Tuesday, 6 October 2020

 

MAKAM LANGBUANA SEBENARNYA MAKAM HANG TUAH | JASIN, MELAKA. MAKAM HANG TUAH YANG SEBENAR DITEMUI SETELAH 500 TAHUN DIRAHSIAKAN.
 
Sumber maklumat diperolehi dari kaedah Ilmu Kebatinan secara Islam (Al-Haq). Petunjuk Dari Zaman Dulu-dulu Dan Penduduk Tempatan Yang Menyatakan Makam Hang Tuah Tidak Bernisan Dan Makamnya Seperti Kubu. 
 
Gelaran Sebenar Hang Tuah Melalui Sumber Batin Di Tempat Tersebut Adalah Paduka Sri Laksamana Hang Tuah Iaitu Gelaran Tertinggi Angkatan Perang Kesultanan Melayu Melaka. Arwah Hang Tuah Sendiri Mengakui Melalui Sumber Batin Ini Suatu Hari Nanti Rakyat Akan Tahu Di Mana Makamnya. Akar Pokok Menutupi Makam Ratusan Tahun Lamanya. 
 
  
 
Sebenarnya Hang Tuah Tidak Lari Dari Melaka Kerana Ada Sebelum Ini Mengatakan Hang Tuah Lari Ke Perak, Riau Ke Bentan Dan Sebagainya Tetapi Tidak Benar, Hang Tuah Masih Kekal Dan Setia Di Melaka Sampai Akhir Hayatnya. Akhir Hayat Hang Tuah Beliau Melepaskan Jawatannya Sebagai Laksamana Dan Menyembunyikan Identiti Asalnya Supaya Rakyat Tidak Mengenali Beliau Kerana Dihujung Hayatnya Beliau Ingin Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT Semata-mata Dan Tidak Mahu Lagi Perkara Dunia. 
 
Hang Tuah Menggunakan Nama Samaran Bagi Menutup Identitinya Dengan Menggunakan Nama Lang Buana Sempena Nama Tongkatnya Iaitu Buana Dan Helang Yang Kerap Bertengkek Atas Tongkaknya Bila Dipacakkan Ke Tanah. Inspirasi Itulah Hang Tuah Mendapat Nama Lang Buana. Semasa Hang Tuah Mengasingkan Diri Di Bukit Pak Andak Dan Mak Andak Orang Yang Menjaga Dan Menyimpan Rahsia Hang Tuah Sampai Akhir Hayat Mereka. 
 
Setiap Hari Mak Andak Menyediakan Makanan Dan Pak Andak Menghantar Makanan Tersebut Ke Bukit Yang Hang Tuah Menyembunyikan Diri. Setelah Mak Andak Dan Pak Andak Meninggal Dunia, Makam Hang Tuah Dijaga Oleh Orang Lain. Hang Tuah Memilih Bukit Tersebut Kerana Bukit Ini Mengadap Gunung Ledang Sekurang-kurangnya Dapat Juga Hang Tuah Dapat Melepaskan Rindunya Terhadap Puteri Gunung Ledang, 
 
Untuk Pengetahuan Semua Puteri Gunung Ledang Adalah Kekasih Hang Tuah Dan Puteri Gunung Ledang Juga Cintakan Hang Tuah Disebabkan Keinginan Sultan Mahmud Shah Memiliki Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah Terpaksa Putus Kasih Dengan Puteri Gunung Ledang Demi Sultan. 
 




Inilah Makam Hang Tuah Yang Terletak Di Kampung Chinchin, Jasin, Melaka. Kena Rahsiakan Penjaga Makam Ini, Itu Permintaannya. Jangan Salah Faham Ya, Dia Bukan Penjaga Ghaib, Dia Manusia. 
 
Kredit Studion Production Ustaz Nazri Salleh.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...