Monday, 10 August 2020

HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN -PENTADBIRAN JAPERUN ASAHAN-

 

 

 

GMGM 3013

TAJUK TUGASAN BERKUMPULAN

HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

-PENTADBIRAN JAPERUN ASAHAN-

DISEDIAKAN OLEH

KUMPULAN ASAM PEDAS

1.  ZULKIFLI BIN MD RAIS - 249483

2.  MOHD RAFIQ BIN HUSAIN - 257995

3.  SUHAIZAN BIN HAJI NOH - 257744

4.  RAFFI BIN TUMINOH - 257679

5.  DENESH A/L MOORTHY – 251371

 

SESSI

(JA192)

 

TARIKH SERAHAN

 

 

PUSAT / KAMPUS : (AA) MELAKA

 

 

MARKAH

 

HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

PILIH ISU BERKAITAN SALAH SATU TOPIK ATAU SUB TOPIK YANG DIBINCANGKAN DALAM MODUL. BINCANGKAN ISU TERSEBUT DARI SUDUT HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN

 

1.0 LATARBELAKANG

JAPERUN adalah merupakan satu organisasi yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Melaka untuk membantu mentadbir , memantau dan membangunkan sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri dari pelbagai aspek samada dari segi fizikal ataupun kerohanian.

Di tubuhkan bagi membantu kerajaan Negeri dalam merancang dan memperbaiki pembangunan di tempat tertentu dalam kawasan DUN. JAPERUN adalah singkatan kepada Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri. Melaka satu-satunya Negeri yang mempunyai JAPERUN tersendiri;  

Terdapat sejumlah 28 JAPERUN di negeri ini yang dipengerusikan oleh YB ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan tersebut / Penyelaras DUN yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Negeri Melaka mempunyai 28 buah Dewan Undangan Negeri dan ini bermakna Negeri Melaka mempunyai 28 Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri.

Japerun akan dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri yang memenangi Dun tersebut ketika pilihanraya juga mewakili parti politik yang memerintah kerajaan negeri sedia ada manakala ADUN yang menang di DUN tersebut tetapi mewakili parti pembangkang di negeri Melaka tidak menjadi pengerusi Japerun sebaliknya akan dilantik pemimpin politik dikalangan parti yang mentadbir kerajaan negeri Melaka.

Senarai Japerun negeri Melaka adalah seperti berikut :-

BIL

JAPERUN

PENGERUSI

CATATAN

 

1

Kuala Linggi

YB Datuk Wira Ar Haji Ismail bin Haji Othman

Parti : UMNO/BN (PN)

2

Tanjung Bidara

YB Datuk Hj Md Rawi bin Mahmud

Parti : UMNO/BN (PN)

3

Ayer Limau

YB Datuk Haji Amiruddin bin Yusof

Parti : UMNO/BN (PN)

4

Lendu

YB Datuk Haji Sulaiman bin Ali

Parti : UMNO/BN (PN)

5

Taboh Naning

YB Datuk Hajah Latipah binti Omar

 

Parti : UMNO/BN (PN)

6

Rembia

YB Datuk Mohd Jailani bin Khamis

Parti : Bebas (Menyokong PN)

7

Gadek

Encik Mustafa bin Musa

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

8

Machap Jaya

YBhg Datuk Haji Rospandi bin Leman

Dimenangi Calon PKR/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

9

Durian Tunggal

YBhg Senator Datuk Ismail bin Ibrahim

Dimenangi Calon Amanah/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

10

Asahan

YB Datuk Seri Hj Abd Ghafaar bin Haji Atan

Parti : UMNO/BN(PN)

11

Sungai Udang

YB Datuk Seri Utama Ir Ts Haji Idris bin Haji Haron

Parti : UMNO/BN(PN)

12

Pantai Kundor

YB Datuk Nor Azman bin Hasan

Parti : UMNO/BN(PN)

13

Paya Rumput

YB Datuk Mohd Rafiq bin Naizamohideen

Parti : Bersatu (PN)

14

Klebang

YBhg Datuk Seri Mohd Ali

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

15

Pengkalan Batu

YB Datuk Norhizam bin Hassan Baktee

Parti : Bebas (PN)

16

Ayer Keroh

Tuan Haji Mohd Arif bin Haji Yusa

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

17

Bukit Katil

Encik Mohd Ridhwan bin Tun Mohd Ali

Dimenangi Calon Amanah/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

18

Ayer Molek

YB Rahmad bin Mariman

Parti : UMNO/BN(PN)

