Monday, 7 September 2020

SSZK 2003 @ BAB 3 SKALA PENGUKURAN

 

 

Pengukuran merupakan aspek penting dan amat diperlukan dalam penyelidikan. Dengan kata lain, cara anda mengukur sesuatu pembolehubah atau konsep dalam kajian anda akan melibatkan konsep pengukuran. Biasanya, soalan pertama yang akan difikirkan adalah apakah yang hendak diukur, jenis atau skala pengukurannya dan apa maknanya kepada penyelidik. 

Jenis-jenis analisis statistik yang akan digunakan untuk menguji hipotesis juga bergantung kepada pembolehubah yang anda gunakan.

SKALA PENGUKURAN 

Pengukuran merupakan alat atau mekanisme yang digunakan oleh penyelidik untuk membezakan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai simbol kepada masalah-masalah yang hendak dikaji berdasarkan peraturan-peraturan yang tertentu (Smith & Davis, 1997). 

Pengukuran juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh pengkaji untuk membezakan satu pembolehubah atau konsep dengan pembolehubah atau konsep yang lain yang menjadi minat kajian.

Terdapat empat jenis skala pengukuran yang selaludigunakan untuk mengukur sesuatu pembolehubah. Skala-skala ini digunakan untuk mengklasifikasikan pembolehubah-pembolehubah dalam kajian bagi kegunaan membentuk soalselidik.

1.0 Skala Norminal 

Data-data dalam bentuk ini membolehkan pengkaji mengkategorikan data kepada kategori-kategori atau kumpulan-kumpulan yang tertentu. Justeru itu, ianya juga dikenali sebagai ‘data kategori’. Ini merupakan klasifikasi data yang paling asas dan mudah. Data-data akan dikelompokkan kepada beberapa kategori atau kumpulan tanpa memiliki ciri-ciri lebih baik atau lebih buruk untuk setiap kumpulan 

2.0 Skala Ordinal 

Skala ordinal ialah skala yang menunjukkan urutan atau pangkat. Ia tidak hanya mengkategorikan pembolehubah bagi membezakannya antara satu sama lain tetapi juga membuat urutan supaya setiap satu kategori itu berbeza dari segi nilai pembolehubah ataupun konsep itu sendiri. Hal ini bermakna bahawa bagi skala ordinal bukan sahaja nilainya yang berbeza tatapi ada perbezaan magnitud di antara setiap nilai dalam kategori tadi. 

3.0 Skala Interval (Sela) 

Selain daripada ciri-ciri kategori dan perbezaan magnitud yang terdapat dalam skala nominal dan skala ordinal, skala interval atau sela mempunyai satu ciri yang tidak dapat dalam skala nominal dan skala ordinal. Ciri yang istimewa ini ialah perbezaan magnitud ataupun sela yang sama di antara setiap nilai yang diberikan. 

4.0 Skala Nisbah (Ratio) 

Skala ini merupakan skala yang menpunyai kesemua ciri yang dipunyai oleh skala-skala nominal, ordinal dan interval yakni mempunyai kategori, urutan dan juga perbezaan magnitud yang sama. Yang membezakan skala ini daripada skala-skala yang lain ialah ia mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak.

 

KEPENTINGAN SKALA PENGUKURAN 

i) Skala atau tahap pengukuran akan menjadi panduan kepada pengkaji untuk mengenal pasti jenis pembolehubah yang akan digunakan sama ada pembolehubah bebas, terikat dan sebagainya.

ii) Skala pengukuran akan menjadi panduan kepada bentuk alat/instrumen/soal selidik yang akan digunakan. Sebelum membentuk soal selidik yang diingini, pengkaji biasanya akan menentukan jenis skala yang akan digunakan bagi disesuaikan dengan analisis dan hipotesis yang akan diuji. 

iii) Skala pengukuran adalah penting untuk memahami dengan lebih mendalam akan hipotesis yang dibentuk. Skala yang sesuai akan memudahkan hipotesis dibentuk. 

iv) Analisis statistik yang sesuai (deskriptif atau inferensi) akan dapat ditentukan apabila skala pengukuran telah dikenal pasti. Jenis analisis statistik yang akan digunakan oleh pengkaji di dalam kajiannya, sama ada berbentuk deskriptif atau inferensi, bergantung kepada jenis pembolehubah yang digunakan serta cara ia diukur.  


Penting bagi anda untuk mengenal pasti skala-skala tertentu yang akan digunakan dalam penyelidikan agar skala-skala yang sesuai dapat digunakan untuk pembolehubah yang sesuai. Hal ini akan memudahkan proses analisis data yang akan anda lakukan kelak. 


SSZK 2003 @ BAB 2 KONSEP ASAS PENYELIDIKKAN

 

Terdapat beberapa elemen penting yang anda harus faham sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Elemen-elemen ini dianggap sebagai konsep-konsep asas dalam penyelidikan iaitu pembolehubah, hipotesis dan mendefinisikan konsep. Sebagai seorang penyelidik, anda perlu mahir dalam mengenal pasti pembolehubah yang digunakan dalam kajian, berupaya membentuk atau membina hipotesis yang bersesuaian dan mengujinya serta memahami setiap konsep yang digunakan dalam penyelidikan secara umum dan secara operasional. 

 

1.0 PEMBOLEHUBAH 

Apabila menjalankan sesuatu penyelidikan, penyelidikan menggunakan istilah yang tertentu bagi menerangkan bahawa istilah tersebut merupakan sesuatu ‘perkara’ yang mempunyai makna yang ingin dikaji dan merupakan inti pati kepada penyelidikan. Dalam bahasa biasa ‘perkara’ ini sebenarnya ialah ‘subject matter’ yang penyelidikan ingin ketengahkan dan merupakan sesuatu yang penting hingga menyebabkan tercetusnya cadangan untuk menjalankan penyelidikan. Pembolehubah dalam bahasa penyelidikan merupakan konsep, simbol, konstruk, gagasan, idea atau apa sahaja yang menjadi minat penyelidik yang akan diberi nilai atau angka.

