Thursday, 13 February 2020

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 Image result for parlimen malaysia

KOD KURSUS : GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TARIKH : 9 FEBRUARI 2018

1.Bincangkan 4 CIRI perlembangaan persekutuan malaysia yang digunapakai sekarang..

Antara ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut: 

(i) Malaysia adalah sebuah persekutuan: 

Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan. Ini jelas sekali terbayang di dalam Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan. Malaysia terbentuk melalui gabungan beberapa buah kerajaan negeri dan mempunyai sebuah kerajaan pusat. Kerajaan Pusat terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, jemaah menteri yang dipimpin oleh Perdana Menteri dan seluruh anggota perkhidmatan awam. 

(ii) Raja berpelembagaan: 

Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi dalam negara Malaysia. Walaupun begitu, baginda tidak menjalankan pemerintahan secara bersendirian dan secara langsung. Baginda dan raja-raja di peringkat negeri memerintah dengan nasihat para eksekutif iaitu Perdana Menteri dan kabinetnya serta pihak yang diberikan kuasa di peringkat Persekutuan, manakala Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Negeri serta pihak yang diberi kuasa di peringkat negeri. Tun Sufian (1990: 15-6) menulis: “Di dalam negara yang mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan, selalunya Perdana Menteri yang dipilih akan dipersalahkan atas dasar-dasar yang tidak popular dan menghadapi risiko digantikan oleh orang lain dalam sesuatu pilihan raya. Perdana Menteri datang dan pergi, tetapi raja kekal buat selama-lamanya”. 

(iii) Negara Demokrasi berparlimen: 

Malaysia mengamalkan bukan sahaja sistem demokrasi tetapi juga demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi bertnunjangkan amalan pilihan raya untuk 37 memilih perwakilan. Perwakilan yang dipilih ke parlimen akan membentuk kerajaan yang akan memerintah negara. Para perwakilan ke dewan perundangan ini juga mempunyai kuasa menggubal undang-undang yang akan diguna pakai di dalam negara. 

(iv) Islam agama Persekutuan: 

Islam telah ditetapkan menjadi Agama Persekutuan. Namun begitu kebebasan beragama tetap dijamin. 

(v) Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi:

Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menonjolkan satu ciri khusus kepada Perlembagaan ini iaitu ia adalah undang-undang tertinggi dalam negara. 

(vi) Pengasingan kuasa: 

Tiga cabang kuasa yang dibahagikan dikendalikan oleh 
- badan legislatif, 
- badan eksekutif dan 
- badan kehakiman.


2. 5 dimensi Politik Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Huraikan 5 aspek tersebut di masukkan dalam perlembagaan Malaysia

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dignakan untuk melihat dan mengkaji Perlembagaan Malaysia. Di dalam kursus ini kita akan mengkaji Perlembagaan Malaysia dengan melihatnya dari empat sudut utama iaitu 
(i) Dimensi politik.
(ii) Dimensi pemerintahan. 
(iii) Dimensi Hak Asasi Manusia dan Pengurusan Keselamatan Negara 
(iv) Dimensi Pengurusan Kewangan Negara 

Aspek-aspek Perlembagaan Malaysia yang dapat dikategorikan sebagai dimensi politik ialah seperti berikut: 

(i) Kewarganegaraan – Terkandung di dalam Bahagian 3 yang bermula dengan Perkara 14 hingga Perkara 31 dan Jadual 2. 

(ii) Bahasa Kebangsaan – Terkandung di dalam Perkara 152. 

(iii) Hak Keistimewaan Orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan Kepentingan sah kaum-kaum lain – Terkandung di dalam Perkara 153. 

(iv) Agama Islam – Terkandung di dalam Perkara 3. 

(v) Kedudukan Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu – Terkandung di dalam Perkara 32-40.


3. BINCANGKAN SECARA TERPERINCI KEDUDUKAN YDPA SEBAGAI RAJA BERPELEMBAGAAN SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA   

Di dalam perbincangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Reid sebelum pembentukan Perlembagaan Malaysia, hal-hal yang menyentuh tentang kedudukan Raja-Raja Melayu telah disyaratkan sebagai satu asas utama pembentukan Perlembagaan. Suruhanjaya yang ditugaskan itu disyaratkan agar meletakan perkara yang boleh menjamin kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua tertinggi di negeri masing-masing.

