Wednesday, 11 October 2023

ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

 


  1. AHLI LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

Penghulu Adat                                   : Dato' Setia Bakti Jizan bin Jaseh

Pengerusi Lembaga Adat                    Dato’ Seri Pahlawan Hashim bin Hassan

Setiausaha Lembaga Adat                 Dato’ Setia Shahril bin Samzainal
Bendahari Lembaga Adat                  : Dato' Sidang Roslan bin Abd Rahman

 Ibu Soko

  1. Bonda Hajah Jamilah binti Abd Wahab         

Suku Tiga Batu Belang

  1. Bonda Normah binti Abu Bakar

Suku Mungkal Bidara

  1. Bonda Rosidah binti Arshad

Suku Mungkal Segamat

  1. Bonda Aini binti Haji Karim

Suku Mungkal Komus

  1. Bonda Rubiah binti Ismail

Suku Tiga Batu Lubuk Kepong

  1. Bonda Hajah Ramah binti Bazid

Suku Anak Melaka

  1. Bonda Azizah binti Abd Ghani

Suku Tiga Batu Ceniaga

 Buapak

  1. Dato’ Setia Shahril bin Samzainal

Suku Tiga Batu Belang

  1. Dato' Setia Bakti Jizan bin Jaseh

Suku Mungkal Bidara

  1. Dato’ Angkai Kecik Mohammad Alias bin Haji Md. Yusop

Suku Mungkal Segamat

  1. Dato’ Kaya Menteri Muda Md Nor Bin Bachik

Suku Mungkal Komus

  1. Dato’ Kando Zainal bin Osman

Suku Tiga Batu Lubuk Kepong

  1. Dato’ Seri Pahlawan Hashim bin Hassan

Suku Anak Melaka

  1. Dato’ Bongsu Mohd Aris bin Dol

Suku Tiga Batu Ceniaga

Sidang Adat

 1. Dato Sidang Roslan bin Abd Rahman

2. Dato Sidang Roslee bin Pilus

3. Dato Sidang Izham bin Ibrahim

 

  1. STRUKTUR LEMBAGA ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

 Penghulu Adat                                    : Dato' Setia Bakti Jizan bin Jaseh

Pengerusi Lembaga Adat                    Dato’ Seri Pahlawan Hashim bin Hassan

Setiausaha Lembaga Adat                 Dato’ Setia Shahril bin Samzainal

Bendahari Lembaga Adat                  : Dato' Sidang Roslan bin Abd Rahman

 

  1. Suku Tiga Batu Belang

Ibu Soko          :- Bonda Hajah Jamilah binti Abd Wahab

Buapak            :- Dato’ Setia Shahril bin Samzainal

Sidang Adat    :- Dato’ Sidang Md Zin bin Tambi

Ketua Perut     :- Tuan Haji Khalek bin Haji Abd Wahab

Semenda        :- Tuan Mohd Hanif bin Didi

 

  1. Suku Mungkal Bidara

Ibu Soko          :- Bonda Normah binti Abu Bakar                 

Buapak            :- Dato' Setia Bakti Jizan bin Jaseh

Ketua Perut     :-

Semenda        :-

 

  1. Suku Mungkal Segamat

Ibu Soko          :- Bonda Rosidah binti Arshad

Buapak            :- Dato’ Angkai Kecik Mohammad Alias bin Haji Md. Yusop

Sidang Adat    :- Dato’ Sidang Hj Mazlan bin Chahat

Ketua Perut     :- Tuan Haji Abd Ghafar bin Haji Abu Samah

Semenda         :- Tuan Mahmud bin Abd Rahman

 

  1. Suku Mungkal Komus

Ibu Soko          :- Bonda Aini binti Haji Karim

Buapak            :- Dato’ Kaya Menteri Muda Md Nor Bin Bachik                               

Ketua Perut     :- Tuan Rosli bin Pilus

Semenda        :- Tuan Rahmat bin Silu

 

  1. Suku Tiga Batu Lubuk Kepong

Ibu Soko          :- Bonda Rubiah binti Ismail  

Buapak            :- Dato’ Kando Zainal bin Osman

Ketua Perut     :-

Semenda        :-

 

  1. Suku Anak Melaka

Ibu Soko          :- Bonda Hajah Ramah binti Bazid                

Buapak            :- Dato’ Seri Pahlawan Hashim bin Hassan  

Sidang Adat    :- Dato’ Sidang Rozmi bin Rahim

Ketua Perut     :- Tuan Rashid bin Ibrahim

Semenda        :-

 

  1. Suku Tiga Batu Ceniaga

Ibu Soko          :- Bonda Azizah binti Abd Ghani

Buapak            :- Dato’ Bongsu Mohd Aris bin Dol

Ketua Perut     :- Tuan Md Dali bin Tompang

Semenda        :- Tuan Jalal bin Mohd Yusof

 

  1. Suku Biduanda

Ibu Soko          :-                     

Buapak            :-         

Ketua Perut     :- Tuan Manchor bin Jalil

Semenda        :-

 

  1. BENDERA DAN SELEMPANG

 

