Terdapat beberapa elemen penting yang anda harus faham sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Elemen-elemen ini dianggap sebagai konsep-konsep asas dalam penyelidikan iaitu pembolehubah, hipotesis dan mendefinisikan konsep. Sebagai seorang penyelidik, anda perlu mahir dalam mengenal pasti pembolehubah yang digunakan dalam kajian, berupaya membentuk atau membina hipotesis yang bersesuaian dan mengujinya serta memahami setiap konsep yang digunakan dalam penyelidikan secara umum dan secara operasional.
1.0 PEMBOLEHUBAH
Apabila menjalankan sesuatu penyelidikan, penyelidikan menggunakan istilah yang tertentu bagi menerangkan bahawa istilah tersebut merupakan sesuatu ‘perkara’ yang mempunyai makna yang ingin dikaji dan merupakan inti pati kepada penyelidikan. Dalam bahasa biasa ‘perkara’ ini sebenarnya ialah ‘subject matter’ yang penyelidikan ingin ketengahkan dan merupakan sesuatu yang penting hingga menyebabkan tercetusnya cadangan untuk menjalankan penyelidikan. Pembolehubah dalam bahasa penyelidikan merupakan konsep, simbol, konstruk, gagasan, idea atau apa sahaja yang menjadi minat penyelidik yang akan diberi nilai atau angka.
Dengan kata lain, pembolehubah boleh berupa apa sahaja berdasarkan kepada tajuk atau masalah kajian. Sekadar (2000) menyatakan bahawa pembolehubah merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan perbezaan atau perubahan kepada sesuatu nilai. Nilai pula boleh jadi berbeza pada satu-satu masa bagi objek atau manusia yang berlainan.
1.0 Pembolehubah Bebas
Pembolehubah ini ialah pembolehubah rangsangan atau input. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang boleh dimanipulasikan dan memberi kesan kepada pembolehubah lain sama ada secara positif atau negatif.
2.0 Pembolehubah Terikat
Pembolehubah ini ialah pembolehubah gerakbalas atau output.
Pembolehubah ini juga sebenarnya merupakan pembolehubah yang
menjadi minat kepada pengkaji dalam penyelidikannya. Dengan kata lain,
ia merupakan pembolehubah yang ingin diukur atau diperhatikan dalam
sesuatu kajian
3.0 Pembolehubah Moderator
Pembolehubah moderatur merupakan pembolehubah yang boleh memberikan kesan kepada perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Kehadiran pembolehubah moderator akan Pengaruh Cahaya Prestasi Akademik Pelajar Pembolehubah Bebas Pembolehubah Terikat 14 mengubah bentuk hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut.
Oleh itu, pembolehubah moderator bolehlah dinyatakan sebagai faktor yang diukur dan dimanipulasikan oleh seseorang pengkaji bagi menentukan sama ada ia memberi kesan atau memodifisikan perhubungan di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat.
4.0 Pembolehubah Mencelah
Pembolehubah mencelah ialah pembolehubah yang muncul di antara masa pembolehubah bebas beroperasi untuk mempengaruhi pembolehubah terikat. Hal ini menyebabkan ia memberi kesan kepada pembolehubah terikat.
Ia juga muncul sebagai fungsi pembolehubah bebas dan membantu menerangkan tentang pengaruh pembolehubah Pengaruh cahaya Prestasi Akademik Pelajar Budaya Pembolehubah Bebas Pembolehubah Terikat Pembolehubah Moderator bebas terhadap pembolehubah terikat.
Pembolehubah ini biasanya hanya
dapat ditafsirkan setelah meneliti kesan pembolehubah bebas terhadap
pembolehubah terikat.
2.0 HIPOTESIS
Setelah mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang tertentu dalam penyelidikan, penyelidikan akan cuba meramalkan sesuatu tentang keputusan penyelidikannya. Ramalan ini sebenarnya dilakukan setelah penyelidik membuat pembacaan atau kajian mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikannya.
Mungkin penyelidikan akan meneliti tentang keputusan hasil kajian yang telah lalu atau membincangkannya dengan pakar-pakar yang lebih arif mengenai penyelidikan yang menjadi minatnya.
SUMBER-SUMBER HIPOTESIS
i) Dengan cara meneliti dan menganalisis kajian-kajian terdahulu, ulasan kajian dan keputusan-keputusan penyelidikan dalam bidang yang sama atau hampir sama.
ii) Berdasarkan praujian atau kajian rintis iaitu maklumat dan keputusan awal diperolehi yang akan dapat membantu membentuk hipotesis yang sesuai.
iii) Berdasarkan teori/model dalam bidang yang sama atau hampir sama.
iv) Berdasarkan pembincangan dengan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan.
v) Berdasarkan pengalaman penyelidik dalam menjalankan penyelidik.
Hipotesis Sifar
Hipotesis ini merupakan pernyataan yang mengandaikan bahawa tidak wujud perbezaan ataupun hubungan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Dengan kata lain, pengkaji mengandaikan bahawa satu pembolehubah tidak memberi kesan, mempengaruhi atau bergantung kepada pembolehubah yang lain.
Biasanya dalam membentuk hipotesis sifar, pengkaji akan menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa perbezaan ataupun hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.
KEGUNAAN HIPOTESIS
(a) Untuk memberi arah kepada penyelidik bagi meninjau penulisan
yang relevan dengan kajian mereka termasuklah bahan-bahan
bacaan yang sesuai serta kajian-kajian lalu yang pernah dijalankan. Dengan cara ini penyelidik akan dapat membuat keputusan sama
ada untuk membentuk hipotesis yang bersifat ataupun alternatif.
(b) Untuk membolehkan pengkaji menjawab objektif kajiannya dengan lebih jelas dan spesifik serta memungkinkan perbincangan lanjutan tentang sebab keputusan yang sedemikian rupa diperolehi kelak. Pembentukan hipotesis merupakan ramalan awal tentang keputusan yang dijangkakan. Sebarang keputusan yang diperolehi akan memungkinkan penyelidik membicarakan keputusan secara lebih terperinci.
(c) Untuk mengenal pasti analisis statistik yang sesuai dan relevan
dengan hipotesis yang akan diuji. Pembentukan hipotesis yang
baik akan mengambil kira jenis statistik yang akan digunakan.
Sekiranya pengujian hipotesis melibatkan alat pengukuran yang
tidak sesuai, maka jenis-jenis analisis statistik yang tertentu tidak
akan dapat dijalankan bagi menguji hipotesis.
No comments:
Post a Comment