Friday, 14 February 2020

GMGA – 25 OGOS 2019

Image result for perlembagaan malaysia


Berdasarkan penyataan di atas anda dikehendaki membincangkan mengenai prosedur pembuatan undang2 yang dilaksanakan dalam Majlis Parlimen , Perbincangan perlu merangkumi tugas dan tanggung jawab YDP Dewan


  • Rang undang-undang boleh dimulakan dalam mana-mana Dewan Parlimen.
  • Walau bagaimanapun, rang undang-undang yang berkaitan dengan kewangan mestilah dimulakan di Dewan Rakyat.
  • Ini adalah kerana dewan Rakyat berkuasa dalam hal ehwal kewangan.
  • Rang undangundang juga mestilah dikemukakan oleh seorang menteri.
  • Rang undang-undang yang hendak dibentang dalam Dewan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Dewan Parlimen itu.
  • Pembentangan Rang Undang2 ada 2 sumber :-

(1) Rang Undang-undang Persendirian
Jika rang undang-undang persendirian, perlulah mendapatkan kebenaran sebulan lebih awal dan hendaklah disiarkan tujuan pembentangannya dalam warta kerajaan terlebih dahulu.

(2) Rang Undang undang dari Menteri (kerajaan)
1. Apabila seorang menteri hendak membentangkan rang undang-undang di Parlimen, mula-mula dia akan merangkakan dasarnya selepas berunding dengan Peguam Negara.
2.  Setelah itu menteri berkenaan akan memperolehi izin Jemaah Menteri.
3. Setelah itu, pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan rang undang-undang itu turut dirundingi.
4.  Kemudian, sesudah mendapat lampu hijau dari Menteri Kabinet yang lain, rang undang-undang itu digubal oleh Penggubal Undang-undang.
5. Menteri akan memberitahu kepada Sutiausaha Dewan rakyat dan Dewan Negara tentang tujuan hendak mengemukakan rang undang-undang itu.
6. Setiausaha akan mengarahkan supaya draf itu dicetak dan diagih-agihkan kepada semua ahli Dewan.

Dalam Parlimen, sesuatu rang undang itu akan melalui empat peringkat iaitu :-
1. Bacaan pertama.
2. Bacaan Kedua.
3. Peringkat Jawatankuasa.
4. Bacaan Ketiga.

Bacaan Pertama

·    Bacaan Pertama ialah bacaan tajuk rang undang-undang sahaja.
·  Ia dilakukan oleh Setiausaha Dewan, ketika rang undang-undang itu dikemukakan oleh pencadangnya.

·   Apabila rang undang-undang itu telah dibaca untuk kali pertama, rang undang-undang itu akan dicetak dan selepas itu menunggu untuk dibaca kali kedua.
·    Bagi rang undang-undang yang dikemukakan secara persendirian, apabia sudah dibaca kali pertama, rang undang-undang adalah terserah kepada menteri yang bertanggung jawab untuk mengambil tindakan selepas itu

Bacaan Kedua

·    Bacaan Kedua merupakan peringkat yang paling mustahak.
·    Pada peringkat ini prinsip-prinsip am rang undang-undang itu dibahaskan.
·   Perbincangan mengenai butir-butir rang undang-undang tidak dibenarkan pada peringkai ini.
·   Sesuatu rang undang-undang tidak boleh dibaca untuk kali kedua sehingga ia telah dicetak dan diedarkan kepada setiap ahli.

Peringkat Jawatankuasa

·   Setelah selesai dibahaskan di peringkat bacaan kedua, Dewan Rakyat dengan sendirinya tanpa perlu diusulkan beribah menjadi jawatankuasa seluruh Dewaan.
·  Pada peringkat ini ahliahli boleh membincangkan butir-butir rang undang-undang dalam suasana tidak formal.

·     Seseorang ahli boleh bercakap seberapa kerap yang boleh.

·   Butir-butir rang undang-undang itu tidak dibincangkan keseluruhan sekali gus, sebaliknya mengikut peraturan yang tertentu.
·    Mula-mula fasalnya dipertimbangkan mengikut susunan sebagaimana yang terdapat dalam rang undang-undang itu, kemudian jadualnya dan akhir sekali mukaddimahnya.
·  Setelah selesai berbincang di peringkat jawatan kuasa, Menteri yang berkenaan akan mengusulkan supaya rang undang-undang dilaporkan kepada Dewan, jika dipersetujui, jawatankuasa seluruh Dewan bertukar menjadi persidangan seluruh Dewan semula.

