Monday, 17 July 2023

PROGRAM PENGKADERAN DAN LATIHAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH 2023





Assallammualaikum , Salam Perjuangan

Jangan lupa !!!


PROGRAM PENGKADERAN DAN LATIHAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH 2023


⏩PROGRAM PENGKADERAN DAN LATIHAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH SIRI 1/2023

✅AJK WANITA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

✅KETUA WANITA UMNO CAWANGAN


▶️Tarikh : 22 Julai 2023 ( Sabtu )

▶️Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

▶️Tempat : Kolej Komuniti Selandar

▶️Kehadiran : Diwajibkan

▶️Pakaian : Bebas

_________________________________

⏩PROGRAM PENGKADERAN DAN LATIHAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH SIRI 2/2023

✅AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

✅AJK PUTERI UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

✅KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN

✅KETUA PUTERI UMNO CAWANGAN


▶️Tarikh : 23 Julai 2023 ( Ahad )

▶️Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

▶️Tempat : Kolej Komuniti Selandar

▶️Kehadiran : Diwajibkan

▶️Pakaian : Bebas

Wednesday, 12 July 2023

PROGRAM MAJLIS SILATURRAHIM GURU GURU SILAT MELAKA SEMPENA MELAKA HERITAGE FESTIVAL

 







PROGRAM MAJLIS SILATURRAHIM GURU GURU SILAT MELAKA SEMPENA MELAKA HERITAGE FESTIVAL

 

Tarikh               : 9 Julai 2023 / Ahad  

Masa                : 4.00 petang

Lokasi               : Jalan Kota Banda Hilir Melaka

 

Aturcara

 

4.00 petang                   :- Pendaftaran Guru-guru Silat / pesilat

4.30 petang                   :- Bacaan Doa Perasmian

4.35 petang                   :- Ucapan Alu-aluan , Encik Suhaizan Haji Noh (Pengerusi Kelab   

                                          Sukarelawan dan Kebajikan

    Warisan Negeri Melaka

4.40 petang                   :- Ucapan Perasmian Ybhg Puan Erne binti Hamsah (Pengurus Besar

                                          Melaka World Heritage Sdn Bhd)

4.45petang                    :- Majlis Penyampaian cenderamata kepada Guru / Wakil Perguruan

5.00 petang                   :- Majlis Persembahan Seni Silat

                                    :- Pembukaan Gelanggang oleh

-       Prof Madya Mohd Ariff Mat Hanafiah

-       Guru Zamrabie Sujaie

-       Pak Syeikh Maulana Abdullah Sani

-       Guru SB Afied Bin Buang

-       Guru Abd Aziz bin Md Said

 

5.15 petang                   :- Persembahan silat Kumpulan 1

1.Silat Sendeng Malaysia / Sg Terap

2.Pukulan Mat Kelang

3.Akademi Panji Alam

4.Seligi Tunggal Melaka

5.Pertubuhan Silat Seni Spelet Gunung Jati Melaka

6.Pertubuhan Seni Pencak Silat Pusaka Jelawai Negeri Sembilan

                                       7.Persatuan Seni Silat Seligi Putra

                                       8.Seni Silat Gayong Harimau

 

5.30 petang                   :- Persembahan Silat Kumpulan 2                     

                                      1.Perguruan Gerak Tok Anjang MASAGA

                                      2.Pengamal Gayung Fatani Melaka

                                      3.Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia PSSGM

                                      4.Seni Silat Jawa Pulut

                                      5.Pertubuhan Silat Samudera Melaka PESSAME

                                      6.Pertubuhan Seni Silat Pusaka Jawa Sendeng

                                      7.Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan

                                      8. Silat Panji RIA

 

