Pilihanraya (bab 7)
7.1 PILIHAN RAYA
Dalam amalan sistem demokrasi, sesebuah kerajaan dipilih melalui pilihan raya. Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang mereka ingini. Ini bermakna sesebuah kerajaan yang dipilih akan memerintah mengikut kehendak rakyat yang memilihnya.
Dalam sesuatu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilih. Ia berkaitan dengan politik untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana orang atau orang-orang berkenaan dipilih untuk bertugas (A. Rashid, 1994).
Orang atau orang-orang yang mendapat undi terbanyak akan terpilih mewakili kawasannya menjadi ahli parlimen bagi peringkat persekutuan atau ahli dewan undangan negeri bagi peringkat negeri.
7.1.1 Keperluan Mengadakan Pilihan Raya
Oleh kerana kerajaan demokrasi menggunakan pilihan raya untuk menentukan kuasa pemerintah, maka amat penting sesuatu pilihan raya itu diadakan dengan tersusun dan adil. Pilihan raya yang tidak telus dan mengandungi perkara-perkara yang tidak diingini serupalah seperti memperolehi sebuah pemerintahan dengan cara menipu dan tidak menyenangkan hati rakyat. Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan pergolakan, malah boleh mencetuskan perbalahan besar dan pemberontakan.
Untuk menjadikan sesuatu pilihan raya itu bersih dan bebas, unsur-unsur berikut perlulah dipelihara (Salleh Abas, 1997):
(a) Pilihan raya itu hendaklah dianjurkan oleh satu badan yang jujur dan boleh dipercayai oleh rakyat,
(b) Undang-undang pilihan raya itu mestilah berasaskan keadilan dan mencegah perkara yang tidak elok,
(c) Segala pertelingkahan tentang pilihan raya mestilah diselesaikan dengan segera oleh mahkamah khas
7.1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya
Untuk menentukan supaya pilihan raya dijalankan dengan adil, Perlembagaan Malaysia telah membuat peruntukan bagi menubuhkan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas daripada kawalan kerajaan (Sufian, 1987).
Perkara 114 menetapkan bahawa Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai oleh seorang pengerusi dan tiga orang anggota. Kesemua mereka dilantik oleh Yang di Pertuan Agong. Orang-orang yang tidak boleh menjalankan tugas dengan bebas dan mudah dipengaruhi dengan unsur-unsur kebendaan dan kedudukan seperti berikut tidak boleh dilantik menganggotai Suruhanjaya ini:
(a) orang yang bankrap;

(b) penjawat awam yang memegang jawatan bergaji; (c) anggota Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Anggota Suruhanjaya yang dilantik akan terus memegang jawatan ini sehingga cukup umurnya 65 tahun, kecuali jika belum sampai umur itu dia meletakkan jawatannya atau kerana hilang kelayakan menjadi anggota Suruhanjaya itu. Setelah dilantik juga seseorang itu tidak boleh dipecat kecuali sesudah mendapat pandangan dan syor daripada tribunal hakim yang terdiri daripada lima orang anggota hakim Mahkamah Tinggi. Ini bererti cara melucut kadudukan sama seperti peraturan memecat seseorang hakim Mahkamah Tinggi dan Persekutuan.
Saraan bagi anggota Suruhanjaya ini ditetapkan oleh undang-undang dan ditentukan bayarannya daripada Kumpulan Wang yang Disatukan. Saraan ini tidak boleh diubah selagi dia menjadi anggota Suruhanjaya ini.
Suruhanjaya boleh, dengan kuasa yang diberikan kepadanya, melantik beberapa pegawai dan kakitangan untuk mengendalikan pelbagai urusan berkaitan pilihan raya. Urusan-urusan yang menjadi tanggung jawab Suruhanjaya ini meliputi:
1. mempersempadankan bahagian pilihan raya,
2. menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya, dan
3. mengendalikan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan bagi semua Dewan Undangan Negeri. Undang-undang Persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan raya untuk menjalankan apa-apa pilihan raya lain seperti pilihan raya kerajaan tempatan.
