Wednesday, 8 March 2023

CUMA INGINKAN PELUANG DEMI SEBUAH PERJUANGAN DALAM MENCARI REDHO ALLAH


 Assallammualaikum wmt wbt


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan kesihatan dan umur untuk diberi peluang menawarkan diri sebagai Calon Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah. Pengalaman saya selaku Pen Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah (2008-2013) dan Juga Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan (2008-2013) dan setelah itu saya juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah (2014-2017).

 Saya juga pernah 2 kali tewas dalam Pemilihan Pemuda UMNO iaitu pada 2008 sebagai Jawatankuasa Pemuda Bahagian dan 2014 sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Namun saya terus cekal dan setia bersama UMNO walaupun pernah tewas dalam pemilihan UMNO itu sendiri. 

Rekod saya sebagai orang yang kalah namun masih lagi terus berdiri dalam perjuangan UMNO. Setia saya pada UMNO tidak akan terpadam dan terus bersedia untuk berkhidmat demi sebuah perjuangan yang suci di dasari Al Quran dan As Sunah.


Dan pada kali ini saya terus melangkah untuk menjadi calon sebagai Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah dan penuh komited dan bersedia untuk berbakti pada masyarakat.
Saya bersedia dan memilih untuk menjadi Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Alor Gajah sekiranya diberi peluang menjadi Jawtankuasa UMNO nanti.


Semuga segala hasrat akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Usaha , Doa dan Tawakal.

SUHAIZAN HAJI NOH

CALON NO 31 

Semangat MERDEKA 31 OGOS

No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...