19

Kesidang

Tuan Haji Sharif bin

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

20

Kota Laksamana

Ybhg Datuk Haji Abidullah bin Salleh

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

21

Duyong

YBhg Datuk Haji Ashakari bin Md Noor

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

22

Bandar Hilir

Ybhg Datuk Haji Abu Bakar bin Shawkat Ali

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

23

Telok Emas

YB Datuk Noor Effandi bin Ahmad

Parti : Bersatu /PN

24

Bemban

Tuan Haji Abd Rahman

Dimenangi Calon DAP/PH dan dilantik pemimpin dari Parti : UMNO/BN (PN)

 

25

Rim

YB Datuk Wira Haji Ghazale bin Muhammad

Parti : UMNO / BN (PN)

26

Serkam

YB Datuk Zaidi bin Attan

Parti : UMNO/BN(PN)

27

Merlimau

YB Datuk Roslan bin Datuk HJ Ahmad

Parti :UMNO/BN(PN)

28

Sungai Rambai

YB Datuk Hasan bin Abd Rahman

Parti :UMNO/BN(PN)

 

Jadual di atas menunjukkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka dengan menyatakan seramai 17 orang  ADUN telah menyokong Pakatan Nasional dan seramai 11 orang ADUN telah menyokong Pakatan Harapan. Ini bermakna Pakatan Nasional telah berjaya membentuk kerajaan yang diketuai oleh YB Datuk Sulaiman bin Ali selaku Ketua Menteri Melaka sehingga kini.

 

2.0 TUGAS JAPERUN

Menjadi pusat bertemu antara Ketua-ketua Kampung dan rakyat bagi melaporkan masalah-masalah yang melanda kampung seperti berlaku bencana alam, contohnya banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya.

Sebuah pusat khidmat masyarakat dimana masyarakat yang menghadapi masalah contohnya, dari segi kewangan, mereka boleh datang berjumpa dengan pihak kakitangan di Kompleks JAPERUN kerana disitu terdapat pegawai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat yang boleh membantu memberi khidmat nasihat.

Pusat untuk masyarakat berkumpul dan datang secara beramai-ramai sekiranya diadakan karnival atau program-program kesedaran di Kompleks JAPERUN sekaligus dapat membentuk semangat bersatu padu.

Sebagai pusat bertemu antara ketua-ketua kampung ataupun JPKK dengan Wakil Rakyat (Adun) untuk melapurkan masalah masalah juga membuat aduan berkaitan kebajikan , pembangunan , keselamatan dan kemajuan kampung masing-masing.

Sebagai sebuah pusat khidmat Masyarakat untuk maysrakat menyuarakan pandangan , permasalahan dan hal ehwal berkaitan kehidupan dalam sesebuah masyarakat atau komuniti untuk berjumpa dengan Pengerusi , Setiausaha mahupun pegawai japerun.

Sebagai sebuah tempat berkumpul untuk mejana aktivti kemasyarakatan dengan menganjurkan atau menyertai program berteraskan Muhibbah dan toleransi untuk memperkukuhkan hubungan di antara kaum dan masyarakat setempat.

 


3.0 PERANAN JAPERUN

  1. Bertangggungjawab menyelaras dan mengumpul data profail DUN yang telah dikemaskini oleh JPKK
  2. Menyelaras program bagi bantuan pemberian bantuan dan sumbangan bulanan dan tahunan dari pihak  JAIM dan MAIM
  3. Bersama-sama membantu mangsa-mangsa yang mengalami bencana alam termasuk yang berada di pusat pemindahan.
  4. Memastikan pihak MPKK mengawal selia balai raya, tanah wakaf, surau dan bilik bacaan berada dalam keadaan bersih dan teratur.

 

4.0 STRUKTUR ORGANISASI

Japerun akan dipengerusikan oleh Pengerusi Penyelaras iaitu ADUN kawasan bagi kawasan yang dimenangi oleh parti pemerintah iaitu kini Parti dalam Pakatan Nasional dan kawasan yang parti kerajaan tewas akan dipengerusikan oleh individu yang dilantik oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai contoh di kawasan Machap Jaya , Gadek dan Durian Tunggal.

BIL

NAMA

JAWATAN

1

Pengerusi

Dipengerusikan oleh YB ADUN Kawasan / Penyelaras DUN @Timbalan Pengerusi oleh Penghulu Kawasan

2

Setiausaha

Setiausaha Japerun – Lantikkan Pengerusi

3

Ahli Mesyuarat

Terdiri daripada Pengerusi JPKK di setiap kawasan dan wakil dari Jabatan  Kerajaan yang berkaitan

4

Pembantu Kebajikan

Lantikan Pengerusi

 

Pengerusi Penyelaras Japerun akan dibantu oleh Setiausaha Japerun , Kerani Japerun , Pembantu Kebajikan dan Pekerja Am Rendah. Manakala Penghulu (N27/29/32) akan ditempatkan di setiap japerun untuk memudahkan pentadbiran berkaitan hal ehwal Pejabat Daerah masing-masing. Pihak berkuasa tempatan juga ada menempatkan Pegawai Dun secara berkala di japerun untuk memantau aduan dan sebarang perkara berkaitan Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya. Ahli ahli Majlis mewakili majlis daerah masing-masing juga berperanan membantu masyarakat di dalam kawasan tersebut.

