Badan Legislatif (bab 1)
Badan Legislatif
Pemisahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama ini dibuat supaya penumpuan kuasa tidak berlaku kepada mana-mana pihak
1. Badan Legislatif
Badan legislative ialah badan perundangan yang berfungsi sebagai penggubal undang-undang dan dasar-dasar negara.
2. Badan Eksekutif
Terdiri daripada Presiden dan/atau Perdana Menteri dan jemaah menterinya (kabinet).
3. Badan Kehakiman ( Judiciary )
Terdiri daripada hakim-hakim dan mahkamah-mahkamah yang berada di bawah pentadbiran mereka yang fungsi utamanya ialah memastikan keadilan ditegakkan dan menghukum dengan sewajarnya mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan negara.
- Badan legislative ialah badan perundangan yang berfungsi sebagai penggubal undang-undang dan dasar-dasar negara.
- Badan legislatif atau badan perundangan ini dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia seperti Parlimen, Kongres, Diet, Knesset, Bundestag, Duma dan sebagainya.
- Terdapat perbezaan dalam struktur badan perundangan di antara sebuah negara dengan negara yang lain.
- Namun begitu, pada umumnya, banyak negara mempunyai struktur legislatif yang terdiri daripada dua buah dewan perundangan, yakni dewan rendah dan dewan tertinggi.
- Negara yang mempunyai sistem dua dewan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Malaysia dikenali sebagai sistem ‘bicameral’, manakala negara yang mempunyai hanya satu dewan perundangan seperti Australia dikenali sebagai sistem ‘unicameral’.
- Walau pun sistem bicameral dikatakan sebagai sistem yang lebih baik kerana dapat mewujudkan pandangan kedua (second opinion) sebelum sesuatu rang undang-undang atau dasar negara diluluskan, namun bagi negara yang mengamalkan sistem satu dewan tidak pula mencacatkan amalan demokrasinya.
Pemisahan kuasa kerajaan kepada tiga badan utama ini dibuat supaya penumpuan kuasa tidak berlaku kepada mana-mana pihak
1. Badan Legislatif
Badan legislative ialah badan perundangan yang berfungsi sebagai penggubal undang-undang dan dasar-dasar negara.
2. Badan Eksekutif
Terdiri daripada Presiden dan/atau Perdana Menteri dan jemaah menterinya (kabinet).
3. Badan Kehakiman ( Judiciary )
Terdiri daripada hakim-hakim dan mahkamah-mahkamah yang berada di bawah pentadbiran mereka yang fungsi utamanya ialah memastikan keadilan ditegakkan dan menghukum dengan sewajarnya mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan negara.
Unsur Tradisi Perlembagaan
- Perlembagaan merupakan satu konsep yang sangat penting di dalam sistem politik moden masa kini.
- Perlembagaan yang pada umumnya menjadi undang-undang utama bagi sesebuah negara merupakan asas atau panduan terpenting bagi perjalanan pemerintahan sesebuah negara.
- Ia juga menjadi simbol kedaulatan negara.
- Umumnya, perlembagaan merupakan susunan prinsip undang-undang yang menentukan kuasa pemerintah, hak-hak mereka yang diperintah (rakyat) dan sifat perhubungan kuasa antara kedua-duanya.
Pertamanya, ia berhubung dengan institusi politik asasi bagi sesebuah negara (yakni, sesuatu yang setiap negara yang mempunyai sistem kerajaan yang tersusun rapi seharusnya memilikinya).
Kedua, perlembagaan merupakan satu dokumen bertulis yang mentakrifkan susunan institusi-institusi politik pemerintahan negara serta hak-hak rakyat di dalam negara berkenaan.
- Berdasarkan takrifan yang diberikan di atas, kita dapat membuat beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan, iaitu
(i) Perlembagaan merupakan undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.
(ii) Ia juga menjadi kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara.
(iii) Ia merupakan undang-undang tertinggi dan asas semua undang-undang lain di dalam negara.
(iv) Ia menjadi rujukan tentang aspirasi dan plan induk pemerintahan negara.
(iv) Ia menjadi rujukan tentang aspirasi dan plan induk pemerintahan negara.
(v) Ia mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara.
Sumber Undang² (Bertulis/Tak Bertulis)
Menurut Suffian Hashim (1990:113) di Malaysia, terdapat lapan sumber undang-undang, iaitu
1. Perlembagaan
Ia merangkumi sama ada Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri.
Perkara 4(1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.”
2. Statut
Statut meliputi sama ada akta, ordinan atau enakmen.
Akta ialah undang undang bertulis yang diperbuat oleh Parlimen.
Undang-undang bertulis yang dibuat oleh Dewan-dewan Undangan Negeri dipanggil Enakmen, kecuali bagi Sabah dan Sarawak ia dipanggil ordinan.
3. Perundangan subsidiari atau perundangan perwakilan
Perlembagaan Malaysia memberi kuasa perundangan kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Walau bagaimanapun hanya sebahagian kecil perundangan yang dibuat secara langsung oleh badan perundangan dan sebahagian besar perundangan kini dibuat oleh pihak eksekutif.
Pihak eksekutif membuat perundangan-perundangan tersebut melalui kuasa yang diberikan kepada mereka oleh badan perundangan (Ahmad Ibrahim, Ahilemah, 1992: 137).