3.1  BENDERA SUKU SUKU


Ø  MUNGKAL                 -Merah dan Putih

Ø  ANAK MELAKA          -Merah , Hitam , Putih

Ø  TIGA BATU                 -Hitam Sahaja

 

3.2  SELEMPANG


Ø  Penghulu Adat            - Tanah Kuning ( Line Merah , Hitam )

            

Ø  Buapak                        - Tanah Hitam Line Kuning

 

Ø  Lembaga                     - Tanah Hitam Line Merah

 

Ø  Biduanda                     - Tanah Hijau Line Kuning

 

Ø  Ibu Soko                      - Kain Batik dan Tanah Hitam Line Merah


  1. KAWASAN MUKIM ADAT NYALAS

4.1  Kampung dan Taman Perumahan Dalam Mukim Nyalas

Pengamalan ataupun penggunaan adat perpatih ini adalah melibatkan penduduk Mukim  Nyalas iaitu terbahagi kepada beberapa kampung :-

1.            Kampung Mantai

2.            Kampung Gapis

3.            Kampung Melangkan

4.            Kampung Nyalas

5.            Kampung Baru Nyalas

6.            Kampung Ayer Repat

7.            Kampung Ayer Songsang

8.            Kampung Gubah

9.            Kampung Masjid Baru

10.          Kampung Baru Meriang

11.          Kampung Kampung Abbey

12.          Kampung Pondok Batang

13.          Taman Nyalas Baru

14.          Taman Nyalas Permai

15.          Rumah Awam Pondok Batang

 

4.2  Kariah Masjid Yang Terlibat

 1. Masjid Al Kauthsar

ü  Surau Kampung Gapis

ü  Surau Kampung Mantai

ü  Surau Kampung Melangkan

ü  Surau Taman Nyalas Permai

 2. Masjid Nurul Huda

ü  Surau Kampung Gubah

ü  Surau Kampung Abbey

ü  Surau Kampung Pondok Batang

ü  Surau Kampung Meriang

  

4.3  Anggaran Bilangan Orang Yang Mengamalkan

BIL

JPKK

KAMPUNG TERLIBAT

JUMLAH (ORANG)

ANGGARAN YANG MENGAMALKAN ADAT PERPATIH

1

Nyalas

1.            Kampung Melangkan

2.            Kampung Nyalas

3.            Kampung Baru Nyalas

4.            Kampung Ayer Repat

5.            Kampung Ayer Songsang

6.            Kampung Melangkan

7.            Kampung Nyalas

8.            Kampung Baru Nyalas

9.            Kampung Ayer Repat

10.          Kampung Ayer Songsang

11.          Taman Nyalas Baru

12.          Taman Nyalas Permai

 

3,500

2,000

(53%)

2

Gapis / Mantai

1.    Kampung Mantai

2.    Kampung Gapis

 

800

600

(75%)

3

Masjid Baru / Gubah

1.    Kampung Gubah

2.    Kampung Masjid Baru

3.    Kampung Baru Meriang

1,257

500

(40%)

4

Pondok Batang / Abbey

1.            Kampung Kampung Abbey

2.            Kampung Pondok Batang

3.            Rumah Awam Pondok Batang

 

1,500

600

(38%)

 

 

JUMLAH

7,137

3,700

(51%)

 

 4.4  Peta Mukim Nyalas

  1. PANDUAN ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

 

  1. Majlis Pertunangan

 1.    Anak buah menemui Ketua Perut atau Ketua Waris

2.    Ketua Perut\Ketua Waris nerjumpa Buapak memaklumkan tarikh dan masa

3.    Tuan Rumah menjemput (mengajak) orang selepas Buapak diberitahu

4.    Buapak, Pegawai Syarak, Ketua Perut dan Semenda menyaksikan majlis

5.    Buapak memastikan :

(a)  Tepak Sireh

(b)  Cincin Pertunangan

(c)   Wang Hantaran (perjanjian)

6.    Pendahuluan Wang Hantaran sekurangnya RM100.00 dibawa dalam Majlis Pertunangan

7.    Buapak memaklumkan tentang adat ’helah helah yang tidak boleh dielakkan’.

(a)  Helah Perempuan – Belanja yang dihantar semasa pertunangan dipulangkan dan ditambah dengan wang sebanyak RM 100.00. Cincin yang diterima juga diterima juga dipulangkan dan ditambah dengan sebentuk lagi cincin yang sama harga dengan cincin diterima

(b)  Helah Lelaki – Semua wang , cincin dan lain-lain barangan yang dihantar ’hangus’ . Tidak dikembalikan semula

8.    Saguhati bagi Pegawai Syarak dan Buapak terpulang kepada tuan rumah

 

B.    Majlis Perkahwinan

 

1.    Anak buah menemui Ketua Perut/Ketua Waris dan memastikan segala urusan untuk pernikahan dilaksanakan seperti borang-borang dan lain-lain.

