Wednesday, 8 March 2023

Asas Penubuhan Kelab


Asas Penubuhan Kelab

Kami juga sedar bahawa tugas kami bukan sekadar HANYA MENGIKUT tetapi kami sebenarnya diberi peluang untuk menjadi Duta Kecil Tapak Warisan Dunia di Melaka untuk terus memperkenalkan dipersada antarabangsa. Bagi kami kelab ini bukan seperti kelab-kelab yang lain tetapi disinilah peluang kami disinilah tempat yang betul untuk kami meningkatkan prestasi diri kami dalam menjaga , melestarikan dan memperkenalkan warisan sejarah tapak warisan dunia yang ada di negeri melaka. Bagaimana hanya ingin mengekalkan TAPAK warisan dunia jika tanpa pengisiannya.. pengisian melalui aktiviti budaya , aktiviti adat warisan kerana ditapak inilah 800 tahun yang dulu telah berdiri megah sebuah empayar islam melayu yang cukup tersohor sehingga menggamit penjajah untuk menakluk melaka. Ketamadunan inilah yang perlu kita rungkai bersama melalui pengetahuan sejarah dan minat dan kasih yang mendalam untuk sama sama kita hargai warisan sejarah ini.. Kerana SEJARAH tidak pernah melupakan BANGSA tetapi BANGSA yang selalu melupakan SEJARAH.

Akhir kata , saya bermohon kepada ahli kelab selepas ini rajin2lah selak buku sejarah dan ensklopedia supaya pemahaman kita lebih jelas berkaitan sejarah dan terimakasih tidak terhingga kepada Melaka World Heritage Office yang menjadi Rakan Strategik kami yang paling akrab , dan TERIMAKASIH semua sbb inilah kerana MELAKA ini HEBAT adalah kerana KITA SEMUA ORANG MELAKA.

SUHAIZAN HAJI NOH

Pengerusi
Kelab Sukarelawan dan Kebajikan Warisan Melaka

8.3.2023






CUMA INGINKAN PELUANG DEMI SEBUAH PERJUANGAN DALAM MENCARI REDHO ALLAH


 Assallammualaikum wmt wbt


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan kesihatan dan umur untuk diberi peluang menawarkan diri sebagai Calon Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah. Pengalaman saya selaku Pen Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah (2008-2013) dan Juga Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan (2008-2013) dan setelah itu saya juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah (2014-2017).

 Saya juga pernah 2 kali tewas dalam Pemilihan Pemuda UMNO iaitu pada 2008 sebagai Jawatankuasa Pemuda Bahagian dan 2014 sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Namun saya terus cekal dan setia bersama UMNO walaupun pernah tewas dalam pemilihan UMNO itu sendiri. 

Rekod saya sebagai orang yang kalah namun masih lagi terus berdiri dalam perjuangan UMNO. Setia saya pada UMNO tidak akan terpadam dan terus bersedia untuk berkhidmat demi sebuah perjuangan yang suci di dasari Al Quran dan As Sunah.


Dan pada kali ini saya terus melangkah untuk menjadi calon sebagai Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah dan penuh komited dan bersedia untuk berbakti pada masyarakat.
Saya bersedia dan memilih untuk menjadi Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Alor Gajah sekiranya diberi peluang menjadi Jawtankuasa UMNO nanti.


Semuga segala hasrat akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Usaha , Doa dan Tawakal.

SUHAIZAN HAJI NOH

CALON NO 31 

Semangat MERDEKA 31 OGOS

Tuesday, 7 March 2023

SECARIK TINTA




Assallammualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Melaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia

Salam Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Terimakasih Tuan Pengacara Majlis , Tuan Muhammad Firdaus Bin Abdul Razak

Yang Berusaha Puan Erne Hamsah , Pengurus Besar Melaka World Heritage Office yang juga merupakan Penasihat Kelab

Yang Berbahagia Encik Yeow Chin Chai Pengarah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka

Naib Pengerusi Kelab Encik Zaini bin Muhamad

Seterusnya barisan JK Kelab Kesukarelaan dan Kebajikan Warisan Negeri Melaka dan hadirin hadirat sekalian.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama sama hari ini untuk sama sama melakar sejarah bagi Menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kesukarelaan dan Kebajikan Warisan Negeri Melaka Bil 1 selepas penubuhannya semasa PKP yang lepas.

Tahniah dan syabas kepada perwakilan semua kerana hari ini kita bersama sama menunaikan tanggung jawab untuk menghadiri Mesyuarat pada malam ini. Dan dikesempatan ini juga saya mengucapkan TAHNIAH kepada Jawatankuasa yang telah dipilih tanpa sebarang pertandingan. Ini merupakan amanah bersama terhadap tanggung jawab dan tugas yang perlu kita galas bersama bagi menjamin matlamat kelab kita ini TERCAPAI.

Terlebih dahulu kami Jawatankuasa Kelab merakamkan jutaan terimakasih kepada Puan Erne bin Hamsah selaku Penasihat Kelab kami yang telah banyak membantu dalam menjayakan segala aktiviti dan program yang dijalankan. Dari tapak warisan sehinggalah ke tengah pulau yang telah banyak memberi kami pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sebenarnya tidak akan dapat di mana mana tempat lain.

