Darurat (BAB 8)
8.6 MAKNA DAN KONSEP DARURAT
Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 150(1) dan (2), darurat boleh diisytiharkan apabila terdapat kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Walau bagaimanapun, terdapat keputusan mahkamah yang telah mendefinisikan makna darurat secara luas. Dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn. Kerajaan Malaysia ([1968] 1 M.L.J. 119) Hakim Majlis Privy di England , Lord MacDermott telah berkata:
“… perkataan darurat seperti yang dipakai di dalam perkara 150(1) tidak boleh dibataskan kepada
menggunakan kekerasan ataupun ancaman kekerasan di luar undang-undang dalam sebarang gejalanya … makna asas perkataan itu boleh meliputi keadaan suasana dan peristiwa yang luas, termasuklah pelbagai rupa kejadian seperti perang, kemarau buruk, gempa bumi, banjir, wabak penyakit dan jatuhnya kerajaan awam .…” (Wu Min Aun,1981:93)

8.7 ASAL-USUL DARURAT
Sesebuah negara akan dapat berfungsi dengan baik, apabila wujud keamanan, kestabilan dan keharmonian di dalamnya. Ini adalah kerana keamanan dan ketenteraman yang dapat diwujudkan dan dikekalkan dalam sesebuah negeri itu amat penting untuk memastikan negara dapat berfungsi dengan baik. Justeru itu, kebanyakan perlembagaan negara hari ini memberi kuasa kepada kerajaan atau pihak yang tertentu bagi mengambil sebarang langkah yang sepatutnya untuk memelihara negara dari berlakunya kacau-bilau atau mengembalikan keamanan selepas berlakunya huru-hara walaupun kadang-kadang langkah-langkah ke arah tersebut bertentangan dengan hak asasi.
Kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia kepada kerajaan apabila timbulnya keadaan yang boleh diisytiharkan sebagai darurat telah timbul semasa keadaan cemas melawan komunis di Malaya ketika itu yang berlaku di sekitar tahun 1940-an yang lalu. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Reid melihat satu peruntukan perlu diadakan untuk menjamin penerusan kestabilan negara dari sebarang ancaman samada daripada dalam ataupun luar negeri. Suruhanjaya tersebut menyatakan, “Kami mesti mengambil perhatian tentang darurat yang sedang berlaku. Kami harap darurat akan tamat sebelum perlembagaan yang mula berkuatkuasa tetapi kami mestilah membuat syor-syor kami berdasarkan pada masa itu darurat masih ada lagi”. (Suffian, 381) Akibat daripada pengaruh dan alasan inilah maka peruntukan terutamanya peruntukan 149, 150 dan 151 diwujudkan dalam Perlembagaan Malaysia. Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa seperti ini adalah untuk sementara waktu sahaja, iaitu ketika keadaan terancam itu masih wujud dan kuasa ataupun ordinan yang dikeluarkan semasa keadaan darurat itu tidak berkekalan selama-lamanya. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Reid, menyatakan:
“Neither the existence of fundamental rights nor the division of powers between the Federation and the States ought to be permitted to imperill the safety of the State or the preservation of a democartic way of life. The Federation must have adequate power in the last resort to protect these essential national interests. But in our opinion
160
infringment of fundamental rights or of State rights is only justified to such an extent as may be necessary to meet any particular danger, which threatens the nation. We therefore recommend that the Constutution should authorize the use of emergency powers by the Federation but that the occasions of which, so far as possible the extent to which, such powers can be used be limited and defined.” (Salleh Abbas: 339)
Justeru, pada tahun 1957, Suruhanjaya Reid telah memasukkan dua perkara yang penting dalam sejarah perlembagaan negara kita iaitu perkara 149 yang memberikan Parlimen kuasa-kuasa khas bagi mengendalikan perbuatan subversif, dan perkara 150 yang memberikan pemerintah dan Parlimen kuasa-kuasa khas untuk mengatasi darurat.
Tujuan utama kedua-dua perkara tersebut adalah untuk memberi kuasakuasa khas (Perkara 149) dan luas kepada kerajaan persekutuan membuat undang-undang walaupun ia bertertentangan dengan sebahagian daripada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan seperti berkenaan kebebasan asasi yang terkandung di dalam Perkara-Perkara 5, 9, 10, atau 13. Ia bertujuan untuk menentang perbuatan subversif seperti tindakantindakan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya. Perkara 149 memperuntukkan bahawa jika tindakan telah diambil atau telah dibuat oleh sekumpulan orang yang terbesar sama ada dalam atau luar persekutuan:
(a) untuk menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu; atau

(b) membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang di Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan dalam Persekutuan; atau
(c) mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara kaum atau golongan pendudukan yang mungkin menyebabkan kekrasan; atau
(d) yang mendatangkan mudarat kepada peyelenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(e) yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam atau keselamatan, Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
8.8 PERISYTIHARAN DARURAT
Perkara 150 daripada Perlembagaan memberikan kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati bahawa darurat besar berlaku. Sebagai seorang raja mengikut perlembagaan melainkan mengenai perkara-perkara tertentu, baginda tidaklah melaksanakan fungsi-fungsinya mengikut Perlembagaan dengan budi bicara baginda sendiri. Baginda dikehendaki mengikut Perkara 40(1) dari perlembagaan untuk bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri. (Wu Min Aun, 1981:92) Ini dapat dibuktikan daripada keputusan oleh Majlis Privy di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn. Kerajaan Malaysia [1968] apabila hakim Majlis itu merujuk kepada pendapat yang mengatakan bahawa “...Yang di Pertuan Agong bertindak, sebagai mana boleh dinggapkan, mengikut nasihat kabinet seperti yang dikehendaki oleh Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, mengisytiharkan darurat....” (Jayakumar, 1976: 240). Di dalam konteks perisytiharan darurat, sebenarnya kerajaanlah yang mengisytiharkan darurat kerana Yang di Pertuan Agong selamanya bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Kuasa mengisytihar ini diberikan hanya kerana baginda memegang jawatan sebagai Ketua Negara.