7.1.3 Mempersempadankan Kawasan Pilihan Raya
Sistem pilihan raya di Malaysia menentukan setiap negeri dipecahkan kepada beberapa kawasan pilihan raya. Setiap kawasan akan diwakili oleh seorang wakil sahaja sama ada wakil ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan Negeri (Per. 116). Sekarang Perlembagaan menetapkan Dewan Rakyat mempunyai 193 bahagian seperti berikut:
(i) Johor 20 kawasan Parlimen.

(ii) Kedah 15 kawasan Parlimen.
(iii) Kelantan 14 kawasan Parlimen.
(iv) Melaka 05 kawasan Parlimen.
(v) Negeri Sembilan 07 kawasan Parlimen.
(vi) Pahang 11 kawasan Parlimen.
(vii) Pulau Pinang 11 kawasan Parlimen.
(viii) Perak 23 kawasan Parlimen.
(ix) Perlis 03 kawasan Parlimen.
(x) Sabah 20 kawasan Parlimen.
(xi) Sarawak 28 kawasan Parlimen.
(xii) Selangor 17 kawasan Parlimen.
(xiii) Terengganu 08 kawasan Parlimen.
(xiv) Kuala Lumpur 10 kawasan Parlimen.
(xv) Labuan 01 kawasan Parlimen.
Jumlah bahagian Dewan Negeri di tiap-tiap negeri pula adalah seperti berikut:
(i) Johor 40 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Jumlah bahagian Dewan Negeri di tiap-tiap negeri pula adalah seperti berikut:
(i) Johor 40 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(ii) Kedah 36 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(iii) Kelantan 43 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(iv) Melaka 25 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(v) Negeri Sembilan 32 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(vi) Pahang 38 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(vii) Pulau Pinang 33 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(viii) Perak 52 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(ix) Perlis 15 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(x) Sabah 48 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(xi) Sarawak 56 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(xii) Selangor 48 kawasan Dewan Undangan Negeri.
(xiii) Terengganu 32 kawasan Dewan Undangan Negeri.
7.1.4 Prinsip-Prinsip Mempersempadankan Kawasan Pilihan Raya
Kawasan pilihan raya dari segi saiz dan bilangannya tidaklah sama. Ia juga tidak semestinya kekal untuk selama-lamanya. Ia boleh berubah mengikut keperluan semasa. Satu daripada tugas Suruhanjaya Pilihan raya ialah mempersempadankan kawasan pilihan raya. Dalam melaksanakan tugas ini SPR terikat dengan empat prinsip yang ditentukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Malaysia:
(a) di samping diambil perhatian tentang mustahaknya pemilihpemilih diberi pelung-peluang kemudahan yang berpatutan untuk mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah dipersempadan supaya tidak memasuki sempadan sempadan Negeri dan patutlah diberi perhatian tentang kesulitan-kesulitan bahagian-bahagian pilihan raya-pilihan raya Negeri memasuki sempadan bahagian-bahagian pilihan raya;

(b) perhatian patutlah juga diberi perhatian tentang kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan mengundi;
(c) bilangan pemilih-pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian-bahagian itu patutlah diberi pertimbangan;
(d) perhatian patutlah diberi tentang kesulitan-kesulitan yang akan timbul dangan perubahan-perubahan bahagian bahagian pilihan raya, dan juga tentang memelihara hubungan tempatan.
7.1.5 Prosedur Mempersempadankan Kawasan Pililihan Raya
Suatu syor daripada Suruhanjaya Pilihan raya untuk mengubah sempadan pilihan raya perlulah mendapat persetujuan daripada Yang di Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.
Syor itu kemudiannya hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan dan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar yang diedarkan dalam kawasan pilihan raya berkenaan.
Siaran itu hendaklah menerangkan segala perubahan dan syor-syor dimana-mana tempat yang senang dibaca dalam kawasan pilihan raya berkenaan.