Kami juga sedar bahawa tugas kami bukan sekadar HANYA MENGIKUT tetapi kami sebenarnya diberi peluang untuk menjadi Duta Kecil Tapak Warisan Dunia di Melaka untuk terus memperkenalkan dipersada antarabangsa. Bagi kami kelab ini bukan seperti kelab-kelab yang lain tetapi disinilah peluang kami disinilah tempat yang betul untuk kami meningkatkan prestasi diri kami dalam menjaga , melestarikan dan memperkenalkan warisan sejarah tapak warisan dunia yang ada di negeri melaka. Bagaimana hanya ingin mengekalkan TAPAK warisan dunia jika tanpa pengisiannya.. pengisian melalui aktiviti budaya , aktiviti adat warisan kerana ditapak inilah 800 tahun yang dulu telah berdiri megah sebuah empayar islam melayu yang cukup tersohor sehingga menggamit penjajah untuk menakluk melaka. Ketamadunan inilah yang perlu kita rungkai bersama melalui pengetahuan sejarah dan minat dan kasih yang mendalam untuk sama sama kita hargai warisan sejarah ini.. Kerana SEJARAH tidak pernah melupakan BANGSA tetapi BANGSA yang selalu melupakan SEJARAH.

Akhir kata , saya bermohon kepada ahli kelab selepas ini rajin2lah selak buku sejarah dan ensklopedia supaya pemahaman kita lebih jelas berkaitan sejarah dan terimakasih tidak terhingga kepada Melaka World Heritage Office yang menjadi Rakan Strategik kami yang paling akrab , dan TERIMAKASIH semua sbb inilah kerana MELAKA ini HEBAT adalah kerana KITA SEMUA ORANG MELAKA.

Salah silap harap dimaafkan..

Kalau Roboh Kota Melaka

Papan dijawa hamba dirikan

Mari Semua Bekerjasama

Seni dan Warisan Kita Hidupkan


Pulau Pandan Jauh ketengah

Gunung Daik Bercabang Tiga

Walau Hancur Empayar Dibaham Penjajah

Hati Merdeka Tetap Hidup Juga


Sekian terimakasih.


SUHAIZAN HAJI NOH

Pengerusi Penaja

Kelab Kesukarelaan dan Kebajikan Warisan Negeri Melaka



Wednesday, 1 March 2023

Demi UMNO Alor Gajah untuk MASA DEPAN kita bersama

1.3.2023
UMNO sebuah bahtera yang besar KEKAL menuju ke destinasi yang diimpikan dengan melalui ribut badai dan ombak besar. Setiap kali melewati perlabuhan pasti berlaku perubahan bagi membentuk SATU pasukan yang ampuh untuk menyambung perjalanan yang panjang dan berliku. Justeru itu pemilihan kali ini amat penting dalam memberi jaminan survival parti UMNO yang kita sayangi ini.
Dan PASUKAN kami menawarkan diri dengan membawa Nakhoda Pemimpin yang berkarisma dan Integriti.
Demi UMNO Alor Gajah untuk MASA DEPAN kita bersama.
Semuga Allah melindungi dan merahmati kita semua.

KALAH ATAU MENANG KITA TETAP BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT


 Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kepada pimpinan, ahli UMNO di semua lapisan yang saya hormati & kasihi.
Dengan rasa rendah diri dengan ini saya menawarkan diri untuk mengisi calon Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah bagi Sessi 2023-2026.
“KEMBALILAH KEPADA PERJUANGAN ASAL UMNO ITU SENDIRI , IAITU MEMARTABATKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA DAN JADILAH BANGSA YANG BERMARTABAT KERANA UMNO BERINTEGRITI MEMBINA KECEMERLANGAN BANGSA.”
Mohon sokongan dan doa sahabat semua... Semuga semuanya dalam lindungan dan Rahmat Allah SWT.
Ikhlas
SUHAIZAN HAJI NOH
yangFaqir.

HALATUJU DAN MATLAMAT


 ASSALLAMMUALAIKUM
SECARA RINGKASNYA SAYA TELAH MELUKIS PETA MINDA UNTUK MENGGAMBARKAN MATLAMAT DAN HALA TUJU SAYA SELAKU AJK UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH.

MENAWARKAN DIRI CALON AJK UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

 





Biodata Ringkas

Nama    : Suhaizan bin Haji Noh

No Telefon          : 017-6876799

Alamat : JB 1711 Taman Nyalas Baru 77100 Asahan Melaka

Majikan               : Majlis Perbandaran Jasin, Vista Alamanda 77000 Jasin Melaka

Jawatan               : Ketua Unit Audit Dalam

Pendidikan         : 1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam  (Kepujian )

                               2. Diploma Pengurusan Bank

Status  : Berkahwin

Aktiviti Sosial :

1. Kelab Kesukarelaan dan Kebajikan Warisan Melaka / Pengerusi

2. Persatuan Seni Silat Kota Sendeng / Jurulatih / Setiausaha

3. Persatuan Pancha Warisan Melaka / Setiausaha

4. Persekutuan Silat Melaka / Pen Setiausaha

5. YDP PIBG SK Nyalas

Pingat / Anugerah :

1. PJK , BKT, (Kerajaan Melaka)

2. PBB (MGBM)BJB (Belia 4B Melaka)

3. Ahli Memangku Naning (Institusi Adat Naning)

4. Pingat Hang Tuah (DMDI)

5. Tokoh Belia Maal Hijrah (Melaka)





CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT UGIK MELAKA

  1.0 PENGENALAN “Mali siparappe, rebba sipatoktok, malilu sipakainga.” (Hanyut saling mendamparkan, rebah saling menegakkan, khilaf saling...