Dengan kata lain, pembolehubah boleh berupa apa sahaja berdasarkan kepada tajuk atau masalah kajian. Sekadar (2000) menyatakan bahawa pembolehubah merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan perbezaan atau perubahan kepada sesuatu nilai. Nilai pula boleh jadi berbeza pada satu-satu masa bagi objek atau manusia yang berlainan.  

1.0 Pembolehubah Bebas 

Pembolehubah ini ialah pembolehubah rangsangan atau input. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang boleh dimanipulasikan dan memberi kesan kepada pembolehubah lain sama ada secara positif atau negatif. 

2.0 Pembolehubah Terikat 

Pembolehubah ini ialah pembolehubah gerakbalas atau output. Pembolehubah ini juga sebenarnya merupakan pembolehubah yang menjadi minat kepada pengkaji dalam penyelidikannya. Dengan kata lain, ia merupakan pembolehubah yang ingin diukur atau diperhatikan dalam sesuatu kajian

3.0 Pembolehubah Moderator 

Pembolehubah moderatur merupakan pembolehubah yang boleh memberikan kesan kepada perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Kehadiran pembolehubah moderator akan Pengaruh Cahaya Prestasi Akademik Pelajar Pembolehubah Bebas Pembolehubah Terikat 14 mengubah bentuk hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. 

Oleh itu, pembolehubah moderator bolehlah dinyatakan sebagai faktor yang diukur dan dimanipulasikan oleh seseorang pengkaji bagi menentukan sama ada ia memberi kesan atau memodifisikan perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. 

4.0 Pembolehubah Mencelah 

Pembolehubah mencelah ialah pembolehubah yang muncul di antara masa pembolehubah bebas beroperasi untuk mempengaruhi pembolehubah terikat. Hal ini menyebabkan ia memberi kesan kepada pembolehubah terikat. 

Ia juga muncul sebagai fungsi pembolehubah bebas dan membantu menerangkan tentang pengaruh pembolehubah Pengaruh cahaya Prestasi Akademik Pelajar Budaya Pembolehubah Bebas Pembolehubah Terikat Pembolehubah Moderator bebas terhadap pembolehubah terikat. 

Pembolehubah ini biasanya hanya dapat ditafsirkan setelah meneliti kesan pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat. 


2.0 HIPOTESIS 

Setelah mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang tertentu dalam penyelidikan, penyelidikan akan cuba meramalkan sesuatu tentang keputusan penyelidikannya. Ramalan ini sebenarnya dilakukan setelah penyelidik membuat pembacaan atau kajian mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikannya. 

Mungkin penyelidikan akan meneliti tentang keputusan hasil kajian yang telah lalu atau membincangkannya dengan pakar-pakar yang lebih arif mengenai penyelidikan yang menjadi minatnya. 

SUMBER-SUMBER HIPOTESIS

i) Dengan cara meneliti dan menganalisis kajian-kajian terdahulu, ulasan kajian dan keputusan-keputusan penyelidikan dalam bidang yang sama atau hampir sama. 

ii) Berdasarkan praujian atau kajian rintis iaitu maklumat dan keputusan awal diperolehi yang akan dapat membantu membentuk hipotesis yang sesuai. 

iii) Berdasarkan teori/model dalam bidang yang sama atau hampir sama. 

iv) Berdasarkan pembincangan dengan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan. 

v) Berdasarkan pengalaman penyelidik dalam menjalankan penyelidik. 

 

Hipotesis Sifar 

Hipotesis ini merupakan pernyataan yang mengandaikan bahawa tidak wujud perbezaan ataupun hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Dengan kata lain, pengkaji mengandaikan bahawa satu pembolehubah tidak memberi kesan, mempengaruhi atau bergantung kepada pembolehubah yang lain. 

Biasanya dalam membentuk hipotesis sifar, pengkaji akan menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa perbezaan ataupun hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. 

 

KEGUNAAN HIPOTESIS 


(a) Untuk memberi arah kepada penyelidik bagi meninjau penulisan yang relevan dengan kajian mereka termasuklah bahan-bahan bacaan yang sesuai serta kajian-kajian lalu yang pernah dijalankan. Dengan cara ini penyelidik akan dapat membuat keputusan sama ada untuk membentuk hipotesis yang bersifat ataupun alternatif. 

(b) Untuk membolehkan pengkaji menjawab objektif kajiannya dengan lebih jelas dan spesifik serta memungkinkan perbincangan lanjutan tentang sebab keputusan yang sedemikian rupa diperolehi kelak. Pembentukan hipotesis merupakan ramalan awal tentang keputusan yang dijangkakan. Sebarang keputusan yang diperolehi akan memungkinkan penyelidik membicarakan keputusan secara lebih terperinci. 

(c) Untuk mengenal pasti analisis statistik yang sesuai dan relevan dengan hipotesis yang akan diuji. Pembentukan hipotesis yang baik akan mengambil kira jenis statistik yang akan digunakan. Sekiranya pengujian hipotesis melibatkan alat pengukuran yang tidak sesuai, maka jenis-jenis analisis statistik yang tertentu tidak akan dapat dijalankan bagi menguji hipotesis. 

 
KONSEP DAN OPERASI  
 
Konsep-konsep ini merupakan istilah-istilah abstrak yang digunakan untuk menerangkan tentang pengalaman diri.
 