Jika terdapat bantahan, ia hendaklah disampaikan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan raya dalam tempoh sebulan selepas disiarkan penerangan itu.
Sekiranya terdapat bantahan terhadap syor itu oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau oleh satu kumpulan orang yang mengandungi 100 orang pengundi kawasan berkenaan maka Suruhanjaya Pilihan raya mestilah membuat satu siasatan mengenainya.
Sekiranya selepas siasatan itu Suruhanjaya Pilihan raya terpaksa meminda syor-syor mereka, Suruhanjaya hendaklah meminda syor-syornya dan mestilah menyiarkan kenyataan-kenyataan itu.
Kemudian Suruhanjaya mestilah mengemukakan satu laporan tentang kawasan pilihan raya kepada Perdana Menteri yang menunjukkan perubahan yang dicadang dan namanya sekali.
Apabila Perdana Menteri menerima laporan itu, beliau hendaklah membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat.
Laporan itu handaklah disokong oleh undi tidak kurang daripada separuh jumlah anggota Dewan Rakyat.
Jika draf perintah itu diluluskan maka ia akan dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang.
7.1.6 Calon
Perkara 48 dan 49 Perlembagaan telah menentukan kelayakan dan hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen. Perkara ini dibincang dengan terperinci dalam topik Parlimen Malaysia.
7.1.7 Pengundi
Menurut perkara 119 Perlembagan, tiap-tiap warganegara yang
(a) telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan, dan (b) bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan atau jika tidak bermastautin adalah seorang pengundi tidak hadir
adalah berhak mengundi dalam bahagian pilihan raya sama ada untuk Dewan Rakyat atau Dewan Negeri, melainkan jika hilang kelayakan di bawah fasal 3 atau mana-mana undang-undang berhubung dengan kesalahan-kesalahan berhubung pilihan raya. Bagaimanapun tiada seorang pun boleh mengundi lebih daripada satu kawasan pilihan raya.
Seseorang itu hilang kelayakan menjadi pengundi dalam sesuatu pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Negeri jika (fasal 3 Perkara 119):
(a) pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau menjalani hukuman penjara; atau (b) sebelum tarikh kelayakan ia telah disabitkan suatu kesalahan dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara selama tempoh dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan ia masih tertanggung menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan tersebut.
Tarikh kelayakan bermaksud tarikh daftar-daftar pemilih disediakan. Pengundi tidak hadir pula ialah warganegara yang didaftarkan di dalam daftar pemilih tetapi tidak hadir dalam kawasan pilihan rayanya.
7.1.8 Pendaftaran Pengundi
Seseorang warganegara yang layak hanya boleh membuang undi hanya jika namanya tersenarai dalam daftar pengundi. Daftar pengundi menjadi keterangan “prima facie” untuk menentukan sama ada seseorang itu berhak atau tidak berhak mengundi dalam sesuatu pilihan raya dalam sesuaru kawasan pilihan raya. Seseorang itu tidak dibenarkan mengundi di mana-mana tempat mengundi kecuali namanya ada di dalam daftar pengundi di tempat mengundi tersebut.
Daftar pengundi yang digunakan ialah daftar pengundi yang terakhir disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk diterima pakai dalam sebarang pilihan raya, sebagaimana ditentukan dalam Peraturanperaturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981).
7.1.9 Kekerapan Pilihan Raya
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh terus berjalan jika tidak berlaku kekosongan luar jangka, selama lima tahun. Apabila dibubarkan Perlembagaan menetapkan pilihan raya hendaklah diadakan dalam masa 60 hari di Semenanjung dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.
7.1.10 Pengundian
Pengundian adalah mengikut sistem undi langsung (direct voting system) iaitu membuat pemilihan untuk seorang calon sahaja dengan cara menanda “X” di ruang yang disediakan di kertas undi. Pengiraan undi dibuat sebaik sahaja pengundian tamat pada masa yang ditetapkan oleh petugas-petugas SPR dengan kehadiran wakil-wakil calon yang bertanding.
