Tuesday, 29 December 2020

PROGRAM RAKAMAN AKTIVITI RAKYAT DAN ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS -INTRO-


 

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Alhamdulillah..

Selesai sudah program Rakaman Aktiviti Rakyat dan Adat Perpatih Mukim Nyalas oleh Melaka TV pada 26.12.2020 di Mukim Nyalas.

Program ini adalah Anjuran Persatuan Pancha Warisan Melaka dengan kerjasama dan sokongan kuat daripada Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas.

Program ini pada asalnya adalah untuk rakaman RTM tetapi setelah PPKPB yang ketat selepas PRN Sabah kerjasama tersebut terhenti namun Alhamdulillah diteruskan bersama Melaka TV , Melaka Hari Ini. 

RAKAMAN PENGHAYATAN ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS BERSAMA MELAKA HARI INI DAN MELAKA TV

MUQADDIMAH

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Adat ini mungkin berumur 3000-4000 tahun berdasarkan dari banyaknya persamaan adat ini dengan orang Polynesia, Micronesia dan Melanesia yang telah berhijrah ke sana dan membawa adat resam ini bersama mereka. Contohnya orang Palau ,salah satu etnik penutur bahasa-bahasa Melayu-Polinesia masih mewariskan harta sepenuhnya kepada anak perempuan dan dijaga oleh anak lelaki, ketua suku dan raja mereka

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah dan Alor Gajah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau. Dan kini kami generasi muda dari Persatuan Pesaka Perpatih Melaka ingin meneruskan kesinambungan dan wasilah bangsa untuk lebih memahami dan mengenali adat perpatih yang bukan hanya diguna dalam majlis perkahwinan tetapi meliputi aspek kehidupan kita.

Berkhodim pula adalah salah satu adat dalam perpatih yang diamalkan untuk penerimaan atau penyatuan dari orang luar untuk bersama sama dengan masyarakat perpatih. Ini adalah sebagai lambang penyatuan dan kerjasama diantara satu sama lain. Bak kata pepatah , Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

InsyaAllah dengan bantuan dari Allah SWT pasti akan memberi kejayaan pada majlis ini melaui pelbagai pihak menghulur tangan untuk membantu meralisasikan program ini.

MATLAMAT

Program rakaman ini adalah untuk memperkenalkan adat , aktiviti dan lokasi menarik yang ada di dalam mukim Nyalas. Ini juga adalah sebagai pengiktirafan kepada anak anak mukim Nyalas kerana mempunyai satu keunikan dan kelainan yang boleh menjadi produk pelancongan dan warisan kepada negeri Melaka

 

SITUASI (1)

TAJUK      : PENERANGAN RINGKAS TENTANG TOK GUBAH DAN MAKAM   YANG BERHAMPIRAN

LOKASI    : KOMPLEKS PEMAKAMAN TOK GUBAH

 

SINOPSIS

MTV akan bertanya berkaitan susur galur sejarah dan pengkisahan Tok Gubah dan yang terlibat dalam pembukaan Mukim Nyalas.

-          Kaitan dengan pawang landas

-          Kaitan dengan mak bidan

-          Kaitan dengan pawang jabbar

-          Kaitan dengan tok machap

-          Peninggalan pusaka tok gubah

Tok Gubah merupakan tokoh / ikon yang UTAMA dalam pembukaan mukim Nyalas dan penempatan di Kawasan Nyalas. Beliau juga merupakan tokoh terpenting dalam susur galur adat perpatih yang diamalkan dalam mukim Nyalas.

 

SITUASI (2)

TAJUK            : AKTIVTI MASYARAKAT MUDA IAITU KOMPANG ADAT /  PERSILATAN / GENDANG

LOKASI           : PERKARANGAN RUMAH DATO MUDA SAMZAINAL ABD KARIM

 

SINOPSIS

MTV akan menemuramah buapak terlibat berkaitan aktiviti anak muda yang berlangsung di dalam MUKIM Nyalas. Akan berlangsung latihan kompang , silat dan gendang di halaman rumah buapak tersebut.