Setiap japerun juga mempunya peruntukan pengurusan sendiri melalui Peruntukan Yang Berhormat ataupun Pejabat Daerah masing-masing untuk membiayai bil bil utiliti dan jamuan-jamuan mesyuarat.

Diperingkat pentadbiran negeri Melaka , pejabat penghulu di setiap Dun telah dijadikan pejabat japerun dan di sinilah mesyuarat Japerun akan diadakan sebulan sekali melibatkan Pengerusi JPKK dan Jabatan / Agensi kerajaan yang terlibat.

 

5.0 KEMUDAHAN DI DALAM JAPERUN

Antara kemudahan yang terdapat di Kompleks JAPERUN untuk memudahan orang ramai adalah seperti :

  1. Gelanggang Futsal
  2. Dewan serbaguna
  3. Gelanggang sepak takraw
  4. Taman permainan kanak-kanak

Dataran untuk orang ramai bagi melakukan aktiviti  luar seperti aktiviti senaman ringan, tekan tubi, jonging, aktiviti memanaskan tubuh dan aktiviti-aktiviti kecergasan yang lain

 

6.0 HUBUNGAN MANUSIA DALAM PENTADBIRAN DI JAPERUN ASAHAN

Japerun Asahan adalah merupakan salah satu Japerun yang ada di dalam negeri Melaka. Japerun Asahan terletak di dalam dun Asahan dan kawasan pentadbiran Pejabat Daerah Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin. Manakala bagi kawasan Parlimen adalah terletak di Parlimen Alor Gajah dan juga kawasan politik bahagian Alor Gajah.

Walaupun berlaku juga timbul kekeliruan dikalangan masyarakat dan pentadbir awam namun Dun Asahan terus bangkit untuk menjadi Dun yang maju dan berdaya saing.

Termaktub dalam Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020 di bawah kawalan Majlis Perbandaran Jasin , Dun Asahan tidak boleh mengadakan aktivti perkilangan dalam secara besar kerana dun Asahan dikelilingi Empangan Air dan pusat tadahan hujan.Dun Asahan mempunya Empangan Air Jus dan Empangan Air Asahan juga berdekatan dengan Empangan Air Machap dan Empangan Air Durian Tunggal. Ini juga memberi kesan kepada pembangunan fizikal dan Pengerusi Penyelaras perlu memikirkan aktiviti pembangunan yang lain untuk menjana ekonomi masyarakat setempat.

YB Datuk Seri Hj Abd Ghafaar bin Haji Atan adalah merupakan Adun kawasan dan menjadi Pengerusi Japerun Dun Asahan. Beliau Berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Adun untuk penggal kedua di Dun Asahan.

Walaupun Ketika itu negara dilanda Tsunami Politik yang amat hebat namun beliau berjaya mengekalkan kerusi UMNO / BN di dun Asahan adalah kerana rekod cemerlang beliau menjaga kebajikan rakyat dan maysrakat di dun Asahan. Ini jelas menunjukkan sepanjang beliau berkhidmat di dun Asahan di penggal yang lepas telah diterima rakyat dengan tiada sebarang isu atau persepsi yang berjaya menjatuhkan reputasi beliau sebagai Adun di Dun Asahan.

Nama beliau juga disebut sebagai Ketua Menteri Melaka apabila tampuk kerajaan berpindah daripada Pakatan Harapan kepada Pakatan Nasional namun atas beberapa faktor jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada YB Sulaiman bin Ali (Adun Lendu).

 

7.0 KEPIMPINAN DI DALAM JAPERUN ASAHAN

Japerun Asahan mempunya 14 buah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung melibatkan 20 cawangan parti UMNO. Ini adalah merupakan JPKK yang terbanyak di dalam dun untuk Daerah Jasin. JPKK tersebut ialah :-

  1. JPKK Relau
  2. JPKK Asahan
  3. JPKK Pondok Batang / Abbey
  4. JPKK Masjid Baru / Gubah
  5. JPKK Nyalas
  6. JPKK Gapis / Mantai
  7. JPKK Felda Tun Ghaffar Bukit Senggeh
  8. JPKK Bukit Senggeh
  9. JPKK Selandar
  10. JPKK Jus
  11. JPKK Batang Melaka
  12. JPKK Sempang Tebong
  13. JPKK Bukit Sedanan
  14. JPKK Desa Mesra Perdana

 

Pengerusi Japerun memainkan peranan besar dalam mentadbir untuk memastikan kesemua pengerusi JPKK yang dilantik bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat. Ini adalah kerana tugas pengerusi JPKK memastikan segala maklumat dari kerajaan sampai ke akar umbi dan sentiasa memberi perhatian sepenuhnya kepada kebajikan masyarakat setempat.

