Assallammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Melaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia
Salam Melaka Bandaraya Warisan Dunia
Terimakasih Tuan Pengacara Majlis , Tuan Muhammad Firdaus Bin Abdul Razak
Yang Berusaha Puan Erne Hamsah , Pengurus Besar Melaka World Heritage Office yang juga merupakan Penasihat Kelab
Yang Berbahagia Encik Yeow Chin Chai Pengarah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka
Naib Pengerusi Kelab Encik Zaini bin Muhamad
Seterusnya barisan JK Kelab Kesukarelaan dan Kebajikan Warisan Negeri Melaka dan hadirin hadirat sekalian.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama sama hari ini untuk sama sama melakar sejarah bagi Menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kesukarelaan dan Kebajikan Warisan Negeri Melaka Bil 1 selepas penubuhannya semasa PKP yang lepas.
Tahniah dan syabas kepada perwakilan semua kerana hari ini kita bersama sama menunaikan tanggung jawab untuk menghadiri Mesyuarat pada malam ini. Dan dikesempatan ini juga saya mengucapkan TAHNIAH kepada Jawatankuasa yang telah dipilih tanpa sebarang pertandingan. Ini merupakan amanah bersama terhadap tanggung jawab dan tugas yang perlu kita galas bersama bagi menjamin matlamat kelab kita ini TERCAPAI.
Terlebih dahulu kami Jawatankuasa Kelab merakamkan jutaan terimakasih kepada Puan Erne bin Hamsah selaku Penasihat Kelab kami yang telah banyak membantu dalam menjayakan segala aktiviti dan program yang dijalankan. Dari tapak warisan sehinggalah ke tengah pulau yang telah banyak memberi kami pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sebenarnya tidak akan dapat di mana mana tempat lain.
Kami juga sedar bahawa tugas kami bukan sekadar HANYA MENGIKUT tetapi kami sebenarnya diberi peluang untuk menjadi Duta Kecil Tapak Warisan Dunia di Melaka untuk terus memperkenalkan dipersada antarabangsa. Bagi kami kelab ini bukan seperti kelab-kelab yang lain tetapi disinilah peluang kami disinilah tempat yang betul untuk kami meningkatkan prestasi diri kami dalam menjaga , melestarikan dan memperkenalkan warisan sejarah tapak warisan dunia yang ada di negeri melaka. Bagaimana hanya ingin mengekalkan TAPAK warisan dunia jika tanpa pengisiannya.. pengisian melalui aktiviti budaya , aktiviti adat warisan kerana ditapak inilah 800 tahun yang dulu telah berdiri megah sebuah empayar islam melayu yang cukup tersohor sehingga menggamit penjajah untuk menakluk melaka. Ketamadunan inilah yang perlu kita rungkai bersama melalui pengetahuan sejarah dan minat dan kasih yang mendalam untuk sama sama kita hargai warisan sejarah ini.. Kerana SEJARAH tidak pernah melupakan BANGSA tetapi BANGSA yang selalu melupakan SEJARAH.
Akhir kata , saya bermohon kepada ahli kelab selepas ini rajin2lah selak buku sejarah dan ensklopedia supaya pemahaman kita lebih jelas berkaitan sejarah dan terimakasih tidak terhingga kepada Melaka World Heritage Office yang menjadi Rakan Strategik kami yang paling akrab , dan TERIMAKASIH semua sbb inilah kerana MELAKA ini HEBAT adalah kerana KITA SEMUA ORANG MELAKA.
Salah silap harap dimaafkan..
Kalau Roboh Kota Melaka
Papan dijawa hamba dirikan
Mari Semua Bekerjasama
Seni dan Warisan Kita Hidupkan
Pulau Pandan Jauh ketengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Walau Hancur Empayar Dibaham Penjajah
Hati Merdeka Tetap Hidup Juga
Sekian terimakasih.
SUHAIZAN HAJI NOH
Pengerusi Penaja
Kelab Kesukarelaan dan Kebajikan Warisan Negeri Melaka
No comments:
Post a Comment