Saturday, 2 September 2023

SEJARAH PEMBUKAAN KAMPUNG ABBEY

 



Kampung Abbey merupakan salah satu kampung kecil yang berada di dalam Mukim Nyalas. Pola penempatan kampung Abbey adalah pola penempatan berjajar iaitu sepanjang 1km selepas kampung Masjid Baru sekiranya dari Pekan Nyalas manakala selepas kampung Pondok Batang sekiranya dari Pekan Sempang Bekoh.

Kampung Abbey juga berjajar dengan Sungai Nyalas. Kampung Abbey dipercayai penempatan baru selepas Merdeka dan juga disusun semula selepas peristiwa Darurat dan menjadikkan kampung Abbey sebagai kawasan pertanian pokok getah dan sawah padi. Cuma selepas 1985 sahaja kampung Abbey tidak lagi menjadi kawasan sawah padi apabila Dasar Kerajaan ketika untuk mengubah Dasar Pertanian kepada Dasar Perindustrian menyebabkan kerajaan tidak menarik taraf sistem saliran sawah di kampung tersebut.


Mengikut sistem pentadbiran ketika itu sekitar tahun 1950an , pembukaan tanah untuk penempatan ini telah dibahagian kepada Blok A dan Blok B dan terdapat sebuah rumah lama bersebelahan Surau Al Abidin Kampung Abbey yang dipercayai menjadi rumah berehat Pegawai Daerah ketika melawat kawasan dan mengadakan hubungan baik dengan penduduk setempat. Ini kerana sebelum merdeka Pegawai Daerah adalah merupakan orang Inggeris yang ditugaskan oleh kerajaan British ketika itu. Allahyarham Encik Baba Ali merupakan tuan tanah kepada rumah tersebut. Lama kelamaan mengikut sebutan penduduk tempatan blok AB telah menjadi kebiasaan dan menjadi Kampung Abbey. 


Untuk makluman tambahan bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Rahim Tamby Chik pernah datang ke Surau Kampung Abbey untuk merasmikan surau dan pernah mencadangkan nama kampung ini Kampung Baba Ali pada tahun 1980an namun tidak memdapat sambutan dan sehingga ke hari ini kekal dengan nama Abbey. Sebagai maklumat tambahan Abbey juga merupakan nama salah seorang Pegawai Daerah Jasin yang bertugas sebelum merdeka. Dipercayai beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham Baba Ali dan sentiasa membantu pentadbiran dalam menjaga hal ehwal kawasan penempatan.




Ian Abbey adalah merupakan Pegawai Daerah Jasin dari tahun 1952 hingga 1954. Sehingga kini tidak ada satu pun maklumat bertulis yang mengesahkan mana mana sumber nama kampung Abbey ini diambil , namun kami menyakini Kampung Abbey adalah merupakan penempatan baru yang disusun oleh pihak pentadbir ketika itu untuk mengekang pengaruh komunis dan membantu menaiktaraf ekonomi penduduk dengan kegiatan ekonomi dan kestabilan sosial.



Kampung Abbey dari pandangan Udara



Gelanggang silat dan aktiviti kampung Abbey

No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...