Definisi Konsep 
 
Dalam penyelidikan, definisi konsep merupakan definisi yang diberikan kepada konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian. 
Konsep konsep ini merupakan satu perwakilan ringkas bagi fakta yang pelbagai. Konsep-konsep ini juga seringkali terkandung dalam hipotesis yang dibentuk oleh pengkaji. Dalam konteks ini, konsep sikap perlulah dikenal pasti komponen-kompoenennya. 
Sikap mempunyai komponen-komponen kognitif, afektif dan tingkah laku. Anda haruslah faham bahawa komponen kognitif dalam sikap menggambarkan pemikiran, komponen afektif menggambarkan perasaan manakala komponen tingkah laku pula menggambarkan perbuatan. 
 
Definisi Operasi
 
Definisi operasional ialah definisi kerja yang lebih spesifik dan khusus untuk menyatakan makna kepada konsep yang dikaji. Ia amat perlu untuk mengukur konsep-konsep abstrak seperti sikap dan perasaan. Goodwin (2002) menyatakan bahawa definisi operasi perlu dibuat dengan teratur terutamanya bagi konsep yang mempunyai makna yang pelbagai. Dengan kata lain, definisi operasi membawa maksud penyelidik mendefinisikan secara jelas istilah-istilah dalam penyelidikan mereka
 
 
Penyelidik perlu memastikan konsep yang digunakan itu difahami secara berbeza antara konsep secara umum dan juga konsep secara operasi. Ini adalah bagi memudahkan aspek pengukuran data dengan menyediakan instrumen kajian yang berupa soal selidik atau temubual yang menjurus kepada sebarang konsep yang ingin diukur. 
 

 



Friday, 4 September 2020

BAB 7 PERLAKUAN TIDAK BERMORAL SCCA 2083


(1) Mengapakah tidak terdapat satu definisi khusus untuk menerangkan kelucahan sebagai satu perlakuan tidak bermoral? 

Definisi khusus untuk menerangkan kelucahan sebagai satu perlakuan tidak bermoral masih diperdebatkan kerana terdapat beberapa elemen yang memainkan peranan dalam menentukan definisi ini. Antaranya ialah budaya, agama dan adat sesuatu bangsa. Bagi masyarakat Barat yang lebih terbuka, definisi kelucahan dan perlakuan tidak bermoral bagi masyarakat ini akan berbeza dengan definisi kelucahan dan perlakuan tidak bermoral bagi masyarakat Timur yang masih utuh dengan adat-adat ketimuran. Selain unsur budaya, pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dipaparkan juga menjadi satu masalah untuk mendefinisikan perlakuan tidak bermoral. Apa yang dilihat oleh individu A sebagai sesuatu yang lucah dan dianggap tidak bermoral mungkin dianggap sesuatu yang biasa oleh individu B malah individu C pula mungkin beranggapan ia suatu hiburan yang langsung tidak menyentuh soal moral. Definisi “perlakuan tidak bermoral” menjadi bertambah rumit apabila pelbagai agama mempunyai pendirian yang berbeza tentang sesuatu perlakuan. Contohnya agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia begitu menitikberatkan soal maruah dan tingkahlaku penganutnya. Dalam Islam, berpegangan tangan antara bukan muhrim sudah menjadi satu kesalahan kerana ia boleh membawa kepada maksiat lain yang jauh lebih berat. Tetapi bagi agama lain seperti agama Hindu dan Buddha, berpegangan tangan bukanlah sesuatu yang salah. Keadaan-keadaan ini telah menyebabkan kesukaran untuk mencapai kata sepakat tentang definisi “perlakuan tidak bermoral.” 

(2). Apakah tiga elemen subjektif yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu artikel itu mempunyai unsur lucah atau tidak?

Tiga elemen subjektif yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu artikel itu mempunyai unsur lucah atau tidak ialah: 
(i) Jenis orang yang mendapat akses kepada material itu 
(ii) Kebarangkalian dia akan dirosakkan oleh artikel itu dan 
(iii) Artikel itu mestilah dilihat secara menyeluruh, bukannya sebahagian daripadanya.




 


AKTA-AKTA BERKAITAN PERLAKUAN TIDAK BERMORAL DAN KELUCAHAN 

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 
Subseksyen (1) Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) merujuk kepada apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. (Sila rujuk Bab 6 – Kebebasan Bersuara untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 
Akta Komunikasi dan Multmedia (1998) pula menetapkan larangan terhadap pemberian kandungan jelik dalam Seksyen 211(1) dan (2): 137
1. “Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.”
 2. “Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.” 

3. Apakah hukuman-hukuman yang dikenakan kepada sesiapa yang melakukan perlakuan tidak bermoral yang diperuntukkan oleh ketiga-tiga akta terbabit? 

Hukuman-hukuman yang dikenakan kepada sesiapa yang melakukan perlakuan tidak bermoral adalah seperti berikut:

 (a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 Mana-mana orang yang mencetak atau menghasilkan atau menyebab atau membenarkan dicetak atau dihasilkan dengan mengguna mesin cetak atau mesinnya apa-apa hasil penerbitan atau dokumen yang lucah atau selainnya bertentangan dengan kesopanan awam adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
(c) Seksyen 292 Kanun Keseksaan Penjara untuk satu tempoh yang boleh mencecah sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

GARIS PANDUAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 

Akta Komunikasi dan Multimedia memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi untuk menetapkan satu badan industri yang menjadi suatu forum kandungan dengan memasukkan tatacara contoh bagi menangani kandungan jelik atau sumbang.

Kandungan Tidak Sopan 

Kandungan tidak sopan adalah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku yang tidak sopan atau bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum. Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks.

1. Kebogelan Kebogelan tidak boleh ditayangkan dalam mana-mana keadaan sekalipun, kecuali dengan kebenaran Lembaga Penapisan Filem. 

2. Seks dan kebogelan Adegan seks dan kebogelan tidak boleh ditayangkan dalam mana-mana keadaan sekalipun kecuali dengan kebenaran Lembaga Penapisan Filem. 

