(1) Apakah yang anda fahami tentang konsep kebebasan bersuara?
Konsep kebebasan bersuara ialah setiap individu mempunyai hak bersuara dan menyuarakan pendapat. Di bawah ideologi hak asasi manusia, pendapat seseorang tidak boleh disekat dan individu itu berhak memberitahu orang lain mengenai pendapatnya sama ada positif atau negatif. Sebarang tindakan membendung seseorang daripada bersuara dianggap melanggar hak asasi manusia. Kebebasan bersuara juga adalah kebebasan unutk menyatakan pendapat tanpa sekatan, penapisan atau batasan. Ia digunakan untuk pencarian dan penyataan kebenaran, penyampaian maklumat dan pembetulan kepada kepincangan dalam pemerintahan.
KEBEBASAN BERSUARA YANG DIJAMIN OLEH PERLEMBAGAAN
Menurut (Saleem Faruqi, 1992) tidak ada skop khas yang menghadkan kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Secara amnya, kebebasan bersuara adalah hak yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti komunikasi dalam bentuk perkataan, tanda, simbol, gerak tubuh, juga melalui hasil seni, muzik, skulptur, gambar, filem, video, buku, surat khabar dan majalah. Oleh itu, rakyat Malaysia boleh menggunakan saluran-saluran ini untuk menyatakan atau menyebarkan pendapat mereka.
Antara undang-undang tersebut ialah:
(i) Akta Hasutan (1948)
(ii) Akta Fitnah (1957)
(iii) Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960)
(iv) Akta Rahsia Rasmi (1972)
(v) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984)
(2) Kenapakah kebebasan bersuara perlu dihadkan?
Kebebasan bersuara perlu dihadkan kerana pelbagai maksud dan yang paling penting ialah keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral, penghinaan mahkamah, fitnah dan hasutan untuk melakukan jenayah. Dalam kes Malaysia, ia juga perlu dihadkan untuk memelihara keharmonian masyarakat iaitu kebebasan bersuara akan dihadkan jika ia menyentuh isu yang berkaitan dengan bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak watan serta kedaulatan, kuasa prerogatif dan bidang kuasa RajaRaja.
(3) Bagaimanakah kebebasan bersuara dapat dilaksanakan?
Kebebasan bersuara dapat dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai saluran sama ada media cetak, elektronik mahupun media interaktif. Ia juga adalah satu hak yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti komunikasi dalam bentuk perkataan, tanda, simbol, gerak tubuh, juga melalui hasil seni, muzik, skulptur, gambar, filem, video, buku, surat khabar dan majalah.
(4) Apakah tumpuan utama akhbar di negara-negara membangun?
Media di Malaysia dikawal dengan empat cara iaitu UndangUndang, pemilikan, polisi dan juga etika kewartawanan. Antara undang-undang yang memainkan peranan penting dalam menghadkan kebebasan akhbar di Malaysia adalah sebagaimana yang disebutkan di atas tadi iaitu Akta Hasutan (1948), Akta Fitnah (1957), Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984).
Dari segi pemilikan pula, media di Malaysia kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan secara langsung atau tidak. Pemilikan secara langsung adalah apabila kerajaan menguasai agensi media itu sepenuhnya seperti stesen radio dan televisyen rasmi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Cara lain adalah melalui pemilikan saham di dalam syarikat media melalui GovernmentLink Company. Contohnya Utusan Malaysia adalah milik UMNO,The Star milik MCA, dan Tamil Nesan adalah milik MIC. Melalui pemilikan ini, kerajaan mempunyai hak untuk mengawal operasi syarikat media seterusnya menghadkan kebebasan bersuara. Pemilikan juga membawa kepada penghalang seterusnya iaitu polisi. Bezanya, dari segi polisi semua syarikat media samaada milik penuh kerajaan, badan berkanun atau milik swasta akan menetapkan polisi yang kebanyakannya menyokong polisi kerajaan. Oleh itu kebebasan bersuara secara tidak langsung telah dihadkan.
(5) Bagaimanakah media di Malaysia dikawal?
Media di Malaysia dikawal dengan empat cara iaitu UndangUndang, pemilikan, polisi dan juga etika kewartawanan. Antara undang-undang yang memainkan peranan penting dalam menghadkan kebebasan akhbar di Malaysia adalah sebagaimana yang disebutkan di atas tadi iaitu Akta Hasutan (1948), Akta Fitnah (1957), Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984). Dari segi pemilikan pula, media di Malaysia kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan secara langsung atau tidak. Pemilikan secara langsung adalah apabila kerajaan menguasai agensi media itu sepenuhnya seperti stesen radio dan televisyen rasmi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Cara lain adalah melalui pemilikan saham di dalam syarikat media melalui GovernmentLink Company. Contohnya Utusan Malaysia adalah milik UMNO,The Star milik MCA, dan Tamil Nesan adalah milik MIC. Melalui pemilikan ini, kerajaan mempunyai hak untuk mengawal operasi syarikat media seterusnya menghadkan kebebasan bersuara. Pemilikan juga membawa kepada penghalang seterusnya iaitu polisi. Bezanya, dari segi polisi semua syarikat media samaada milik penuh kerajaan, badan berkanun atau milik swasta akan menetapkan polisi yang kebanyakannya menyokong polisi kerajaan. Oleh itu kebebasan bersuara secara tidak langsung telah dihadkan.
