Wednesday, 29 January 2020

Eksotik bawa bala

 a man using a laptop computer sitting on top of a table: GAMBAR Hiasan


https://www.msn.com/en-my/news/berita/eksotik-bawa-bala/ar-BBZskHt?li=BBr8Hnu&ocid=ACERDHP17

mimbar@hmetro.com.

KORONAVIRUS ialah spesies virus tergolong dalam sub famili Coronavirinae dalam famili Coronaviridae dalam order Nidovirales.

Ia sejenis virus yang membawa penyakit di dalam kategori zoonosis.
Zoonosis mudah merebak dengan cepat di antara haiwan dan manusia.
Koronavirus ini adalah virus yang beredar pada beberapa haiwan termasuk ular, kelawar dan juga katak.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat (AS) menegaskan bahawa virus ini sangat signifikan dengan kelawar.
Islam adalah agama yang mementingkan aspek kesihatan dan pencegahan penyakit.
Islam melarang memakan haiwan liar yang mendatangkan penyakit termasuk makanan eksotik kerana ia mungkin pembawa penyakit sekali gus mampu menjangkiti manusia dan membunuh.
Firman Allah SWT: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.” Surah Al-Maidah (ayat 3)
Maka jelas kepada kita bahawa haiwan liar haram dimakan kerana ia boleh merosakkan sistem biologi manusia.

Kini, Wuhan adalah kota pertama terjadinya virus yang melanda dunia pada hari ini.
Hal ini terjadi mungkin diakibatkan oleh budaya mereka yang gemar menikmati juadah eksotik
tanpa mengira sesetengah haiwan liar pembawa kepada virus tertentu.
Berdasarkan hadis bermaksud: “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.” Hadis Riwayat Muslim (No. 1934) dan Abu Daud (No. 3803)

Larangan ini mengandungi hikmah untuk penjagaan kesihatan insan dan menjaga sistem biologi manusia agar tidak rosak oleh virus yang mungkin timbul daripada badan haiwan liar ini.
Allah SWT mengharamkan haiwan liar terbabit kerana membawa keburukan kepada manusia.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.” Surah Al-A’raf (ayat 157)
Apabila terjadinya wabak penyakit, Nabi Muhammad SAW melarang migrasi.

Ini memberi gambaran bahawa penduduk di sesuatu kawasan yang terkena sesuatu penyakit berjangkit dilarang keluar dari tempatnya dan orang luar dilarang masuk.
Ini langkah pencegahan agar virus ini tidak merebak secara meluas dan hikmah tindakan Rasulullah SAW itu memberi gambaran secara jelas menerusi bahasa moden yang disebut sebagai kuarantin.
Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai wabak penyakit menyarankan agar migrasi dihentikan serta-merta di mana saja dan baginda pernah bersabda dengan maksud: “Jika kamu mendengar taun (wabak penyakit) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Hadis ini mengajar kita mengenai tindakan dalam bahasa moden sebagai kuarantin agar penyakit atau wabak ini tidak tersebar secara meluas.
Penulis adalah Felo Pusat Naratif Menangani Extremism Kekerasan (CONCAVE), Institut Pengajian Islam dan Strategik (ISSI)
Nota penyunting/editor: Artikel ini ialah pandangan penulis, seperti yang disiarkan oleh pembekal maklumat kami, dan tidak mewakili pandangan MSN atau Microsoft.
© New Straits Times Press (M) Bhd

MESYUARAT JAWATANKUASA PSSKS BIL 1/2020




Alhamdulillah pada 26 Januari 2020 telah berjaya berlangsung mesyuarat Jawatankuasa PSSKS Bil 01/2020 di Restoren KFC Jasin. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid.

Banyak perkara dapat dibincangkan untuk memastikan kelancaran perjalanan persatuan pada tahun 2020. Komitmen yang baik daripada jawatankuasa adalah baik dan perlu dalam membantu menjayakan sebarang aktiviti yang dirancang pada tahun ini.

Kami berharap agar apa yang dibincangkan akan menjadi kenyataan dan kekal menjadikkan PSSKS sebagai persatuan silat yang aktif dan berdaya saing.
InsyaAllah.


*Jemputan Mesy Jawatankuasa PSSKS Bil (1) 2020*

Tarikh :- 26 Januari 2020
Hari :- Ahad
Masa :- 8.30 mlm
Tempat :- Tkt Atas , Restoren Kentucky Fried Chiken (KFC),Bandar Baru Jasin III
Pengerusi :- Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid
Pakaian :-Koporat

Agenda Mesy
1) Kata Alu2an Tuan Guru Utama
2) Perbincangan Eksekutif
- Pembentangan Laporan Aktiviti
- Pembentangan Laporan Kewangan
- Pembentangan Aktiviti Gelanggang
- Cadangan aktiviti 2020
3) Hal2 lain
4) Penutup 





Monday, 20 January 2020

LIMA ELEMEN PENTING DALAM PENYERTAAN AWAM

Image result for rakyat malaysia


The Community Development Society’s  telah mengklasifikasikan pernyataan awam kepada lima elemen penting iaitu 

(1) Promote active and representative participationtowards enabling all community members to meaningfully influence the decisions that affect their lives.
 