Bacaan Ketiga
·   
    Apabila Dewan bersidang semula, Menteri akan melaporkan kepada Dewan bahawa rang undang-undang itu telah dipertimbangkan pada peringkat jawatan kuasa dan dipersetujui dengan atau tanpa pindaan.
·    Beliau mengusulkan supaya rang undang-undang dibaca untuk kali ketiga serta diluluskan.
·     Apabila usul ini dipersetujui, rang undang-undang itu pun diluluskan sewajarnya.

Dikemukakan di Dewan Negara
·    
     Dikemukakan kepada Dewan Negara yang akan melalui peringkat perbincangan yang sama dengan yang dilalui di Dewan Rakyat.
· Jika rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara, ia kemudiannya dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong dan rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila dipersetujui baginda.

Memperolehi Perkenan Baginga YDPA

·  Apabila perkenan baginda diperolehi, cap mohor akan diturunkan kepada rang undang-undang itu.
·    Ia kemudiannya disiarkan dalam Warta Kerajaan.
·    Lazimnya sesuatu undang-undang akan berkuatkuasa setelah disiarkan.
·  Bagaimanapun Parlimen boleh memperuntukkan di dalam undang-undang itu supaya ia dikuat kuasakan kebelakangan

Soalan Dua
Berdasarkan pernyataan di atas bincangkan secara kritis 3 aspek yang termaktub dalam Perkara 153 berhubung Hak Istimewa Orang Melayu dan bumiputra dalam perlembagaan Malaysia..

Peruntukan yang berhubung dengan hak-hak istimewa orang Melayu dimaktubkan di dalam Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 153.

Perkara 153 (1) menyebut bahawa,

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Peruntukan Perkara 40 dan perutukan Perkara ini, Yang di Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri–negeri Sabah dan Sarawak menentukan perezapan bagi orang Melayu dan Bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di Pertuan Agong.  mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh yang di Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau perniagaan, dan perezapan permit dan lessen.
7.     
  Perkara 153 (8A), Perlembagan menambah bahawa Yang di Pertuan Agong boleh mengarahkan pihak berkuasa Universiti, Maktab atau yayasan pelajaran yang memberi pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia menetapkan sejumlah perezapan tempat untuk orang Melayu dan bumiputra Sabah serta Sarawak. Perezapan ini pada masa sekarang lebih dikenali sebagai kuota kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Amalan yang biasa berlaku ialah 55 peratus tempat untuk Melayu dan Bumiputra dan 45 peratus bukan Melayu.
   Amalan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam yang dilakukan di Malaysia adalah mengikut nisbah 1:4.
·   Setiap seorang bukan Melayu yang diambil ke dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, maka empat tempat lagi dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputra.
·  Dalam aspek penyertaan dalam bidang ekonomi pula, selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970, kerajaan menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan Bumiputra diperhatikan.
SOALAN TIGA
Bincangkan kedudukan Mahkamah Syariah berdasarkan kes kes yang diputuskan oleh mahkamah sebelum dan selepas perkara 121 Perlembagaan Malaysia 1988.

sebelum pindaan  121 , mahkamah sivil bole mencampuri dan mempunyai kuasa untuk mencampuri perkara yang terletak dalam bidang mahkamah syariah .. dilihat daripada beberapa kes ;

(1) Ainaan Lawan Syed Abu Bakar 1939
- mahkamah sivil mengatakan , seorang bayi yang lahir slps 4 bulan perkahwinan adalah sah anak kepada lelaki islam tersebut mengikut akta keterangan 1950. sedangkan perkara ini adalah bertentangan dengan Islam.

(2) Commisioner Religous Affair Terengganu Lawan Tengku Mariam
- keesahan wakaf yang telah dibuat oleh Tenku Chik untuk keluarganya telah dipersoalkan dan dirujuk kepada Mahkamah Syariah dan mufti terengganu telah mengeluarkan fatwa mengesahkan wakaf tersebut tetapi telah dicabar di mahkamah sivil dan berjaya mengenepikan fatwa yang dikeluarkan oleh mufti tersebut.

Akibat daripada campurntangan mahkamah sivil , maka satu Akta (pindaan) perlembagaan 1988 telah diluluskan dgn satu klausa baru berbunyi :- Mahkamah2 yang dirujuk de dalam klausa (1) iaitu mahkamah tinggi sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas mana mana perkara yang tertakluk dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Berikutan pindaan ini dalam kes Faridah Dato Talib Lawan Mohd Habibullah Mahmod (1993) , Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa mahkamah tinggi tidak layak mendengar kes yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah syariah.





No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...