Menurut Perkara 150(2) pula, Perlembagaan memperakukan bahawa perisytiharan boleh dibuat walaupun sebelum terjadinya pereistiwa darurat sebenar. Ini bermaksud apa-apa keadaan yang dijangkakan akan mengakibatkan berlakunya keadaan seperti yang diperuntukkan di dalam Perkara 150(1) boleh dianggap sebagai satu hujah kepada pihak kerajaan untuk mengeluarkan perisytiharan darurat. Dalam kes Datuk Stephen Kalong Ningkam lwn Kerajaan Malaysia. Semasa membuat rayuan kepada Majlis Privy, dihujahkan bagi pihak Datuk Stephen bahawa perisytiharan darurat itu adalah ultra vires dan tidak sah dan bahawa akta yang berasaskan perisytiharan darurat itu pada keseluruhannya tidak sah dan kedua, bahawa jika perisytiharan itu adalah sah sekalipun, peruntukanperuntukan kata yang bermaksud untuk meminda perlembagaan Sarawak adalah di luar kuasa parlimen persekutuan.
Anggota Privy Council menghujahkan balas bahawa menurut perkara 150(1) darurat itu bukannya dihadkan kepada berlakunya penggunaan kekerasan dan ancaman kekerasan yang menyalahi undang-undang. Selain itu, Perkara 149 juga membawa maksud memberhentikan atau mencegah perbuatan subversif. Tetapi berdasarkan kepada keadaan yang tidak stabil politik pada masa itu, maka perisytiharan darurat 14 September 1966 adalah ultra vires dan sah. Selain itu, Ketua Hakim Negara Malaysia dan Hakim Besar Semenanjung Malaysia berpendapat bahawa sahnya perisytiharan darurat tidak boleh diputuskan oleh mahkamah keadilan. Oleh itu mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa berdasarkan kepada suara majoriti, apabila Yang di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat mengikut perkara 150, pihak mahkamah haruslah menganggap bahawa kerajaan telah bertindak atas kepentingan terbaik untuk negara dan rakyat dan tidak boleh membenarkan apa-apa keterangan yang bertentangan dengan keadaan yang mewujudkan keadaan darurat tidak boleh dihakimi(iaitu tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah). Oleh itu, Yang diPertuan Agong sahaja yang boleh memutuskannya.
8.9 DARURAT DI MALAYSIA
Semenjak tahun 1948, lima perisytiharan darurat telah dibuat oleh kerajaaan untuk mencegah beberapa bahaya tertentu. Tiga daripada perisytiharan tersebut meliputi keadaan darurat ke seluruh persekutuan Malaysia manakala dua lagi hanya terhad kepada sesebuah negeri dalam persekutuan sahaja; iaitu satu perisytiharan dihadkan kepada negeri dalam Kelantan dan satu perisytiharan lagi dihadkan kepada negeri Sarawak. Lima perisytiharan tersebut adalah pada 16 Julai 1948, 3 September 1964, 14 September 1966, 15 Mei 1969, dan 8 November 1977. Di bawah ini diringkaskan kejadian-kejadian darurat tersebut.
1. Darurat Pertama – 16 Jun 1948
Menjelang Jun 1948, pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) telah menyebabkan keadaan menjadisemakin tegang. Kerajaan Inggeris pada masa itu tidak mampu mengawal keadaan dengan cara biasa kerana adanya kegelisahan dan mogok di beberapa tempat. Dalam sidang akhbarnya pada 13 Jun 1948, Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi British menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya 13 kejadian serius telah tercetus di beberapa tempat di seluruh negara, termasuk 10 kes pembunuhan dan tiga kejadian serangan ke atas pengurus-pengurus estet getah. Tiga hari selepas sidang akhbar tersebut, tiga orang peladang Inggeris telah dibunuh oleh sekumpulan orang bersenjata di Perak (Mohd Reduan, 23). Selepas kejadian tersebut, pihak kerajaan pada masa itu merasakan bahawa ketegangan ini tidak boleh diredakan tanpa diwujudkan satu undang-undang khas yang boleh mengawal keadaan tersebut. Oleh sebab itulah Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat pada 16 Jun 1948 bagi seluruh Tanah Melayu menerusi kuatkuasa undang-undang BMA. Walau bagaimanapun, undang-undang itu kemudian dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Rang Undang-Undang Peraturan Darurat (Emergency Regulation Bin) yang diluluskan oleh sidang Majlis Perundangan (Legislative Council) pada 5 Julai 1948. (Mohd Reduan, 24)

Perisytiharan darurat tersebut telah memberi kuasa yang luas kepada kerajaan bagi membolehkan kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang membantu pengganas komunis. Antara hukuman yang diberi termasuklah hukuman mati bagi mereka yang didapati membawa senjata api. Semasa perisytiharan darurat tersebut, pasukan keselamatan telah bertindak menangkap lebih kurang seribu orang anggora PKM dan beberapa pemimpinya seperti Liew Pit Vit Fan, wakil Jawatankuasa Pusat PKM. Keadaan ini telah menyebabkan ramai pimpinan PKM melarikan diri ke dalam hutan. (Mohd Reduan, 24) Pada 31 Julai 1960, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan berakhirnya darurat. Pengganas komunis pemimpin Chin Peng benarbenar berada di tahap yang lemah dan tidak mampu lagi meneruskan perjuangan untuk sementara waktu. (Mohd Reduan, 59)
2. Darurat Kedua – 3 September 1964
Pada tahun 1964 pula, Yang di Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat kedua pada 3 September 1964. Tujuan pengisytiharan darurat ini adalah untuk mencegah dasar konfrontasi yang dilancarkan oleh kerajaan Indonesia. Memandangkan keadaan negara berada pada waktu itu berada dalam tidak aman serta keselamatan rakyatnya terancam, maka Yang di Pertuan Agong di bawah perkara 150 Perlembagaan Malaysia telah mengisytiharkan darurat pada 3 September 1964. Pada 7 September 1964, seluruh Malaysia telah diisytiharkan menjadi kawasan keselamatan.