*** Menggalakkan penyertaan aktif dan wakil yang membolehkan semua ahli komuniti 
mempengaruhi keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka secara bermakna
 
(2)  Engage community members in learning about and understanding community issues 
and the economic, social, environmental, political and others with alternative courses of action. 
 
*** Melibatkan ahli komuniti dalam mempelajari dan memahami isu-isu komuniti dan ekonomi, 
sosial, alam sekitar, politik dan lain-lain dengan kursus tindakan alternatif.
 
(3)  Incorporate the diverse interests and cultures of the community in the community 
development process. 
 
*** Menggabungkan minat dan budaya masyarakat di dalam masyarakat proses pembangunan
 
(4) Work actively to enhance the leadership capacity of community members, leaders 
and groups within the community.
 
*** Bekerja secara aktif untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan anggota komuniti, 
pemimpin dan kumpulan dalam masyarakat.
 
(5)Be open to using the full range of action strategies. 
 
*** Bersedia untuk menggunakan pelbagai strategi tindakan.

Konsep Virtuous Administrator seorang pegawai awam

 




Konsep Virtuous Administrator seorang pegawai awam


Rujukan : http://ilmiahonline2017.blogspot.com/2017/08/konsep-virtuous-administrator-seorang.html
 
 Konsep Virtuous Administrator seorang pegawai awam
1.         Pengenalan
Menurut Zainal (2003) penerapan etika dalam perkhidmatan awam bermula pada tahun 1979. Perkhidmatan awam merupakan institusi yang penting dalam mana-mana kerajaan kerana ia dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan semua dasar, aspirasi dan peraturan demi pembangunan rakyat dan seterusnya negara (Rozita dll, 2008). Ini menunjukkan perkhidmatan awam saling berkait dengan rakyat dan negara. Menurut Zainal (2003) pula, perkhidmatan awam yang bertanggungjawab secara langsung dengan hal ehwal pembangunan, modenisasi dan kemajuan perlu kepada satu pendekatan sebagai panduan arah tuju dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.
Elemen yang terpenting dalam mengurus tadbir negara adalah pembuatan keputusan awam yang merujuk kepada penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan untuk memenuhi kepentingan rakyat (Azmi & Ariffin, 2015).
Proses memajukan pentadbiran pengurusan sektor awam adalah merupakan tanggungjawab semua anggota dalam sektor awam serta ahli-ahli pentadbiran Kerajaan (Zainal, 2003). Menurut Toffler (1986), etika merupakan penyesuaian diri terhadap sesuatu ukuran atau standard yang telah ditetapkan dalam sesuatu profesion mahupun dalam kumpulan. Manakala Buchholz (1989) menyatakan bahawa etika merupakan suatu pemahaman tentang apa yang boleh membentuk kehidupan yang baik dan sesuatu tindakan yang boleh membantu dalam mencapai kehidupan yang lebih sempurna.
2.         Virtuous Administrator
Pentadbir virtuous ialah pentadbir untuk rakyat dan begitu juga sebaliknya. Pentadbir ini dilantik oleh rakyat untuk bertindak bagi pihak mereka dalam mengejar kebaikan bersama yang diperolehi melalui komuniti politik. Dalam kata lain, pentadbir adalah pemegang amanah kerajaan kepada rakyat yang ditugaskan menjalankan autoriti bagi pihak komuniti politik dan juga rakyatnya. Oleh yang demikian, pentadbir dan rakyat adalah terikat di mana pentadbir akan terus memberikan khidmat untuk tujuan kebaikan bersama selagi masih bertugas. Pentadbir untuk rakyat juga menghormati rakyat yang terdiri daripada pelbagai komuniti. Kepelbagaian komuniti yang terdapat di Malaysia menjadi lambang kepada komuniti politik yang sihat di Malaysia.
Dalam konteks perkhidmatan awam, setiap kakitangan awam khususnya yang berurusan secara langsung dengan pelanggan atau orang ramai dikehendaki menunjukkan sikap yang mesra dan tutur kata yang lembut, tetapi bukannya sikap yang ego, sombong dan tutur kata yang kasar. Jika ini berjaya dilakukan, maka ia akan sekaligus dapat memberikan gambaran awal tentang nilai yang ada atau dimiliki oleh penjawat-penjawat awam. Di samping itu, penjawat awam juga perlu peka kepada etika profesionalisme dan mempraktikkannya. Malah, nilai-nilai berkecuali juga perlu ada dalam diri seorang penjawat awam demi tanggungjawab, peranan dan keperluan dalam perkhidmatan awam agar tidak akan berlaku masalah perpecahan dan konflik dalam melaksanakan tugas. Pentadbir untuk rakyat boleh menjalankan autoriti secara pentadbiran yang indirect di mana pentadbiran polisi harus menggunakan hubungan komuniti yang ada dan menguatkan hubungan komuniti dalam seluruh masyarakat dengan autoriti.
