggang. Sejak tahun 1824
tidak ada lagi kebiasaan untuk menjemput putra raja dari Pagaruyung, kerana sejak
itu, masa putra raja tempatanlah yang dirajakan. Sehingga tersebutlah dalam
perbilangan adat Negeri Sembilan: Bertuan ke Minangkabau.
- SEJARAH PEMBUKAAN NYALAS
Mengikut cerita orang lama-lama atau
orang tua , NYALAS didirikan oleh Tok Gubah @ Sutan Abu Kasim dari Pagar Ruyung
dengan bantuan sahabatnya Pawang Landas @ Sapian sekitar 1700-1750. Hari ini,
NYALAS merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Jasin, Melaka. Nyalas
mendapat nama dari daun Palas yang banyak terdapat di kawasan ini suatu masa
dahulu. Tok Gubah bersama dengan kaum kerabat dan sahabat-sahabatnya
berhijrah dari Minangkabau , Sumatera ke Melaka melalui selat Melaka dan mudik
di Perairan Melaka. Dipercayai Tok Gubah adalah putera Raja Minangkabau membawa
diri ke Tanah Melayu. Setelah sampai ke Tanah Melayu , Tok Gubah bersama
rombongannya telah berjalan hingga ke suatu tempat yang bersamaan dengan
keadaan kampung halaman mereka iaitu mempunyai bukit bukau , sungai dan keadaan
muka bumi yang landai sesuai untuk penginapan dan bercucuk tanam sebagai sumber
ekonomi mereka.
Ketika mereka membersihkan kawasan hutan
untuk dibuat rumah , ada sejenis tumbuhan yang mistik , apabila mereka memotong
sebelah pagi , namun keesokkan harinya tumbuhan itu kembali hidup dan
memanjang. Setelah itu Tok Gubah telah memanggil Pawang / Tok Landas untuk
meminta bantuan memotong tumbuhan misteri itu. Tumbuhan itulah yang dipercayai
sebagai pokok palas yang sehingga hari ini dipercayai nama Nyalas diambil
daripada bunyi pokok palas tersebut.
Nyalas pada mulanya terdiri daripada beberapa kampung saperti Kampung Gubah, Kampung Masjid Baru , Kampung Pondok Batang, Kampung Gapis, Kampung Mantai dan Kampung Melangkan. Kini terdapat beberapa kawasan perumahan baru saperti Nyalas Baru, Taman Seri Nyalas dan Taman Nyalas Permai.Kawasan Nyalas ini terbahagi kepada 5 solok iaitu: Gapis, Mantai, Ayer Repat, Palembang dan Kampung Baru.
Mukim
Nyalas juga mengamalkan adat Perpatih yang dibawa terus daripada Tanah Minang
dan bukannya daripada Negeri Sembilan. Orang Nyalas juga bertutur dengan bahasa
Melayu loghat Minang dan bukannya berasal daripada Negeri Sembilan sebaliknya
keturunan Tok Gubah memang diakui ada di Tanah Minangkabau.
- SEJARAH RINGKAS NANING
- Pendahuluan
Naning ialah sebuah bekas wilayah
merdeka yang kini menjadi sebahagian dari Melaka, Malaysia.
Ia diteruskan sebagai sebuah wilayah adat perpatih sehingga kini. Namanya kini
kekal digunakan sebagai wilayah Naning yang
mempengaruhi pengamalan Adat Perpatih di
25 buah mukim dalam daerah Alor Gajah dan Jasin,
Melaka.
- Naning dibuka Oleh Masyarakat Minangkabau
Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau yang
berhijrah dari Sumatera pada abad ke-14. Ia diteroka oleh sekurang-kurangnya
lima kumpulan keluarga (suku) iaitu suku Nan Bergajah Tunggal[3] yang diiktiraf sebagai kerabat Naning, Semelenggang,
Tiga Batu, Mungkal dan Anak Melaka. Naning menjadi salah satu daripada sembilan
negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan.