3. Darurat Ketiga – 14 September 1966
Perisytiharan darurat yang ketiga telah diisytiharkan pada 14 September 1966. Perisytiharan darurat ini dibuat dengan tujuan untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik yang membahayakan kedudukan keselamatan di negeri Sarawak. (Mohd Salleh, 13) Pertikaian politik ini timbul apabila Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu iaitu Datuk Stephen Kalong Ningkan enggan meletakkan jawatan apabila beliau dipecat oleh Yang di Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Openg.
Datuk Stephen Kalong Ningkam (Ketua Menteri Sarawak) telah mencabar keputusan yang dibuat oleh Yang di Pertua Negeri Sarawak agar meletakkan jawatan di mahkamah. Pemangku Hakim Besar Mahkamah Tinggi Kuching ketika itu iaitu Tun Harley membuat keputusan bahawa Yang di Pertua Agong Sarawak di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri daripada jawatan beliau jika setelah satu undi tidak dipercaya diluluskan dalam Majlis Negeri.

Namun demikian, Datuk Stephen Kalong tidak juga mengadakan Majlis Mesyuarat Negeri Sarawak untuk menentukan sama ada beliau masih lagi mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli Majlis Negeri. Keadaan menjadi semakin buruk sehinggalah Kerajaan Persekutuan campur tangan dalam membuat perisytiharan darurat di negeri Sarawak untuk membolehkan Parlimen Persekutuan menggubal Perlembagaan negeri Sarawak serta membolehkan pindaan dibuat bagi Speaker Majlis Negeri Sarawak memanggil Persidangan Majlis Negeri. Atas pindaan ini, di bawah Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak) 1966, Tuan Yang Terutama telah berkuasa sendiri untuk memanggil mesyuarat negeri. Datuk Stephen telah diundi tidak percaya dalam mesyuarat tersebut dan akhirnya Penghulu Tawi Sli dilantik menjadi Ketua Menteri yang baru.
3. Darurat Keempat – 15 Mei 1969
Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan Yang di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di seluruh persekutuan pada 15 Mei 1969. Tragedi 13 Mei 1969 adalah ekoran daripada pilihan raya yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969. Pada masa itu, pilihan raya belum tamat manakala keputusan pilihan raya masih lagi ditunggu-tunggu. Keadaan negara berada dalam suasana yang tidak aman dan tenteram. Semasa kempen pilihan raya, isu-isu yang menyentuh emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang sehingga membawa pergaduhan antara kaum. Suasana ini telah menjejaskan kehidupan orang ramai. Tambahan pula, dikatakan pada masa itu berlaku juga ancaman hasutan daripada komunis yang menimbulkan keadaan tidak tenteram. Oleh itu, suatu tindakan yang tertentu perlu dilakukan secepat mungkin demi menjaga keharmonian negara pada masa itu. Justeru itu, darurat telah diisytiharkan pada 15 Mei 1969 untuk mengembalikan negara kepada keadaaan asal serta menyatu-padukan semula perhubungan antara kaum di negara ini.
Semasa darurat ini, semua kuasa memerintah kabinet telah diserahkan kepada seorang pegawai yang dinamakan Pengarah Mageran (Majlis Gerakan Negara). Beliau ditugaskan menentang rusuhan tersebut. Apabila keadaan bertambah baik pada 20 Febuari 1971, maka Parlimen pun bersidang semula. Darurat ini tidak pernah diisytiharkan tamat. Oleh itu, timbul pelbagai kes mahkamah mengenai penamatan peraturan ini.
4. Darurat Kelima – 8 November 1977
Perisytiharan darurat yang kelima telah dibuat oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Kabinet Persekutuan pada 8 November 1977. Perisytiharan ini dibuat semata-mata untuk meredakan ketidakstabilan dan menyelesaikan pertikaian politik yang timbul di negeri Kelantan, yang pada masa itu diperintah oleh Parti PAS. (Mohd Salleh, 20)
Menteri Besar Kelantan Datuk Haji. Mohd Nasir telah diminta untuk meletakkan jawatan oleh ahli-ahli PAS tetapi beliau enggan dan akhirnya 15 orang ahli majlis Undangan Negeri telah membuang undi tidak percaya.atas pergolakan ini. Disebabkan perkara ini maka beberapa rusuhan telah berlaku di negeri Kelantan di antara penyokong Datuk Haji Mohd. Nasir dan penentangnya.
Atas rusuhan yang berlaku, darurat diisytiharkan untuk meminda perlembagaan dengan mengalihkan negeri Kelantan daripada Menteri Besar kepada pengarah Kerajaan. Kesan daripada darurat ini, negeri Kelantan diperintah oleh Pengarah Kerajaan sehingga tahun 1978 apabila pilihan raya diumumkan.
Perisytiharan darurat tahun 1977 telah tamat apabila Yang di Pertuan Agong manamatkan akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 pada 11 Febuari 1978 di bawah Seksyen 14 akta itu sendiri. Darurat negeri Kelantan hanyalah dalam tempoh 3 bulan sahaja iaitu di antara 8 November hingga 11 Febuari 1978.
