Berpandukan soalan GMGA 2013 (4 Januari 2014)
Hubungan antara setiap peringkat kerajaan dan negeri-negeri ini boleh dilihat melalui beberapa mekanisme yang telah ditubuhkan. Antara mekanisme yang akan dijelaskan di dalam tugasan ini ialah hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri melalui Majlis Raja-Raja, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Tanah Negara. Manakala hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan pula adalah melalui Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.
A. Majlis
Raja-Raja
Majlis
Raja-Raja merupakan sebuah institusi tradisi yang diwakili oleh sembilan orang
sultan yang memegang takhta di negeri masing-masing dan empat orang Yang
Dipertua Negeri di mana mereka mewakili negeri-negeri yang tidak mempunyai
sultan. Majlis Raja-Raja bukan sahaja
sebuah institusi yang memainkan peranan dalam perlantikan Yang di-Pertuan Agong
malah menjadi sebuah institusi yang turut memainkan peranan dalam merapatkan
hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta kerajaan
tempatan.
B. Majlis Kewangan Negara
Perkara
108 memperuntukan bahawa hendaklah ditubuhkan sebuah Majlis Kewangan Negara
untuk membolehkan perkara-perkara penting mengenai kewangan pusat dan kewangan
negeri diselaraskan. Majlis ini terdiri
daripada Perdana Menteri, seorang menteri lain yang ditetapkan oleh Perdana
Menteri (Menteri Kewangan telah ditetapkan) dan seorang wakil dari tiap-tiap
sebuah negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri. Seterusnya, majlis ini dipanggil bermesyuarat
oleh Perdana Menteri seberapa kali yang difikirkannya perlu dan juga pada
bila-bila masa yang diminta oleh wakil-wakil dari tiga buah negeri ataupun
lebih. Sekurang-kurangnya satu mesyuarat
hendaklah diadakan bagi tiap-tiap tempoh dua belas bulan.
Hal Ehwal Kewangan
Pembahagian
kuasa kewangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Kerajaan
Tempatan adalah merupakan aspek penting dalam sistem pentadbiran negara
persekutuan, yang perlu dipatuhi kerana selain daripada kuasa perundangan,
kuasa inilah yang menentukan kekuatan sesuatu kerajaan di dalam negara
persekutuan.
i.
Kuasa Percukaian
Sumber-sumber
asli mendatangkan hasil yang dapat membiayai segala urusan pentadbiran dan
perkhidmatan kerajaan. Hasil ini
diperolehi terutamanya sekali melalui kuasa percukaian. Oleh itu, di Malaysia kuasa percukaian ke
atas sumber-sumber asli dibahagikan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan
Negeri mengikut susunan pembahagian yang termaktub di dalam Jadual 10, dan
Perkara IID (1). Mengikut jadual ini, di antara sumber-sumber hasil yang
diserahkan kepada kerajaan-kerajaan Negeri ialah, hasil daripada kedai-kedai
todi, cukai-cukai tanah, lombong dan hutan, cukai hiburan, zakat, fitrah dan
baitulmal, dan bayaran sewa tanah-tanah negeri.
Kecuali hasil daripada hutan yang lain tidak begitu penting dari segi sumbangan
kewangan.
ii.
Bantuan Kewangan
Bagi
negeri-negeri di Semenanjung, Perkara 109 dan Bahagian Pertama dan Bahagian
Kedua dalam Jadual 10 menentukan jenis bantuan kewangan kerajaan Persekutuan
dan keadaan-keadaan yang membolehkannya mendapatkan bantuan. Dua jenis bantuan yang
dipertanggungjawabkan ke atas kerajaan Persekutuan, iaitu bantuan capitation
dan bantuan jalan. Kedua jenis
bantuan ini wajib diberi kepada kerajaan negeri pada tiap-tiap tahun mengikut
kiraan yang ditetapkan. Selain daripada
bantuan wajib ini, dua jenis bantuan mengikut budi bicara kerajaan Persekutuan
boleh diberi kepada sesuatu kerajaan Negeri.
Bantuan budi biacara ini ialah bantuan bagi maksud khas iaitu dari segi
bantuan pembangunan, bantuan-bantuan menambah hasil negeri dan bantuan bagi
mengadapi sesuatu kemungkinan.
iii.
Kuasa Pinjaman
Kerajaan
Persekutuan dan kerajaan Negeri hanya boleh meminjam jika pinjaman tersebut
diluluskan oleh undang-undang. Kerajaan
tempatan juga boleh membuat pinjaman daripada kerajaan negeri dan kerajaan
pusat seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 47 Akta Kerajaan Tempatan
1976. Kuasa pinjaman bagi kerajaan
Negeri, tidak seperti kuasa pinjaman kerajaan Persekutuan, tertakluk kepada
beberapa syarat sekatan. Undang-undang
yang membenarkan kerajaan Negeri membuat pinjaman diwajibkan mengenakan dua
syarat pilihan kepada kuasa.
C. Majlis Tanah Negara
Di
dalam perlembagaan jelas menyatakan di dalam perkara 91 di mana kerajaan telah
menubuhkan suatu Majlis Tanah Negara. Majlis ini bertujuan merancang suatu
dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh
Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain,
dan untuk mentadbir mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya. Ia terdiri daripada seorang wakil dari
tiap-tiap negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri, dan
wakil-wakil yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan di mana bilangannya tidak
melebihi daripada sepuluh orang.
Satu mesyuarat hendaklah diadakan pada
tiap-tiap tahun di mana pengerusi perlu memanggil majlis tersebut untuk
bermesyuarat seberapa kerap yang perlu. Pihak berkuasa yang melantik pengerusi
atau wakil boleh melantik seseorang yang lain untuk mengambil tempat mereka di
dalam mesyuarat tersebut sekiranya pengerusi atau wakil negeri mahupun wakil Persekutuan
tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut.
Peranan majlis ini adalah membentuk dari semasa ke semasa dan melalui
rundingan dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri dan Majlis
Kewangan Negara mengenai sesuatu dasar negara bagi memaju dan mengawal
penggunaan tanah di seluruh persekutuan.
rujukan penuh boleh didapati di http://stid1103universitiutaramalaysia.blogspot.com/2016/05/hubungan-antara-kerajaan-pusat-dengan.html
No comments:
Post a Comment