7.1.11 Mencabar
Pengurus Pilihan raya bagi setiap kawasan pilihan raya akan mengumumkan keputusan pemilihan tersebut setelah selesai pengiraan dibuat.
Keputusan pilihan raya tidaklah boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kecuali dengan mengemukakan satu petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi sebagaimana diperuntukkan dalam perkara118 Perlembagaan Malaysia.
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menentukan tugas Mahkamah Tinggi tentang sesuatu pilihan raya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
1. membicarakan petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada mahkamah supaya dibatalkan pilihan seseorang calon atau lain-lainnya;

2. membuat perintah melepaskan calon atau wakil pilihan raya daripada akibat kemungkinan menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya, atau kerana menghantarkan satu penyata yang mengandungi kesilapan dan mengelirukan; dan 3. membuat perintah melepaskan calon dan wakil pilihan raya daripada amalan tidak jujur atau amalan salah, yang telah dilakukan oleh orang lain dengan tidak setahu dan persetujuan mereka.
Dalam kes Tunku Abdullah lwn. Ali Amberan [1971]1MLJ 25, Mahkamah Persekutun memutuskan bahawa tidak boleh dirayu lagi sesuatu keputusan hakim mengenai keputusan pilihan raya yang telah diputuskan.
7.1.12 Undang-Undang Berkaitan Pilihan Raya
Terdapat beberapa undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan digunakan dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara kita ini, iaitu Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1881), Peraturanaperaturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 1971) dan Peraturanperaturan Pilihan Raya (Pengundian Pos 1959 dan 1968). Selain itu undang-undang lain yang secara tidak langsung boleh digunakan semasa pilihan raya dan kempen-kempennya berjalan ialah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Polis 1962, Akta Hasutan 1948 dan lain-lain.

SOALAN-SOALAN BERKAITAN
SOALAN DALAM TEKS 7.1
1. Kenapa pilihan raya perlu diadakan?
- Amalan sistem demokrasi, sesebuah kerajaan dipilih melalui pilihan raya.
- Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang mereka ingini.
- Ini bermakna sesebuah kerajaan yang dipilih akan memerintah mengikut kehendak rakyat yang memilihnya.
2. Apakah implikasinya jika pilihan raya yang diadakan tidak diyakini oleh rakyat?
- Pilihan raya yang tidak telus dan mengandungi perkara-perkara yang tidak diingini serupalah seperti memperolehi sebuah pemerintahan dengan cara menipu dan tidak menyenangkan hati rakyat.
- Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan pergolakan, malah boleh mencetuskan perbalahan besar dan pemberontakan.
3. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan sesuatu pilihan raya dianggap bersih?
Untuk menjadikan sesuatu pilihan raya itu bersih dan bebas, unsur-unsur berikut perlulah dipelihara (Salleh Abas, 1997):
(a) Pilihan raya itu hendaklah dianjurkan oleh satu badan yang jujur dan boleh dipercayai oleh rakyat,
(a) Pilihan raya itu hendaklah dianjurkan oleh satu badan yang jujur dan boleh dipercayai oleh rakyat,
(b) Undang-undang pilihan raya itu mestilah berasaskan keadilan dan mencegah perkara yang tidak elok,
(c) Segala pertelingkahan tentang pilihan raya mestilah diselesaikan dengan segera oleh mahkamah khas
SOALAN DALAM TEKS 7.2
1. Jelaskan fungsi Suruhanjaya Pilihan raya.
1. Jelaskan fungsi Suruhanjaya Pilihan raya.
- Untuk menentukan supaya pilihan raya dijalankan dengan adil, Perlembagaan Malaysia telah membuat peruntukan bagi menubuhkan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas daripada kawalan kerajaan.
- Urusan-urusan yang menjadi tanggung jawab Suruhanjaya ini meliputi:
1. mempersempadankan bahagian pilihan raya,
2. menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya, dan
3.
mengendalikan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan bagi semua Dewan
Undangan
Negeri. Undang-undang Persekutuan atau undang-undang negeri
boleh memberi kuasa
kepada Suruhanjaya Pilihan raya untuk menjalankan
apa-apa pilihan raya lain seperti
pilihan raya kerajaan tempatan.