8.10 UNDANG-UNDANG SEMASA DARURAT
1. Ordinan Peraturan Darurat 1948
Ordinan Peraturan Darurat 1948 merupakan satu Undang-Undang Persekutuan yang diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuna. Di bawah peruntukan Seksyen 3, ordinan darurat ini telah diisytiharkan oleh kerajaan pada 16 Jun 1948. (Mohd Reduan, 1993:24) Berdasarkan ordinan ini, beberapa undang-undang kecil yang bernama Peraturanperaturan ordinan telah dibuat dan digunakan untuk mengawal keadaan pada masa itu. Apabila keadaan menjadi semakin terkawal, maka kerajaan telah menamatkan darurat ini pada 31 Julai 1961. Berikutan daripada itu, Ordinan Peraturan Darurat 1948 dibatalkan. (Mohd Reduan, 1993:24)
2. Akta Darurat (Kuasa Perlu) 1964
Akta Darurat (Kuasa Perlu) 1964 telah diluluskan oleh Parlimen pada 8 September 1964 semasa persidangan untuk membuat perbincangan mengenai perisytiharan darurat yang kedua di Malaysia akibat pelancaran Dasar Konfrontasi Kerajaan Indonesia. Akta ini memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk membuat peraturan-peraturan bagi memelihara keselamatan awam. Walau bagaimanapun, tidak banyak peraturan yang dibuat di bawah akta ini kerana tindakan terhadap darurat ini telah berjalan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri 1960 dan beberapa undang-undang lain.
Akta Darurat (Kuasa Perlu) 1964 telah terbatal dengan sendiri berikutan perisytiharan darurat tahun 1969. Kes Teh Cheng Poh lwn Pendakwa Raya juga memutuskan bahawa kuasa membuat peraturan-peraturan perlu berada di bawah akta yang diluluskan. Perisytiharan tahun 1964 tidak boleh digunakan lagi untuk membuat peraturan darurat bagi perisytiharan tahun 1969. (Mohd Salleh, 1982:27)
3. Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak) 1966
Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri Sarawak) 1966 diluluskan oleh Parlimen Persekutuan berikutan perisytiharan darurat di seluruh negeri Sarawak oleh Yang di Pertuan agong atas nasihat kabinet Persekutuan di bawah Perkara 150(5) Perlembagaan Persekutuan.
Akta ini bertujuan untuk meminda perlembagaan Sarawakk bagi meluaskan kuasa Yang di Pertua negeri supaya Tuan Yang Terutama sendiri boleh memanggil Mesyuarat Majlis Negeri dan menjalankan urusan pentadbirannya. Dalam pada itu, Seksyen 5 pula memberi khusus untuk membuat undang-undang yang membolehkan Yang di Pertua Negeri boleh untuk memecat ketua menteri dan anggota Majlis Negeri mengikut budi bicaranya yang mutlak sekiranya:
(a) Pada mana-mana Mesyuarat Majlis Negeri,sesuatu ketetapan tidak percaya kepada kerajaan telah diluluskan oleh lebih suara daripada jumlah anggota yang hadir yang mengundi.

(b) Ketua Menteri, selepas ketetapan seperti itu diluluskan,enggan meletak jawatan dan enggan menyampaikan perletakan jawatan anggota Majlis Tertinggi.
Walau bagaimanapun, Akta Darurat 1966 ini tidak berkuasa lagi apabila perisytiharan darurat tahun 1966 ini telah ditamatkan dengan cara implikasi oleh perisytiharan darurat tahun 1969.
4. Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969
Baginda telah bertindak di bawah Fasal (2) Perkara 150, Perlembagaan persekutuan dan mengisytiharkan darurat pada 15 Mei 1969 berikutan huru-hara perkauman yang meletus pada 13 Mei tahun ini. Pada masa itu, Parlimen sedang terbubar. Parlimen hanya bersidang semula pada 20 Febuari 1971. Dalam masa selama setahun lapan bulan itu yang mana Parlimen tidak bersidang, Yang diPertuan Agong telah membuat 92 ordinan kuasa-kuasa perlu (Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) 1969). Di antara ordinan-ordinan yang amat penting ialah Ordinan (Kuasa perlu) No.1 dan Ordinan Darurat (Kuasa perlu) No.2. Kedua-dua ordinan ini bertujuan untuk mengawal darurat kerana pemerintahan negara tidak dijalankan seperti cara sistem kabinet tetapi dijalankan hampir sama seperti pemerintahan tentera.
Semasa darurat semua kuasa pemerintah telah diserahkan kepada seorang pegawai yang bernama Pengarah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara). Pengarah MAGERAN ini dibantu oleh Majlis yang dinamakan Majlis Gerakan Negeri dan seorang pegawai awam utama serta pegawai yang lain untuk menjalankan pelbagai tugas bagi mengawal sebarang rusuhan. Selain itu, beberapa peruntukan perlembagaan turut dipinda untuk membolehkan kuasa diberikan kepada beberapa pihak yang tertentu. Orang yang dilantik oleh Yang Pertuan Agong menjadi pengarah MAGERAN ialah Tun Abdul Razak.
Apabila keadaan di negara telah baik, akhirnya pada 20 Febuari 1971 parlimen telah bersidang semula. Kebanyakan ordinan yang telah digubal semula oleh Yang di Pertuan Agong telah dibatalkan. Ordinan yang tidak dibatalkan dan masih berkuatkuasa hanya 8 buah sahaja. Di antara ordinan-ordinan yang tidak dibatalkan ialah Ordinan Darurat (kuasa perlu) Nombor 1. Ordinan ini yang dicabar di mahkamah dan menjadi mauduk dalam mana-mana perbicaraan mengenai undang-undang darurat di negeri ini. Ordinan ini telah memberi kuasa kepada Yang diPertuan Agong untuk membuat peraturan-peraturan darurat. (Mohd Salleh, 49)
Satu peraturan darurat yang bernama Peraturan Perlu (kes keselamatan) 1975 telah dibuat pada 4 Oktober 1975 dan dipinda pada 1 November 1975. Mengkut peraturan ini, mana-mana kes keselamatan di bawah seksyen 57 dan 58 Akta Keselamatan Dalam Negeri atau mana-mana kesalahan yang diperakui oleh Peguam Negara dinamakan Kes Keselamatan dan hendaklah dibicarakan mengikut peraturan itu, iaitu tidak perlu perbicaraan awal dan tidak perlu di hadapan juri tetapi hanya di hadapan seseorang hakim sahaja. Oleh kerana peraturan perbicaraan di bawah Kanun Peraturan Jenayah, peraturan ini telah ditentang hebat oleh pihak peguam. Sahnya Peraturan Perlu (kes keselamatan) 1975 itu dan peraturan perlu yang lain bergantung kepada sahnya Ordinan Darurat (Kuasa perlu) Nombor 1, yang mana di bawah kuasanya peraturan peraturan itu dibuat, manakala sahnya ordinan ini bergantung pula kepada sahnya perisytiharan darurat yang dikeluarkan pada 15 Mei 1969 itu. Perisytiharan ini masih berkuatkuasa.