Pengerusi Japerun hendaklah mengimplementasikan gaya kepimpinan yang jitu sebagaimana yang dinyatakan oleh Kretch dan Crutchfield (1962) dalam menyenaraikan empat belas(14)  fungsi pemimpin dalam kelompok atau komuniti. Di mana Aminuddin Mohd. Yusof 110 (1990 : 48 – 51) telah memetik dan menghuraikan fungsi pemimpin tersebut. Di sini kami akan menghuraikan 8 daripada 14 fungsi tersebut.

 

  1. Sebagai Eksekutif

Semua orang yang dinamakan pemimpin mentadbir kelompok, komuniti, masyarakat atau organisasi yang dipimpinnya dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan usaha segigih mungkin untuk mencapai matlamat kelompok atau organisasi itu. Pengerusi Japerun adalah merupakan Eksekutif di dalam Dun Asahan yang sentiasa bekerja dan berkhidmat kepada masyarakat Ini adalah untuk mempastikan segala yang dirancang mestilah mencapai objektif yang diinginkan. Sebagai contoh mengadakan program Ziarah Kasih setiap hari Jumaat bermula jam 9.00 pagi dan berkakhir jam 12.00 tengahari. Ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri keadaan masyarakat setempat dengan menghantar bantuan dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan bersama sama Klinik Kesihatan berdekatan.

 

  1. Sebagai Perancang

Setiap pemimpin perlu merancang cara bagaimana hendak mecapai matlamat organisasinya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Piagam Organisasi dan Misi Organisasi. Ini bermakna pemimpin mesti merancangkan aktiviti untuk faedah organisasi, kerana tanpa aktiviti organisasi itu tidaklah bermakna.

Selaku Pengerusi Japerun yang menjadi perencana dan mengetuai segala rancangan dan tindakkan supaya matlamat yang diiginkan akan menjadi kenyataan. Ini adalah merupakan visi seorang wakil rakyat yang boleh direalisasikan menjadi kenyataan melalui Japerun sebagai contoh ingin menjadikan Dun Asahan berbudaya.Melalui japerun wakil rakyat akan merancang memperluaskan juga menyuntik dana atau sebagainya aktiviti masyarakat yang berasaskan budaya seperti kompang , silat dsb.

 

 

  1. Sebagai Pembuat Dasar

Pemimpin perlulah menentukan dan menetapkan garis panduan dasar organisasinya. Melalui mesyuarat Japerun tersebut yang diadakan pada setiap bulan adalah menjadi  mekanisme terbaik untuk menentukan halatuju bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Sebagaiman kebiasaannya parti politik yang menang akan menetukan garispanduan pentadbiran mengikut manifesto atau janji janji pilihanraya yang telah ditetapkan ketika berkempen.Gerak kerja perlulah seiring dengan matlamat supaya tidak membuang masa dan tidak membazir wang ringgit tenaga dengan melakukan perkara perkara yang tiada dalam manifesto atau janji pilihanraya yang lepas. Ini akan memberi keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran sesebuah kerajaan.

 

  1. Sebagai Pakar Pemimpin

Menjadi sumber maklumat dan lebih berkemahiran daripada anggota-anggota kelompoknya. Setiapkali mesyuarat berlangsung , Pengerusi Japerun akan memaklumkan kepada ahli mesyuarat berkaitan perkembangan terkini negeri Melaka dari segi sosial , politik mahupun ekonomi. Maklumat terkini itu datangnya daripada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka atau pun daripada Mesyuarat – mesyuarat rasmi kerajaan Melaka yang lain.

Segala maklumat yang disalurkan oleh Pengerusi Japerun akan membantu Pengerusi JPKK dalam mentadbir kampung masing-masing. Penyaluran maklumat tersebut bukan hanya terbatas melalui mesyuarat Japerun sahaja tetapi melalui kaedah terkini iaitu whatsapp , telegram dan facebook. Saluran ini menjadi wadah yang popular dikalangan masyarakat kini. Ini akan memudahkan kepada semua pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang-peluang meningkatkan ekonomi ataupun pencegahan penularan Covid 19.

