Hadapan Hotel Seri Malaysia Port Dickson
SINGGAH DI MUZIUM ATM DI PORT DICKSON
SELEPAS BBQ BAKAU BAKAU MALAM TU
Walaupun agak lewat la untuk update dalam blogspot namun saya rasa ianya perlu sebagai catatan dalam perjalanan kehidupan yang mencabar ni.
seperti tahun lepas membawa family berehat dan bercuti adlah termasuk dalam kalander keluarga dan tahun ini hanya dekat saja tapi menarik iaitu di pantai port dickson.
mengimbau kenangan dalam 80an pantai PD ni memang amat popular utk dilawati hingga pihak kampung bincg ramai2 nak ke PD dengan menyewa bas ketika itu.
dan aku pun masa tu masih kecil dalam darjah berapa tak ingat pun ada mengikuti jalan2 ke PD.
selepas tu jadi mat motor mmng la ada kesana pada malam 31 ogos...
dan pada 20-22/12 pulak bersama keluarga...
Alhamdulillah..
kali ni agak ramai dapat join bersama keluarga kak sue , keluarga dak an dan paling best kak ngah ikot sekali.
dapat menginap di hotel Seri Malaysia atas bantuan sahabat kampung iaitu abg irnal.walaupun hotel seri malaysia ni tidak bersebelahan dengan pantai tetapi di waktu malam keadaannya happening dan banyak foodtruck dipinggir pantai bersebelahan jalan dan dihadapan hotel ini. memang menarik dan banyak aktiviti...
so
pada 20/12 tu check in dan bebudak ni terus mandi kolam dan sebelah petang mandi laut ler pulak..dan sebelah malam pulak sama2 buat bbq tepi laut lagi tu dan lps tu lelap lah..
pada 21/12 sebelah petang ronda di muzium tentera dan sebelah malam tu jalan2 kat pasar malam depan petronas..jalan kaki jer...mmng menarik lah..walau penat..
dan pada 22/12 tu terus check out dan balik rumah..
yang penting bebudak happy dan diorg ade cerita untuk dibawa bila naik kesekolah nanti...walau tak mampu bawa mereka jauh2 tapi yang penting mereka happy dan enjoy...mereka dapat bersama mandi kolam dengan sepupu dan sedara mereka dan biar mereka tahu betapa penting dan tak ternilai harga kasih sayang dalam ikatan kekeluargaan..ini lah harta yang paling berharga arwah atok dan nenek mereka tinggalkan..kasih sayang tanpa sempadan...
bagi mak ayah mereka ni terus mengira2 bajet untuk berlanja anak persekolahan...huhuhuhuh...terbaik..
Alhamdulilllah
Syukor padaMu ya Allah..
SUHAIZAN HAJI NOH
yangFaqir
17.1.2020
KELUARGA NURIN'S
GIRL'S ONLY
KELUARGA DAK AN DAN KAK NGAH
KELUARGA ACIK SITI...
BUDAK KECIK TU MENYIBUK JE
No comments:
Post a Comment