Kandungan Lucah 

Kandungan yang lucah boleh menimbulkan rasa jijik oleh kerana gambarannya yang memberahikan dan ianya adalah menyinggung tanggapan adab seseorang berhubung dengan kesopanan dan kehormatan

1. Adegan seks eksplisit/pornografi

Sebarang pemaparan kegiatan seks yang pada pertimbangan orang bersifat eksplisit dan pornografik adalah dilarang sama sekali. Pemaparan jenayah seks termasuklah rogol, percubaan merogol dan juga rogol ke atas kanak-kanak di bawah umur, bersifat kebinatangan adalah tidak dibenarkan, termasuklah pemaparan perlakuan seks tersebut melalui teknik animasi dan sama ada ia dipersetujui ataupun sebaliknya. 

2. Pornografi kanak-kanak 

Pornografi kanak-kanak termasuklah pemaparan mana-mana anggota badan mereka di bawah umur yang ditakrifkan sebagai kandungan berbentuk seksual, dan juga apa-apa bahan bertulis atauoun visual dan/atau persembahan audio yang melambangkan aktiviti seksual, sama ada secara nyata atau tidak, di mana ianya membabitkan individu di bawah umur adalah dilarang sama sekali. 

3. Penghinaan seksual 

Gambaran wanita, lelaki atau kanak-kanak untuk hanya dilihat sebagai objek seks atau untuk merendahkan maruah mereka dengan cara yang demikian adalah dilarang. 


4. Apakah tiga perkara yang perlu diberi perhatian semasa menjalankan ujian kelucahan? 

(a) Adegan seks eksplisit/pornografi Sebarang pemaparan kegiatan seks yang pada pertimbangan orang bersifat eksplisit dan pornografik adalah dilarang sama sekali. Pemaparan jenayah seks termasuklah rogol, percubaan merogol dan juga rogol ke atas kanak-kanak di bawah umur, bersifat kebinatangan adalah tidak dibenarkan, termasuklah pemaparan perlakuan seks tersebut melalui teknik animasi dan sama ada ia dipersetujui ataupun sebaliknya. 

(b) Pornografi kanak-kanak Pornografi kanak-kanak termasuklah pemaparan mana-mana anggota badan mereka di bawah umur yang ditakrifkan sebagai kandungan berbentuk seksual, dan juga apa-apa bahan bertulis atau on visual dan/atau persembahan audio yang melambangkan aktiviti seksual, sama ada secara nyata atau tidak, di mana ianya membabitkan individu di bawah umur adalah dilarang sama sekali. 

(c) Penghinaan seksual Gambaran wanita, lelaki atau kanak-kanak untuk hanya dilihat sebagai objek seks atau untuk merendahkan maruah mereka dengan cara yang demikian adalah dilarang. 

5. Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan bernada kebencian? 

Ucapan bernada kebencian merujuk kepada gambaran (dalam bentuk perkataan, ucapan, gambar dan lain-lain) yang merendahrendahkan, memfitnah atau menjatuhkan maruah seseorang atau kumpulan berdasarkan kaum, etnik, agama, kewarganegaraan, jantina, kecenderungan seks atau ketidakupayaan, adalah dilarang. Secara khususnya huraian terhadap mana-mana kumpulan ini atau ahli-ahlinya dengan menggunakan bahasa yang keras, kasar, rujukan seksual yang jelas ataupun isyarat yang lucah dianggap sebagai ucapan yang bernada kebencian. 

Thursday, 3 September 2020

BAB 6 KEBEBASAN BERSUARA @ SCCA 2083



(1) Apakah yang anda fahami tentang konsep kebebasan bersuara?

Konsep kebebasan bersuara ialah setiap individu mempunyai hak bersuara dan menyuarakan pendapat. Di bawah ideologi hak asasi manusia, pendapat seseorang tidak boleh disekat dan individu itu berhak memberitahu orang lain mengenai pendapatnya sama ada positif atau negatif. Sebarang tindakan membendung seseorang daripada bersuara dianggap melanggar hak asasi manusia. Kebebasan bersuara juga adalah kebebasan unutk menyatakan pendapat tanpa sekatan, penapisan atau batasan. Ia digunakan untuk pencarian dan penyataan kebenaran, penyampaian maklumat dan pembetulan kepada kepincangan dalam pemerintahan.

KEBEBASAN BERSUARA YANG DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN

“Tidak ada sesuatu hak yang mutlak atau kebebasan yang tidak terkawal,yang
bebas sepenuhnya daripada kawalan, kerana ia akan membawa kepada anarki dan kacau bilau. Memiliki dan menikmati sesuatu hak adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berkaitan seperti kepentingan kepada keselamatan, kesihatan, keamanan, aturan umum dan moral masyarakat. Apa yang cuba dilakukan oleh perlembagaan dengan memberikan hak itu adalah supaya terdapat keseimbangan antara kebebasan individu dan kawalan sosial.” Hakim Raja Azlan Shah 

Menurut (Saleem Faruqi, 1992) tidak ada skop khas yang menghadkan kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Secara amnya, kebebasan bersuara adalah hak yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti komunikasi dalam bentuk perkataan, tanda, simbol, gerak tubuh, juga melalui hasil seni, muzik, skulptur, gambar, filem, video, buku, surat khabar dan majalah. Oleh itu, rakyat Malaysia boleh menggunakan saluran-saluran ini untuk menyatakan atau menyebarkan pendapat mereka. 

Antara undang-undang tersebut ialah: 

(i) Akta Hasutan (1948) 

(ii) Akta Fitnah (1957) 

(iii) Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) 

(iv) Akta Rahsia Rasmi (1972) 

(v) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) 


(2) Kenapakah kebebasan bersuara perlu dihadkan? 