5.45petang                    :- Persembahan Silat Kumpulan 3         

                                      1.Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka

                                      2.Seni Silat Sendeng Malaysia / Melaka

                                      3.Seni Gerak Warisan Lian Melaka

                                      4.Sendeng Malaysia / Muar

                                      5.Silat Kunci Melayu Melaka SIKUME

                                      6.Silat Setia Bakti

                                      7.Seligi Tunggal Angkatan

                                      8. Seni Silat Sendeng Tg. Beringin

 

6.00 petang                   : Majlis Penutupan oleh Guru Guru Silat / Wakil Perguruan

 

SILAT WARISAN NEGARA





Silat telah disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tanpa Kemanusiaan Ketara (intangible cultural heritage in humanity) milik negara ini oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengiktirafan ini telah diberikan pada sesi ke-14 Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Perlindungan Warisan Budaya bersidang di Bogota, Colombia pada 12 Disember 2019. Ini adalah “pengiktirafan kelas dunia untuk silat disenaraikan oleh UNESCO di bawah kategori warisan budaya tidak ketara”. 

Pengiktirafan dari UNESCO secara tidak langsung dapat menarik perhatian Malaysia di mata dunia kerana ia juga mencerminkan komitmen negara dalam memelihara warisan budayanya.

Sunday, 2 July 2023

Melaka Heritage Festival 2023

 


Melaka Heritage Festival 2023


Dijemput hadir semua untuk memeriahkan program program yang disediakan


#Warisan Untuk Generasi

Tempat : Jalan Kota , Banda Hilir Melaka 


Tarikh : 7.7.2023 / Jumaat

3.00 petang - 6.00 petang :- Pameran / Persembahan Kebudayaan


Tarikh : 8.7.2023 / Sabtu

3.00 petang - 6.00 petang :- Pameran / Persembahan Kebudayaan

- Tarian pelbagai etnik

- Seni beladiri (silat/silambam/wushu)

- Permainan tradisional

- Jualan dsb


Tarikh : 9.7.2023 / Ahad

3.00 petang - 6.00 petang :- Pameran / Persembahan Kebudayaan

- Tarian pelbagai etnik

- Seni beladiri (silat/silambam/wushu)

- Permainan tradisional

- Jualan dsb


4.00 petang : Majlis Silaturrahim Guru-guru Silat Melaka


8.30 malam : Melaka Heritage Celebration sempena Ulangtahun ke 15 Melaka Bandaraya Warisan Dunia (Unesco)

Friday, 30 June 2023

Majlis Silaturrahim Guru Silat Melaka sempena Melaka Heritage Festival 2023





Assallammualaikum dalam Perjuangan

Jemputan ke Majlis Silaturrahim Guru Silat Melaka sempena Melaka Heritage Festival 2023

Tarikh : 9 Julai 2023 / Ahad

Masa : 4.30 petang

Tempat : Jalan Kota Banda Hilir Melaka (Depan A Farmosa)

Anjuran : Persatuan Kebajikan dan Warisan Negeri Melaka Bersama Melaka World Heritage Office