Masalah sah atau tidak sesuatu ordinan kuasa juga perlu timbul dalam kes Ooi Kee Saik lwn Pendakwa Raya, kes Melan b. Abdullah & Anor lwn Pendakwa Raya, kes Pendakwa Raya lwn Khong Teng Khen & Anor, kes The Cheng Poh lwn Pendakwa Raya, kes Madhavan Nair lwn kerajaan Malaysia, kes Lim Woon Chong & Anor lwn Pendakwa Raya, kes Inspecter-General of Police & Anor lwn Lee Kim Hoong, dan kes Johnson Tan Han Seng lwn Pendakwa Raya. Walau bagaimanapun, ordinan kuasa perlu itu tetap diputuskan sah dan peraturan yang dibuat di bawahnya juga sah.
5. Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977
Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 telah diluluskan oleh Parlimen berikutan perisytiharan darurat di Kelantan pada 8 Disember 1977. Akta ini telah meminda perlembagaan negeri Kelantan dengan mengalihkan pemerintahan Kelantan daripada Menteri Besar kepada seorang pegawai yang di beri gelaran Pengarah Kerajaan. Oleh itu, pegawai ini mempunyai kuasa membuat peraturan berpatutan untuk pemerintahan negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, akta ini telah ditamatkan oleh Yang di Pertuan Agong pada 11 Febuari 1978, sebelum pilihan raya umum 1978 diadakan dan pemerintah negeri Kelantan telah kembali semula di bawah sistem pemerintahan negeri itu.
6. Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 (Akta 216)
Akta 216 merupakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu 1969 yang perlu dikanunkan sebagai suatu Akta Parlimen di bawah Fasal(5)Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Akta 216 ini telah mengesahkan segala peraturan darurat yang dibuat oleh Yang di Pertuan Agong. (Mohd Salleh, 20) Akta ini telah memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk membuat dan mengesahkan peraturan-peraturan berkenaan darurat yang dibuat. Ia juga membuka jalan supaya kes-kes yang telah dibicarakan boleh disemak semula. Akta ini pernah dicabar sebagai tidak sah atas alasan akta ini mengandungi perkara yang tidak nyata. Hujah ini telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana pihak mahkamah berpendapat bahawa Parlimen mempunyai kuasa mengesahkan Peraturan Perlu yang dianggap sebagai tidak sah oleh Privy Council dengan memberi kuasa kebelakangan (retrospective operation) kepada akta ini. (Mohd Salleh, 20)
Akta ini mengandungi 14 seksyen. Akta ini telah memberi kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk membuat peraturan-peraturan yang diperlukan bagi menjamin keselamatan awam, pertahanan Malaysia, pengekalan ketenteraman awam dan pembekalan perkhidmatan yang perlu bagi kehidupan rakyat. Seksyen 2(1) Seksyen 3 menerangkan bahawa tentang perjalanan kuatkuasa peraturan-peraturan perlu di luar negeri. Seksyen 4 berkenaan bukti suratcara. Seksyen 5 pula berkenaan dengan melepas tanggungjawab pegawai awam dan bukti orang-orang lain yang tertentu. Seksyen 6 menerangkan peraturan-peraturan perlu di bawah Akta 1964. Seksyen 7 adalah berkenaan kuasa-kuasa sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa di bawah undang-undang lain. Seksyen 8 adalah penerangan mengenai penalti. Seksyen 9 pula berkenaan dengan perundangan kecil di bawah ordinan itu disifatkan sebagai telah dibuat di bawah akta ini dan pengesahan perbuatan dan perkara yang di lakukan di bawah Ordinan itu dan perundangan kecil di bawahnya. Seksyen 10 adalah tentang kuasa khas Mahkamah Persekutuan mengulangkaji. Seksyen 11 pula berkenaan dengan kuasa Pendakwa raya untuk memilih;pengesahan pembicaraan-pemicaraan jenayah tertentu. Seksyen 12 adalah tentang bidang kuasa mahkamah berkenaan dengan pengisytiharan di bawah sesuatu undang-undang di bawah Bahagian 11 Perlembagaan persekutuan. Seksyen 13 berkenaan dengan pemansuhan dan kekecualian, dan seksyen 14 adalah tentang kaedah-kaedah.
7. Undang-Undang Lain yang Berkaitan dengan Darurat
Satu unsur yang penting dalam soal keselamatan negara ialah pegangan kerajaan terhadap perintah undang-undang (rule of law) apabila sesuatu yang mengancam keselamatan berkait rapat dengan keruntuhan kedaulatan undang-udang. Akibatnya, kerajaan telah bersikap tegas dan mempunyai beberapa undang-undang yang ketat dan menyeluruh. Menerusi undang-undang itu juga kerajaan di beri kuasa yang luas. Selain daripada undang-undang darurat seperti Akta Darurat 1979, undangundang lain yang penting dan sering digunakan ialah akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Pendaftaran Kebangsaan, Ordinan Pendaftaran Buruh, Akta Hasutan dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat )1971.
Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA contohnya, memberi kuasa yang luas kepada kerajaan untuk menahan seseorang tanpa dibicarakan selama tempoh tertentu. Undang-undang yang memberi kuasa kepada kerajaan ini telah mendapat tentangan daripada pihak-pihak tertentu terutamanya parti-parti pembangkang di negara ini yang mendakwa bahwa kerajaan menyalahgunakan kuasa undang-undang tersebut dengan menceroboh hak asasi manusia. Namun begitu, kerajaan menafikannya kerana kerajaan berasa bahawa hanya dengan wujud undang-undang seperti itu sahaja yang dapat membendung kegiatan komunis dan cita-cita mereka untuk menumbangkan kerajaan yang sah dengan cara kekerasan. Menerusi undang-undang ini ,terutamanya Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979, polis dapat bertindak dengan berkesan untuk menahan orang-orang yang terlibat dengan kegiatan subversif komunis di negara ini. Akta Darurat (Kuasakuasa Perlu) 1979 dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) dapat membantu polis memberkas mereka yang memiliki senjata api secara haram. (Mohd Reduan, 210)
8. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
Apabila kerajaan menamatkan darurat pertama (yang diisytiharkan pada 13 Julai 1948) pada 31 Julai 1960, maka Ordinan Peraturan Darurat 1948 dibatalkan. (Mohd Reduan, 24; Tan Seng Giaw, 1989:26). Tetapi sebahagian daripada peraturan yang dianggap mustahak untuk mencegah subversif dan bahaya komunis yang sememangnya sentiasa ada dikekalkan dengan menyerakkannya ke dalam satu akta yang dinamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. (Mohd Salleh, 11)
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 mempunyai fungsi dalam mengambil tindakan terhadap darurat. Semasa kerajaan Soekarno menjalankan satu konfrontasi terhadap Malaysia, beberapa kawasan perairan negeri-negeri di Tanah Melayu dan Singapura telah diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. (Mohd Salleh, 12) Sejak penggubalan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, ‘peranan’ yang dimainkan oleh peratutan darurat sejak Akta Darurat (Kuasa-kuasa perlu) 1964 telah menjadi berkurangan. Ini bermakna, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini tidaklah lagi banyak bilangannya jika dibandingkan dengan peraturan-peraturan darurat yang dibuat semasa darurat berlaku pada tahun 1948–1960. (Mohd Salleh, 13) Ini disebabkan tindakan terhadap darurat itu telah berjalan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan beberapa undang-undang yang lain lagi.
Akta Keselamatan Dalam Negeri telah digubal di bawah perkara 149, Perlembagaan Persekutuan dan didrafkan oleh H.R.Hickling pada tahun 1960. Beliau mengatakan bahawa:
“If the price of ending the emergency was the ISA, then I believe it was worth paying.”(Tan Seng Giaw, 1989:26)
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82) ini telah dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia pada 1 Ogos 1960 dan di Malaysia Timur pada 16 September 1963. (Mohd Foad Sakdan, 1997:4) Akta ini merupakan undang-undang yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Parlimen. Akta ini telah dipinda tidak kurang daripada 17 kali. (Mohd Foad Sakdan, 1997:4)
Semasa peringkat awal akta ini dibentuk, tujuannya adalah untuk mengawal keselamatan negara daripada ancaman komunis. Kemudian, akta ini telah dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keselamatan negara sehinggalah ke hari ini. Di bawah akta ini juga, kuasa penahanan pencegahan ada dinyatakan dalam Seksyen 8(1) yang menyebut:
“Jika menteri berpuas hati bahawa mana-mana orang adalah perlu dengan tujuan untuk mencegan orang itu dan bertindak dalam apa-apa cara yang mendatangkan mudarat kepada keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagian, dia boleh mmebuat surat perintah mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi mana tempoh tidak melebihi dua tahun.”
Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 8(7)(a), (b) dan (c), tempoh dua tahun ini boleh dilanjutkan tanpa had. Selain memberi kuasa penuh kepada Menteri Dalam Negeri untuk melaksanakan akta ini, Seksyen 73 dalam akta ini juga memberi “Blanket Power” kepada pelbagai kategori pihak berkuasa polis sehingga ke peringkat seseorang itu boleh ditahan tanpa sebarang perintah hingga tempoh 60 hari. (Mohd Sakdan, 1997:4)
Akta ini juga membenarkan menteri yang berkenaan mengeluarkan arahan tentang sekatan terhadap aktiviti-aktiviti, tempat kediaman, pekerjaan, melarang berada di luar rumah di antara waktu-waktu tertentu, dikehendakki melaporkan pergerakan kepada pihak tertentu, melarang berucap di perjumpaan awam, memegang jawatan dan mengambil bahagian atau bertindak sebagai penasihat kepada mana-mana orang, persatuan atau organisasi politik. Setiap individu yang ditahan boleh mengemukakan rayuan terhadap perintah tahanan dan kepada Lembaga Penasihat yang kemudiannya dikemukakan kepada Yang di Pertuan Agong. Dalam hal ini, keputusan Yang di Pertuan Agong adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. Namun demikian, setiap perintah tahanan akan disemak sekurang-kurangnya sekali kepada pihak Menteri. Namun, Menteri boleh atau berhak menolak cadangan-cadangan dalam semakan tersebut. (Mohd Foad Sakdan, 1997:5) Antara operasi yang terbesar pernah dijalankan oleh pihak kerajaan di bawah akta ini ialah Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987. (Tan Seng Giaw, 1989:129) Akta ini mengandungi 4 Bahagian, dengan 85 Seksyen dan 3 jadual. Bahagian pertama adalah berkenaan dengan permulaan yang menerangkan tentang tajuk ringkas dan tafsiran. Bahagian yang kedua pula adalah berkenaan dengan peruntukan-peruntukan am behubungan dengan keselamatan dalam negeri. Bahagian ini mengandungi 6 bab (Seksyen 3-46). Secara keseluruhannya, bahagian ini menerangkan tentang larangan ke atas organisasi dan persatuan yang bersifat politik atau seakan tentera dan pakaian seragam, kuasa-kuasa berkenaan tahanan pencegahan, berkenaan dengan penerbitan subversif, kawalan terhadap keraian dan pameran dan kuasa-kuasa lain bagi mencegah perbuatan subversif.
