Thursday, 4 February 2021

ISU-ISU KEPIMPINAN

 


KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

•          Ringkasnya, kepimpinan dari perspektif Islam lebih ke arah mendapatkan keredhaan Allah, berlaku adil, membentuk kesejahteraan masyarakat serta meletakkan al-Quran dan hadis sebagai panduan dan rujukan utama.

•          Dalam perspektif Islam, setiap individu mempunyai tugas kepimpinan bermula di rumah dengan tanggungjawab sebagai suami dan pegawai kerajaan apabila berada di tempat kerja, sebagai ketua kampung ketika aktiviti sosial dan sebagainya (Shahrom, 1997). Tugas memimpin ini adalah untuk mencapai matlamat masing-masing selaras dengan pangkat dan kedudukannya. Sehubungan dengan ini, Rasulullah SAW bersabda:

“Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang diletakkan di bawah pimpinan kamu, ketua negara adalah bertanggungjawab dari hal rakyatnya. Ketua pemimpin adalah pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya dari hal kepimpinannya, wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap segala perkara yang diletak di bawah jagaannya khadam (orang gaji) adalah pemimpin atau pengawal yang bertanggungjawab menjaga harta tuannya, dan ia akan ditanya daripada hal benda-benda yang diletak di bawah jagaannya. Justeru itu, kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang diletak di bawah pimpinan kamu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

•          Kepimpinan menurut Islam merujuk kepada amanah yang wajib ditunaikan. Dalam bahasa Arab, kepimpinan diertikan dengan perkataan Imamah dan Khalifah.

•          Al-Imamah ialah ketua kaum yang mengetuai sesuatu kaum dan memimpin mereka serta mendahuluinya.

•          Al-Imam pula ialah orang yang mengetuai dan diikuti kata-katanya serta perbuatannya.

•          Al-Khalifah pula bermaksud pemimpin atau pemerintah tertinggi sesebuah negara.

 

 

 

 

Nilai dan Kriteria dalam Asas Kepimpinan Islam

•          Terdapat enam nilai dan kriteria yang perlu diikuti oleh seseorang pemimpin bagi menjamin keberkesanan dalam memimpin, iaitu ikhlas, teguh pendirian, adil dan saksama, sabar dan cekal hati, toleransi dan berdisiplin.

1. Ikhlas

•          Sebagai seorang pemimpin yang telah dilantik seharusnya ikhlas dalam menerima amanah dan jawatan yang diberikan kepadanya.

•          Keikhlasan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab penting untuk mendapat keredhaan Allah (SWT) yang ditekankan dalam Islam.

2. Berpendirian

•          Selain itu, Islam juga menggalakkan pemimpin mempunyai pegangan dan keteguhan pendirian yang berasaskan agama supaya dengan adanya sifat ini, seseorang pemimpin tidak akan mudah terpengaruh dengan anasiranasir yang menyebabkan pemimpin tersebut tersasar daripada landasan atau prinsip yang telah ditetapkan.

3. Adil

•          Keadilan juga merupakan kriteria yang harus ada dalam diri pemimpin atau perlu diikuti.

•          Sebagai seorang pemimpin seharusnya berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tanggungjawab tanpa mengira warna kulit, status, keturunan, bangsa dan agama.

4. Sabar

•          Seseorang pemimpin juga perlulah cekal hati dalam menangani sebarang masalah dalam membentuk jati diri individu di bawah pimpinannya dan sanggup menghadapi cabaran.

•          Kesabaran merupakan nilai terpuji dalam Islam manakala kecekalan hati mampu melihat ketabahan seseorang pemimpin dalam menyelesaikan masalah.

5. Toleransi

•          Seorang pemimpin seharusnya bersikap terbuka dan bertoleransi dalam menerima pendapat, pandangan dan pemikiran orang lain tanpa mempunyai rasa iri hati, marah dan dendam terhadap orang bawahan mahupun golongan lain.

•          6. Disiplin

•          Displin pula merupakan sifat yang penting bagi memastikan kejayaan dalam organisasi, masyarakat dan negara. Pemimpin yang mempunyai disiplin dalam kehidupannya mampu mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan supaya wujudnya rasa hormat-menghormati antara pemimpin dan orang bawahannya.

 

Isu Kepimpinan di Malaysia: Islam Hadhari

•          Budaya kerja Islam menuntut hubungan secara menyeluruh dan melangkaui semua bidang serta aspek kehidupan termasuklah sosial, politik dan ekonomi.