2.    Ketua Perut\Ketua Waris berjumpa Buapak. Tuan Rumah menjemput orang setelah Buapak diterima

3.    Ketua Perut membawa ’Epok’ dan menyerahkan kepada Buapak di masjid kariah yang berkenaan pada hari Jumaat seminggu sbelum Majlis Pernikahan/Jamuan

4.    ’Epok’ perlulah lengkap iaitu sireh , pinang , kapur ,gambir dan tembakau

5.    Buapak menyerahkan Epok kepada Pegawai Syarak. Pegawai Syarak/Lembaga Masjid mengumumkan majlis dalam sidang jemaah Jumaat Masjid

6.    ’Hari Manggil’ diadakan sehari sebelum Majlis Pernikahan. ’Samenda’ menjemput semua Pegawai Syarak dalam kariah dan semua Ketua-Ketua Adat dalam Mukim Nyalas (Dua kariah)

7.    Sekiranya Semenda tidak menemui Pegawai-pegawai Syarak atau Ketua-Ketua Adat (tiada rumah) letakkan tanda telah hadir di pintu rumah berkenaan seperti menyelitkan bunga atau sebagainya.

8.    Semenda dinasihatkan memaikai pakaian kemas dan bersongkok

9.    Wali, Pegawai Syarak, Dua orang Saksi, Buapak dan Semenda haruslah ada dalam Majlis Pernikahan

10.  Bayaran  Saguhati Majlis Perkahwinan Perempuan

(Dibayar oleh Pihak Lelaki)

(a)  Syarak = RM210.00 (termasuk Penghulu (RM 10.00)

(b)  Mas Kahwin = RM40.00

(c)   Duit waris = RM15.00 (pihak perempuan)

(d)  Semenda = RM15.00 (pihak perempuan)

(e)  Duit Adat  = RMSatu Peratus Jumlah Wang Hantaran

11.  Bayaran Saguhati Majlis Perkahwinan Anak Lelaki

(a)  Buapak = RM40.00

(b)  Waris = RM15.00

(c)   Tabung Adat = RM5.00

(d)  Majlis = RM15.00

(e)  Semenda = RM15.00

12.  Perempuan anak perempuan kariah Nyalas bernikah di luar kariah Nyalas. Majlis Jamuan dibuat dalam kariah Nyalas :

(a)  Syarak = RM100.00

(b)  Buapak = RM40.00

(c)   Waris = RM15.00

(d)  Tabung Adat = RM5.00

13.  Lelaki anak kariah Nyalas bernikah di luar kariah Nyalas. Majlis Jamuan ini dibuat dalam kariah Nyalas.

(a)  Buapak = RM40.00

(b)  Waris = RM15.00

(c)   Tabung Adat = RM5.00

(d)  Masjid = RM15.00

(e)  Semenda = RM15.00

14.  Bayaran Upah Nikah sebanyak RM210.00 hendaklah dibayar bersama (lelaki dan perempuan) sekiranya kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan anak kariah Nyalas.

 

C.   Masuk Waris Kodim

 

1.    Buapak perlu memaklumkan dan mendapat persetujuan waris terlebih dahulu samada bersetuju atau tidak. Jika bersetuju barulah dibuat majlisnya.

2.    Buapak dan Waris-waris hendaklah menjemput hadir Dato’ Naning , Dato’ Penghulu , Pegawai Syarak , Dato’ Lembaga Adat Mukim dan Waris-waris suku berkenaan.

3.    Majlis dibuat di ’rumah tua’ suku berkenaan

4.    Menyembelih kambing untuk dibuat kenduri dalam majlis tersebut.

5.    Pulut Kuning dan panggang ayam.

6.    Tepak sireh (epok)

7.    Duit Waris RM15.00

 

  1. Masuk Waris Tompang

 1.    Buapak perlu memaklumkan dan membuat persetujuan waris terlebih dahulu samada bersetuju dan tidak bersetuju. Juka bersetuju barulah dibuat majlisnya.

2.    Buapak dan Waris-Waris hendaklah menjemput hadur Dato’ Penghulu, Pegawai Syarak, Dato’ lembaga Adat Mukim dan Waris-Waris suku berkenaan.

3.    Majlis dibuat di ’Rumah Tua’ suku berkenaan atau dirumah Tuan Rumah iaitu dihari Pertunangan.

4.    Pulut Kuning dan panggang ayam

5.    Tepak Sireh (epok)

6.    Duit Waris RM15.00

 

  1. Majlis Khatam Quran

 1.    Tuan Rumah memberi tahu Buapak tarikh, masa dan tempat untuk diadakan majlis Khatam Quran

2.    Guru Mengaji memberitshu Buapak Guru Mengaji

3.    Buapak Tuan Rumah, Buapak Guru Mengaji dan Guru Mengaji hadir sama dalam majlis Khatam Quran

4.    Buapak Tuan Rumah menyerahkan Nasi Pulut Kuning Panggang Ayam satu panco 30 biji telur dan mata wang RM 50.00 setiap orang murid kepada Buapak Guru Mengaji

5.    Buapak Guru Mengaji setelah menerimanya menyerahkan pula ke[ada Guru Mengaji dan Pegawai Syarak untuk menjalankan majlis

6.    Nasi Panco dipotong dan dibahagi-bahagikan kepada yang menyaksikan bacaan Quran oleh murid

 

  1. Kematian

 1.    Keluarga Simati memaklumkan kepada Buapak Simati dan Buapak Tuan Rumah serta waris terdekat

2.    Buapak Tuan Rumah mengatur dan mengarahkan waris yang terdekat untuk persiapan tempat mandi , urusan kain kafan , papan , tikar dan sembahyang Jenazah serta menyambut tetamu yang datang menziarahi.