Pentadbir yang baik tidak menggunakan kuasa sebagai keutamaan untuk mentadbir rakyat, sebaliknya menekankan kepada amalan perkongsian kuasa. Jesteru itu, pentadbir awam seharusnya berkongsi kuasa dengan rakyat untuk kebaikan bersama. Pentadbir yang menggunakan kuasa untuk mentadbir rakyat adalah pentadbir yang tidak virtuous. Hal ini kerana pentadbir virtuous menjalankan tugas untuk membawa kebaikan bersama terutamanya kepada negara dan rakyat. Kuasa atau lebih dikenali sebagai autoriti hanya digunakan apabila nilai yang dimiliki oleh rakyat sahaja tidak dapat membendung tingkahlaku dalam semua aspek kehidupan bersama  maka perlu arahan autoriti untuk cuba memaksa rakyat bertindak demi kebaikan bersama. Kepelbagaian komuniti mempunyai kepelbagaian tingkahlaku. Oleh itu adalah pentingnya autoriti untuk mengawal komuniti yang pelbagai dan gelagat individu yang pelbagai.
2.1       Semangat awam
Nilai pertama iaitu nilai semangat awam adalah merujuk kepada keseimbangan yang perlu ada dalam pentadbiran bagi memuaskan hati semua pihak.  Pada dasarnya, setiap individu mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri . dalam keadaan ini nilai semangat awam memainkan peranan penting yang mana pentadbir untuk rakyat  tersebut perlu berhadapan dengan keadaan di mana mereka perlu untuk memenuhi kehendak sesuatu pihak atau individu, namun dalam masa yang sama dia juga perlu mengambil bersat nilai serta keadaan orang lain dalam menjalankan sesuatu tugas atau tindakan bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
Disebabkan keadaan ini, pentadbir untuk rakyat ini akan bertindak untuk menyeimbangkan keadaan pelbagai pihak. Situasi ini menyebabkan terdapat unsur tolak ansur dari pihak pentadbir untuk rakyat terhadap kehendak sesetengah pihak. Dengan kata mudahnya pentadbir awam berhadapan dengan kehendak daripada pihak atasan atau superior dan dalam masa yang sama pentadbir awam ini perlu untuk mengambil kira keadaan orang bawahan atau masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Jika dilihat daripada konsep perjawatan yang telah dipilih iaitu ketua polis daerah mereka sememangnya berada pada posisi center antara masyarakat dan juga pihak atasan mereka. Nilai semangat awam ini dilihat apabila mereka perlu melaksanakan sesuatu tugas dengan mengambil kira keadaan semua pihak termasuk orang bawahan dan juga masyarakat. sebagai contoh, ketua polis daerah ini diarah untuk mengendalikan “ops Aidilfitri” di kawasan yang diselia oleh pihak atasan Polis diRaja Malaysia (PDRM).  Perkara ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan masyarakat pada musim  hari raya. Bagi menjalankan tugasan ini, ketua polis daerah perlu untuk memberi arahan kepada orang bawahan mereka untuk memastikan ops yang dijalankan berjalan dengan lancar.
Namun konflik mungkin berlaku sekiranya pihak bawahan ini tidak berpuas hati dengan arahan yang diberikan. Oleh hal yang demikian ketua polis daerah ini perlu mengagihkan tugasan dengan adil dan saksama kepada anggota-anggota bawahan mereka agar anggota bawah mereka dapat merasakan keadilan arahan daripada pihak atasan. Keadaan ini boleh diibaratkan  seperti menangkap dua ekor dengan satu batu yang mana, mereka boleh menjalankan arahan yang diberi oleh pihak atasan dalam masa yang sama dia mampu untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak bawahan sekali gus dapat memenuhi keperluan masyarakat dari segi keselamatan.
2.2       Berhati-hati
Nilai kedua yang perlu dimiliki oleh pentadbir awam ialah berhati-hati atau prudence. Prudence merupakan antara nilai yang penting yang perlu ada pada setiap pentadbir awam. Nilai ini merupakan satu nilai kebijaksanaan yang praktikal dan kebolehan mencapai matlamat yang baik melalui cara yang baik. Secara umumnya, nilai ini merujuk kepada nilai dalaman yang ada dalam diri setiap pentadbir awam di samping dengan kepakaran ilmiah untuk melakukan tugasan hakiki mereka. Nilai dalaman tersebutmerujuk kepada keupayaandan prinsip mereka dalam mengendalikan situasi-situasi yang timbul.
2.3       Mengutamakan nilai-nilai rasional
Integriti merupakan satu nilai amalan yang amat penting bagi sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem penyampaian perkhidmatan sesuatu organisasi. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada sektor perkhidmatan awam Malaysia terutamanya dalam agensi penguatkuasaan undang-undang negara seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai sebuah pasukan keselamatan negara, PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan nilai integriti dalam kalangan anggota polis demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara. Namun menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (2014) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (2014) telah menunjukkan PDRM memperoleh bilangan aduan yang tinggi daripada masyarakat berkenaan kemerosotan dalam sistem penyampaian perkhidmatan iaitu melibatkan tahap integriti dalam organisasi PDRM. Kertas ini akan memfokuskan dua faktor utama yang mempengaruhi integriti dalam agensi PDRM iaitu budaya organisasi dan integriti individu. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengetahui bentuk-bentuk pemantapan integriti dalam kalangan anggota polis dan faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelanggaran nilai integriti. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu temubual berstruktur, soal selidik terhadap 760 anggota serta pegawai PDRM yang sedang berkhidmat di Negeri Perak, serta kajian perpustakaan melalui buku dan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan terdapat percanggahan para sarjana dalam menentukan kedua-dua faktor tersebut terhadap tahap integriti anggota polis. Namun begitu, faktor budaya organisasi dilihat lebih relevan dalam menjelaskan permasalahan integriti dalam kalangan anggota PDRM kerana mempunyai pengaruh yang besar terhadap perubahan sikap dan perilaku.
Pelan Integriti Nasional 2004 (PIN 2004) mentakrifkan integriti sebagai kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu serta berteraskan prinsip-prinsip yang mempunyai keteguhan kepada integriti dan amalan bermoral. PIN 2004 yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia merupakan sebuah garis panduan terhadap pelaksanaan nilai integriti dalam sektor awam. Pelaksanaan pelan ini adalah selari dengan usaha untuk melakukan pembaharuan prinsip moral yang tinggi dalam kalangan penjawat awam serta bertujuan untuk meningkatkan tahap keberkesanan institusi-institusi awam khususnya institusi penguatkuasaan; sekaligus melahirkan pentadbiran yang telus dan licin dalam menyampaikan khidmatnya kepada masyarakat umum. Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah satu diantara institusi-institusikeselamatan negara yang menjadi perhatian dalam pelan tindakan ini oleh pihak kerajaan.Institusi kepolisanselain ketenteraanmerupakan institusi keselamatan yang utama dalam memelihara keselamatan negara, khususnya berkaitan dengan hal ehwal kestabilan keselamatan dan keamanan dalaman negara. Sejajar dengan peranan kepolisan sebagai pelaksana undang-undang serta memiliki bidang kuasa yang luas, penerapan nilai-nilai integriti menjadi salah satu elemen penting bagi memastikan tanggungjawab tersebut dilaksanakan mengikut laras-laras yang sudah ditetapkan oleh Perlembagaan dan menjunjung semangat undang-undang . Justeru, pelaksanan PIN 2004 dapat dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan PDRM supaya lebih berkesan bersandarkan kepada pengamalan nilai-nilai integriti yang bertepatan dengan norma masyaraka
3.1.1   Budaya organisasi dan integriti
Rasionalnya, kedua-dua hal tersebut adalah saling bertindak balas antara satu dengan yang lainnya yang mana di satu pihak, budaya organisasi merupakan aspek struktural yang mengambil bentuk konkritnya sebagai himpunan individu dalam sebuah unit hierarki yang mempunyai matlamat dan peranan yang jelas; manakala integriti pula merupakan aspek organik yang berbentuk abstrak yakni nilai-nilai yang perlu ada dalam setiap ahli organisasi bagi mendukung organisasi tersebut. Oleh hal yang demikian, dapat disebutkan bahawa dinamiknya sesebuah organisasi atau individu dalam organisasi adalah bergantung kepada persekitaran budaya tempat kerja yang disertai oleh ahli organisasi dan pengaruhnya terhadap nilai integriti yang dimiliki oleh ahli organisasi tersebut.
3.1.2   Budaya organisasi
Budaya berperanan sebagai teras kepada sesebuah organisasi iaitu elemen eksklusif yang mengandungi set-set perilaku tertentu yang kemudiannya menjadi norma kepada organisasi tersebut. Budaya organisasi menetapkan panduan, sama ada rasmi atau tidak rasmi, bagi mewujudkan keseragaman dalam kalangan ahlinya untuk melicinkan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran. Hal ini dilaksanakan dalam bentuk prosedur-prosedur tertentu serta melibatkan aspek tingkah laku termasuklah cara bekerja, berpakaian, dan berinteraksi sesama ahli organisasi. Budaya organisasi penting bagi memastikan disiplin setiap ahli terjaga di samping bertindak sebagai kod etika utama yang mengiktiraf individu tertentu sebagai ahli dalam organisasi tersebut. Selaku teras kepada organisasi, kod etika utama ini berperanan sebagai dasar yang memastikan komunikasi serta hubungan sesama ahli dapat berlangsung dengan lancar. Schein (1985) menjelaskan bahawa budaya organisasi merupakan suatu bentuk kecenderungan psikologi yang dimiliki oleh individu dalam organisasi. Kecenderungan psikologi ini adalah hasil daripada proses asosiasi yang dilalui oleh individu dalam organisasi dan selanjutnya menjadi faktor utama yang mempengaruhi pertimbangan serta tindakan yang dilakukan oleh individu-individu tersebut. Pendapat Schein ini turut diperkukuhkan oleh dapatan kajian Denison et.al (2012) yang mentakrifkan budaya organisasi sebagai corak nilai, kepercayaan, dan jangkaan yang dikongsi oleh setiap individu yang berada dalam sesebuah organisasi tertentu. Dapat ditanggapkan bahawa tingkah laku ahli kepada sesebuah organisasi banyak dipengaruhi oleh set-set panduan yang telah ditetapkan dan iaberlandaskan kepada kod etika utama yang menjadi tunjang operasi.