•          Kepimpinan Islam tidak boleh dipisahkan dengan takwa dan akidah.

•          Islam Hadhari ialah satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

•          Prinsip Islam Hadhari yang dikemukakan perlu dijalankan agar Islam Hadhari dapat dicapai dengan cemerlang.

•          Prinsip-prinsip Islam Hadhari antaranya ialah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi, kerajaan adil, rakyat berjiwa merdeka, penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, kehidupan yang berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya dan moral, pemeliharaan alam semula jadi, kekuatan pertahanan dan sebagainya.

•          Islam Hadhari amat menekankan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh serta berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing rakyat secara keseluruhannya.

•          Konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan.

 

WANITA DAN KEPIMPINAN

•          Abad ke-18 dan ke-19 memperlihatkan ramai sarjana yang bersetuju bahawa teori kepimpinan sebagai “the great man” (Kanter, 1997: Bass, 1990).

•          Pendapat ini bersetuju bahawa “the great man” memiliki kualiti dan keunikan yang membezakannya daripada subordinatnya (Kanter, 1977).

•          Bass (1990) juga bersetuju bahawa abad ke-18 dan ke-19 merupakan era kaum lelaki untuk mentadbir dan memerintah. Justeru, pada zaman itu kaum wanita telah dilihat sebagai golongan yang tidak menyumbang kepada pembangunan organisasi dan pastinya dianggap tidak layak untuk menjadi pemimpin.

•          Keadaan ini mula berubah mulai tahun 1990-an. Golongan wanita mula terlibat secara tidak langsung dalam dunia kepimpinan.

•          Walaupun hanya berperanan sebagai setiausaha dan pembantu peribadi, sedikit sebanyak pengalaman tersebut mendedahkan golongan wanita kepada sifat-sifat seseorang pemimpin. Wanita telah dilihat sebagai entiti yang mempunyai kekuatan tersendiri berbanding lelaki seperti kekuatan sokongan, kerjasama dan kawalan pekerja yang minimum.

•          Semua ini berlaku kerana wanita dikatakan mempunyai pendekatan penyelesaian masalah yang menitikberatkan kepada pemikiran rasional dan semangat kekitaan (Fulmer, 2001).

 

Kelemahan Penilaian Prestasi dan Peranan Pemimpin

1. Kesan halo

•          Keadaan ini berlaku apabila pemimpin yang menilai melihat pencapaian di satu-satu bidang telah mempengaruhi keputusan penilaian di bidang yang lain.

•          Kejayaan yang dicapai dalam satu-satu bahagian atau unit telah dijadikan panduan untuk membuat rumusan bahawa kejayaan tersebut mencerminkan kejayaan secara keseluruhan bahagian.

•          Contohnya, kejayaan seorang pengurus di bahagian operasi telah dianggap Berjaya dan boleh memegang jawatan di semua bahagian. Justeru, dalam kes ini pemimpin haruslah menilai pegawai yang dinilai dari semasa ke semasa dari semua bidang dan sudut untuk mengelakkan pembuatan keputusan terburu-buru dan seterusnya mengundang kepada kesan halo.

2. Bias

•          Bias ialah keadaan yang biasa berlaku dalam penilaian prestasi. Sikap favouritism diyakini telah menjadi penyebab kepada keadaan tersebut. Ini bermakna pihak pemimpin telah mempunyai calon kegemaran ketika melakukan penilaian.

•          Kesannya keputusan penilaian akan memberi kelebihan kepada pihak yang ada kepentingan kepada pemimpin atau pegawai penilai. Begitu juga halnya apabila membincangkan isu gender dalam pentadbiran. Pengurus wanita mungkin memberi kelebihan kepada pekerja wanita atas dasar persamaan gender.

Kecenderungan memusat

•          Keadaan ini timbul apabila pemimpin memberi markah purata kepada semua staf yang terlibat dalam penilaian prestasi. Ini bermakna markah prestasi bukanlah merujuk kepada kemampuan atau kejayaan seseorang.

•          Biasanya pemimpin bertindak demikian kerana cuba untuk berada dalam keadaan selamat dengan beranggapan bahawa tindakan tersebut tidak menyenangkan atau membebankan pihak-pihak yang terlibat.