Kebebasan bersuara perlu dihadkan kerana pelbagai maksud dan yang paling penting ialah keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral, penghinaan mahkamah, fitnah dan hasutan untuk melakukan jenayah. Dalam kes Malaysia, ia juga perlu dihadkan untuk memelihara keharmonian masyarakat iaitu kebebasan bersuara akan dihadkan jika ia menyentuh isu yang berkaitan dengan bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak watan serta kedaulatan, kuasa prerogatif dan bidang kuasa RajaRaja. 

(3) Bagaimanakah kebebasan bersuara dapat dilaksanakan?

Kebebasan bersuara dapat dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai saluran sama ada media cetak, elektronik mahupun media interaktif. Ia juga adalah satu hak yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti komunikasi dalam bentuk perkataan, tanda, simbol, gerak tubuh, juga melalui hasil seni, muzik, skulptur, gambar, filem, video, buku, surat khabar dan majalah. 

(4) Apakah tumpuan utama akhbar di negara-negara membangun? 

Media di Malaysia dikawal dengan empat cara iaitu UndangUndang, pemilikan, polisi dan juga etika kewartawanan. Antara undang-undang yang memainkan peranan penting dalam menghadkan kebebasan akhbar di Malaysia adalah sebagaimana yang disebutkan di atas tadi iaitu Akta Hasutan (1948), Akta Fitnah (1957), Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984). 

Dari segi pemilikan pula, media di Malaysia kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan secara langsung atau tidak. Pemilikan secara langsung adalah apabila kerajaan menguasai agensi media itu sepenuhnya seperti stesen radio dan televisyen rasmi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Cara lain adalah melalui pemilikan saham di dalam syarikat media melalui GovernmentLink Company. Contohnya Utusan Malaysia adalah milik UMNO,The Star milik MCA, dan Tamil Nesan adalah milik MIC. Melalui pemilikan ini, kerajaan mempunyai hak untuk mengawal operasi syarikat media seterusnya menghadkan kebebasan bersuara. Pemilikan juga membawa kepada penghalang seterusnya iaitu polisi. Bezanya, dari segi polisi semua syarikat media samaada milik penuh kerajaan, badan berkanun atau milik swasta akan menetapkan polisi yang kebanyakannya menyokong polisi kerajaan. Oleh itu kebebasan bersuara secara tidak langsung telah dihadkan.  

(5) Bagaimanakah media di Malaysia dikawal?

Media di Malaysia dikawal dengan empat cara iaitu UndangUndang, pemilikan, polisi dan juga etika kewartawanan. Antara undang-undang yang memainkan peranan penting dalam menghadkan kebebasan akhbar di Malaysia adalah sebagaimana yang disebutkan di atas tadi iaitu Akta Hasutan (1948), Akta Fitnah (1957), Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984). Dari segi pemilikan pula, media di Malaysia kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan secara langsung atau tidak. Pemilikan secara langsung adalah apabila kerajaan menguasai agensi media itu sepenuhnya seperti stesen radio dan televisyen rasmi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Cara lain adalah melalui pemilikan saham di dalam syarikat media melalui GovernmentLink Company. Contohnya Utusan Malaysia adalah milik UMNO,The Star milik MCA, dan Tamil Nesan adalah milik MIC. Melalui pemilikan ini, kerajaan mempunyai hak untuk mengawal operasi syarikat media seterusnya menghadkan kebebasan bersuara. Pemilikan juga membawa kepada penghalang seterusnya iaitu polisi. Bezanya, dari segi polisi semua syarikat media samaada milik penuh kerajaan, badan berkanun atau milik swasta akan menetapkan polisi yang kebanyakannya menyokong polisi kerajaan. Oleh itu kebebasan bersuara secara tidak langsung telah dihadkan. 

HURAIAN AKTA-AKTA YANG BERKAITAN DENGAN KEBEBASAN BERSUARA 

Undang-undang ini perlu untuk menjaga keharmonian dan kestabilan negara terutamanya di sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Hal-hal sensitif termasuk hal-hal yang berkaitan dengan bangsa, hak istimewa dan agama tidak sepatutnya dipersoalkan. Di sinilah undang-undang tadi memainkan peranannya.


AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (1960) 

Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai ISA (Internal Security Act) adalah akta yang paling kerap dikecam sebagai menghalang kebebasan bersuara. Melalui akta ini sesiapa yang melakukan sesuatu yang dijangkakan boleh mengancam keselamatan Negara atau mana-mana bahagiannya boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan dan boleh dilanjutkan sehingga dua tahun. Arahan tersebut tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah. Ini adalah bahagian yang selalu dipertikaikan. (Sila rujuk Bab 10: Tanggungjawab Sosial untuk huraian lanjut berkaitan akta ini). 

Hal ini kerana adalah sukar untuk mendefinisikan sama ada sesuatu itu mengancam keselamatan negara atau tidak. Biasanya jika kerajaan berpendapat, atas budi bicara dan kuasanya bahawa sesuatu tulisan itu boleh mengancam keselamatan negara, maka buku atau tulisan itu boleh diharamkan atau tindakan undang-undang akan diambil ke atas penulis terbabit (Kamal Halili, 1990)

AKTA HASUTAN (1948) 

Akta Hasutan (1948) pula digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara hanya atas alasan keselamatan dan ketenteraman awam. Kesalahan menghasut bukanlah mudah untuk dibuat dakwaan dan dibuktikan. Walau bagaimanapun dari satu segi Mahkamah dilihat mengutamakan kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam apabila membicarakan kes ini menyebabkan kebanyakan kes diakhiri dengan sabitan (Faridah, 2002). 