- Naning Mengamalkan Adat Perpatih
Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan
gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli. Sistem
pentadbiran di Naning sama sebagaimana pengamalan Adat Perpatih yang
mempunyai elemen demokrasi, iaitu pembesar tertakluk kepada kuasa daripada orang
bawahannya, di bawah konsep Adat Nan Berjenjang Naik. Ia
dipimpin oleh seorang penghulu dari
suku Nan Bergajah Tunggal. Sistem politik Naning mempunyai corak pengurusannya
sendiri dengan penubuhan Lembaga Adat Naning (LAN) yang bertindak membantu
pentadbiran Penghulu.
- Naning Ketika Penjajahan Belanda
Selepas pendudukan Belanda ke atas Melaka pada
1641, Belanda telah mewujudkan negeri atau daerah pertama bagi Negeri Sembilan,
iaitu di Naning pada 1643. Dari perspektif lain, Naning terus dibenarkan untuk
menjalankan pemerintahan sendiri yang diketuai oleh Penghulu Naning. Belanda
mengiktiraf Dato' Sri Lela Merah (kini Orang Kaya Seri Raja Merah) sebagai
pemerintah. Pada 1705, Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil telah menganugerahkan kebesaran kepada
Pemerintah Naning sebagai lambang pemerintahan sendiri, asing daripada Kesultanan Johor.
- Perang
Naning-Inggeris 1831
Perang Naning-Inggeris 1831 merupakan
diantara peperangan yang terkenal dalam sejarah Malaysia kerana perang ini
merupakan sebuah titik permulaan kebangkitan semangat nasionalis dalam diri
anak-anak Melayu menentang penjajahan Barat. Kehebatan Naning dalam menggempur
kehadiran penjajah menjadikan namanya sehingga hari ini masih diingati dan
sentiasa menjadi buah mulut anak bangsa. Secara faktanya, Naning merupakan
negeri Melayu pertama yang membuat kebangkitan untuk memerangi kuasa Inggeris
di Melaka setelah bertapak semenjak 1795 dan mendapat kemenangan atas
peperangan yang dilancarkan. Namun demikian, Naning bukanlah kali pertama berperang
dalam menentang kuasa penjajahan asing tetapi sudah menjadi kebiasaan orang
Naning untuk mempertahankan negeri Melayu daripada dijajah. Berdasarkan tradisi
lisan, banyak kisah-kisah perang yang dilalui orang Naning sepanjang perjalanan
sejarahnya dan kebanyakan kisah ini tidak diketahui dan dikaji oleh sarjana
terdahulu. Secara umumnya, pembukaan Naning pada pertengahan abad ke-14
menjalinkan pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan sejarahnya. Politik
Naning juga tidak lekang dengan episod berdarah iaitu kisah-kisah perperangan
yang pernah terjadi semasa pemerintahan penghulu-penghulu Naning. Hal ini
demikian kerana, orang Naning atau orang ulu terkenal dengan sikapnya yang
berani sehinggakan nama Naning menjadi kegerunan dalam kalangan negeri jiran
dan penjajah asing. Menurut cerita yang diperturunkan dalam masyarakat Naning,
di awal pembukaan Naning iaitu zaman pemerintahan Datuk Perpatih Nan Sebatang
sendiri telah berlakunya peperangan diantara Naning dengan musuh negeri.
Dikhabarkan Naning pernah berperang dengan angkatan tentera daripada negeri
Siam, Bugis, Portugis, Belanda dan Inggeris. Sehubungan itu, Naning merupakan
antara negeri Melayu yang kerap berperang dengan kuasa-kuasa asing terutamanya
kuasa penjajahan Barat.
6.