Semasa merangka sesuatu perundangan, badan perundangan lazimnya mengehadkan diri mereka kepada polisi-polisi awam dan polisi-polisi mengenai perkara-perkara yang berkaitan sahaja dan memberi kuasa kepada agensi yang lain untuk melaksanakan serta menjalankan polisi yang telah dibuat.
Ia merupakan undang-undang yang digubal oleh badan atau individu yang diberi kuasa oleh undang-undang.
Undangundang yang lahir daripadanya dipanggil peraturan, kaedah atau regulasi.
4. Keputusan hakim dalam sesuatu perbicaraan
Ia adalah keputusan hakim dalam perkara undang-undang yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi yang belum diakas atau ditolak oleh Mahkamah yang lebih tinggi daripadanya.
Keputusan hakim itu akan mengikat semua keputusan mahkamah rendah. Ia dikenali sebagai doktrin duluan mengikat (Doctrine of Judicial Binding Precedent).

Keputusan-keputusan mahkamah ini menjadi sumber tidak bertulissdi Malaysia. Itu pun sekiranya tiada undang-undang bertulis mengenainya. Ini bermakna, hanya keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sahaja yang dijadikan sumber undangundang tidak bertulis.
Keputusan Mahkamah Persekutuan akan diikuti oleh Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah-mahkamah Tinggi dan Mahkamah bahawan.
Keputusan Mahkamah Pesekutuan yang lepas akan diikuti oleh Mahkamah Pesekutuan yang membicarakan kes yang sama pada masa akan datang.
Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi pula akan diikuti oleh mahkamah-mahkamah bawahan yang lain.
Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi lain tidak semestinya mengikut keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Namun ia boleh memilih untuk mengikut keputusan yang telah dicapai oleh seseutu Mahkamah Tinggi lain.
Manakala Mahkamah-mahkamah bawahan tidak perlu diikuti oleh mahkamahmahkamah bawahan yang lain, apatah lagi mahkamah yang lebih tinggi hierarkinya.
5. Undang-undang Islam
Ia merupakan sumber hukum utama kepada kaum muslimin di Malaysia.
Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Hukum Islam terpakai dalam semua aspek kegiatan hidup umat Islam.
Ia merangkumi aspek pentadbiran undang-undang Islam di bawah agensi Kerajaan yang berkaitan agama Islam seperti Mahkamah Syariah, ibadat, jenayah, kontrak, kemasyarakatan, harta, keluarga, pesaka, matrimoni dan sebagainya.
Ia terkandung di dalam al-Quran, Hadis, undang-undang yang dipersetujui oleh para ulama’ dan fuqaha’ serta yang terkandung dalam adat setempat.
6. Undang-undang Hindu
Menurut orang-orang Hindu, sebahagian daripada undang-undang ini datangnya daripada Tuhan dan sebahagian besarnya daripada adat.
Ia digunakan hanya untuk orang Hindu sahaja berkaitan dengan undangundang diri sahaja.
Contohnya ialah sistem penyatuan keluarga Hindu yang diiktiraf dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sivil.
7. Undang-undang adat
Adat tempatan di Malaysia juga menjadi sumber undang-undang tidak bertulis.
Contohnya ialah adat Hindu akan digunakan bagi penganut agama Hindu.
Adat resam Cina akan digunakan bagi orang-orang Cina dan adat-adat suku orang Asli pula digunakan sebagai salah satu undangundang untuk orang-orang Asli.
Adat Melayu yang tidak berlawanan dengan hukum Islam akan digunakan sebagai sebahagian daripada undang-undang untuk orang Melayu dan bumiputera yang beragama Islam.
Adat Perpatih dan adat Temenggung di Semenanjung Malaysia dan adat-adat tempatan di Sabah dan Sarawak adalah adat Melayu yang digunakan lagi dan menjadi sebahgian daripada undang-undang.
Contoh terbaik ialah adat harta sepencarian telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada undang-undang, dan ia diiktiraf sebagai sebahagian undang-undang dan diiktiraf oleh Undang-undang Islam. bagi memahami lebih lanjut mengenai persoalan harta sepencarian ini, beberapa kes yang menarik bolehlah dirujuk seperti Roberts lwn Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163, Boto’ Binte Taha lwn Jaafar bin Muhammad [1985] 2 MLJ 98 dan Zainuddin lwn Anita [1982] 4 J.H 73.
8. Common Law Inggeris dan peraturan ekuiti
Penggunaan kedua-dua sumber undang-undang ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Undang-undang Sivil 1956.
Mengikut Akta ini, Common Law dan peraturan ekuiti tersebut akan digunakan kecuali terdapat peruntukan yang dibuat oleh undang-undang bertulis tempatan.
Ia juga digunakan setakat yang diizinkan oleh undang-undang negeri-negeri di Malaysia dan penduduknya, serta bergantung kepada keperluan tempatan.
Daripada senarai di atas, tiga sumber yang pertama dikenali sebagai undang-undang bertulis, manakala bakinya ialah undang-undang tidak bertulis.
Undang-undang tidak bertulis bukanlah undang-undang yang tidak ditulis.
Ia adalah sekumpulan undang-undang yang tidak melalui proses perundangan formal iaitu melalui kelulusan dewan perundangan.
Undang-undang bertulis adalah undang-undang yang ditulis oleh penggubal undang-undang, diluluskan oleh dewan perundangan dan diterbitkan secara formal oleh Jabatan Percetakan Negara dan boleh dibeli oleh sesiapa jua.
No comments:
Post a Comment