Hal ini bertepatan dengan saranan Michael Armstrong (2009) berkenaan pengaruh budaya organisasi terhadap perilaku individu. Budaya organisasi, bagi beliau, dibentuk melalui elemen-elemen nilai, keyakinan, norma, dan sikap yang mana kesemua elemen ini sekaligus menentukan perilaku-perilaku yang perlu dipatuhi oleh individu dalam organisasi. Berdasarkan kepada pendekatan tersebut, budaya organisasi yang telah terbentuk kemudiannya dapat digunakan untuk menyelia serta menguruskan ahli organisasi tersebut bagi memenuhi keperluan serta kepentingan organisasi di samping mengelakkan daripada berlakunya konflik dalaman yang mampu memudaratkan organisasi.
Budaya organisasi bertindak sebagai tunjang kepada kelangsungan sesuatu organisasi, perlu berfungsi dengan lancar bagi memastikan kelicinan organisasi tersebut. Justeru, sebagai suatu bentuk kod etika, budaya organisasi bertindak sebagai konsep nilai yang diyakini, boleh dipelajari, diterapkan,serta dikembangkan secara berterusan. Robbins & Judge (2011) menjelaskan bahawa budaya organisasi mengandungi enam fungsi utama yang berperanan untuk memastikan kelancaran dan kelangsungan sesebuah organisasi iaitu (1) sebagai panduan cara berperilaku; (2) merangsang rasional ahlinya; (3) membentuk imej dan identiti; (4) menuntut komitmen; (5) menyatukan ahlinya; dan (6) membentuk sikap berdasarkan visi dan misi yang telah ditetapkan oleh organisasi. Dalam pemahaman yang sama, kajianJames & Connoly (2009) terhadap 12 buah sekolah yang memiliki prestasi akademik yang baik di London mendapati wujud tiga asas utama dalam hubungan antara budaya organisasi dengan pembelajaran berkumpulan pelajar. Hasil kajian tersebut memperlihatkan tiga elemen utama dalam budaya organisasi yang memacu prestasi sekolah tersebut iaitu staf-staf di sekolah yang terlibat mengamalkan cara pengurusan yang cekap, penglibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan, dan mempunyai guru besar yang berpengaruh. Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dilihat bahawa antara aspek penting yang menjamin kelancaran sesebuah organisasi ialah pengamalan set perilaku atau etika yang menggalakkan komunikasi antara ahli organisasi melalui keterlibatan dalam proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan, serta mempunyai struktur hierarki yang jelas. Pengaruh budaya organisasi terhadap ketinggian integriti ahli organisasi dijelaskan oleh Cameron & Quinn (2011) melalui kajian yg dilakukan terhadap pekerja dalam bidang pengeluaran.
3.1.3   Integriti
Integriti merupakan persoalan yang penting bagi sesebuah organisasi, khususnya melibatkan organisasiorganisasi perkhidmatan awam yang menjadi wakil kepada kerajaan dan sentiasa berurusan secara langsung dengan masyarakat. Secara umumnya, integriti dapat ditanggapi sebagai satu set sistem atau norma dalam sesebuah organisasi yang mengandungi ketetapan-ketetapan perilaku dan nilai tertentu yang harus dipatuhi oleh setiap ahli organisasi tersebut. Dalam bahasa lain, perilaku dan nilai ini dapat juga disebutkan sebagai etika dan moralyang mana kedua-duanya menjadi pertimbangan penting dalam satusatu penilaian yang hendak dilakukan terhadap sesebuah organisasi atau individu yang terlibat dengan organisasi tersebut. Ringkasnya, persoalan etika dan moral ini menyentuh perihal kaedah pelaksanaan yang diambil oleh sesebuah organisasi (serta ahli didalamnya) bagi menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Dalam konteks yang lebih khusus, persoalan integriti kebiasaannya akan terkait dengan perilaku atau tanggungjawab yang harus dipraktikkan oleh seseorang individu dalam organisasi yang disertainya. Integriti merupakan tunjang kepada pencapaian hasil kerja yang berkualiti yang telah diamanahkan kepada seseorang individu atau sesebuah organisasi. Ianya juga bertepatan dengan ciri-ciri bersepadu dan menyeluruh yang dianjurkan dalam sesebuah organisasi (Ab. Rahman, 2005). Integriti dapat digambarkan melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni yang terserlah melalui tindakan-tindakan yang diambil oleh seseorang individu (Jamiah et.al, 2005). Tanggungjawab dan komitmen moral individu, disiplin kod etika pekerja dalam organisasi, dan pematuhan warga terhadap sistem undang undang negara (Grant, 2010; Sulaiman, 2006) yang menjadi teras kepada nilai integriti ini dibangunkan bersesuaian dengan nilai komuniti setempat masyarakat dalam sesebuah negara (Pattison & Edgar, 2011).
3.1.4   Integriti dalam pasukan polis