 

  1. Sebagai Jurucakap Kelompok Pemimpin

Bertindak sebagai jurucakap kelompok dalam interaksi hubungannya dengan luar. Pengerusi Japerun boleh membawa suara masyarakat di dun Asahan diperingkat kerajaan negeri Melaka. Ini adalah kerana wakil rakyat Dun Asahan yang merupakan pengerusi japerun adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka. Segala permasalahan berkaitan Dasar kerajaan negeri Melaka boleh dibawa ke dalam mesyuarat tersebut untuk dibincangkan kaedah penyelesaian secara tuntas oleh kerajaan negeri Melaka.

 

       6. Sebagai Pengawal Hubungan Dalam

Selain dari menjadi jurucakap kelompoknya, pemimpin juga menjadi pengawal atau saluran hubungan di antara anggota-anggota kelompok. Pengerusi Japerun akan mengenalpasti berita berita yang tidak benar atau palsu supaya tidak mepengaruhi pemimpin setempat.

Kawalan ini adalah perlu untuk menjaga kestabilan dan perpaduan dikalangan organisasi dan komuniti. Tindakan drastik adalah perlu bagi membendung segala spekulasi dan ketidakpastian tentang sesuatu perkara supaya tidak menjadi persepsi negative kepada pengerusi japerun. Ini akan memberi impak negatif kepada sesebuah pentadbiran sekiranya kawalan dalaman yang longgar saluran hubungan yang sempit.

 

  1. Sebagai Pemberi Ganjaran dan Denda

Dalam organisasi berhirarki, pemimpin diberi kuasa memberi ganjaran dan mengenakan denda oleh pihak berkuasa ke atas ahli-ahli kelompok yang di bawah penyeliaannya. Dalam perkara ini YB Pengerusi Japerun diberikan kuasa untuk mencalonkan mana mana individu yang dipikirkan layak untuk menerima pingat atau bintang daripada kerajaan negeri Melaka ketika Hari Ulangtahun Tuan Yang Terutama Negeri Melaka.

Pencalonan hanya akan diberikan kepada meraka yang betul betul layak dan telah banyak menabur bakti untuk masyarakat di dalam dun Asahan. Disamping itu juga YB Pengerusi akan mencalonkan juga mana mana pemimpin yang berdaya maju dan mempunyai idea yang bernas untuk dilantik sebagai Ahli Majlis PBT dan juga Ahli Lembaga Pengarah dalam mana mana syarikat kerajaan negeri Melaka.

 

  1. Sebagai Teladan atau Role Model

Pemimpin menjadi teladan atau contoh kepada anggota-anggota kelompok dengan menunjukkan kepada mereka tingkahlaku dan sifat yang terbaik dan terpuji. YB Pengerusi Japerun juga semestinya menjadi contoh kepada masyarakat melalui karisma seorang pemimpin dan mempunyai akhlak yang terpuji. Budi Bahasa dalam percakapan dan perbualan pastinya akan dinilai oleh masyarakat untuk mengenali dan memahami hati budi seseorang. Sikap YB Pengerusi yang amat menghurmati orang tua adalah satu sikap yang memberi kesan kepada masyarakat setempat dan keprihatinan beliau tentang kebajikan masyarakat telah menjadi iktibar dan contoh kepada YB di lain lain kawasan.

 

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , Japerun merupakan nadi kepada pembangunan , keselamatan dan kemajuan di sesebuah Kawasan Dewan Undangan Negeri. Aspirasi ADUN Kawasan digilap untuk menjadi hala tuju dan matlamat terhadap japerun yang dianggotai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) , Penghulu Dun , Agensi kerajaan , swasta dan NGO. Pengerusi Japerun haruslah bijak dan mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan pembangunan Kawasan setempat. Di samping memenuhi manifesto parti ketika memancing undi semasa pilihanraya , satu kaedah penyesuaian perlulah diadakan untuk memastikan dana mencukupi untuk membiayai pembangunan dan kebajikan penduduk setempat. Pengerusi Japerun perlu memastikan terlebih dahulu apakah perkara utama yang perlu diselesaikan bagi memenuhi kehendak rakyat dan mampu menyelesaikan masalah secara tuntas.

Sememangnya wujud hubungan yang amat rapat didalam struktur pentadbiran japerun dan masyarakat setempat. Gaya kepimpinan dan kualiti pentadbiran pengerusi Japerun menjadi asas kepada kejayaan sesebuah pengurusan. Perkara ini akan diterjemahkan oleh masyarakat yang menjadi pengundi dikawasan tersebut samada akan terus memilih ADUN sedia ada ataupun parti politik akan menukar dengan calon lain sekiranya tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik.Lebih malang lagi apabila masyarakat tidak memilih ADUN sedia ada menyebabkan parti tersebut kalah kerana tidak berpuashati dengan pemimpin atau parti politik yang gagal menjaga kebajikan rakyat.