Satu jawatan baru dan penting yang telah diwujudkan oleh perlembagaan ialah Yang Dipertuan Agong. Perkara 32 (1) Perelembagaan Malaysia menyatakan ‘Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama bagi Persekutuan, digelar Yang Dipertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan.’ Jawatan YDPA adalah satu jawatan yang baru tetapi menyerupai jawatan ‘Ratu’ di England.

Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa YDPA hendaklah dipilh oleh Majlis Raja-Raja (MRR). Apabila MRR bermesyuarat bagi maksud ini, MRR hendaklah merujuk kepada Perkara 2 Bahagian 1 di dalam Jadual Ketiga yang menyatakan ‘ . . . MRR hendaklah menawarkan jaeatan YDPA kepada raja yang layak untuk dipilih yang negerinya ialh yang pertama dalam senarai pemilihan dan jika raja itu tidak menerima jaeatan itu maka MRR hendaklah menawarkan jaeatan itu kepada raja yang negerinya ialah yang 93 kemudian selepas negeri yang pertama dalam senarai itu, dan demikianlah seterusnya sehingga seorang raja menerima jawatan itu’. 

Antara tugas penting YDPA yang digariskan oleh Perlembagaan ialah berhubung dengan pihak berkuasa kehakiman. 
Di dalam hal ini, Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh YDPA. 
Tetapi selepas pindaan yang dibuat pada tahun 1976, bagi tujuan menyegerakan perlantikan seorang hakim Mahkamah Tinggi, YDPA perlu bertindak untuk melantik hakim-hakim tersebut mengikut nasihat Ketua Hakim Negara. 
Malah di dalam hal pemecatan seorang hakim, YDPA perlu bertindak selepas mendapat tribunal yang dilantik memutuskannya. 
Di dalam Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan bahawa YDPA berkuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah. 
Mengikut Perkara 153 (1) pula YDPA juga adalah bertanggungjawab di dalam melindungi dan menjaga hak-hak istimewa orang-orang melayu dan kepentingan kaum-kaum yang lain mengikut perlembagaan. 
Berkenaan kuasa sebelum dan semasa darurat, kuasa YDPA telah diperuntukkan di dalam Perkara 150. 
Selain daripada itu, YDPA adalah ketua agama bagi negeri yang tiak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Labuan, Sabah dan Serawak. 
Baginda juga adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia serta mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuma yang diputuskan oleh Mahkamah Tentera.

4. ASPEK PEMBAHAGIAN KUASA DI ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI DARI SEGI KUASA PERUNDANGAN DAN KUASA MEMERINTAH BERDASARKAN PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA , BERIKAN CONTOH :-

Terdapat 2 kaedah bagi pengasingan kuasa tersebut iaitu :-
1. Kuasa Perundangan
2. Kuasa Memerintah

Senarai Persekutuan dan Negeri

A. Persekutuan
1. Hal ehwal negeri
2. pertahanan
3. keselamatan dalam negeri
4. undang undang acara sivil dan jenayah
5. kewarnegaraan dan warga asing
6. jentera kerajaan
7. kewangan
8. trade , perdagangan dan perusahaan.

B. Negeri
1. Hukum syarak , Undang2 diri / keluarga islam
2. Tanah
3. pertanian dan perhutanan
4. kerajaan tempatan
5. perkhidmatan tempatan
6. kerja-kerja negeri dan air
7. jentera kerajaan negeri
8. hari kelepasan negeri


5. BINCANGKAN 4 PENGISYTIHARAN DARURAT YANG PERNAH BERLAKU SEJAK TANAH MELAYU MERDEKA 1957 

Perkara 150 daripada Perlembagaan memberikan kuasa kepada Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sekiranya baginda berpuas hati bahawa darurat besar berlaku. Sebagai seorang raja mengikut perlembagaan melainkan mengenai perkara-perkara tertentu, baginda tidaklah melaksanakan fungsi-fungsinya mengikut Perlembagaan dengan budi bicara baginda sendiri. Baginda dikehendaki mengikut Perkara 40(1) dari perlembagaan untuk bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

