Friday, 24 March 2023

UCAPAN PEMBUKAAN PENGELOLA PROGRAM TAQARUB RAMADHAN


 

Bismillahhirrahmanirrahim

Assallammualaikum wmt wbt , Salam Melakaku Maju Jaya , Rakyat Bahagia , Menggamit Dunia

Salam Malaysia Madani

Yang Berusaha , Pengerusi Masjid / Surau

Yang berusaha , Pengerusi JPKK

Yang Berusaha , Tuan Imam Masjid / Surau

Yang berbahagia , Tuan Penceramah

Seterusnya ketua-ketua adat , Sidang / buapak , Barisan Jawatankuasa Surau / Masjid , saf kepimpinan taman / kampung , seterusnya hadirin hadirat yang dimuliakan Allah sekalian.

Terlebih dahulu kita mengucapkan syukor kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang Nya kita dapat berkumpul di bulan penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadan , dan malam ini kita terus dicurahi dengan Rahmat Allah kerana kita berada dalam satu majlis ilmu yang penuh berkat iaitu Taqarub Ramadhan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka. Tahniah kepada masjid / surau ini kerana terpilih untuk mengadakan program ilmu ini.

Di dalam bulan ini, Allah banyak menurunkan rahmah, memberikan pengampunan dan menyediakan jaminan pembebasan hambaNya daripada api neraka. Tidak cukup dengan itu, Allah SWT juga menutup pintu neraka, membelenggu pergerakan syaitan dan membuka seluas-luasnya pintu syurga.

Dengan tidak melengahkan masa , dengan ini saya menjemput  Ustaz….. untuk meneruskan majlis taqarub Ramadhan pada malam ini. Dengan segala hurmatnya dipersilakan…

Terimakasih diucapkan kepada ustaz diatas taqarub Ramadhan yang telah disampaikan tadi, semuga ilmu yang kita kongsi Bersama ini akan memberi berkat dan sampaikanlah apa yang tahu dan pelajari tadi kepada keluarga kita , sahabat kita dan mereka yang tidak sempat hadir pada malam ini. 

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam LailatulQadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu”

Semuga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat keberkatan Ramadhan.

Dengan itu kita tangguhkan majlis kit aini dengan Tasbih Kifarah dan surah Wal Asr

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka. 

Assallammualaikum wmt wbt

No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...