Badan kepolisan merupakan antara badan penguatkuasaan yang sering menjadi tumpuan para sarjana, khususnya yang cuba melihatnya dalam konteks hubungan kekuasaan. Memandangkan badan kepolisan merupakan institusi yang utama dan mempunyai pengaruh besar dalam soal keselamatan domestik negara serta dekat dengan pusat kekuasaan, adalah penting untuk dilakukan kajian komprehensif terhadap struktur organisasi polis. Hal ini tidak sahaja bermatlamatkan untuk membentuk institusi polis yang berkesan dan telus, tetapi juga berperanan untuk mencari sebuah mekanisme yang tepat bagi menjelaskan kelompangan-kelompangan yang wujud dalam badan kepolisan. Jika ditelusuri, terdapat percanggahan pendapat antara sarjana berkenaan persoalan integriti polis. Di sebelah pihak, faktor penurunan integriti polis adalah disebabkan oleh struktur dan budaya organisasi polis itu sendiri; manakala di sebelah pihak yang lain, ianya disebabkan oleh faktor individu yang disandarkan kepada kepentingan peribadi.
Sejajar dengan pengurangan perhatian yang diberikan terhadap penggunaan pendekatan individualistik dalam mengkaji penyelewengan polis, pendekatan kajian kumpulan mula digunakan oleh ahli sosiologi dan ahli kaji jenayah. Pendekatan kajian kumpulan ini memberikan tumpuan kepada konteks sosial di mana berlakunya peningkatan penyelewengan dan salah laku polis (Stoddard, 1968). Pendekatan organisasi memperuntukkan tiga ciri penyimpangan yang wujud dalam kebanyakan jenis pekerjaan iaitu (1) struktur peluang dan teknik-teknik yang memungkinkan pelanggaran peraturan; (2) sosialisasi melalui pengalaman atau jenis pekerjaan; dan (3) pengukuhan dan galakan daripada rakan-rakan sekerja (Barker & Carter, 1994: 47). Anggota polis berhadapan dengan dua persekitaran kerja dalam satu-satu masa iaitu persekitaran pekerjaan dan persekitaran organisasi. Persekitaran pekerjaan ialah aktiviti yang melibatkan interaksi antara seseorang anggota polis dengan masyarakat sekitarnya, termasuklah potensi-potensi bahaya yang wujud ketika anggota tersebut melakukan tugasan luar; manakala persekitaran organisasi pula merupakan interaksi yang berlaku dalam organisasi polis itu sendiri iaitu hubungan berbentuk hierarki dengan pegawai atasan serta ketidaktentuan peranan polis dalam pengurusan pengawasan (Terril et. al., 2003). Keadaan ini kemudiannya memungkinkan kewujudan struktur peluang serta teknik pelanggaran peraturan rentetan daripada kelompangan-kelompangan yang wujud dalam pengurusan pengawasan sekaligus membenarkan penyelewengan untuk berlaku (Barker & Carter, 1994). Misalnya, tugasan luar yang dilakukan oleh anggota polis termasuklah berhubungan dengan pesalahlaku undang-undang yang berpotensi untuk merasuah anggota tersebut bagi mengelakkan daripada ditahan. Sosialisasi melalui pengalaman pekerjaan juga menjadi punca utama kepada kecenderungan untuk melakukan penyelewengan. Proses sosialisasi ini dapat dipecahkan kepada empat tahap iaitu: (1) anggota polis secara individu berkongsi tugas yang sama; (2) kemudiannya mereka membangunkan interaksi yang berterusan sesama anggota, khususnya mereka yang terlibat dalam bahagian tugas yang sama; (3) hal ini seterusnya menjurus kepada penciptaan identifikasi identiti berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil tersebut; dan (4) perkongsian identiti tersebut selanjutnya membina sebuah norma tidak rasmi yang dipraktikkan oleh ahli-ahli yang berada dalam kumpulan tersebut (Barker & Carter, 1994). Pembentukan kelompok-kelompok kecil serta pengukuhan norma tidak rasmi yang tidak baik mampu mempengaruhi kelancaran dan integriti anggota-anggota polis dalam sesebuah organisasi. Dominasi kelompok yang cenderung untuk melakukan salah laku dan melanggar etika kepolisan mampu untuk mewujudkan tekanan kepada anggota-anggota yang lain agar menyertai mereka. Hal ini dapat dilihat sebagai kesan daripada pembentukan kumpulan sokongan yang kuat yang mana ia mempunyai kesan besar terhadap penyelewengan yang berlaku dalam sesebuah organisasi polis. Dalam keadaan ini, individu yang enggan turut serta dalam norma tidak rasmi yang dominan tersebut akan menghadapi kemungkinan untuk disisihkan oleh kalangan rakan sekerja mereka yang mengamalkan norma tersebut. Tekanan-tekanan yang wujud dalam budaya organisasi yang tidak kukuh ini akan menyebabkan penyelewengan menjadi berleluasa memandangkan para anggota mengambil sikap untuk turut sama melakukan penyelewengan, atau jikapun mereka tidak bersetuju dengan salah laku yang berlaku, anggota terbabit tidak mampu untuk berbuat sesuatu dan terpaksa mendiamkan diri. Hal ini digambarkan oleh Harrison (1998) sebagai suatu bentuk fenomena yang beroperasi dalam “kod senyap” atau “kod rahsia” yang mana kegiatan salah laku sudah menjadi norma kebiasaan dalam organisasi dan tidak akan dilaporkan.