3.    Buapak Simati menguruskan hal-hal gali kubur, kereta jenazah dan ucapan atau kata-kata terima kasih , kemaafan dan penghalalan serta penghutangan.

4.    Bayaran Saguhati :

(a)  Penggali Kubur  = RM150.00

(b)  Mandi Jenazah = RM100.00

(c)   Sembahyang Jenazah = Budibicara Tuan Rumah

(d)  Bacaan Talkin = Budibicara Tuan Rumah

 

 

G.   Lain-lain

 

1.    Semua Ketua-Ketua Adat hendaklah memakai Baju Melayu (warna hitam jika boleh) dan bersongkok (lilit kuning jika ada) dalam majlis perkahwinan yang diadakan di rumah\tempat Ketua-Ketua Adat

2.    Semua Ketua-Ketua Adat hendaklah hadir dalam semua majlis-majlis adat seperti Majlis  Masuk Waris, Majlis Pertunangan, Majlis Nikah, Majlis Perkahwinan, Majlis Khatam Quran, Kematian dan lain-lain

3.    Ketua-Ketua Adat digalakkan hadir jam 11.00 pagi di majlis-majlis perkahwinan yang diadakan

4.    Buapak yang tidak dapat menjalankan tugas untuk sesuatu majlis hendaklah menurunkan kuasa\tugas kepada Ketua Perut, Ketua Waris

5.    Buapak boleh meminta pertolongan\bantuan Dato’ sidang atau Dato’ Penghulu bagi menguruskan majlis sekiranya Buapak tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan atau sakit

6.    Buapak\Sidang atau wakil yang membawa anak buah (lelaki) menikah atau meminang di luar kawasan bayaran saguhati adalah mengikut budibicara Tuan Rumah

7.    Mesyuarat Lembaga Adat Pepatih Mukim Nyalas akan diadakan sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali

8.    Pengurusi Lembaga Adat akan memberitahu Setiausaha umtuk mengedarkan surat jemputan masyuarat. Setiausaha akan mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua Ahli Lembaga

9.    Setiap sumbangan untuk tabung Lembaga sebanyak RM5.00 bagi setiap majlis adat diserahkan kepada Bendahari dan dibentangkan dalam setiap kali Mesyuarat Lembaga Adat

10.  Epok jemputan dibawa oleh Semenda masa Hari Manggil iaitu Pegawai-Pegawai Syarak dalam kariah dan Ketua-Ketua Adat dalam Mukim Nyalas.

 

 

6.    PENERANGAN RINGKAS BERKAITAN ADAT PERPATIH

 

a.    Pengenalan

 

Adat Perpatih secara ringkasnya adalah suatu peraturan hidup bermasyarakat yang berteraskan kepada kelompok-kelompok kekeluargaan. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan meliputi aspek politik, ekonomi, undang-undang dan organisasi sosial. Terdapat tiga kumpulan utama dalam masyarakat Melayu di Kuala Pilah yang mengamalkan Adat Perpatih ini iaitu perut, suku dan luak. Perut ialah sosio-politik terkecil dalam sesuatu suku. Setiap anggota perut berasal dari keturunan perempuan (moyang) yang sama. Anggota perut terdiri dari keluarga sedarah nisab ibu dan beberapa anggota lain yang telah berkadim. Berkadim pada umumnya bermaksud memperolehi saudara bagi sesuatu perut (Mohd Rosli, 2011).

Berkadim adalah satu proses memperolehi saudara yang disaksikan oleh lembaga, buapak, ibu soko dan anak angkatnya, yang disertai oleh adanya harta pusaka iaitu tanah dan rumah. Sekiranya tiada perkara tersebut, berkadim tidak sempurna. Berkadim juga melibatkan tanggungjawab anak angkat yang berkadim dan hati yang ikhlas dan kejujuran di pihak yang memberi dan menerima. Hubungan di antara individu-individu di dalam perut biasanya sangat rapat berdasarkan kepada perasaan persaudaraan dan ‘kekitaan’. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelarkan sebagai Buapak. Tanggungjawab Buapak adalah sangat luas, antaranya ialah menjaga maruah anggota-anggota perutnya, menguruskan adat keramaian seperti perkahwinan, berkadim dan perwarisan harta.

 Buapak

 Buapak adalah gelaran kepada seseorang yang mengetuai sesuatu Perut dalam masyarakat Adat Perpatih. Perut adalah kumpulan yang berasal daripada nenek atau moyang perempuan yang sama. Ahli-ahli dalam sesuatu perut itu amat rapat dan mereka memilih seorang ketua yang dipanggil Buapak. Antara tugas Buapak ialah menjaga maruah anak-anak buahnya, menguruskan istiadat keramaian (seperti perkahwinan) dan juga menyelenggara soal-soal pembahagian harta pusaka.