Pakaian : Busana Tradisional / Baju Silat


Aturcara

4.00 petang :- Daftar Kehadiran

4.30 petang :- Ucapan Alu-aluan

4.45 petang :- Persembahan Silat

5.45 petang :- Penyampaian cenderahati dan sijil

6.00 petang :- Bersurai


#MelakaBandarayaBersejarah

#MelakaTapakWarisanDunia

#SilatWarisanNegara

#Unesco


Mohon hadir dan nyatakan bilangan kehadiran

1. Cikgu Suhaizan Noh - Silat Kota Sendeng (10 orang)

2. Cikgu Yusof - GTA MASAGA (10 orang)

3. Mohd Ariff - Gayung Fatani  (20 org)

4. Cikgu Zulkifli - Gayong (10 orang)

5. Cikgu Md Fuad Bin Safar Ladin - Seni Silat Jawa Pulut (1 orang)

6. Cikgu Siti - Pertubuhan Silat Samudera Melaka PESSAME  (10 orang)

7. Cikgu Omar Manan - Pertubuhan Seni Silat Pusaka Jawa Sendeng (30 org)

8. Cikgu Khairul Azha A.B. - Pertubuhan Silat Seni Spelet Gunung Jati  Melaka. ( 1 org  ).

9. Cikgu Sulaiman bin Abdullah - Pukulan Mat Kelang (3 orang)

10. Cikgu Shahfiq-Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia (10 orang)

11. Cikgu Aziz bin Md Said-Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka(10 org)

12. Sir Zul-Naning - Seni Silat Gayong Harimau (2 org)

13. Cikgu Mohd Faries - Silat Pusaka Jelawai (8 orang)

14. Cikgu Masrizal Rahmat- Seni Silat Sendeng Malaysia (10 orang)

13. Cikgu Norhizad Bin Mustapha (cikgu boy) -seni gerak warisan Lian Melaka (10 orang)

14. Cikgu Zam - Seligi Tunggal Melaka - (5 orang)

15. Cikgu Ahmad Rashid Ahmad Nordin - Sendeng Malaysia / Muar (2 org)

16. Ustaz Abdul Razak Hassan - Akademi Panji Alam - 10 orang

17. Cikgu Sham - Silat Panji RIA (3 orang)

18. Cikgu Taufeq - Silat Sendeng Malaysia / Sg Tetap (10 orang)

19. Cikgu Radeñ Rahmat - Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan (2 org)

20. Cikgu Raof Atan - Seligi Tunggal Angkatan (2)

21. Cikgu S.B.Afeid - Silat Kunci Melayu Melaka SIKUME (10 org)

22. Cikgu Omar - Seni Silat Setiabakti Melaka(6 org)




Sunday, 18 June 2023

KAJIAN TEMPATAN TINGKATAN1 - A FAMOSA MELAKA DAN SENI BINA RUMAH MELAKA



Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɐ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

A Famosa merupakan nama menara yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511.[1] A Famosa sebahagian daripada Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) yang mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau katelum (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.



Kenali rumah tradisional Melaka
Rujuk :- Harian Metro24 Dec 2016

TANGGA batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.
tradisional Melayu asli di negeri bersejarah ini dikenali sebagai rumah Melaka dengan bentuk bumbung panjang.Pada bentuk bumbungnya juga terdapat unsur seni bina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau. Tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.

Biarpun pelbagai tafsiran dibuat mengenai pembinaan asas rumah tradisional ini, strukturnya adalah sama.
Sama ada jenis perabung panjang (bumbung panjang), rumah bujang, rumah tiang dua belas, rumah Minangkabau, rumah limas, rumah baju kurung, rumah bumbung Perak, rumah kutai atau rumah serambi Melaka, ciri-ciri asas dan elemen utamanya adalah sama.

Mempunyai tiang berlapik batu, bumbung curam, berloteng, dapur di bahagian belakang, tangga di bahagian hadapan dan bahan binaan yang sama.Perbezaan ketara adalah pada bentuk bumbung, perabung dan jumlah tiang utamanya.Di Melaka terdapat dua jenis rumah tradisional iaitu jenis rumah serambi atau rumah Melaka atau rumah bumbung Melayu dan jenis rumah perabung limas atau bumbung limas.

Rumah Melaka mempunyai tiga jenis, yang terkecil dinamakan rumah bujang iaitu struktur bangunannya terdiri daripada enam batang tiang utama.Jenis sederhana dinamakan rumah berbandung dua, terdiri daripada dua belas batang tiang utama.Sementara jenis yang terbesar dinamakan rumah berbandung tiga terdiri daripada 16 batang tiang utama.

Rupa bentuk fizikal rumah Melaka dapat diperjelaskan sama ada secara menegak atau melintang.Secara menegak bentuk rumah Melaka dapat dibahagikan kepada tiga penggalan iaitu penggalan tiang, penggalan badan dan penggalan bumbung.Sementara secara melintang, terdiri daripada unit komponen iaitu ruang serambi dan anjung, ibu rumah dan rumah dapur.