Pasukan Yang Terlibat

-          Kompang Adat Mukim Nyalas

-          Kompang Pancha Warisan

-          Kompang Belia Waja Gubah

-          Silat Kota Sendeng Gelanggang Abbey

-          Silat Lembayung Pelangi Gapis

-          Silat Sendeng Selewar Nyalas

-          Kumpulan Gendang Sidang Dato Haji Mazlan Chahat

 

SITUASI (3)

TAJUK : PENERANGAN RINGKAS BERKAITAN LEMBAGA ADA PERPATIH MUKIM NYALAS

LOKASI           :

 SINOPSIS

MTV akan menemuramah Pengerusi Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas berkaitan dengan pengurusan adat Perpatih di Mukim Nyalas

Sidang Abd Razak      - Pengurusan pentadbiran dan tingkat kuasa dalam Lembaga

Sidang Haji Mazlan     -

 

SITUASI (4)

TAJUK            : KAWASAN MEMPUNYAI UNSUR SPRITUAL DAN BOLEH DIBANGUNKAN UNTUK      REKREASI

LOKASI           : JERAM TOK JANGGUT / BUKIT GAPIS / BUKIT PALEMBANG

 

SINOPSIS

MTV akan menemuramah berkaitan Kawasan yang mempunyai unsur spiritual dan boleh dibangunkan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. MTV Bersama penduduk setempat akan meneroka beberapa tempat untuk sama sama melihat dan mengkaji kesan sejarah dan pembangunan masyarakat setempat.

 

SITUASI (5)

TAJUK : ADAT EPOK EPOK DALAM MEMBUAT JEMPUTAN KEPADA BUAPAK DAN ORANG BIASA DALAM ADAT PERPATIH MUKIM NYALAS

LOKASI           : RUMAH BUAPAK

 

SINOPSIS     

MTV akan menemuramah dan melihat sendiri bagaimana epok epok ini mempengaruhi dalam sistem kehidupan seharian masyarakat di Nyalas. Epok epok digunakan sebagai medium untuk membuat jemputan ataupun melaksanakan hajat seseorang. MTV akan merakamkan bagaimana bermulanya epok epok itu bermula dan bagaimana pengkahiran epok epok tersebut apabila dipulangkan Kembali kepada tuannya.

 

SITUASI (6)

TAJUK            : AKTIVTI MASYARAKAT YANG MASIH LAGI MENYIMPAN BARANG BARANG LAMA SEPERTI KERIS , TOMBAK DSB

LOKASI           : RUMAH IMAM MAHYIDDIEN DAN PROF KHAMIS

 

SINOPSIS

MTV akan menemuramah individu tersebut untuk melihat sendiri bagaimana minat mereka untuk menyimpan dan menjaga barang barang antic atau warisan tersebut. Ini menandakan penduduk mukim nyalas masih lagi sayangkan warisan dan sama2 menjaga warisan dengan baik dan teratur.

 

SITUASI (7)

TAJUK : AKTIVITI WANITA DAN BAGAIMANA ADAT PERPATIH MENJAGA KEBAJIKAN DAN SOSIAL WANITA

LOKASI           : RUMAH IBU SOKO

 

SINOPSIS

MTV akan menemuramah berkaitan kebajikan dan aktivti kewanitaan di dalam mukim nyalas.mengetahui masakan tradisi di mukim nyalas seperti ayam masak lemak cili api , kuih lepat pisang dsb.

 

SITUASI (8)

TAJUK : AKTIVTI KEAGAMAAN DAN KEROHANIAN

LOKASI           : MASJID AL KAUTSAR

BUAPAK TERLIBAT  : BUAPAK HAJI HASHIM

 SINOPSIS

MTV akan menemuramah berkaitan aktivti keagamaan didalam mukim nyalas termasuk lah mengetahui madrasah madrasah yang ada didalam mukim Nyalas iaitu Madrasah Wal Ulum Darul Yamani , Madarasah Darul Al Hidayah dan Madrasah Nur Al Amin.
















































































































(5) MAKLUMAT EKSEKUTIF

 

5.1  TARIKH    : Bulan November dan Disember

5.2  HARI         : Sabtu dan Ahad

5.3  LOKASI     : Mukim Nyalas

5.4  KEHADIRAN        : 500 orang

5.5  PENGLIBATAN    :

·         Pemimpin Tempatan

·         JPKK

·         Pemimpin / organisasi adat (Buapak dsb)

·         Persatuan / Perguruan Silat / Kompang dan NGO

·         Masyarakat dan penduduk kampung.

 

(6) PENUTUP

 

Adalah besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan Negara.

 BERJUANG UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA

WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

 DISEDIAKAN OLEH :

(SUHAIZAN BIN HAJI NOH BKT,PJK,PBB )

Setiausaha

Persatuan Pancha Warisan Melaka

Tel : 017-6876799 / 010-2276799

 

No comments:

Post a Comment

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...