Keseluruhan
pendekatan, strategi, dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan
sasaran PIN merupakan salah satu agenda utama negara, dan kini dirujuk
sebagai Agenda Integriti. Matlamat Agenda Integriti boleh dicapai dengan
mengatur secara rapi Strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk
pelbagai institusi masyarakat dan negara.
Dari
segi strategi pelaksanaan, pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat yang
jelas, tegas dan konsisten tentang komitmen mereka melaksanakan Agenda
Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh anggota lain dalam
kepimpinan negara. Isyarat sedemikian akan mengobarkan semangat,
keyakinan dan keghairahan rakyat untuk turut bersama dengan kepimpinan
sesuai dengan prinsip "Rakyat menyokong pemimpin yang menyokong rakyat".
Sebagai
strategi jangka panjang, gerakan pemantapan integriti harus mempunyai
asas yang kukuh. Asas ini perlu dibina dari bawah dengan melibatkan
institusi paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil.
Pembabitan
keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan
menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam
jangka panjang. Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawa masyarakat
Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berorientasikan keluarga dan
komuniti. Kini, nilai keluarga dan komuniti masih kukuh dan mendalam
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Justeru,
bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan
integriti harus bermula daripada keluarga. Keluarga adalah unit paling
asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya.
Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan
integriti anggotanya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus
bermula daripada kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus
membimbing dan menjadi teladan yang baik. Dengan demikian, dalam gerakan
pemantapan integriti, institusi keluarga memainkan peranan utama.
(1) Agenda Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
Institusi
keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat.
Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang
menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas.
Pelaksanaan Agenda Integriti untuk keluarga berkaitan erat dengan Agenda
Integriti untuk komuniti.
Dalam
komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung,
imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai
nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baru. Kewujudan institusi
seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi.
Selain itu terdapat pertubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk
yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menangani gejala
sosial. Juga, terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan
kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat mengaji al- Quran dan
institusi ibadat lain yang boleh berperanan membina jasmani, emosi,
rohani dan intelek kanak-kanak.
(2) Agenda Integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;
• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan
• Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.
Ruang
di antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar, khususnya
negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang masyarakat
sivil. Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh
dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi, ruang
masyarakat sivil semakin berkembang. Dalam ruang ini terdapat pelbagai
pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil (Civil Society Organisation -
CSO) yang memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam
sekitar dan hak asasi man usia. Pertubuhan-pertubuhan ini juga bergiat
memajukan profesion atau aktiviti tertentu seperti sukan, kesenian,
kebudayaan dan aktiviti keagamaan; ataupun berperanan sebagai pemberi
khidmat penjagaan.
(3) Agenda Integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan integriti masyarakat sivil - badan bukan kerajaan;
• Peningkatan sumbangan CSO kepada usaha pemantapan integriti; dan
• Pengukuhan kerjasama antara CSO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.
Begitu
juga dengan institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan (sekolah,
kolej dan universiti), kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta
seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan
mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang
kepada pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan,
memupuk perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-lain. Dengan
demikian, institusi tersebut mempunyai pengaruh besar terhadap
pengukuhan integriti keluarga, komuniti dan seterusnya masyarakat dan
negara.
(4) Agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.
Masyarakat
Malaysia berbilang kaum dan agama. Institusi agama sangat penting dalam
membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini
dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri
individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. la juga
dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai
institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan
pentadbiran. Oleh yang demikian, institusi agama dan kepelbagaian agama
perlu ditangani sebaik mungkin.
(5) Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;
• Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama; dan
• Peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.
Institusi
ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui
proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Bergerak dalam
ruang ini ialah banyak syarikat korporat dan syarikat besar lain, di
samping perusahaan sederhana dan keci!. Mereka telah membuat sumbangan
penting kepada kemajuan negara dan kemakmuran rakyat Malaysia pada hari
ini. Selain itu terdapat organisasi ya~ mewakili kepentingan majikan dan
kepentingan
pekerja. Organisasi ini memainkan peranan masing-masing dalam
memelihara hubungan yang membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan
dilaksanakan dengan berkesan.
(6) Agenda Integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai objektit berikut:
• Pemantapan integriti sektor korporat;
• Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan
• Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.
Malaysia
adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi dengan
pemerintah dipilih melalui pilihan raya. Sistem ini menggabungkan
institusi raja berperlembagaan dengan sistem pemerintahan berparti di
peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya dijalankan secara
berkala. Sistem ini, yang sudah dilaksanakan semenjak kemerdekaan,
terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan
pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Justeru, sistem ini perlu
dipertahankan dan dikembangkan manakala pelbagai kelemahan dan
kekurangannya diperbaiki.
Cabaran
terbesar parti dan ahli politik, terutamanya bagi parti yang memegang
kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang
kian meningkat. Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia
luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka. Dengan itu, mereka
semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan
hak mereka itu. Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang
bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Justeru, rakyat
menuntut mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa supaya
bersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat
demi kepentingan rakyat dan negara. Bahkan, rakyat meletakkan parti dan
ahli politik di bawah kanta mikroskop untuk dinilai. Selain itu, rakyat
mahukan gelaran "Yang Berhormat" menjadi "Yang Berkhidmat". Wakil-wakil
Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika dan prinsip "bekerja
bersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara".
(7) Agenda Integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;
• Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;
•
Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik
yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan •
Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus
terbaik.
Institusi
pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik di negara membangun.
Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan
tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara. Pentadbiran merupakan
aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang
dilaksanakan oleh Kerajaan. Pentadbiran sektor awam adalah peneraju
utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. Sistem
penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat
perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan
hidup rakyat. Oleh yang demikian, integriti jentera pentadbiran sangat
penting ditangani.
(8) Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan
• Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.
No comments:
Post a Comment