AKTA FITNAH (1957) 

Fitnah adalah sebarang tuduhan yang mendorong kepada merendahkan plaintif di dalam fikiran anggota masyarakat yang berfikiran waras, menyingkirkannya daripada masyarakat atau mendedahkannya kepada kebencian, kehinaan atau kebodohan (Kamal Halili, 1990). Di Malaysia, Akta Fitnah (1957) digunakan bagi menyekat kebebasan bersuara apabila berlaku keadaan di mana kata-kata yang diucapkan boleh menyebabkan reputasi seseorang atau pihak berkenaan terjejas (Sila rujuk Bab 5 – Pelanggaran Hak Individu untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Fitnah, 1957).

AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan adalah satu akta yang diperkenalkan untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil penerbitan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 

AKTA RAHSIA RASMI 1972 

Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah akta yang melindungi apa-apa maklumat dan bahan yang berhubung dengannya termasuklah apa-apa maklumat dan bahan lain yang dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau manamana pegawai awam. Ia didakwa menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan hak bersuara kerana akta berkenaan memberikan kuasa yang luas kepada eksekutif untuk mengklasifikasikan sesuatu maklumat. Tanpa adanya maklumat yang mencukupi sukar untuk hak bercakap dimanfaatkan (Faridah, 2002). (Sila rujuk Bab 10 – Tanggungjawab Sosial) untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Rahsia Rasmi).  


(5) Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang berkaitan dengan kebebasan bersuara? 

Kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang berkaitan dengan kebebasan bersuara adalah seperti berikut: 

(i) Menerbitkan apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. 

(ii) Akta ini juga menjelaskan bahawa tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengelilingi atau mengedar atau menawar untuk menerbitkan, menjual, mengelilingi atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura melainkan jika permit telah diberi oleh Menteri berkenaan dengan akhbar itu. 

(iii) Adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang mencetak apa-apa akhbar yang berkenaan dengannya permit telah tidak diberi atau permit telah dibatalkan atau digantung atau mengimport, menerbit, menjual, mengelilingi atau mengedar, atau ada dalam miliknya bagi apa-apa juga maksud seperti itu, apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura yang berkenaan dengannya tiada permit telah diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung. Kesalahan berbuat demikian apabila disiabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. 


(6) Apakah kuasa-kuasa yang diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984? 

Kuasa-kuasa yang diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalahseperti berikut: 

(i) Seksyen 7 ini memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk melarang percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil pengeluaran dan hasil-hasil pengeluaran masa hadapan penerbit yang berkenaan. 

(ii) Menteri berkenaan juga mempunyai kuasa terhadap pemberian atau pembatalan permit penerbitan.

 • Mengikut kuasa budi bicaranya, Menteri tersebut boleh memberi kepada mana-mana orang suatu permit untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia atau kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di Singapura suatu permit membenarkan akhbar itu diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia. 

• Menteri dengan kuasa memberi, ia juga memberi peruntukan kepada Menteri untuk pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit selama suatu tempoh yang ddifikirkan mustahak.

BAB 5 - HAK INDIVIDU ( SSCA 2083 )

 




HAK INDIVIDU 

Hak individu adalah hak-hak am seseorang dalam masyarakat. Hak-hak ini menggariskan batasan perhubungan antara individu. Ia adalah sesuatu yang universal. Setiap manusia mahu hak dan maruahnya dihormati.  

(1) Apakah yang anda faham dengan hak-hak individu? Huraikan dan berikan contoh yang sesuai. 

Hak individu adalah hak-hak am seseorang dalam masyarakat yang menggariskan batasan perhubungan antara individu. Ia adalah sesuatu yang universal kerana setiap manusia mahu hak dan maruahnya dihormati. Hak individu atau juga dikenali sebagai hak persendirian atau privasi adalah hak seseorang untuk bersendirian, untuk bebas daripada publisiti yang tidak dikehendaki dan untuk menikmati kehidupan sebagaimana yang diingininya, tanpa nama, gambar atau kegiatannya ‘diawamkan’ melainkan jika dia ingin mengenepikan hak itu. Bagaimanapun hak individu ini hanya terhad untuk melindungi perasaan orang yang hidup sahaja. Perbadanan atau institusi awam tidak mempunyai hak-hak ini melainkan jika diberikan oleh undangundang khas. 

(2) Mengapakah kemajuan media massa mengancam hak-hak individu?  


Komunikasi massa mengancam hak individu kerana semakin canggih teknologi komunikasi dan media, semakin mudah untuk pihak berkenaan mendapatkan maklumat peribadi dan menyebarkannya dalam masa yang singkat kepada khalayak yang ramai. Selain itu teknologi juga memungkinkan pencabulan hak individu seperti sesuatu gambar yang ditukar wajahnya kepada wajah orang lain yang bertaraf selebriti akan melanggar hak individu selebriti terbabit. 

 

Mokhtar (2004) membahagikan pelanggaran hak individu kepada empat cara: 

1. Gangguan secara salah

Pada umumnya ia melibatkan gangguan terhadap hak persendirian atau unsur peribadi seseorang tanpa pengetahuan dan keizinannya. Cara ini kerap melibatkan penggunaan alat-alat pengintipan seperti mikrofon tersembunyi, kamera berkuasa tinggi atau dengan mendapatkan dokumen peribadi seseorang secara haram. 

2. Menerbitkan bahan peribadi 

Ini kerap terjadi apabila penerbit akhbar menerbitkan fakta-fakta tentang kehidupan peribadi seseorang yang boleh menyakitkan hatinya dan lantaran itu boleh menyebabkan orang itu mengalami gangguan mental atau keadaan yang memalukan. 

3. Meletakkan seseorang dalam gambaran palsu 

Ini boleh berlaku apabila sesebuah cerita, berita atau gambar, menggambarkan sesuatu selain faktanya yang sebenar. Sifat bahan yang diterbitkan itu semestinya tidak boleh menyebabkan orang ramai menyangka benar atau mempercayai sesuatu yang tidak disebutkan atau digambarkan secara khusus oleh bahan itu. 

