
Assallammualaikum dan selamat malam
(1) Kuasa budi bicara merupakan kuasa yang diberikan oleh badan perundangan melalui peruntukan statut atau akta tertentu kepada badan eksekutif untuk melaksanakannya.
(2) Kuasa budi bicara yang dimiliki oleh eksekutif membolehkan mereka membuat sesuatu keputusan dengan memilih keputusan yang terbaik daripada beberapa alternatif keputusan yang ada.
(3) Tiada ukuran atau garis panduan tertentu dan ia ialah sesuatu yang subjektif.
(4) Sebagai contoh, terdapat perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam statut yang boleh merujuk kepada kuasa budi bicara iaitu, “jika difikirkan perlu”, “jika beliau berpuas hati” atau “jika difikirkan munasabah”.
(5) Perkataan munasabah, puas hati dan perlu di sini ialah sesuatu yang subjektif. Perkataan-perkataan tersebut tidak dapat diukur dan tiada kriteria tertentu yang boleh dijadikan panduan setakat mana harus pembuat keputusan telah berpuas hati, munasabah dan merasakan satu keperluan dalam membuat sesuatu keputusan.
(6) Kuasa pentadbiran banyak melibatkan kuasa budi bicara.
- Sebagai contoh dari segi kuasa meletakkan harga atau sesuatu bayaran termasuklah cukai, kerja awam (public works) seperti yang kita sedia maklum bahawa ia merupakan tugas umum sesebuah kerajaan untuk memastikan peruntukan yang memadai disediakan untuk jalan raya, pengangkutan, perumahan dan sebagainya.
- Seterusnya kuasa untuk memberi sesuatu lesen. Oleh kerana itu, budi bicara dalam aspek pentadbiran merupakan titik tolak atau permulaan kepada tindak balas yang berasaskan etika yang dimiliki oleh seseorang individu yang ada kuasa untuk membuat sesuatu keputusan.
(7) Nilai etika ini menjadi lebih penting jika sesutu keputusan yang dibuat itu boleh menjejaskan hak diri atau harta seseorang. Melalui budi bicara, para birokrat akan turut terlibat dalam proses pentadbiran negara.
(8) Justeru, dalam usaha untuk mentadbir sesebuah masyarakat dalam sebuah negara demokrasi, sekiranya tidak wujud perasaan tanggungjawab kepada seluruh masyarakat yang telah memilih kerajaan berkenaan untuk memerintah, boleh menimbulkan satu masalah etika yang serius (John A. Rohr, 1978).
(9) Kuasa budi bicara yang luas yang diberikan kepada penjawat awam ini boleh menyebabkan berlakunya salah guna kuasa, bertindak di luar bidang kuasa (ultra vires) atau tidak melaksanakan kuasa budi bicara yang diberikan.
(10) Terdapat beberapa perkara yang membolehkan pentadbir dikatakan telah menyalahgunakan kuasa budi bicaranya.
- Antaranya wujud niat yang tidak baik (mala–fide) sewaktu membuat keputusan, keputusan yang dibuat tidak munasabah, tidak mengambil kira perkara yang sepatutnya sewaktu membuat keputusan tetapi telah mengambil kira perkara yang tidak sepatutnya dalam mencapai sesuatu keputusan.
- Pentadbir juga dikatakan tidak melaksanakan kuasa budi bicara yang diberikan sekiranya beliau telah menyerahkan kuasa tersebut kepada orang lain untuk membuat keputusan atau beliau membuat keputusan dengan pengaruh atau nasihat daripada 134 orang lain.
(11) Perbincangan yang lebih mendalam tentang kuasa budi bicara boleh dipelajari dalam kursus Undang-Undang Pentadbiran.
(12) Untuk menangani masalah ini, Davis mencadangkan supaya diwujudkan penstrukturan (structure) dalam melaksanakan kuasa budi bicara dan tidak perlu dihapuskan sama sekali. Fleksibiliti dalam membuat keputusan masih dapat dikekalkan seperti yang dikehendaki dalam pentadbiran negara moden (modern administrative state).
(13) Yang penting perlu ada kawalan tentang sikap untuk melaksanakan kuasa budi bicara agar tidak melepasi sempadan yang telah dihadkan.
(14) Ia boleh dilaksanakan melalui perancangan, pernyataan polisi, peraturan, keputusan, kes-kes yang menjadi ikutan, alasan serta prosedur informal yang adil dan terbuka.
No comments:
Post a Comment