 

Justeru itu kemahiran mentadbir dan melayan masyarakat perlu ada dan kehendak rakyat atau masyarakat perlu diutamakan kerana inilah yang menjadi asas dan tunggak kejayaan sesebuah pentadbiran. Menyedari mempunyai sumber yang terhad dan pasca PKP ini yang natijahnya memperlahankan ekonomi negeri namun sebagai seorang pemimpin pasti cuba untuk memenuhi kehendak masyarakat sebaik mungkin.Maka wujud satu hubungan yang erat di dalam pengurusan Japerun dan juga kolobrasi pintar di antara Pengerusi Japerun dan pemimpin masyarakat supaya masing masing mendapat menafaat daripada hubungan tersebut.

 

9.0 RUJUKAN

1. Lawan web http://www.melaka.gov.my

2. Nota pembentangan Peranan Japerun oleh Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah

3. Lama web http://www.mpjasin.gov.my

4. Rancangan Tempatan Daerah 2020 Majlis Perbandaran Jasin

5. Aminuddin Mohd. Yusof 110 (1990 : 48 – 51)- Kretch dan Crutchfield (1962)

Sunday, 31 May 2020

Tazkirah Indahnya Ramadhan 1441 / 2020

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada tahun ini dapat jua meneruskan program Tazkirah Indahnya Ramadhan walau dalam musim Tempoh PKP..
Bakyak medium atau cara boleh kita anjurkan asalkan kita terus berusaha dan bersemangat untuk berdakwah dengan pelbagai cara dengn penuh hikmah.

Tazkirah Indahnya Ramadhan 1441/2020 
Ramadhan Menjana Insan Bertaqwa telah berjaya diadakan melalui livefb dengan hampir dua ribu tontonan...

Idea tercetus apabila Perintah Kawalan Pergerakkan telah menghadkan tidak boleh solat jemaah di surau atau masjid samada fardu mahupun sunnat..Dengan itu cara berdakwah utk mengimarahkan Ramadhan telah diselarikan dengan kemajuan zaman teknologi ini iaitu dengan liveFB.

Semuga apa yang kita lakukan ini akan diterima oleh Allah sebagai ibadah..
Amin YRA..

KLIK SINI












Sunday, 10 May 2020

LIVE FB bersama dengan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abd Halim b Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka




ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

Jom Online FB bersama dengan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abd Halim b Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam Tazkirah Indahnya Ramadhan di live FB Jasin Daily dan bersiaran langsung dari konti MPJ...
Jom kita imarahkan Ramadhan kita dengan majlis ilmu..
Alhamdulillah
LAYARI :-


TERTUBUHNYA UMNO PARTI KERAMAT MELAYU



Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu


Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. 


Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Saturday, 25 April 2020

55 Kata Kata Bijak Terbaik Buya HAMKA












Kata kata bijak terbaik Buya HAMKA – Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan sebutan HAMKA adalah seorang ulama, sejarawan, politikus dan sastrawan Indonesia yang namanya sangat dikenal oleh masyarakat. Sosok kelahiran 17 Februari 1908 di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Agam, Sumatera Barat ini tergolong seorang pembelajar otodidak dalam berbagai bidang keilmuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik. Ia tercatat sebagai seorang penulis muslim paling produktif dan profilik dalam sejarah modern Indonesia. Hingga sekarang, karya-karyanya telah dicetak ulang berkali-kali dan banyak dijadikan sebagai bahan kajian oleh para peneliti dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. Sebagian karyanya bahkan telah diangkat ke layar lebar, yaitu Di Bawah Lindungan Ka’bah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Tafsir Al-Azhar adalah karya terbesar HAMKA di antara lebih dari 114 karya yang pernah ia tulis.