  

    1. Ibu Soko

 Ibu Soko ialah gelaran dan jawatan adat Perpatih bagi wanita atau perempuan yang berilmu dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai perkara khususnya berhubung peradaban serta kehidupan perjalanan adat khususnya tentang salasilah kelompok kekeluargaannya.Ibu Soko bertanggungjawab dalam melaksanakan ketentuan agama dan adat, meneruskan jurai keturunan kelompok keluarganya, memastikan keturunannya menjadi ahli masyarakat berguna

 Silaturrahim Sesama Manusia

 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah AlHujurat Ayat 13.

 

    1. Kiasan atau Bidalan

 Negeri Berpagar Undang ,

Kampung Berpagar Pusaka ,

Adat Bersendi Hukum

Hukum Bersendi Kitabullah ,

Syarak Mengata , Adat Memakai

Kuat Adat Tak Gaduh Hukum ,

Kuat Hukum Tak Gaduh Adat

 

Bukan kacang sebarang kacang,

kacang berjunjung si pohon buluh,

bukan datang sebarang datang

datang menyusun jari nan sepuluh.

 

Bukan lebah sebarang lebah,

lebah bersarang di hujung tingkap,

bukan sembah sebarang sembah,

sembah saya nak bercakap.

 

Bukan lebah sebarang lebah,

lebah bersarang di dahan nangka,

bukan sembah sebarang sembah,

sembah adat dengan pesaka.

Mangkuk ada cawan pun ada,

dipusing sama lioknya,

datuk ada tuan-tuan pun ada,

saya pandang sama eloknya

 

Berat sama dipikul,

ringan sama dijinjing,

hati kuman sama dicecah,

hati gajah sama dilapah,

ke bukit sama didaki,

ke lurah sama dituruni,

ke laut sama direnangi

 

Jika cerdik teman berunding,

jika bodoh disuruh arah,

yang buta penghembus lesung,

yang patah menunggu jemuran,

yang pekak pencucuh meriam,

yang berani buat kepala lawan,

yang kaya hendakkan emasnya,

yang miskin hendakkan kerjanya,

yang alim hendakkan doanya,

yang jahil hendakkan aminnya

 

  1. LATAR BELAKANG SEJARAH TANAH MELAYU DAN SUMATERA SEKITAR TAHUN 1700

 

1.    Kedatangan Orang Minangkabau

 

D’Eredia (1613) yang dipetik oleh Winstedt (JMBRAS, vol.xii.pt.3) telah mencatat bahawa kedatangan orang Minangkabau telah berlaku setelah penaklukan Melaka oleh Portugis 1511. Ia mengatakan bahawa sebahagianbesar kawasan pedalaman berada dalam keadaan “uninhabited anddeserted occupied by Manancabos (Minangkabau)...”24 Bahkan Ooi Jin Bee mengatakan bahawa kedatangan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan telah berlaku secara besar-besaran dalam abad ke-14 (Oo Jin-bee, 1970: 123). Ini bermakna bahawa mereka telah pun berhijrah ketempat-tempat tersebut lebih awal daripada tahun 1511.

Satu lagi sumber yang mengatakan bahawa bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu telah diduduki oleh orang Minangkabau selewat-lewatnya pada abad ke-12. Ketua kumpulan Minangkabau itu bernama Tu Pattair, dan mereka mula-mula tiba di Melaka, dan sampai ke suatu tempat yang bernama Tabu (Tabuh Naning). Tu Pattair dan pengikut-pengikutnya dikatakan telah membuka perkampungan dan berkahwindengan wanita-wanita tempatan serta tinggal menetap di situ sehinggaakhirnya terbentuk “perkampungan” Minangkabau pertama di Tanah Melayu. Kemudian mereka telah membuka kawasan sehingga ke Sungai Ujong, termasuk, Rembau, Johol, dan beberapa kawasan lainnya (Newbold,T.J., 1971: 77).

 

2.    Kedatangan Orang Minangkabau Ketika Kesultanan Melayu Melaka

 

Sebelum daerah atau kawasan itu bernama Negeri Sembilan, pada mulanya pemerintahannya diatur oleh pemerintahan Sultan di Melaka. Kedua negeri ini sudah punya hubungan penting, setidaknya semenjak awal kurun ke-15 iaitu setelah kesultanan Melaka diwujudkan. Kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Melaka seperti Sungai Ujong, Klang, Rembau, dan Naning bergantung kepada Melaka disebabkan kuasa dan kepentingannya sebagai pusat perdagangan yang terbesar ketika itu. Melaka juga merupakan tempat persinggahan orang-orang Minangkabau yang datang ke Tanah Melayu untuk menetap di Negeri Sembilan. sehingga tersebutlah dalam perbilangan adat Negeri Sembilan ungkapan berpangkalan di Melaka. Kemudian ketika pemerintahan Melaka dikalahkan oleh Portugis (1511) dan berdiri pemerintahan Sultan di Johor, maka kawasan Negeri Sembilan tersebut diperintah oleh Sultan Johor. Dalam sumber Belanda, Dagh Register, sebelum terbentuk kerajaan Negeri Sembilan, beberapa buah negeri atau daerah memberikan taat setia kepada kerajaan Johor, sehingga disebut dalam perbilangan beraja ke Johor.

