Pendahuluan
Seorang pengurus merupakan aset yang
terpenting dalam sesebuah organisasi samada dalam sebuah syarikat yang menguruskan
perniagaan mahupun organisasi yang menguruskan dana awam seperi jabatan kerajaan
, agensi dan badan berkanun. Setiap organisasi mempunyai matlamat dan hala tuju
tersendiri bersesuaian dengan tujuan penubuhan organisasi tersebut. Menyedari
kepentingan untuk melahirkan seorang pengurus yang berkualiti menyebabkan Tun
Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia kelima telah memperkenalkan
konsep modal insan dalam Islam Hadhari bagi mencapai hasrat murni ini. Seorang pengurus
mestilah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk mencapai matlamat organisasi
yang dipersetujui bersama. Menurut Koontz & Wiehrich (1992),
pengurusan adalah satu proses merancang dan memelihara persekitaran di kalangan
anggota kerja organisasi bagi tujuan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan
bersama manakala Robbin (1996) menyatakan pengurusan ialah satu proses
perlaksanaan dan koordinasi tugas yang bertujuan untuk mencapai matlamat
organisasi. Menurut Griffin 2000, pengurus adalah orang yang merancang dan
membuat keputusan, mengorganisasi, mengarah dan mengawal sumber manusia,
kewangan dan maklumat. J.Penc (2000) pula berpendapat pengurus adalah orang
yang ditugaskan untuk mengurus, memenuhi semua fungsi dan menggunakan semua
atau sebahagian sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi.
Melalui
definasi dan pengertian ini dapatlah kita simpulkan bahawa kejayaan sesebuah
organisasi adalah bergantung kepada kemahiran kebijaksanaan pengurus dalam
komunikasi dengan kakitangan bahawan mereka.
Saya
telah memilih Majlis Perbandaran Jasin untuk melihat sejauhmana kemahiran
seorang pengurus digunakan untuk mencapai matlamat organisasi ini. Misi Majlis
Perbandaran Jasin ialah Komited untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang
terbaik ,kualiti, integrity dan kompiten melalui pengembelengan tenaga secara
optimum. Saya akan menghuraikan kemahiran pengurus mengikut teori Robert L.Katz iaitu
Kemahiran Teknikal , Kemahiran Kemanusiaan dan Kemahiran Konseptual.
1. Kemahiran Teknikal
Ini adalah satu kemahiran ataupun kebolehan dalam
menggunakan perkakasan teknologi maklumat , alat peralatan komputer, peraturan,
prosedur dan teknik dalam sesuatu kerja yang dapat membantu pengurus dalam
memahami cara melakukan sesuatu kerja. Kemahiran ini perlu ada pada
pengurus bawahan.
Sebagai contoh di Majlis Perbandaran Jasin ,
sememangnya menggunakan peralatan komputer dan teknologi maklumat adalah
perkara utama dan terpenting dalam mencapai matlamat organisasi. MPJ
menggunakan beberapa sistem untuk melicinkan operasi harian seperti :-
a. Sistem QMS
(Qeue Management System) yang digunakan di kaunter untuk nombor giliran dan
permudahkan urusan di kaunter.
b. Sistem
Hand Held iaitu Sistem yang digunakan kompuan letak kereta supaya segala
tindakan boleh dibawa ke mahkamah dengan bukti yang nyata.
c. Sistem E
PBT yang digunakan untuk mengawal hasil dan perbelanjaan Majlis Perbandaran
Jasin.
Seorang pengurus
hendaklah mahir dalam menguruskan sistem beserta dengan perkakasan teknologi
maklumat dan komputer ini memudahkan urusan seharian dan membantu kakitangan
lain dalam menjalankan kerja kerja seharian di organisasi terbabit.
Dalam pengurusan
organisasi juga terdapat sistem pengurusan yang diamalkan seperti ISO , EKSA
dan Fail Meja. Pengurus yang effisen seharusnya menguasai kemahiran ini bagi
memastikan perjalanan organisasi konsisten dan menepati paiwaian yang ditetapkan.