Pendekatan yang sama juga dapat digunakan dalam membentuk budaya-budaya kecil yang bersifat positif dan sekaligus mengambil peranan sebagai bantuan sokongan kepada kod rasmi sedia ada. Kumpulan-kumpulan kecil ini dikenalpasti memperdalam kesamaan mereka melalui perkongsian perspektif yang antara lain mengambil kira aspek berbahasa, pendirian mereka dalam organisasi, dan termasuklah sekecil-kecil hal seperti cara mereka menguruskan masa (Crank, 2004). Dengan mengenalpasti anggota-anggota yang membentuk kelompok positif ini, pihak organisasi dapat mengukuhkan budaya organisasi dengan menyerap kelompok ini ke dalam bahagian-bahagian pengurusan pentadbiran serta mewujudkan rangkaian sokongan moral yang berperanan sebagai galakan kepada anggota yang lain untuk turut sama mengamalkan budaya positif yang dianjurkan. Dalam hal ini, wujud dua bentuk budaya penting yang wujud secara bersekali serta sentiasa berinteraksi antara satu dengan yang lainnya iaitu budaya tradisional dan budaya pengurusan. Budaya tradisional merupakan pertalian yang wujud antara anggota polis dengan nilai-nilai tradisi dalam jabatan polis; manakala budaya pengurusan pula melibatkan pengurus pertengahan (mediator) yang memiliki ciri-ciri perintah dan kawalan yang berupaya untuk melaksanakan penyeragaman aktiviti-aktiviti jabatan (Crank, 2004). Budaya tradisional biasanya diwakili oleh anggota-anggota berpangkat rendah seperti konstabel yang bertindak berlandaskan ciri individu serta konsep-konsep tradisional dalam bidang kepolisan. Budaya pengurusan pula jelas terpapar dalam kalangan pegawai-pegawai kanan terutamanya dalam aspek yang bercirikan birokrasi nasional (Crank, 2004). Justeru, kerjasamayang tidak sahaja secara rasmi (berbentuk hierarki), tetapi juga tidak rasmi seperti hubungan berbentuk organic antara pegawai atasan dan anggota bawahan perlu dibentuk berasaskan nilai-nilai murni seperti setiakawan, ketelusan, jujur dan amanah. Secara tidak langsung, penekanan kepada kepentingan integriti akan tertanam dalam unit yang terkecil sehinggalah kepada keseluruhan anggota dalam organisasi. Kod rasmi berbentuk peraturan organisasi yang disokong oleh kod tidak rasmi yang menekankan peri penting pengamalan integriti dalam tugasan akan mewujudkan suatu budaya yang menolak penyelewengan. Sokongan untuk mengamalkan sikap sebegini tidak sahaja mampu memberikan galakan kepada para anggota untuk menjalankan tugas dengan lebih cekap dan amanah, malah turut memberikan tekanan kepada anggota-anggota yang cenderung untuk menyimpang daripada peraturan organisasi kerana bimbang akan disisihkan atau dilucutkan jawatan (Kappeler et. al., 1998). Walaupun saranan-saranan yang dikemukakan berkenaan pendekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap integriti dalam kalangan anggota polis kelihatan mudah untuk dilaksanakan, tetapi usaha-usaha tersebut juga turut bergantung kepada budaya kecil mana yang lebih dominan dalam organisasi; sama ada negatif atau positif. Hal ini kerana, perubahan-perubahan yang hendak dilakukan perlu untuk mempertimbangkan konteks semasa organisasi polis yang dikaji. Jika organisasi tersebut sudah sedia tertanam dengan ketinggian nilai integriti, maka tugas untuk meningkatkan tahap integriti lebih tertumpu kepada usaha peningkatan kecekapan. Berlainan pula halnya dengan organisasi yang terbeban dengan penyelewengan yang berleluasa dalam kalangan anggota yang mana budaya-budaya kecil yang wujud dalam organisasi cenderung untuk mengambil kedudukan yang negatif. Dalam hal ini, tugas untuk meningkatkan integriti berhadapan dengan cabaran yang lebih besar, baik daripada struktur sistem dan organisasi itu sendiri, mahupun daripada kalangan anggota yang sudah selesa serta mendapat faedah dengan sistem sedia
3.            Kesimpulan
Usaha-usaha yang telah dilakukan iniwalaupun mempunyai impak yang positif terhadap peningkatan tahap integriti anggota PDRMmasih lagi dapat dipersoalkan. Hal ini kerana, permasalahan sikap dan budaya merupakan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan sekadar menukar acuan sistem yang ada tanpa mengambil inisiatif untuk memahami budaya kerja yang dihidupi oleh ahli organisasi. Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk melakukan kajian yang komprehensif terhadap hubungkait antara pengaruh budaya organisasi terhadap nilai dan etika ahli sesebuah organisasi. Dengan berpandukan kepada data-data sedia ada serta kerangka konseptual yang telah dibangunkan, kajian lanjut berkenaan hubungan tersebut dapat dikontekstualisasikan ke dalam iklim budaya organisasi PDRM. Justeru, selain sekadar menganalisis fakta-fakta empirikal yang bersifat nasional, kajian juga harus dilakukan dalam skala yang lebih kecil seperti budaya organisasi PDRM di setiap negeri. Hal ini penting agar pengetahuan tentang hubungan budaya setempat dengan pelaksanaan gerak kerja dapat dianalisis dengan lebih mendalam serta mampu memberikan hasil yang lebih substantif terhadap pembangunan integriti PDRM.

