Tuesday, 14 March 2023

Kami Mempunyai Matlamat Dan Misi Jelas

 15.03.2023

Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Dengan rasa rendah diri , Saya Suhaizan Haji Noh bersama sahabat sahabat yang amat saya kasihi bersedia untuk menawarkan diri untuk menerajui saf kepimpinan UMNO Alor Gajah. Kami mempunyai matlamat dan misi yang jelas iaitu mengembalikan kegemilangan UMNO dan menyusun strategi juga kekuatan untuk UMNO/BN menghadapi Pilihanraya nanti.
Kesediaan kami menawarkan diri kali ini adalah Demi UMNO Alor Gajah dengan menampilkan pemimpin berkarisma , berbakat dan kreadibiliti yang tinggi. Lihatlah track record pimpinan kami yang selama ini telah bekerja keras dan berkorban demi rakyat dan masa depan Alor Gajah.
Semuga perwakilan memilih kami dan kami diizinkan oleh-Nya untuk memimpin UMNO Alor Gajah dibawah naungan kekuasaan-Nya.
Usaha , Doa , Tawakal
Demi UMNO Alor Gajah




No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...