4. Aproriasi 

Sesebuah penerbitan adalah salah dan mengganggu privasi seseorang jika menggunakan nama, persamaan, atau keperibadiannya untuk tujuan pengiklanan atau perdagangan. 

Keempat-empat kesalahan ini biasanya dilakukan oleh pihak media melalui berita-berita dan gambar yang mereka terbitkan.  


Zelezny (2001) menghuraikan PELANGGARAN HAK INDIVIDU di atas.


PERLINDUNGAN HAK-HAK INDIVIDU OLEH NEGARA LUAR 

Perlindungan hak individu adalah sesuatu yang rumit apabila ia melibatkan media massa yang semakin maju dan keupayaannya untuk menyebarkan maklumat dengan cepat. Tambahan pula pelanggaran hak individu pada masa kini tidak lagi terhad kepada media massa. 

Bagaimanapun menurut Smartt (2006), tidak ada hak individu yang dilindungi di bawah undang-undang Inggeris sehinggalah Akta Hak Asasi Manusia (1998) diperkenalkan yang menggunapakai Konvensyen Eropah Tentang Hak Asasi Manusia (European Convention on Human Rights, ECHR). Dalam konvensyen ini, Perkara 8 menjamin hak privasi kepada individu: 

Perkata 8(1): Setiap individu mempunyai hak untuk dihormati hak privasinya, keluarganya, rumahnya dan apaapa yang berkaitan dengannya. 

Perkara 8(2): Tidak akan ada gangguan daripada pihak berkuasa dengan pelaksanaan hak ini, kecuali jika ia adalah selaras dengan undang-undang dan perlu untuk masyarakat demokrasi yang melibatkan keselamatan negara, keselamatan umum atau kestabilan ekonomi negara, untuk menghalang kekacauan atau jenayah, atau untuk perlindungan kesihatan atau moral, atau untuk melindungi hak dan kebebasan orang lain.  

Dapat dilihat di sini bahawa hak privasi yang diberikan oleh ECHR bukanlah hak mutlak tetapi disyaratkan oleh beberapa perkara dalam Perkara 8(2) yang kebanyakannya mengutamakan hak awam melebihi hak individu. 

PERLINDUNGAN HAK INDIVIDU DI MALAYSIA 

Sehingga kini Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus yang melindungi hak-hak individu. Di Malaysia tidak ada akta yang dikenali sebagai Akta Privasi sebagaimana dimiliki oleh negara-negara lain. 

Lebih malang lagi apabila Privacy International, sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di Britain, melalui kajian yang dilakukannya melibatkan 50 negara telah meletakkan Malaysia di antara negara yang terendah dalam perlindungan hak privasi. Antara lain kajian yang dilakukan pada tahun 2006 itu adalah berdasarkan kepada tiada undang-undang privasi yang komprehensif dan penggunaan kamera litar tertutup yang meluas tanpa perlindungan privasi (Shahrum, 2008).

Bagaimanapun ini tidak bermakna Malaysia tidak menjamin hak-hak individu kerana terdapat beberapa Akta yang digunakan untuk melindungi hak-hak ini. Antaranya adalah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan (1948), Akta Fitnah (1957) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1948).

(3) Nyatakan apakah peruntukan yang terdapat di bawah Perkara 8 ECHR? 

Perkara 8 ECHR menjamin hak privasi individu iaitu: 

Perkata 8(1): Setiap individu mempunyai hak untuk dihormati hak privasinya, keluarganya, rumahnya dan apa-apa yang berkaitan dengannya. 

Perkara 8(2): Tidak akan ada gangguan daripada pihak berkuasa dengan pelaksanaan hak ini, kecuali jika ia adalah selaras dengan undang-undang dan perlu untuk masyarakat demokrasi yang melibatkan keselamatan negara, keselamatan umum atau kestabilan ekonomi negara, untuk menghalang kekacauan atau jenayah, atau untuk perlindungan kesihatan atau moral, atau untuk melindungi hak dan kebebasan orang lain. 

(4) Adakah Malaysia melindungi hak-hak individu? Jika ya, senaraikan akta-akta yang berkaitan. 

Ya, Malaysia masih melindungi hak-hak individu walaupun tidak memperuntukkan sebarang akta khusus untuk hak-hak individu. Antara akta-akta yang berkaitan adalah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

(5) Adakah hak-hak individu yang dijamin oleh undang-undang diberikan secara mutlak? Berikan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong pendapat anda. 

Walaupun terdapat undang-undang yang memberi perlindungan kepada hak individu, tetapi ia tidak diberikan secara mutlak. Biasanya terdapat beberapa syarat yang diletakkan yang mengutamakan hak awam berbanding hak individu. Contohnya Perkara 8(1) ECHR memberikan jaminan kepada hak individu tetapi ia dibatasi oleh Perkara 8(2) yang antara lain mensyaratkan bahawa hak individu yang diberikan adalah selaras dengan undang-undang, tidak melibatkan keselamatan negara, keselamatan umum atau kestabilan ekonomi negara.   

 

HAK-HAK INDIVIDU YANG DILINDUNGI DI BAWAH SEKSYEN 448 KANUN KESEKSAAN 

Di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, sesiapa yang didapati bersalah kerana menceroboh bangunan atau rumah akan dihukum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Seksyen ini tidak melibatkan bidang komunikasi kerana secara dasarnya ia tidak melibatkan media.

Seksyen 448 Kanun Keseksaan pernah digunakan ke atas seorang ahli perniagaan, Ahmad Bakhtiar Abdul Kayoom yang kemudiannya didapati bersalah kerana telah menceroboh dan memasang kamera intip di rumah pelakon terkenal Nasha Aziz atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz pada tahun 2003. 