HAMKA terlahir di tengah keluarga muslim yang religius. Ayahnya, Abdul Karim bin Amrullah alias Haji Rasul, adalah seorang pelopor Gerakan pembaharuan islam di Minangkabau. Ayahnya juga tercatat sebagai pendiri Sumatera Thawalib, sekolah Islam modern pertama di Indonesia. Di sinilah HAMKA mempelajari ilmu agama dan bahasa arab setelah berhenti di kelas dua Sekolah Dasar. Meski tidak menyelesaikan pendidikannya di bangku Sekolah Dasar, namun keilmuan HAMKA diakui oleh dunia yang membuatnya bergelar Profesor Doktor. Gelar Profesor ia dapat dari Universitas Mustopo Jakarta, sedangkan gelar Doktor Honoris Causa ia terima dari dua universitas besar, yakni Universitas Al-Azhar Kairo dan Universitas Kebangsaan Malaysia. Sementara sebutan Buya yang melekat pada namanya, merupakan panggilan kehormatan untuk orang Minangkabau.
Semasa hidupnya, Buya HAMKA melewatkan waktunya sebagai wartawan, penulis, dan pengajar. Ia juga pernah berkecimpung di dunia politik melalui partai berbasis islam Masyumi sebelum akhirnya partai tersebut dibubarkan. Selain itu, ia juga tercatat pernah memangku beberapa jabatan penting seperti ketua MUI pertama dan menjadi penasehat Pimpinan Pusat Muhammadiyah. Pada 24 Juli 1981 di Jakarta, Buya HAMKA menghembuskan nafas terakhirnya di usia 73 tahun.