2. Huraikan prosedur mempersempadankan semula kawasan pilihan raya.
1. Syor
Suatu
syor daripada Suruhanjaya Pilihan raya untuk mengubah sempadan pilihan
raya perlulah mendapat persetujuan daripada Yang di Pertua Dewan Rakyat
dan Perdana Menteri.
2. Di siarkan dalam Warta Kerajaan
Syor
itu kemudiannya hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan dan
sekurang-kurangnya dalam satu akhbar yang diedarkan dalam kawasan
pilihan raya berkenaan.
Siaran
itu hendaklah menerangkan segala perubahan dan syor-syor dimana-mana
tempat yang senang dibaca dalam kawasan pilihan raya berkenaan.
3. Jika Ada bantahan
Jika
terdapat bantahan, ia hendaklah disampaikan kepada pihak Suruhanjaya
Pilihan raya dalam tempoh sebulan selepas disiarkan penerangan itu.
Sekiranya
terdapat bantahan terhadap syor itu oleh kerajaan negeri, pihak
berkuasa tempatan atau oleh satu kumpulan orang yang mengandungi 100
orang pengundi kawasan berkenaan maka Suruhanjaya Pilihan raya mestilah
membuat satu siasatan mengenainya.
4. Siasat Bantahan oleh SPR
Sekiranya
selepas siasatan itu Suruhanjaya Pilihan raya terpaksa meminda
syor-syor mereka, Suruhanjaya hendaklah meminda syor-syornya dan
mestilah menyiarkan kenyataan-kenyataan itu.
5. SPR mengemukakan laporan kepada PM
Kemudian
Suruhanjaya mestilah mengemukakan satu laporan tentang kawasan pilihan
raya kepada Perdana Menteri yang menunjukkan perubahan yang dicadang dan
namanya sekali.
6. Pembentangan Laporan PM di Dewan Rakyat
Apabila Perdana Menteri menerima laporan itu, beliau hendaklah membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat.
Laporan itu handaklah disokong oleh undi tidak kurang daripada separuh jumlah anggota Dewan Rakyat.
7. Dipersembahkan kepada YDPA
Jika
draf perintah itu diluluskan maka ia akan dipersembahkan kepada Yang di
Pertuan Agong untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang.
SOALAN DALAM TEKS 7.3
1. Bincangkan proses perjalanan pilihan raya bermula dari proses penamaan calon sehingga selesai.
- SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian setelah mendapat ketetapan mengenai kekosongan sesuatu kerusi atau pembubaran dewan perundangan.
- Pada hari penamaan calon semua yang layak berhak mengemukakan kertas pencalonan.
- Setelah meneliti semua bantahan SPR akan mengisytiharkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya pada hari pengundian.
- Sehingga hari pengundian, calon-calon yang bertanding merebut kerusi yang kosong akan menjalankan kempen meraih undi.
- Semua proses ini dikawal oleh undangundang tertentu.
- Pada hari pengundian, pengundi-pengundi yang layak sebagaimana di dalam daftar pemilih yang diadakan oleh pihak SPR akan mengundi melalui kertas undi yang tertentu.
- Setiap pengundi akan memilih satu calon sahaja bagi setiap kerusi yang dipertandingkan.
- Calon yang memperoleh undi terbanyak akan diisytiharkan memenangi pilihan raya bagi kerusi tersebut dan akan mewakili kawasan berkenaan di dewan perundangan nanti.
2. Siapakah yang tidak layak menjadi calon pilihan raya?
(a) seorang yang tidak sempurna akal
(a) seorang yang tidak sempurna akal
(b) seorang yang bankrap yang belum dilepaskan
(c) seorang yang memegang jawatan berpendapatan dari kumpulan wang yang disatukan
(d) seorang yang tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang
(e) seorang yang menjadi warga negara asing
No comments:
Post a Comment