Bahagian yang ketiga pula mengandungi 6 bab yang menerangkan tentang peruntukan khas berhubung dengan kawasan-kawasan keselamatan seperti perisytiharan kawasan-kawasan keselamatan (Bab 1), pemeliharaan keselamatan awam (Bab II), kesalahan-kesalahan berhubung dengan kawasan-kawasan keselamatan (Bab III), kuasa-kuasa polis dan orang lain (Bab IV), am (Bab V) dan kuasa membuat peraturan-peraturan (Bab VI). Bahagian IV pula adalah berkenaan peruntukan-peruntukan pelbagai.
Jadual Pertama adalah berkenaan penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan, Jadual Kedua pula berkenaan dengan penerimaan pernyataan dalam keterangan dan Jadual Ketiga adalah berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan perlu seperti perkhidmatan air, elektrik dan sebagainya. (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960)
9. Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971)
Akta Hasutan 1948 ini telah dipinda pada tahun 1971 selepas kejadian 13 Mei 1969. Akta hasutan ini digunakan atau dipakai dengan apa-apa perbuatan, ucapan perkataan, penerbitan atau benda-benda lain yang menyebabkan perbuatan itu mempunyai kecenderungan untuk menghasut.
Akta ini melarang perbincangan umum tentang beberapa perkara iaitu membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang di Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan dalam persekutuan. Ia juga melarang membangkitkan perasaan negatif atau permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan kekerasan serta mendatangkan mudarat kepada keselamatan persekutuan atau manamana negeri di dalam Persekutuan. Jika sabit dengan kesalahan ini, pesalah boleh dipenjarakan tidak lebih daripada tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. (Mohd. Foad Sakdan, 3)

8.11 TAMAT DARURAT
Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukan tentang darurat tersebut iaitu (Perkara 150) yang menyatakan bahawa satu-satu pengisytiharan darurat tamat apabila Yang di Pertuan Agong menarik kembali pengisytiharan darurat yang telah dibuat atau ia dibatalkan oleh Parlimen apabila usul untuk menamatkannya diluluskan oleh kedua-dua Dewan.
Menurut Perlembagaan, tempoh kesahan peraturan atau undangundang yang digubal semasa dalam tempoh darurat adalah terhad dalam jangkamasa tertentu sahaja.
Tetapi perlu dingat bahawa peruntukan tersebut hanya boleh dicapai sekiranya pengisytiharan tamatnya satu-satu darurat telah dibuat.
Peruntukan 150 (7) menyatakan, “Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dari tarikh perisytiharan darurat terhenti berkuatkuasa, apaapa ordinan yang diisytiharkan menurut perisytiharan itu, dan setakat mana ia tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana perkara 150, apa-apa undang-undang yang dibuat semasa perisytiharan itu berkuatkuasa hendaklah terhenti berkuatkuasa kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan dan ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.”
Walau bagaimanapun, jika dilihat makna Perkara 150 secara pengertian bahasa sahaja, yang dapat difahami adalah bahawa undang-undang yang dibuat semasa tempoh darurat akan hanya terbatal sekiranya pengisytiharan darurat telah ditarik balik atau dibatalkan.
Ini kerana Perkara 150 tidak memberitahu tarikh berakhirnya satu-satu perisytiharan darurat.
Oleh yang demikian, sekiranya Perkara 150 dijadikan hujah, maka tidak ada satu pun perisytiharan darurat di Malaysia dibatalkan.
Terdapat beberapa kes yang dapat menafsirkan pendapat di atas.
Dalam kes Johnson Tan Han Seng lwn Pendakwa Raya dan kes Pendakwa Raya lwn Khong Teng Khen ([1977] 2 M.L.J. 66), Ketua Hakim Negara pada waktu itu iaitu Tun Mohamad Suffian dan Tuan Hakim Persekutuan Wan Sulaiman, masing-masing memutuskan bahawa perisytiharan darurat tahun 1969 hanya tamat mengikut Perkara 150(3) iaitu apabila Yang di Pertuan Agong menarik balik perisytiharan itu atau apabila Parlimen menerusi rumusan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara membatalkan perisytiharan itu. (Mohd Salleh, 26-27)
Perisytiharan darurat tahun 1964 dan tahun 1966 telah ditarik balik secara implikasi oleh perisytiharan darurat tahun 1969.
Tetapi perisytiharan darurat tahun 1969 tidak ditarik balik secara implikasi oleh perisytiharan darurat tahun 1977 kerana perisytiharan darurat tahun 1977 dengan terang-terangan tidak menyentuh tentang perisytiharan darurat tahun 1969.
Maka Malaysia masih berada di bawah undang-undang darurat kerana perisytiharan darurat tahun 1969 ini masih hidup dan tidak ditarik balik atau dibatalkan.
8.12 SEKATAN SEMASA DARURAT
Daripada perbincangan yang dapat dilihat di atas, pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk membuat ordinan atau peraturan-peraturan darurat dan ia begitu luas sehingga boleh mengatasi peruntukanperuntukan Perlembagaan. Namun begitu, demi untuk menjaga kepentingan dan hak-hak tertentu, maka Perlembagaan sendiri telah memperuntukkan satu peruntukan khas yang menghadkan kuasa membuat peraturan semasa keadaan darurat. Menurut Perkara 150(6A), undang-undang yang dibuat semasa darurat menukar, mengubah atau bertentangan dengan apa-apa peruntukan yang telah diberi oleh Perlembagaan berkenaan dengan
“Apa-apa perkara mengeni hukum syarak atau adatistiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat-istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo dan juga Fasal(6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan. Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung dengan ugama, kewarganegaraan, atau bahasa”.
8.13 KESIMPULAN PERBINCANGAN DARURAT
Darurat diisytiharkan apabila terdapat kejadian yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraan awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Sejak tahun 1948, sebanyak 5 darurat telah diisytiharkan dan di antaranya adalah tiga perisytiharan yang meliputi seluruh persekutuan sementara dua perisytiharan lagi hanya untuk negeri sahaja.