Kumpulan Kata Mutiara dan Kata Bijak Terbaik Buya HAMKA

Sebagai seorang sastrawan besar, banyak sekali kutipan kata-kata Buya HAMKA yang memuat nasehat, inspirasi dan motivasi. Berikut ini beberapa quote, kata kata mutiara islam, dan kata kata bijak terbaik dari Buya HAMKA yang sangat bagus disimak sebagai nasehat kehidupan.
Kalau hidup hanya sekedar hidup, kera di rimba juga hidup. Kalau kerja hanya sekedar kerja, kerbau di sawah juga kerja. – HAMKA
Salah satu pengerdilan terkejam dalam hidup adalah membiarkan pikiran yang cemerlang menjadi budak bagi tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sebelum lelah. – HAMKA
Yang melemahkan semangat ada dua; pertama prasangka, kedua hati busuk. – HAMKA
Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, dan akan kembali ke tanah. Lalu kenapa masih bersifat langit?. – HAMKA
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. – HAMKA
Tidak ada harga atas waktu, tapi waktu sangat berharga. Memiliki waktu tidak menjadikan kita kaya, tetapi menggunakannya dengan baik adalah sumber dari semua kekayaan. – HAMKA
Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua. – HAMKA
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. – HAMKA
Pemuda haruslah mempunyai cita-cita tinggi supaya hidupnya berarti. Apabila cita-cita tercapai, terutama di hari tuanya, dia akan menekur melihat anak tangga yang dilaluinya dahulu dengan tersenyum. – HAMKA
Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi, namun ilmu tanpa iman bagaikan lentera di tangan pencuri. – HAMKA
Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai keutamaan; yaitu dengan tabiat, dengan pengalaman, dan dengan pelajaran. – HAMKA
Tidak ada karib atau kerabat yang lebih setia daripada seorang teman yang menyokong dan membantu membesarkan hati memberanikan kita di dalam menempuh suatu perbuatan baik. – HAMKA
Jangan pernah merobohkan pagar tanpa mengetahui mengapa didirikan. Jangan pernah mengabaikan tuntunan kebaikan tanpa mengetahui keburukan yang kemudian anda dapat. – HAMKA
Jika ingin melihat orang islam maka lihatlah ketika hari raya idul fitri, itulah orang islam. Tetapi jika mau melihat orang beriman maka datanglah ke masjid ketika shalat subuh. – HAMKA
Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang. – HAMKA
Air mata berasa asin itu karena air mata adalah garam kehidupan. – HAMKA
Semakin banyak ilmu, semakin lapang hidup. Semakin kurang ilmu, semakin sempit hidup. – HAMKA
Biarpun seribu kapal tenggelam di lautan. Namun, cita-cita manusia tidak pernah padam. – HAMKA
Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencoba, karena di dalam mencoba itulah kita menemukan dan belajar membangun kesempatan untuk berhasil. – HAMKA
Jika ghirah telah hilang dari hati, gantinya hanya satu, yaitu kain kafan tiga lapis. Sebab kehilangan ghirah sama dengan mati. – HAMKA
Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru, tetapi berfikirlah dengan wajar. Yang akan datang itu disyukuri, yang telah ada itu lebih disyukuri lagi. – HAMKA
Jaranglah orang berjasa yang mendapat pangkat dunia. Sebab pangkat dunia itu didapat dengan saling berebutan dan saling berkejaran, saling menekan, dan saling memfitnah. – HAMKA
Jangan tangisi yang telah hilang, tapi syukuri yang masih ada. – HAMKA
Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu, karena engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu karena tiada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi, lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian. – HAMKA
Kita tidak pernah dapat berkorban begitu besar kepada mereka yang bersedia mengorbankan segalanya bagi kita. – HAMKA
Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan; dan kalau senantiasa saja manis, hati akan menjadi bosan. – HAMKA
Jelas sekali bahwasanya rumah tangga yang aman damai ialah gabungan di antara tegapnya laki-laki dan halusnya perempuan. – HAMKA
Hapuskanlah perasaan itu dari hatimu, jangan ditimbul-timbulkan juga. Engkau tentu memikirkan juga, bahwa emas tak setara dengan loyang, sutra tak sebangsa dengan benang. – HAMKA
Jika kau goreskan luka di hati ibumu, surga sudah bukan menjadi milikmu. – HAMKA
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. – HAMKA
Saat kau dilahirkan engkau menangis tetapi orang lain ketawa, tetapi berjuanglah sampai di saat kau mati, orang lain menangisi kepergianmu tetapi engkau tertawa dalam senyuman. – HAMKA
Kalau yang bernama kemajuan itu meruntuhkan rumah tangga, meramaikan kedai kopi, memenuhi gedung-gedung bioskop, merusak akal budi, maka jadi setanlah kemajuan itu. – HAMKA
Cinta itu perang, yaitu perang yang hebat di dalam rohani manusia. Bila jiwa yang suci beroleh kemenangan, kelak akan didapati seorang yang tulus, ikhlas luas faham, sabar dan terang hati. Jika ia kalah, akan didapati seorang putus asa sesat, lemah hati, kecil perasaan, bahkan kadang-kadang hilang kepercayaan kepada diri sendiri. – HAMKA
Hanya orang takut yang bisa jadi berani, karena keberanian adalah melakukan sesuatu yang ditakuti. Maka bila merasa takut, anda akan punya kesempatan untuk bersikap berani. – HAMKA
Perempuan itu adalah makhluk yang kalau disakiti dia ingat betul siapa yang menyakitinya dan itu tersimpan dalam di dalam hatinya. Tapi dia lupa, dia juga sering menyakiti orang lain. – HAMKA
Semangat yang lemah buanglah jauh, Jiwa yang kecil segera besarkan, Yakin percaya iman pun teguh, Masa hadapan penuh harapan. – HAMKA
Dalam situasi apapun, jangan biarkan emosimu mengalahkan kecerdasanmu. – HAMKA
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merusak jiwa. Agama tidak menyuruh kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. – HAMKA
Jika engkau telah mengetahui sesuatu, hendaklah engkau terus terang mempelajari sampai tahu benar. Dan kalau engkau belum tahu, katakan terus terang bahwa engkau belum tahu. Itulah dia pengetahuan. Orang yang mengaku segala tahu, bukanlah orang yang berpengetahuan. – HAMKA
Bertobat tidak hanya berarti menyesali dosa, tetapi juga membenci dosa. – HAMKA
Tuhan menilai apa yang kita beri dengan melihat apa yang kita simpan. – HAMKA
Seseorang yang memburu cinta adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. Bertambah diburu, bertambah jauh dia lari. Akhirnya tersesat dalam rimba, tak bisa pulang lagi. – HAMKA
Semua waktu adalah waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu yang baik. Jangan menjadi orang tua yang masih melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan saat muda. – HAMKA
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. – HAMKA
Supaya engkau mendapat sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang. – HAMKA
Hak dan kewajiban yang sama antara lelaki dan perempuan bukanlah berarti bahwa pekerjaan yang hanya bahu lelaki yang kuat memikulnya, lalu perempuan disuruh pula memikulnya. – HAMKA
Keutamaan ialah suatu kesenian, di dalam mencapai kebahagiaan diri sendiri, dengan jalan membahagiakan orang lain. – HAMKA
Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada ingin mengetahui pribadi orang lain. Sebab itu, kenalilah dirimu sebelum mengenal pribadi orang lain. – HAMKA
Cari pasangan itu gak mesti mapan, yang penting kamu tahu apa rencana dia untuk ke depannya. Dan profesinya tidak perlu harus ini dan itu. Memang cinta butuh makan, namun ada satu perasaan ketika kamu mau untuk berjuang bersama, maka itu lebih terasa nikmat. – HAMKA
Itulah beberapa kata kata bijak dari Buya HAMKA yang sangat inspiratif, penuh nasehat dan motivasi. Semoga banyak manfaat yang bisa kita ambil dari kumpulan kata kata mutiara dan kata kata bijak Buya HAMKA di atas.

CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT UGIK MELAKA

  1.0 PENGENALAN “Mali siparappe, rebba sipatoktok, malilu sipakainga.” (Hanyut saling mendamparkan, rebah saling menegakkan, khilaf saling...