 

3.    Penghijrahan Abad Ke-17

 

Menjelang pertengahan kedua abad ke-17, penghijrahan semakin meningkat di kalangan orang Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu, bersamaan dengan naiknya semangat baru di kalangan raja-raja Pagaruyung disebabkan kemenangan VOC menentang Aceh. Dengan bebasnya negeri-negeri di kedua-dua belah pantai barat dan timur Sumatera dari kekuasaan Aceh, pengaruh Pagarruyung terhadap rakyat telah dapat dikembalikan semula. Keadaan ekonomi dan politik Rembau semakin kuat. Sementara Johor semakin lemah karena perang yang berlarut-larut dengan Jambi, yang menyebabkan Sultan Johor tidak mampu lagi mengawal dan mengendalikan keadaan yang sepatutnya di kawasan Negeri Sembilan dan melonggarkan hubungan Johor dengan jajahan takluknya. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh orang Minangkabau di rantau Rembau Sungai Ujong, Kelang dan Naning untuk melepaskan diri dari

pemerintahan Johor.

 

4.    Pergolakkan Kerajaan Melayu Selepas Sultan Mahmud (Mangkat Dijulang) 1699

 

Pembunuhan Sultan Mahmud (Mangkat Dijulang) pada tahun 1699, yang selanjutnya diikuti dengan pengisytiharan Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai sultan pada 3 September 1699 dengan gelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah, tidak juga memberi kesan buruk kepada hubungan di antara kerajaan Johor dengan orang Minangkabau. 52 Bahkan ketua-ketua Naning,

Sungai Ujung dan Rembau, dikaruniai cap mohor oleh Sultan Johor Bendahara Tun Abdul Jalil. Bila orang Bugis mencabar kewibawaan kerajaan Johor pada tahun 1715, orang Minangkabau di Rembau pun menyokong Johor (Andaya, L Y., 1975: 232-233). Tetapi tiga tahun kemudian suasana politik Johor berubah sekali lagi, dengan kedatangan Raja Kecil merampas kerajaan Johor. Dalam keadaan huru hara, kawalan Johor ke atas jajahan takluknya sekali lagi menjadi longgar. Untuk itu pada tahun 1721, beberapa “Orang Besar” telah berlepas ke Minangkabau sekali lagi untuk menjemput Putra Raja yang akan dirajakan di Negeri Sembilan. Permintaan mereka diperkenankan oleh Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung pada ketika itu, mungkin Yang Dipertuan Patah Sultan Abdul Jalil (1719-80), dengan mengutus seorang Putra Raja untuk melindungi rantau Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu, yang bernama “Raja Kasah atau mungkin juga Raja Melawar”

 

5.    Kehadiran Raja Melewar Pada 1727

 

Sumber Belanda telah membuktikan bahawa Raja Melawar telah ada di Semenanjung Tanah Melayu pad tahun 1727, besar kemungkinan lebih awal dari pada itu, kerana Raja Khatib dihantar pada tahun itu untuk menggulungkan Raja Melawar yang memang sudah

ditetapkan menjadi Raja Rembau (Khoo Kay Kim, dalam Norazit Selat, ed.,1990: 5). Dengan terbuktinya kehadiran Raja Melawar di awal tahun 1720-an sebagai raja, bermakna struktur dan organisasi sosial politik Rembau dan Negeri sembilan menjadi lengkap. Lengkap dari segi tuntutan keperluan sistem politik bagi sebuah rantau Minangkabau (luak berpenghulu, rantau beraja) dan juga daripada keperluan sosial Adat Perpatih (Ibrahim, Hj, N,1993). Dua orang lagi putera raja yang dijempu dari Minangkabau setelah Raja Melawar adalah Raja Hitam dan Raja Lenggang. Sejak tahun 1824 tidak ada lagi kebiasaan untuk menjemput putra raja dari Pagaruyung, kerana sejak itu, masa putra raja tempatanlah yang dirajakan. Sehingga tersebutlah dalam perbilangan adat Negeri Sembilan: Bertuan ke Minangkabau.

 

 

  1. SEJARAH PEMBUKAAN NYALAS

 

Mengikut cerita orang lama-lama atau orang tua , NYALAS didirikan oleh Tok Gubah @ Sutan Abu Kasim dari Pagar Ruyung dengan bantuan sahabatnya Pawang Landas @ Sapian sekitar 1700-1750. Hari ini, NYALAS merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Jasin, Melaka. Nyalas mendapat nama dari daun Palas yang banyak terdapat di kawasan ini suatu masa dahulu. Tok Gubah bersama dengan kaum kerabat dan sahabat-sahabatnya berhijrah dari Minangkabau , Sumatera ke Melaka melalui selat Melaka dan mudik di Perairan Melaka. Dipercayai Tok Gubah adalah putera Raja Minangkabau membawa diri ke Tanah Melayu. Setelah sampai ke Tanah Melayu , Tok Gubah bersama rombongannya telah berjalan hingga ke suatu tempat yang bersamaan dengan keadaan kampung halaman mereka iaitu mempunyai bukit bukau , sungai dan keadaan muka bumi yang landai sesuai untuk penginapan dan bercucuk tanam sebagai sumber ekonomi mereka. 