2. Kemahiran Kemanusiaan
Kemahiran seterusnya ialah kebolehan dalam
memahami dan memberi motivasi kepada orang lain ataupun pekerja bawahan yang
lain.Pengurus juga menjadi contoh atau ikon sesebuah organisasi untuk meniupkan
semangat bekerja dengan lebih tekun dan ikhlas. Kemahiran ini akan menekankan
perhubungan sosial dan individu antara pekerja dan pengurus. Semua pengurus
perlu ada kemahiran untuk berfungsi dengan berkesan. Sebagaimana di
Majlis Perbandaran Jasin , kita telah mewujudkan satu sistem kerja yang
membolehkan pengurus berinteraksi dengan sempurna dikalangan orang bawahannya.
MPJ telah mewujudkan jabatan ataupun unit mengikut kepakaran pengurus beserta
dengan kakitangan bawahan. Ini akan mewujudkan suasana kerja yang efisien dan
kondusif kerana hasil kerja yang bermutu mengikut kepada kepakaran dan kelayakkan
akdemik masing masing.
3. Kemahiran Konseptual
Kemahiran ini merupakan kebolehan atau keupayaan
pengurus untuk memikirkan dan mewujudkan satu kaedah dan menyelaraskan serta
menggabungkan kegiatan ataupun unit yang berbeza. Pengurus juga
perlu mengambil kira kepentingan dan keutamaan organisasi dalam setiap tindakan
juga keputusan melibatkan dasar , prinsip dan pelaksanaan. Kemahiran ini
perlu dimiliki oleh pengurus atasan bagi menjamin organisasi mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Majlis Perbandaran Jasin juga memerlukan pengurus
yang mempunyai kemahiran konseptual. Kemahiran ini adalah penting untuk
mencapai matlamat MPJ yang sebenar. Kemahiran ini perlu adalah untuk
menjimatkan perbelanjaan jabatan berkaitan dengan pengabungan unit di MPJ.
Sebagai contoh ketua jabatan Pentadbiran boleh disekalikan dengan Jabatan
Korporat untuk menjimatkan perbelanjaan ketua jabatan sebaliknya perbelanjaaan emolument
itu boleh digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Selain itu pengetahuan dan
pengalaman akan digunakan sebaik mungkin apabila berlaku pengabungan dan
memberi pengalaman dan pembelajaran baru kepada kakitangan yang terlibat.
Sebagai satu contoh yang ketara ialah penubuhan
jawatankuasa hasil di MPJ di mana setiap jabatan akan menganggotai jawatankuasa
tersebut dan diuruskan oleh seorang pengurus yang berwibawa dan berwawasan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan daripada kemahiran yang
dibincangkan di atas melibatkan proses kerja di Majlis Perbandaran Jasin di
antara pengurus dan kakitangan bawahan. Pengurus perlu sentiasa berfikir untuk
memajukan diri sendiri dan berfikiran selangkah ke hadapan daripada kakitangan
bawahannya. Sikap bertanggung jawab dan mempunyai akhlak yang baik akan menjadi
seseorang pengurus tersebut sebagai contoh ataupun ikon dikalangan pekerja
bawahan.Dalam mewujudkan situasi komunikasi yang berkesan di antara pengurus
dan kakitangan bawahan yang utama adalah membina sikap menghurmati dan
menyayangi pengurus mereka masing masing. Ini akan menaikkan semangat dan kerja
kuat dikalangan organisasi tersebut.
Rujukan
- Abdullah
Hassan dan Ainon Mohd. 2001. Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
- Ahmad
Fadzli Yusof dan Amin Idris. 2007. PDA Untuk Pemimpin Berwibawa. Selangor:
PTS Millenia Sdn. Bhd.
- Laman
Web Majlis Perbandaran Jasin
No comments:
Post a Comment