Friday, 31 March 2023

Rumah Demang Abdul Ghani di Merlimau Jasin Melaka


 

31.03.2023
Menghargai Warisan Bangsa di Rumah Demang Abdul Ghani di Merlimau Jasin Melaka.
Semuga ukhuwah yang tercipta akan membentuk pasukan kerja yang mantap dan berwibawa..
TAHNIAH Melaka kerana hari ini mendapat Ketua Menteri yang baru..







Tuesday, 28 March 2023

Taqqarub Ramadan 2023/1444 Dun Asahan Malam Ke-5

 


28.03.2023

Taqqarub Ramadan 2023/1444 Dun Asahan Malam Ke-5

Penceramah : Ustaz Mohamad bin Wan Mohd Nor

Lokasi : Masjid Nurul Huda Kg Masjid Baru.

Menelusuri Ibrah Ramadhan

Semuga Allah memberi Keampunan dan Rahmat kepada kita semua

Link Youtube :


TAQARRUB RAMADHAN MALAM KE 5


Link FB :

(FB) TAQARRUB RAMADHAN MALAM KE 5




Monday, 27 March 2023

Jadual Taqarub Ramadhan Untuk Minggu Kedua

 

Assallammualaikum dan salam perjuangan


Alhamdulillah..sudah keluar jadual taqarub ramadhan untuk minggu kedua.

pengalaman baru kepada saya kerana dapat peluang untuk berkhidmat sebagai pengelola dalam majlis taqarub dibawah anjuran JAIM.

Alhamdulillah ada juga yang panggil saya ustaz dan ada juga ingat saya penceramah.

namun saya tetap bersyukur dengan peluang yang ada ini dan saya cuba jalankan dengan sebaik mungkin untuk memudahkan orang lain dan mereka mereka yang ingin menghadiri majlis ilmu ini.

Syukor Ramadhan..




Sunday, 26 March 2023

Majlis Taqqarub Ramadhan Malam Ke 01 hingga 03




24.03.2023

Majlis Taqqarub Ramadhan Malam Ke 01
Tempat : Surau Az Zakirin Pekan Selandar Penceramah : Ustaz Syed Norhafiz bin Tengku Syed Nasarudin





25.03.2023
Majlis Taqqarub Ramadhan Malam ke 02
Tempat : Surau Al Ihsan Taman Nyalas Permai
Penceramah : Ustaz Adam bin Badrulhisham






26.03.2023
Majlis Taqqarub Ramadan Malam Ke-03
Tempat : Surau Al Abidin Kg Abbey
Penceramah : Ustaz Mohamad bin Wan Mohd Nor





Friday, 24 March 2023

Majlis Taqqarub Ramadhan Kembali



Majlis Taqqarub Ramadhan Kembali untuk mengisi malam malam Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Jom hadir ke majlis ke masjid-masjid atau surau-surau yang telah dijadualkan oleh pihak JAIM. Semuga memberi berkat kepada kita semua


“Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam LailatulQadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu”

Alhamdulillah

SALAM 1 RAMADHAN 1444 / 23.03.2023





 Assallammualaikum


Salam Perjuangan

Alhamdulillah

Syukor kepada Allah atas izinNya
RAMADHAN kian menjelma..Ibadah Puasa akan bermula..
Saya dengan rendah diri dan penuh syukor dan ingin memohon maaf atas segala salah dan silap yang telah saya lakukan baik disengaja atau pun tidak disengaja, dan semoga kita semua mendapat keberkahan dari-Nya.
Amin YRA.

SUHAIZAN HAJI NOH

1RAMADHAN 1444 23.3.2023

UCAPAN PEMBUKAAN PENGELOLA PROGRAM TAQARUB RAMADHAN


 

Bismillahhirrahmanirrahim

Assallammualaikum wmt wbt , Salam Melakaku Maju Jaya , Rakyat Bahagia , Menggamit Dunia

Salam Malaysia Madani

Yang Berusaha , Pengerusi Masjid / Surau

Yang berusaha , Pengerusi JPKK

Yang Berusaha , Tuan Imam Masjid / Surau

Yang berbahagia , Tuan Penceramah

Seterusnya ketua-ketua adat , Sidang / buapak , Barisan Jawatankuasa Surau / Masjid , saf kepimpinan taman / kampung , seterusnya hadirin hadirat yang dimuliakan Allah sekalian.

Terlebih dahulu kita mengucapkan syukor kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayang Nya kita dapat berkumpul di bulan penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadan , dan malam ini kita terus dicurahi dengan Rahmat Allah kerana kita berada dalam satu majlis ilmu yang penuh berkat iaitu Taqarub Ramadhan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka. Tahniah kepada masjid / surau ini kerana terpilih untuk mengadakan program ilmu ini.

Di dalam bulan ini, Allah banyak menurunkan rahmah, memberikan pengampunan dan menyediakan jaminan pembebasan hambaNya daripada api neraka. Tidak cukup dengan itu, Allah SWT juga menutup pintu neraka, membelenggu pergerakan syaitan dan membuka seluas-luasnya pintu syurga.

Dengan tidak melengahkan masa , dengan ini saya menjemput  Ustaz….. untuk meneruskan majlis taqarub Ramadhan pada malam ini. Dengan segala hurmatnya dipersilakan…

Terimakasih diucapkan kepada ustaz diatas taqarub Ramadhan yang telah disampaikan tadi, semuga ilmu yang kita kongsi Bersama ini akan memberi berkat dan sampaikanlah apa yang tahu dan pelajari tadi kepada keluarga kita , sahabat kita dan mereka yang tidak sempat hadir pada malam ini. 

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam LailatulQadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu”

Semuga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat keberkatan Ramadhan.

Dengan itu kita tangguhkan majlis kit aini dengan Tasbih Kifarah dan surah Wal Asr

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka. 

Assallammualaikum wmt wbt

CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT UGIK MELAKA

  1.0 PENGENALAN “Mali siparappe, rebba sipatoktok, malilu sipakainga.” (Hanyut saling mendamparkan, rebah saling menegakkan, khilaf saling...