 

Ketika mereka membersihkan kawasan hutan untuk dibuat rumah , ada sejenis tumbuhan yang mistik , apabila mereka memotong sebelah pagi , namun keesokkan harinya tumbuhan itu kembali hidup dan memanjang. Setelah itu Tok Gubah telah memanggil Pawang / Tok Landas untuk meminta bantuan memotong tumbuhan misteri itu. Tumbuhan itulah yang dipercayai sebagai pokok palas yang sehingga hari ini dipercayai nama Nyalas diambil daripada bunyi pokok palas tersebut.


Nyalas pada mulanya terdiri daripada beberapa kampung saperti Kampung Gubah, Kampung Masjid Baru , Kampung Pondok Batang, Kampung Gapis, Kampung Mantai dan Kampung Melangkan. Kini terdapat beberapa kawasan perumahan baru saperti Nyalas Baru, Taman Seri Nyalas dan Taman Nyalas Permai.Kawasan Nyalas ini terbahagi kepada 5 solok iaitu: Gapis, Mantai, Ayer Repat, Palembang dan Kampung Baru.

 

Mukim Nyalas juga mengamalkan adat Perpatih yang dibawa terus daripada Tanah Minang dan bukannya daripada Negeri Sembilan. Orang Nyalas juga bertutur dengan bahasa Melayu loghat Minang dan bukannya berasal daripada Negeri Sembilan sebaliknya keturunan Tok Gubah memang diakui ada di Tanah Minangkabau.


 

  1. SEJARAH RINGKAS NANING


  1. Pendahuluan

Naning ialah sebuah bekas wilayah merdeka yang kini menjadi sebahagian dari MelakaMalaysia. Ia diteruskan sebagai sebuah wilayah adat perpatih sehingga kini. Namanya kini kekal digunakan sebagai wilayah Naning yang mempengaruhi pengamalan Adat Perpatih di 25 buah mukim dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka.

 

  1. Naning dibuka Oleh Masyarakat Minangkabau

Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad ke-14. Ia diteroka oleh sekurang-kurangnya lima kumpulan keluarga (suku) iaitu suku Nan Bergajah Tunggal[3] yang diiktiraf sebagai kerabat Naning, Semelenggang, Tiga Batu, Mungkal dan Anak Melaka. Naning menjadi salah satu daripada sembilan negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan.

 

  1. Naning Mengamalkan Adat Perpatih

Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli. Sistem pentadbiran di Naning sama sebagaimana pengamalan Adat Perpatih yang mempunyai elemen demokrasi, iaitu pembesar tertakluk kepada kuasa daripada orang bawahannya, di bawah konsep Adat Nan Berjenjang Naik. Ia dipimpin oleh seorang penghulu dari suku Nan Bergajah Tunggal. Sistem politik Naning mempunyai corak pengurusannya sendiri dengan penubuhan Lembaga Adat Naning (LAN) yang bertindak membantu pentadbiran Penghulu.

 

  1. Naning Ketika Penjajahan Belanda

 

Selepas pendudukan Belanda ke atas Melaka pada 1641, Belanda telah mewujudkan negeri atau daerah pertama bagi Negeri Sembilan, iaitu di Naning pada 1643. Dari perspektif lain, Naning terus dibenarkan untuk menjalankan pemerintahan sendiri yang diketuai oleh Penghulu Naning. Belanda mengiktiraf Dato' Sri Lela Merah (kini Orang Kaya Seri Raja Merah) sebagai pemerintah. Pada 1705, Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil telah menganugerahkan kebesaran kepada Pemerintah Naning sebagai lambang pemerintahan sendiri, asing daripada Kesultanan Johor.

 