Di dalam kes ini, hak Nasha sebagai individu untuk hidup bebas di dalam rumahnya telah dicabuli apabila beliau secara tidak sengaja menemui sebuah kamera kecil yang disembunyikan di dalam alat penyaman udara di rumahnya. Ahmad Bakhtiar iaitu anak kepada tuan rumah yang disewa oleh Nasha didapati telah memasang dan merakamkan aksi-aksi Nasha termasuk aksi aksi bogelnya di dalam rumah beliau antara April hingga Julai 2002. Dalam kes ini, Majistret Ida Hanani Abdul Karim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Ahmad Bakhtiar.  

 

HAK INDIVIDU YANG DILINDUNGI DI BAWAH AKTA HASUTAN (1948) 

Sebilangan perkara yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan secara terbuka. 

Antara perkara yang dianggap sensitif itu termasuklah kedudukan berdaulat Raja-Raja; status Islam sebagai agama Persekutuan; kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; hak istimewa orang Melayu; pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu dan hak-hak lain yang diberikan kepada mereka selepas mendapat taraf itu. Sebahagian besar perkaraperkara itu telah dikategorikan sebagai tidak boleh dipersoalkan di bawah Akta Hasutan pada 1971 selepas terjadinya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. 

Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut boleh disabitkan di bawah Akta Hasutan (1969): 

(i) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut; 

(ii) menyebut apa-apa perkataan menghasut; 

(iii) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa apa penerbitan menghasut; atau 

(iv) mengimport apa-apa penerbitan menghasut, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama 103 didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apa apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang disebut dalam Akta Hasutan ini merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; Perkara 153 pula perizaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu dan Perkara 181 pula perkecualian kedaulatan Raja-Raja. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Hasutan bagi siapa juga yang mempersoalkan perkaraperkara itu.

 

Contoh Kes Melibatkan Akta Hasutan (1948) 

Pihak polis telah menahan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar pada 17 Ogos 1997 bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan bekas Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka ditahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kata-kata berupa hasutan. Mereka bagaimanapun dibebaskan keesokkan harinya apabila keterangan mereka menunjukkan bahawa tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan lebih bergantung kepada andaian serta prasangka. 

 

HAK INDIVIDU YANG DILINDUNGI DI BAWAH AKTA FITNAH (1957) 

Akta Fitnah (1957) adalah akta yang banyak melindungi hak-hak individu terutamanya yang berkait rapat dengan maruah dan imej individu (Suhaini, 2004).

Matlamat undang-undang ini adalah untuk melindungi harga diri plaintif pada pandangan orang lain (Salleh, 1994). 

Ia adalah suatu akta berhubungan dengan undang-undang libel dan slander serta kepalsuan berniat jahat yang lain. Selain Akta Fitnah, prinsip-prinsip common law turut terpakai oleh mahkamah dalam menjelaskan konsep fitnah itu sendiri. Menurut Suhaini (2004) fitnah merupakan kenyataan secara lisan atau bertulis dan bersifat sementara atau kekal. Ia menjejaskan reputasi seseorang dan mendedahkan diri kepada kebencian dan penghinaan diri dalam masyarakat.


Terdapat dua bentuk fitnah iaitu: 

1. Libel

Libel merupakan kenyataan atau representasi fitnah dalam bentuk yang kekal. Ini termasuklah gambar, patung, tulisan, cetakan, tanda atau lambang kepada umum. Penyiaran fitnah menerusi telekomunikasi sama ada melalui radio dan televisyen juga perlu dianggap sebagai libel kerana Seksyen 3 Akta Fitnah 1957 menyatakan bagi maksud undang-undang libel dan slander, penyiaran perkataan-perkataan dengan cara komunikasi radio hendaklah dianggap sebagai penerbitan berbentuk tetap.

 2. Slander 

Slander pula merupakan kenyataan atau representasi fitnah menerusi perkataan atau tindakan (gestures). Untuk berjaya dalam sesuatu tindakan undang-undang, wujudnya kerosakan khas perlu dibuktikan terlebih dahulu.

 

HAK INDIVIDU YANG DILINDUNGI DI BAWAH AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN (1984) 

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) adalah akta yang ditubuhkan untuk mengawalselia penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil penerbitan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 


(6) Apakah hak-hak individu yang dilindungi di bawah Akta Fitnah 1957? 

Akta Fitnah menjamin beberapa hak individu melalui peruntukanperuntukan di bawahnya. Antara lain, ia menjamin maruah dan reputasi individu tidak dicemari oleh individu lain dengan niat jahat. Ia bermatlamat untuk melindungi harga diri plaintif pada pandangan orang lain. Hak individu dilindungi daripada fitnah dalam bentuk kenyataan secara lisan atau bertulis dan bersifat sementara atau kekal selagi ia boleh menjejaskan reputasi seseorang dan mendedahkan individu itu kepada kebencian dan penghinaan diri dalam masyarakat. 


Di Malaysia hak asasi dilindungi di Perlembagaan Persekutuan Bahagian II adalah bahagian khusus yang melindungi sembilan hak asasi manusia iaitu: 

Perkara 5 – Kebebasan diri. 

Perkara 6 – Keabdian dan kerja paksa dilarang. 

Perkara 7 – Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang. 

Perkara 8 – Kesamarataan. 

Perkara 9 – Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak. 

Perkara 10 – Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. 

Perkara 11 – Kebebasan beragama. 

Perkara 12 – Hak berkenaan dengan pendidikan. 

Perkara 13 – Hak terhadap harta.


RUMUSAN 

Di dalam bab ini kita telah mempelajari tentang takrifan hak-hak individu atau juga dikenali sebagai hak privasi. Kita juga telah membincangkan bagaimana hak-hak ini boleh dicabuli terutamanya oleh media massa. Akhir sekali kita juga telah membincangkan secara mendalam tentang akta-akta berkaitan sama ada di luar negara ataupun di Malaysia

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...