KUASA BUDI BICARA - GMGA 2033

Image result for kuasa budi bicara

Assallammualaikum dan selamat malam

(1) Kuasa budi bicara merupakan kuasa yang diberikan oleh badan perundangan melalui peruntukan statut atau akta tertentu kepada badan eksekutif untuk melaksanakannya.
(2) Kuasa budi bicara yang dimiliki oleh eksekutif membolehkan mereka membuat sesuatu keputusan dengan memilih keputusan yang terbaik daripada beberapa alternatif keputusan yang ada.
(3) Tiada ukuran atau garis panduan tertentu dan ia ialah sesuatu yang subjektif.
(4) Sebagai contoh, terdapat perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam statut yang boleh merujuk kepada kuasa budi bicara iaitu, “jika difikirkan perlu”, “jika beliau berpuas hati” atau “jika difikirkan munasabah”.
(5) Perkataan munasabah, puas hati dan perlu di sini ialah sesuatu yang subjektif. Perkataan-perkataan tersebut tidak dapat diukur dan tiada kriteria tertentu yang boleh dijadikan panduan setakat mana harus pembuat keputusan telah berpuas hati, munasabah dan merasakan satu keperluan dalam membuat sesuatu keputusan.
(6) Kuasa pentadbiran banyak melibatkan kuasa budi bicara.
- Sebagai contoh dari segi kuasa meletakkan harga atau sesuatu bayaran termasuklah cukai, kerja awam (public works) seperti yang kita sedia maklum bahawa ia merupakan tugas umum sesebuah kerajaan untuk memastikan peruntukan yang memadai disediakan untuk jalan raya, pengangkutan, perumahan dan sebagainya.
- Seterusnya kuasa untuk memberi sesuatu lesen. Oleh kerana itu, budi bicara dalam aspek pentadbiran merupakan titik tolak atau permulaan kepada tindak balas yang berasaskan etika yang dimiliki oleh seseorang individu yang ada kuasa untuk membuat sesuatu keputusan.
(7) Nilai etika ini menjadi lebih penting jika sesutu keputusan yang dibuat itu boleh menjejaskan hak diri atau harta seseorang. Melalui budi bicara, para birokrat akan turut terlibat dalam proses pentadbiran negara.
(8) Justeru, dalam usaha untuk mentadbir sesebuah masyarakat dalam sebuah negara demokrasi, sekiranya tidak wujud perasaan tanggungjawab kepada seluruh masyarakat yang telah memilih kerajaan berkenaan untuk memerintah, boleh menimbulkan satu masalah etika yang serius (John A. Rohr, 1978).
(9) Kuasa budi bicara yang luas yang diberikan kepada penjawat awam ini boleh menyebabkan berlakunya salah guna kuasa, bertindak di luar bidang kuasa (ultra vires) atau tidak melaksanakan kuasa budi bicara yang diberikan.
(10) Terdapat beberapa perkara yang membolehkan pentadbir dikatakan telah menyalahgunakan kuasa budi bicaranya.
- Antaranya wujud niat yang tidak baik (mala–fide) sewaktu membuat keputusan, keputusan yang dibuat tidak munasabah, tidak mengambil kira perkara yang sepatutnya sewaktu membuat keputusan tetapi telah mengambil kira perkara yang tidak sepatutnya dalam mencapai sesuatu keputusan.
- Pentadbir juga dikatakan tidak melaksanakan kuasa budi bicara yang diberikan sekiranya beliau telah menyerahkan kuasa tersebut kepada orang lain untuk membuat keputusan atau beliau membuat keputusan dengan pengaruh atau nasihat daripada 134 orang lain.
(11) Perbincangan yang lebih mendalam tentang kuasa budi bicara boleh dipelajari dalam kursus Undang-Undang Pentadbiran.
(12) Untuk menangani masalah ini, Davis mencadangkan supaya diwujudkan penstrukturan (structure) dalam melaksanakan kuasa budi bicara dan tidak perlu dihapuskan sama sekali. Fleksibiliti dalam membuat keputusan masih dapat dikekalkan seperti yang dikehendaki dalam pentadbiran negara moden (modern administrative state).
(13) Yang penting perlu ada kawalan tentang sikap untuk melaksanakan kuasa budi bicara agar tidak melepasi sempadan yang telah dihadkan.
(14) Ia boleh dilaksanakan melalui perancangan, pernyataan polisi, peraturan, keputusan, kes-kes yang menjadi ikutan, alasan serta prosedur informal yang adil dan terbuka.

Saturday, 18 January 2020

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).
Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.
Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Kontrak Sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”
Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??
Terkini:
Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.
Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS

BUKIT GAPIS , GUNUNG MELAKA

  Pernah mendaki atau dengar mengenai Gunung    Melaka ? Tak pernah? Kami pun. Baru-baru ini Bukit Gapis telah diisytiharkan sebagai Gunung ...