•          Kesannya, setiap pekerja akan mendapat markah biasa atau sederhana sahaja sedangkan hasil usaha dan kejayaan yang disumbangkan melebihi daripada pihak lain.

 

KEPIMPINAN DALAM PELBAGAI BUDAYA

·                 Budaya organisasi juga dilihat sebagai satu elemen penentu kepada kejayaan dan pencapaian sesebuah organisasi. Budaya nasional mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap nilai-nilai budaya tempatan

·                 Hollander (1978) mengatakan bahawa budaya nasional dapat dilihat dari empat sudut iaitu individualisme atau kolektivisme, jarak kuasa yang luas dan kecil, tahap kekuatan dan kelemahan serta gender (lelaki ataupun wanita).

·                 Zainal (1997) melihat bahawa masyarakat Barat dan Timur sangat berbeza dalam berurusan dengan masa.

·                 Masyarakat Barat melihat masa sebagai sesuatu yang sangat berharga dan pembahagian masa antara masa bekerja dan berhibur telah dirancang dengan baik. Begitu juga halnya dalam hubungan interpersonal

·                 Masyarakat Timur dilihat lebih mementingkan semangat kekitaan dalam hubungan interpersonal dan lebih bersifat lemah-lembut, bertimbang rasa dan tidak terlalu agresif.

·                 Malah, masyarakat Timur juga dilihat lebih bersifat kolektif dan sentiasa menanamkan sikap menghormati orang yang lebih tua dalam kedudukan hierarki mereka.

·                 Kebanyakan organisasi yang berjaya kini lebih menumpukan kepada pembentukan budaya baru dalam organisasi. Ada organisasi yang mengambil contoh dari negara lain untuk diamalkan dalam organisasi dengan harapan budaya tersebut boleh menjanjikan kejayaan.

·                 Sebagai contoh pendekatan 5S di setiap agensi kerajaan yang biasanya dibuat pada bulan Mei setiap tahun.

·                 Program 5S diceduk dari negara Jepun kerana program tersebut sangat berjaya di negara tersebut.


KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI AWAM

 


KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI AWAM

•         Sektor awam dapat didefinisikan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai berdasarkan kepada tuntutan dan kehendak negara.

•         Semua perjalanan operasi bertunjangkan kepada badan perundangan, eksekutif dan juga kehakiman semua sektor awam di semua negara sama kerana perkhidmatan yang diberikan lebih merujuk kepada penyediaan keperluan seperti keselamatan yang merangkumi tentera, polis dan bomba

•         JPA dipertanggungjawabkan untuk membangun, mengurus dan merancang sumber manusia bagi menggerakkan sektor awam. Oleh yang demikian semua agensi awam harus terikat dengan JPA dalam menentukan hala tuju organisasi khasnya yang melibatkan penempatan staf, pelantikan dan juga pengesahan jawatan seseorang kakitangan awam.

 

•         Eksekutif boleh ditafsirkan sebagai seorang individu yang memegang jawatan utama dalam organisasi dan individu tersebut haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran luas. Keupayaan memiliki ilmu pengetahuan penting dalam memberikan sumbangan yang besar kepada organisasi khasnya dalam penentuan hala tuju organisasi.

1.   Tahu hala tuju organisasi

•         Seseorang eksekutif yang berkesan harulah memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memastikan objektif dan hala tuju organisasi dapat ditentukan dengan baik berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan organisasi tersebut.

•         Kepelbagaian ilmu yang diwakili juga mampu untuk memudahkan pembuatan keputusan kerana penguasaan yang mudah terhadap persekitaran organisasi

2. Melihat kepada hasil

•         Pengurus haruslah memberi perhatian yang lebih kepada hasil terhadap sumbangan yang diberikan. Pengurus eksekutif harus memberikan tumpuan kepada pulangan terhadap organisasi berbanding kerja yang dilakukan.

•         Ini penting bagi memastikan organisasi yang diwakili sentiasa berada pada kedudukan yang betul bagi mencapai objektif dan seterusnya mampu menghadapi segala cabaran yang ada.

•         Terdapat segelintir pemimpin yang kehilangan pengaruhnya tanpa disedari apabila adanya sikap berat sebelah dan bias terhadap keputusan yang dibuat. Ini termasuklah sikap yang hanya mementingkan organisasi berbanding pekerja dan sebaliknya.

•         Keadaan ini pastinya akan mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan subordinat dan situasi ini akan menghilangkan sedikit demi sedikit pengaruh yang ada pada pemimpin terbabit.

3. Memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimiliki

•         Eksekutif yang berkesan akan membina pengaruhnya berdasarkan kepada kekuatan yang dimiliki seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga kemahiran komunikasi yang baik.

•         Perkaitan antara pengaruh dengan kuasa dalam kepimpinan penting dan tidak dapat dipisahkan untuk mencapai sesuatu matlamat.

•         Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk dan mampu mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.

•         Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

4. Tumpuan kepada kerja yang lebih besar dan mencabar sahaja

•         Penetapan matlamat ialah berdasarkan kepada cabaran. Pengurus eksekutif harus meletakkan sasaran pencapaian lebih tinggi daripada kebiasaannya.

•         Mereka juga harus percaya bahawa hasil usaha yang tinggi pastinya akan membuahkan hasil yang lebih lumayan dan berbaloi.

•         Ini dapat dilihat melalui contoh beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) yang telah beroperasi di luar pasaran domestik negara dan sentiasa mementingkan pasaran global sebagai target setiap operasi yang dijalankan.

•         Golongan eksekutif ini harus memiliki keupayaan pembuatan keputusan yang cepat dan terbaik.

5. Hanya keputusan terbaik dihasilkan

•         Mengetepikan sebarang tekanan atau isu yang boleh melengahkan pembuatan keputusan. Setiap keadaan memerlukan corak gelagat kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain.

•         Kepimpinan eksekutif perlu peka dan sensitif terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan dan pastinya memainkan peranan penting dalam penetapan keputusan.

•         Keputusan perlulah dilihat sebagai sesuatu risiko yang besar iaitu keputusan yang betul akan membawa kepada kejayaan organisasi dan keputusan sebaliknya akan membawa kepada risiko kegagalan termasuklah kos dan eksekutif boleh ditafsirkan sebagai seorang individu yang memegang jawatan utama dalam organisasi dan individu tersebut haruslah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran luas.

•         Keupayaan memiliki ilmu pengetahuan penting dalam memberikan sumbangan yang besar kepada organisasi khasnya dalam penentuan hala tuju organisasi.

 

•         Kepimpinan eksekutif amat diperlukan dalam membawa hala tuju yang jelas kepada setiap organisasi. Pemimpin harus bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan organisasi di bawah jagaannya.

•         Pemahaman terhadap tingkah laku pekerjanya haruslah dikuasai. Menurut Stogdill (1974), situasi berbeza amat memerlukan pendekatan yang berbeza.

•         Sesebuah organisasi memerlukan lebih banyak pilihan atau idea yang baru bagi mewujudkan seorang pemimpin yang berinovasi, pelaksana dan juga berkaliber.

•         Salah satu daripada cabaran yang bakal dilalui oleh para eksekutif di sektor awam ialah menjadikan organisasi terlibat mengamalkan sistem urus tadbir yang baik (corporate governance).

•         Corporate governance sangat relevan dengan penambahbaikan sistem pentadbiran dengan penekanan terhadap unsur-unsur kepimpinan yang terbaik, pengurusan proses perubahan yang terancang, berlaku adil, demokratik, transparen dan bertanggungjawab terhadap keperluan awam.

 

RUMUSAN

•         Sektor awam memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju negara. Kepentingan rakyat dan masyarakat banyakMdiletakkan kepada agensi awam. Malah dewasa ini, rakyat harus peka terhadap sebarang perbelanjaan yang dibelanjakan untuk cukai yang dibayar.

•         Dalam sektor awam, pemimpin yang cekap dan berkesan amat diperlukan dalam menjana perkhidmatan yang terbaik dan efisien. Pemimpin perlu mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk mengharungi cabaran dalam dunia kepimpinan ini seiring dengan keperluan politik dalam organisasi.

•         Sistem tadbir urus yang baik dan sistem penyampaian yang telus serta cekap mencerminkan kecemerlangan sistem pentadbiran negara. Sektor awam yang telus dan efektif sangat bergantung kepada birokrat itu sendiri iaitu bebas daripada jenayah pentadbiran, tadbir urus yang baik, bebas daripada karenah birokrasi dan sistem penyampaian yang cekap.


CADANGAN PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT UGIK MELAKA

  1.0 PENGENALAN “Mali siparappe, rebba sipatoktok, malilu sipakainga.” (Hanyut saling mendamparkan, rebah saling menegakkan, khilaf saling...