Naning
Tewas 1832
Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur
Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan
pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar (dikenali juga sebagai Dol
Said) telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak
Inggeris selama lebih kurang 2 bulan. Setelah itu, Naning pun dimasukkan
di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833. Perang Naning-Inggeris
merupakan sebuah peristiwa peperangan yang paling terkenal di dalam sejarah
Malaysia sebagai sebuah perintis kepada gerakan awal kebangkitan semangat
nasionalis menentang penjajahan Inggeris. Kebangkitan ini dilihat menjadi tular
sehinggakan berlakunya pemberontakan yang bertali arus di negeri-negeri Melayu
yang lain seperti Perak, Pahang dan di bahagian kawasan Pantai Timur. Namun
begitu, peperangan ini dilihat menjadi medan pertembungan intelektual dan
pemikiran kumpulan sarjana Barat dengan kebudayaan orang tempatan. Pihak
Inggeris menjadikan bidang keilmuan sebagai wadah bagi mempertahankan tindakan
mereka untuk menguasai Naning dan memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan
kaedah yang digunakan. Justeru, munculnya penulisan yang tidak bersifat
berkecuali kerana rujukan yang digunakan kebanyakan sarjana terdahulu adalah
daripada kertas laporan pihak Inggeris. Sehubungan itu, penulisan ini akan
membahaskan mengenai perjalanan Perang Naning-Inggeris dari sudut penceritaan
daripada kebudayaan orang tempatan terutamanya mengenai kejadian atau peristiwa
yang tidak dicatatkan pihak Inggeris.
7.
Naning
Pasca Perang Inggeris
Selepas tewas dalam
Perang Naning, pentadbiran Naning terus ditadbir di bawah Jajahan Mahkota
Melaka. Penghulu Naning dijadikan
taraf penghulu mukim. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, pentadbiran Naning kekal
ditempatkan dalam Melaka, dengan Penghulu Naning dan Lembaga Adat mempunyai
kedudukan khas dalam Perlembagaan Negeri.
Bil. |
Undang |
Pemerintahan |
1. |
Dato Perpatih Nan Sebatang/Sutan Balun |
1345-1395 |
2. |
Bendahara Kuning Gajah Godang Patah Gading |
1395-1419 |
3. |
Dato Batin Maha Galang |
1419-1443 |
4. |
Dato Tua Raja Alam |
1443-1467 |
5. |
Dato Raja Alam Merah |
1467-1491 |
6. |
Dato Sayyed Serban Kuning |
1491-1515 |
7. |
Dato Lebai Seklan |
1515-1539 |
8. |
Dato Undang Naning 8 |
1539-1563 |
9. |
Dato Undang Naning 9 |
1563-1587 |
10. |
Dato Undang Naning 10 |
1587-1615 |
11. |
Dato Undang Naning 11 |
1615-1640 |
12. |
Dato’ Megat Alam
Melintang (Dato Naning -12) Dato Seraja Merah *Penghulu
Naning Pertama mengikut Versi Belanda |
1641-1671 |
13. |
Dato’ Megat Junjungan Limau / Dato Seraja
Merah II |
1671-1701 |
14. |
Dato Juara Megat Juana Lenggang |
1701-0705 |
15. |
Dato’ Kokah Bernama Zohri |
1705 -1765 |
16. |
Dato’ Gahang Berbulu |
1765-1775 |
17. |
Dato’ Selamat Idris |
1775-1780 |
18. |
Dato’ Timbo |
1780-1786 |
19. |
Dato’ Anjak |
1786-1799 |
20. |
Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said |
1799-1849 |
21. |
Dato’ Idas |
1849-1870 |
22 |
Dato’ Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim |
1870-1900 |
23 |
Dato’ Ranting |
1900-1901 |
24 |
Dato’ Hassan |
1901-1916 |
25 |
Dato’ Omar Bin Hassan |
1918-1923 |
26 |
Dato’ Arshad |
1923-1931 |
27 |
Dato’ Osman bin Kering |
1932-1940 |
28 |
Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab |
1942-1949 |
29 |
Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj |
1951-2004 |
30 |
Dato’ Abdul Latif bin Hj. Hashim |
2004 -2012 |
31 |
Dato’ Mohd Salleh Bin Md. Som |
2012 – 2013 |
32 |
Dato’ Dr. Nordin Bin Abd Jalil |
2013 – 2020 |
33 |
Dato’ Mohd Nazrol Bin Mahamad Sapar |
2020 – Kini |