Friday, 31 March 2023
Rumah Demang Abdul Ghani di Merlimau Jasin Melaka
Tuesday, 28 March 2023
Taqqarub Ramadan 2023/1444 Dun Asahan Malam Ke-5
28.03.2023
Taqqarub Ramadan 2023/1444 Dun Asahan Malam Ke-5
Penceramah : Ustaz Mohamad bin Wan Mohd Nor
Lokasi : Masjid Nurul Huda Kg Masjid Baru.
Menelusuri Ibrah Ramadhan
Semuga Allah memberi Keampunan dan Rahmat kepada kita semua
Link Youtube :
Link FB :
(FB) TAQARRUB RAMADHAN MALAM KE 5
Monday, 27 March 2023
Jadual Taqarub Ramadhan Untuk Minggu Kedua
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah..sudah keluar jadual taqarub ramadhan untuk minggu kedua.
pengalaman baru kepada saya kerana dapat peluang untuk berkhidmat sebagai pengelola dalam majlis taqarub dibawah anjuran JAIM.
Alhamdulillah ada juga yang panggil saya ustaz dan ada juga ingat saya penceramah.
namun saya tetap bersyukur dengan peluang yang ada ini dan saya cuba jalankan dengan sebaik mungkin untuk memudahkan orang lain dan mereka mereka yang ingin menghadiri majlis ilmu ini.
Syukor Ramadhan..
Sunday, 26 March 2023
Majlis Taqqarub Ramadhan Malam Ke 01 hingga 03
24.03.2023
Friday, 24 March 2023
Majlis Taqqarub Ramadhan Kembali
Majlis Taqqarub Ramadhan Kembali untuk mengisi malam malam Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Jom hadir ke majlis ke masjid-masjid atau surau-surau yang telah dijadualkan oleh pihak JAIM. Semuga memberi berkat kepada kita semua
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam LailatulQadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu”
Alhamdulillah
SALAM 1 RAMADHAN 1444 / 23.03.2023
Assallammualaikum
UCAPAN PEMBUKAAN PENGELOLA PROGRAM TAQARUB RAMADHAN
Bismillahhirrahmanirrahim
Assallammualaikum wmt wbt , Salam Melakaku Maju Jaya , Rakyat Bahagia , Menggamit Dunia
Salam Malaysia Madani
Yang Berusaha , Pengerusi Masjid / Surau
Yang berusaha , Pengerusi JPKK
Yang Berusaha , Tuan Imam Masjid / Surau
Yang berbahagia , Tuan Penceramah
Seterusnya ketua-ketua adat , Sidang / buapak , Barisan Jawatankuasa Surau / Masjid , saf kepimpinan taman / kampung , seterusnya hadirin hadirat yang dimuliakan Allah sekalian.
Terlebih dahulu kita mengucapkan syukor kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang Nya kita dapat berkumpul di bulan penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadan , dan malam ini kita terus dicurahi dengan Rahmat Allah kerana kita berada dalam satu majlis ilmu yang penuh berkat iaitu Taqarub Ramadhan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka. Tahniah kepada masjid / surau ini kerana terpilih untuk mengadakan program ilmu ini.
Di dalam bulan ini, Allah banyak menurunkan rahmah, memberikan pengampunan dan menyediakan jaminan pembebasan hambaNya daripada api neraka. Tidak cukup dengan itu, Allah SWT juga menutup pintu neraka, membelenggu pergerakan syaitan dan membuka seluas-luasnya pintu syurga.
Dengan tidak melengahkan masa , dengan ini saya menjemput Ustaz….. untuk meneruskan majlis taqarub Ramadhan pada malam ini. Dengan segala hurmatnya dipersilakan…
Terimakasih diucapkan kepada ustaz diatas taqarub Ramadhan yang telah disampaikan tadi, semuga ilmu yang kita kongsi Bersama ini akan memberi berkat dan sampaikanlah apa yang tahu dan pelajari tadi kepada keluarga kita , sahabat kita dan mereka yang tidak sempat hadir pada malam ini.
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam LailatulQadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu”
Semuga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat keberkatan Ramadhan.
Dengan itu kita tangguhkan majlis kit aini dengan Tasbih Kifarah dan surah Wal Asr
Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.
Assallammualaikum wmt wbt
Monday, 20 March 2023
20.03.2023 - HARI ISNIN YANG PENUH SEMANGAT
20.03.2023
Alhamdulillah hari ini menghadiri SK Nyalas untuk bersama sama dengan GB menyambut kehadiran anak anak murid ke sekolah sebagai pembukaan sessi baru bagi tahun ini.
Syukor kepada Allah atas izinNya
Assallammualaikum
TERIMAKASIH PERWAKILAN YANG MENGUNDI
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah , keputusan telah diperolehi selepas pemilihan pada 18.03.2023. TERIMAKASIH kepada perwakilan yang telah memilih set DEMI ALOR GAJAH untuk menerajui UMNO Bahagian Alor Gajah. Terimakasih tidak terhingga kepada perwakilan yang telah mengundi saya seramai 400 orang untuk saya terpilih menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah.
Tahniah YB Fairul Nizam , Dato Mustapa dan YB Zahari atas kejayaan ini.