HURAIAN AKTA-AKTA YANG BERKAITAN DENGAN KEBEBASAN BERSUARA
Undang-undang ini perlu untuk menjaga keharmonian dan kestabilan negara terutamanya di sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Hal-hal sensitif termasuk hal-hal yang berkaitan dengan bangsa, hak istimewa dan agama tidak sepatutnya dipersoalkan. Di sinilah undang-undang tadi memainkan peranannya.
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (1960)
Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai ISA (Internal Security Act) adalah akta yang paling kerap dikecam sebagai menghalang kebebasan bersuara. Melalui akta ini sesiapa yang melakukan sesuatu yang dijangkakan boleh mengancam keselamatan Negara atau mana-mana bahagiannya boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan dan boleh dilanjutkan sehingga dua tahun. Arahan tersebut tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah. Ini adalah bahagian yang selalu dipertikaikan. (Sila rujuk Bab 10: Tanggungjawab Sosial untuk huraian lanjut berkaitan akta ini).
Hal ini kerana adalah sukar untuk mendefinisikan sama ada sesuatu itu mengancam keselamatan negara atau tidak. Biasanya jika kerajaan berpendapat, atas budi bicara dan kuasanya bahawa sesuatu tulisan itu boleh mengancam keselamatan negara, maka buku atau tulisan itu boleh diharamkan atau tindakan undang-undang akan diambil ke atas penulis terbabit (Kamal Halili, 1990)
AKTA HASUTAN (1948)
Akta Hasutan (1948) pula digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara hanya atas alasan keselamatan dan ketenteraman awam. Kesalahan menghasut bukanlah mudah untuk dibuat dakwaan dan dibuktikan. Walau bagaimanapun dari satu segi Mahkamah dilihat mengutamakan kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam apabila membicarakan kes ini menyebabkan kebanyakan kes diakhiri dengan sabitan (Faridah, 2002).
AKTA FITNAH (1957)
Fitnah adalah sebarang tuduhan yang mendorong kepada merendahkan plaintif di dalam fikiran anggota masyarakat yang berfikiran waras, menyingkirkannya daripada masyarakat atau mendedahkannya kepada kebencian, kehinaan atau kebodohan (Kamal Halili, 1990). Di Malaysia, Akta Fitnah (1957) digunakan bagi menyekat kebebasan bersuara apabila berlaku keadaan di mana kata-kata yang diucapkan boleh menyebabkan reputasi seseorang atau pihak berkenaan terjejas (Sila rujuk Bab 5 – Pelanggaran Hak Individu untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Fitnah, 1957).
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan adalah satu akta yang diperkenalkan untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil penerbitan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
AKTA RAHSIA RASMI 1972
Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah akta yang melindungi apa-apa maklumat dan bahan yang berhubung dengannya termasuklah apa-apa maklumat dan bahan lain yang dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau manamana pegawai awam. Ia didakwa menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan hak bersuara kerana akta berkenaan memberikan kuasa yang luas kepada eksekutif untuk mengklasifikasikan sesuatu maklumat. Tanpa adanya maklumat yang mencukupi sukar untuk hak bercakap dimanfaatkan (Faridah, 2002). (Sila rujuk Bab 10 – Tanggungjawab Sosial) untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Rahsia Rasmi).
(5) Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang berkaitan dengan kebebasan bersuara?
Kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang berkaitan dengan kebebasan bersuara adalah seperti berikut:
(i) Menerbitkan apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.
(ii) Akta ini juga menjelaskan bahawa tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengelilingi atau mengedar atau menawar untuk menerbitkan, menjual, mengelilingi atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura melainkan jika permit telah diberi oleh Menteri berkenaan dengan akhbar itu.
(iii) Adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang mencetak apa-apa akhbar yang berkenaan dengannya permit telah tidak diberi atau permit telah dibatalkan atau digantung atau mengimport, menerbit, menjual, mengelilingi atau mengedar, atau ada dalam miliknya bagi apa-apa juga maksud seperti itu, apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura yang berkenaan dengannya tiada permit telah diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung. Kesalahan berbuat demikian apabila disiabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
(6) Apakah kuasa-kuasa yang diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984?
Kuasa-kuasa yang diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalahseperti berikut:
(i) Seksyen 7 ini memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk melarang percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil pengeluaran dan hasil-hasil pengeluaran masa hadapan penerbit yang berkenaan.
(ii) Menteri berkenaan juga mempunyai kuasa terhadap pemberian atau pembatalan permit penerbitan.
• Mengikut kuasa budi bicaranya, Menteri tersebut boleh memberi kepada mana-mana orang suatu permit untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia atau kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di Singapura suatu permit membenarkan akhbar itu diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia.
• Menteri dengan kuasa memberi, ia juga memberi peruntukan kepada Menteri untuk pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit selama suatu tempoh yang ddifikirkan mustahak.
No comments:
Post a Comment