Ordinan atau undang-undang darurat telah digubal bersesuaian dengan perisytiharan darurat untuk mengawal keadaan darurat dan menjamin keselamatan negara. Walau bagaimanapun, kesemuanya telah dibubarkan kecuali Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 yang telah dikanunkan sebagai Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 di bawah Fasal 5 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Selain daripada ordinan tentang darurat, ada undang-undang lain yang berfungsi menyokong undang-undang darurat. Undang-undang lain itu meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan 1948, Akta Pendaftaran Kebangsaan, Ordinan Pendaftaran Buruh, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Besar) 1971 dan sebagainya. Seperti juga dengan segala perkara yang dibuat, sudah tentu ada wujud kelebihan dan kelemahan undang-undang darurat dan juga undang-undang lain yang dibincangkan di atas. Ramai yang mengkritik tentang kewujudan undangundang tersebut, terutamanya apabila ia dikaitkan dengan hak-hak asasi manusia atau hak-hak sebagai warganegara.
SOALAN DALAM TEKS

6. Siapakah yang berhak membuat undang-undang semasa keadaan darurat?

7. Apakah perkara-perkara tertentu yang tidak boleh diluaskan kuasa undang-undang darurat kepadanya sepertimana yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan.
- Perlembagaan sendiri telah memperuntukkan satu peruntukan khas yang menghadkan kuasa membuat peraturan semasa keadaan darurat.
- Menurut Perkara 150(6A), undang-undang yang dibuat semasa darurat menukar, mengubah atau bertentangan dengan apa-apa peruntukan yang telah diberi oleh Perlembagaan berkenaan dengan “Apa-apa perkara mengeni hukum syarak atau adatistiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat-istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo dan juga Fasal(6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan".
- Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung
dengan ugama, kewarganegaraan, atau bahasa”.
8. Bincangkan persoalan tamatnya sesuatu perisytiharan darurat mengikut Perlembagaan dan kes-kes yang telah dibicarakan.
Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukan tentang darurat tersebut iaitu (Perkara 150) yang menyatakan bahawa satu-satu pengisytiharan darurat tamat apabila Yang di Pertuan Agong menarik kembali pengisytiharan darurat yang telah dibuat atau ia dibatalkan oleh Parlimen apabila usul untuk menamatkannya diluluskan oleh kedua-dua Dewan.
Peruntukan
150 (7) menyatakan, “Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula
dari tarikh perisytiharan darurat terhenti berkuatkuasa, apaapa ordinan
yang diisytiharkan menurut perisytiharan itu, dan setakat mana ia tidak
mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana perkara 150, apa-apa
undang-undang yang dibuat semasa perisytiharan itu berkuatkuasa
hendaklah terhenti berkuatkuasa kecuali mengenai perkara-perkara yang
telah dilakukan dan ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh
enam bulan yang tersebut itu.”
Perisytiharan darurat tahun 1964 dan tahun 1966 telah ditarik balik secara implikasi oleh perisytiharan darurat tahun 1969.
Tetapi
perisytiharan darurat tahun 1969 tidak ditarik balik secara implikasi
oleh perisytiharan darurat tahun 1977 kerana perisytiharan darurat tahun
1977 dengan terang-terangan tidak menyentuh tentang perisytiharan
darurat tahun 1969.
Maka
Malaysia masih berada di bawah undang-undang darurat kerana
perisytiharan darurat tahun 1969 ini masih hidup dan tidak ditarik balik
atau dibatalkan.
9. Bilakah Yang di Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat?
- Perkara 150 daripada Perlembagaan memberikan kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati bahawa darurat besar berlaku.
- Sebagai seorang raja mengikut perlembagaan melainkan mengenai perkara-perkara tertentu, baginda tidaklah melaksanakan fungsi-fungsinya mengikut Perlembagaan dengan budi bicara baginda sendiri.
- Baginda dikehendaki mengikut Perkara 40(1) dari perlembagaan untuk bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
- Perkara 149 memperuntukkan bahawa jika tindakan telah diambil atau telah dibuat oleh sekumpulan orang yang terbesar sama ada dalam atau luar persekutuan:
(a) untuk menyebabkan kekerasan yang dirancang
terhadap orang atau harta atau untuk menyebabkan sebilangan besar
warganegara takut akan kekerasan itu; atau
(b) membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Yang di Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan dalam Persekutuan; atau
(c) mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara kaum atau golongan pendudukan yang mungkin menyebabkan kekrasan; atau
(d)
yang mendatangkan mudarat kepada peyelenggaraan atau perjalanan apa-apa
bekalan atau perkhidmatan kepada orang ramai atau mana-mana golongan
orang ramai dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(e) yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam atau keselamatan, Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
10. Berikan pandangan anda tentang pendapat berikut, “Darurat yang diisytiharkan pada 15 Mei 1969 masih lagi belum ditamatkan, maka ordinan-ordinan yang dikeluarkan pada masa itu adalah sah untuk digunakan”.
- Peruntukan 150 (7) menyatakan, “Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dari tarikh perisytiharan darurat terhenti berkuatkuasa, apaapa ordinan yang diisytiharkan menurut perisytiharan itu, dan setakat mana ia tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana perkara 150, apa-apa undang-undang yang dibuat semasa perisytiharan itu berkuatkuasa hendaklah terhenti berkuatkuasa kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan dan ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.”
- Tetapi perisytiharan darurat tahun 1969 tidak ditarik balik secara implikasi oleh perisytiharan darurat tahun 1977 kerana perisytiharan darurat tahun 1977 dengan terang-terangan tidak menyentuh tentang perisytiharan darurat tahun 1969.
- Maka Malaysia masih berada di bawah undang-undang darurat kerana perisytiharan darurat tahun 1969 ini masih hidup dan tidak ditarik balik atau dibatalkan.
No comments:
Post a Comment