  1. Perang Naning-Inggeris 1831

Perang Naning-Inggeris 1831 merupakan diantara peperangan yang terkenal dalam sejarah Malaysia kerana perang ini merupakan sebuah titik permulaan kebangkitan semangat nasionalis dalam diri anak-anak Melayu menentang penjajahan Barat. Kehebatan Naning dalam menggempur kehadiran penjajah menjadikan namanya sehingga hari ini masih diingati dan sentiasa menjadi buah mulut anak bangsa. Secara faktanya, Naning merupakan negeri Melayu pertama yang membuat kebangkitan untuk memerangi kuasa Inggeris di Melaka setelah bertapak semenjak 1795 dan mendapat kemenangan atas peperangan yang dilancarkan. Namun demikian, Naning bukanlah kali pertama berperang dalam menentang kuasa penjajahan asing tetapi sudah menjadi kebiasaan orang Naning untuk mempertahankan negeri Melayu daripada dijajah. Berdasarkan tradisi lisan, banyak kisah-kisah perang yang dilalui orang Naning sepanjang perjalanan sejarahnya dan kebanyakan kisah ini tidak diketahui dan dikaji oleh sarjana terdahulu. Secara umumnya, pembukaan Naning pada pertengahan abad ke-14 menjalinkan pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan sejarahnya. Politik Naning juga tidak lekang dengan episod berdarah iaitu kisah-kisah perperangan yang pernah terjadi semasa pemerintahan penghulu-penghulu Naning. Hal ini demikian kerana, orang Naning atau orang ulu terkenal dengan sikapnya yang berani sehinggakan nama Naning menjadi kegerunan dalam kalangan negeri jiran dan penjajah asing. Menurut cerita yang diperturunkan dalam masyarakat Naning, di awal pembukaan Naning iaitu zaman pemerintahan Datuk Perpatih Nan Sebatang sendiri telah berlakunya peperangan diantara Naning dengan musuh negeri. Dikhabarkan Naning pernah berperang dengan angkatan tentera daripada negeri Siam, Bugis, Portugis, Belanda dan Inggeris. Sehubungan itu, Naning merupakan antara negeri Melayu yang kerap berperang dengan kuasa-kuasa asing terutamanya kuasa penjajahan Barat.


6.    Naning Tewas 1832

Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar (dikenali juga sebagai Dol Said) telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan. Setelah itu, Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833. Perang Naning-Inggeris merupakan sebuah peristiwa peperangan yang paling terkenal di dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah perintis kepada gerakan awal kebangkitan semangat nasionalis menentang penjajahan Inggeris. Kebangkitan ini dilihat menjadi tular sehinggakan berlakunya pemberontakan yang bertali arus di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak, Pahang dan di bahagian kawasan Pantai Timur. Namun begitu, peperangan ini dilihat menjadi medan pertembungan intelektual dan pemikiran kumpulan sarjana Barat dengan kebudayaan orang tempatan. Pihak Inggeris menjadikan bidang keilmuan sebagai wadah bagi mempertahankan tindakan mereka untuk menguasai Naning dan memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan kaedah yang digunakan. Justeru, munculnya penulisan yang tidak bersifat berkecuali kerana rujukan yang digunakan kebanyakan sarjana terdahulu adalah daripada kertas laporan pihak Inggeris. Sehubungan itu, penulisan ini akan membahaskan mengenai perjalanan Perang Naning-Inggeris dari sudut penceritaan daripada kebudayaan orang tempatan terutamanya mengenai kejadian atau peristiwa yang tidak dicatatkan pihak Inggeris.

 

7.    Naning Pasca Perang Inggeris

Selepas tewas dalam Perang Naning, pentadbiran Naning terus ditadbir di bawah Jajahan Mahkota Melaka. Penghulu Naning dijadikan taraf penghulu mukim. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, pentadbiran Naning kekal ditempatkan dalam Melaka, dengan Penghulu Naning dan Lembaga Adat mempunyai kedudukan khas dalam Perlembagaan Negeri.

 1.    Senarai KeBawah Kaus Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning

Bil.

Undang

Pemerintahan

1.

Dato Perpatih Nan Sebatang/Sutan Balun

1345-1395

2.

Bendahara Kuning Gajah Godang Patah Gading

1395-1419

3.

Dato Batin Maha Galang

1419-1443

4.

Dato Tua Raja Alam

1443-1467

5.

Dato Raja Alam Merah

1467-1491

6.

Dato Sayyed Serban Kuning

1491-1515

7.

Dato Lebai Seklan

1515-1539

8.

Dato Undang Naning 8

1539-1563

9.

Dato Undang Naning 9

1563-1587

10.

Dato Undang Naning 10

1587-1615

11.

Dato Undang Naning 11

1615-1640

12.

Dato’ Megat Alam Melintang (Dato Naning -12) Dato Seraja Merah

*Penghulu Naning Pertama mengikut Versi Belanda

1641-1671

13.

Dato’ Megat Junjungan Limau / Dato Seraja Merah II

1671-1701

14.

Dato Juara Megat Juana Lenggang

1701-0705

15.

Dato’ Kokah Bernama Zohri

1705 -1765

16.

Dato’ Gahang Berbulu

1765-1775

17.

Dato’ Selamat Idris

1775-1780

18.

Dato’ Timbo

1780-1786

19.

Dato’ Anjak

1786-1799

20.

Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said

1799-1849

21.

Dato’ Idas

1849-1870

22

Dato’ Mohd Salleh @ Aghap bin Rahim

1870-1900

23

Dato’ Ranting

1900-1901

24

Dato’ Hassan

1901-1916

25

Dato’ Omar Bin Hassan

1918-1923

26

Dato’ Arshad

1923-1931

27

Dato’ Osman bin Kering

1932-1940

28

Dato’ Cek Lah bin Mohd Sab

1942-1949

29

Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj

1951-2004

30

Dato’ Abdul Latif bin Hj. Hashim

2004 -2012

31

Dato’ Mohd Salleh Bin Md. Som

2012 – 2013

32

Dato’ Dr. Nordin Bin Abd Jalil

2013 – 2020

33

Dato’ Mohd Nazrol Bin Mahamad Sapar

2020 – Kini

 


BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...