TAHNIAH SEMUA
Ketua Bahagian
DRL - 176
YB Fairul - 406
Rosak - 5
Timb Ketua Bahagian
Azerol - 153
Dato Mus - 425
Rosak - 6
Naib KB
Norman - 46
YB Zahari - 355
Dato Ghafar - 181
Friday, 17 March 2023
Pilihlah calon yang ikhlas bekerja untuk parti dan Rakyat
Wednesday, 15 March 2023
YAB KETUA MENTERI MELAKA KESAL
YAB KETUA MENTERI MELAKA KESAL DENGAN CALON YANG SEWENANG WENANGNYA MENGGUNAKAN NAMA YAB KM DAN DATUK SERI ABD RAUF SEMATA MATA MERAIH UNDI PERWAKILAN DI PERINGKAT BAHAGIAN DAN INI ADALAH PENAFIAN YAB KM DAN DS RAUF TERLIBAT DALAM MENAJA ATAU MENYOKONG MANA MANA INDIVIDU DALAM PEMILIHAN UMNO DI PERINGKAT BAHAGIAN BAHAGIAN..
KEMPEN SECARA SIHAT , BERJIWA BESAR DAN BERDIRI ATAS KAKI (KEUPAYAAN) SENDIRI..
DEMI UMNO ALOR GAJAH
Tuesday, 14 March 2023
Kami Mempunyai Matlamat Dan Misi Jelas
15.03.2023
Monday, 13 March 2023
Selamat bersidang
Assallammualaikum
Selamat bersidang kepada semua perwakilan cawangan UMNO Bahagian Alor Gajah pada 18.03.2023 untuk melunaskan tanggung jawab kita selaku Ahli Parti UMNO.
Semuga Allah menyatukan hati hati kita Demi Membina Masa Depan UMNO Alor Gajah yang Gemilang.
DEMI UMNO ALOR GAJAH
Kalau Mencari Tempat Mandi
Pertama Telok Kedua Pantai
Jika ingin memilih pemimpin sejati
Pertama Elok kedua Pandai
Ikhlas
Suhaizan Haji Noh
Calon Jawatankuasa UMNO ALOR GAJAH
No Calon 31
Menifestasi Jiwa Merdeka
https://yangfaqir.blogspot.com/?m=1
https://vt.tiktok.com/ZS8Xeer8U/
Sunday, 12 March 2023
Majlis Khatam Tapak Hijau dan Penangguhan Latihan Gelanggang
Majlis Khatam Tapak Hijau dan Penangguhan Latihan Gelanggang
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Ramadhan hampir tiba dan ada gelanggang silat yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis khatam dan penangguhan gelanggang.
Pada minggu lepas sempat menghadiri majlis khatam dan penangguhan gelanggang anjuran Perguruan Seni Silat Kota Sendeng.
Pada 4.3.2023 Gelanggang Tanjung Kling telah mengadakan majlis tersebut dan gelanggang bemban heights pada 11.03.2023.
Didoakan semuga mereka dipermudahkan segala urusan dan terus menerus bersemangat untuk melestarikan warisan bangsa ini.
Terimakasih.
Setinggi tinggi TAHNIAH
Wednesday, 8 March 2023
Asas Penubuhan Kelab
Asas Penubuhan Kelab
Kami juga sedar bahawa tugas kami bukan sekadar HANYA MENGIKUT tetapi kami sebenarnya diberi peluang untuk menjadi Duta Kecil Tapak Warisan Dunia di Melaka untuk terus memperkenalkan dipersada antarabangsa. Bagi kami kelab ini bukan seperti kelab-kelab yang lain tetapi disinilah peluang kami disinilah tempat yang betul untuk kami meningkatkan prestasi diri kami dalam menjaga , melestarikan dan memperkenalkan warisan sejarah tapak warisan dunia yang ada di negeri melaka. Bagaimana hanya ingin mengekalkan TAPAK warisan dunia jika tanpa pengisiannya.. pengisian melalui aktiviti budaya , aktiviti adat warisan kerana ditapak inilah 800 tahun yang dulu telah berdiri megah sebuah empayar islam melayu yang cukup tersohor sehingga menggamit penjajah untuk menakluk melaka. Ketamadunan inilah yang perlu kita rungkai bersama melalui pengetahuan sejarah dan minat dan kasih yang mendalam untuk sama sama kita hargai warisan sejarah ini.. Kerana SEJARAH tidak pernah melupakan BANGSA tetapi BANGSA yang selalu melupakan SEJARAH.
Akhir kata , saya bermohon kepada ahli kelab selepas ini rajin2lah selak buku sejarah dan ensklopedia supaya pemahaman kita lebih jelas berkaitan sejarah dan terimakasih tidak terhingga kepada Melaka World Heritage Office yang menjadi Rakan Strategik kami yang paling akrab , dan TERIMAKASIH semua sbb inilah kerana MELAKA ini HEBAT adalah kerana KITA SEMUA ORANG MELAKA.
SUHAIZAN HAJI NOH
Pengerusi
Kelab Sukarelawan dan Kebajikan Warisan Melaka
8.3.2023
BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA
Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...
-
7.1.2 KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi p...
-
24.4.2024 Kenangan bersama Almarhom Dato Sidang Haji Mazlan bin Chahat Mazlan Chahat , Setiausaha Lembaga Adat Perpatih Mukim Nyalas yang ...
-
Etika deskriptif menurut Mohd. Nasir Omar (1986), ialah satu disiplin yang menerangkan tentang sejarah sistem moral, iaitu apakah...