Di antara ibu rumah dan dapur dipisahkan selang atau pelantar. Penggalan tiang bermula daripada pangkal tiang hingga ke paras lantai.Kayu tiang dipilih daripada jenis yang baik supaya tidak mudah dirosakkan serangga. Biasanya tiang rumah dibuat daripada kayu kempas, cengal, merbau atau damar laut.

Tiang dilapik dengan batu alas sementara struktur penting pada penggalan tiang adalah kayu rasuk dan gelegar.Kayu rasuk dikenali sebagai rasuk panjang dan rasuk pendek. Seterusnya kayu yang panjang dihubungkan dari tiang ke tiang melalui lubang pada tiang.

Penggalan tiang juga mempunyai kayu gelegar disusun berbaris di atas rasuk panjang.Cara susunan adalah melintang atas rasuk pendek. Di atas rasuk pendek dan gelegar itulah disusun papan lantai.

Sementara bendul pula antara perhiasan pada bangunan. Ia antara kayu kerangka yang memberi ketahanan pada struktur bangunan.Pintu dan tingkap menjadi sebahagian daripada dinding. Rumah Melaka menggunakan beberapa pintu iaitu pintu hadapan rumah, pintu di pelantar (selang) dan pintu di belakang rumah.

Tingkap juga sebahagian dinding yang boleh dibuka tutup dan berfungsi untuk pengedaran udara serta pencahayaan.Rumah Melaka ada banyak tingkap yang dibuka ke arah luar. Jika tingkap memanjang ke lantai, di bawahnya dipasang kisikisi.


Tuesday, 13 June 2023

Teruslah Berjuang Untuk Diri-Kamu yang Kamu Kenali...

 


Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya dapat kita meneruskan kehidupan ini dengan tenang , damai dan tenteram. Semua rasa ini bermula dari hati kerana bila kita merasakan syukor dengan apa yang ada dan kerana kita sedar semuanya itu bukan milik kita kerana semuanya adalah milik Allah. Semua yang ada ini adalah merupakan pinjaman dari Allah SWT. semua kenikmatan dan kesusahan yang kita rasa ini semuanya datang dari Nya..

Semuga segalanya ini akan memberikan kebaikan dan keberkatan kepada kehidupan kita yang penuh pancaroba dan dugaan hidup yang datang dari Yang Maha Sempurna.

Kita menyedari semua apa yang ada dalam alam fana ini ada kehidupan masing masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang dinamakan Sunnatullah. Pokok , binatang , batu , kayu , daun dan sebagainya dan semuanya itu tidak terlepas dari kekuasaan dan kehendak Yang Maha Kaya.

Dan manusia atau insan ini telah terpilih selaku khalifah di muka bumi ini untuk terus beribadah kepada Allah dengan segala nikmat dan kelengkapan yang telah Allah sediakan di muka bumi ini. Kita semua adalah hamba Allah dan kewajiban kita adalah taat , tunduk , patuh dan terus beribadah kepada Allah SWT. Menghurmati sesama makhluk kerana kita semua adalah kejadian Nya , dan dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali.

Semuga dengan picisan yang sedikit ini memberi refresh kepada kita bersama untuk melihat dan merenung kembali dimana keberadaan kita sekarang samada kita leka dalam nikmat dunia yang sementara ini atau kita terus senantiasa mengingatiNya Penguasa Sekalian Alam.

Kasih Sayang dan Rahmat-Mu senantisa kita dambakan...

Ya Rahman , Ya Rahim


yangFaqir

14.06.2023



CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT UGIK MELAKA

  1.0 PENGENALAN “Mali siparappe, rebba sipatoktok, malilu sipakainga.” (Hanyut saling mendamparkan, rebah saling menegakkan, khilaf saling...