1. Darurat Pertama – 3 September 1964 Pada tahun 1964 pula, Yang di Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat kedua pada 3 September 1964. Tujuan pengisytiharan darurat ini adalah untuk mencegah dasar konfrontasi yang dilancarkan oleh kerajaan Indonesia. Memandangkan keadaan negara berada pada waktu itu berada dalam tidak aman serta keselamatan rakyatnya terancam, maka Yang di Pertuan Agong di bawah perkara 150 Perlembagaan Malaysia telah mengisytiharkan darurat pada 3 September 1964. Pada 7 September 1964, seluruh Malaysia telah diisytiharkan menjadi kawasan keselamatan. 

2. Darurat Kedua – 14 September 1966 Perisytiharan darurat yang ketiga telah diisytiharkan pada 14 September 1966. Perisytiharan darurat ini dibuat dengan tujuan untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik yang membahayakan kedudukan keselamatan di negeri Sarawak. (Mohd Salleh, 13) Pertikaian politik ini timbul apabila Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu iaitu Datuk Stephen Kalong Ningkan enggan meletakkan jawatan apabila beliau dipecat oleh Yang di Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Openg. Datuk Stephen Kalong Ningkam (Ketua Menteri Sarawak) telah mencabar keputusan yang dibuat oleh Yang di Pertua Negeri Sarawak agar meletakkan jawatan di mahkamah. Pemangku Hakim Besar Mahkamah Tinggi Kuching ketika itu iaitu Tun Harley membuat keputusan bahawa Yang di Pertua Agong Sarawak di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri daripada jawatan beliau jika setelah satu undi tidak dipercaya diluluskan dalam Majlis Negeri.

3. Darurat Ketiga – 15 Mei 1969 Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan Yang di Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di seluruh persekutuan pada 15 Mei 1969. Tragedi 13 Mei 1969 adalah ekoran daripada pilihan raya yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969. Pada masa itu, pilihan raya belum tamat manakala keputusan pilihan raya masih lagi ditunggu-tunggu. Keadaan negara berada dalam suasana yang tidak aman dan tenteram. Semasa kempen pilihan raya, isu-isu yang menyentuh emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang sehingga membawa pergaduhan antara kaum. Suasana ini telah menjejaskan kehidupan orang ramai. Tambahan pula, dikatakan pada masa itu berlaku juga ancaman hasutan daripada komunis yang menimbulkan keadaan tidak tenteram. Oleh itu, suatu tindakan yang tertentu perlu dilakukan secepat mungkin demi menjaga keharmonian negara pada masa itu. Justeru itu, darurat telah diisytiharkan pada 15 Mei 1969 untuk mengembalikan negara kepada keadaaan asal serta menyatu-padukan semula perhubungan antara kaum di negara ini. 

4. Darurat Keempat – 8 November 1977 Perisytiharan darurat yang kelima telah dibuat oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Kabinet Persekutuan pada 8 November 1977. Perisytiharan ini dibuat semata-mata untuk meredakan ketidakstabilan 165 dan menyelesaikan pertikaian politik yang timbul di negeri Kelantan, yang pada masa itu diperintah oleh Parti PAS. (Mohd Salleh, 20) Menteri Besar Kelantan Datuk Haji. Mohd Nasir telah diminta untuk meletakkan jawatan oleh ahli-ahli PAS tetapi beliau enggan dan akhirnya 15 orang ahli majlis Undangan Negeri telah membuang undi tidak percaya.atas pergolakan ini. Disebabkan perkara ini maka beberapa rusuhan telah berlaku di negeri Kelantan di antara penyokong Datuk Haji Mohd. Nasir dan penentangnya. Atas rusuhan yang berlaku, darurat diisytiharkan untuk meminda perlembagaan dengan mengalihkan negeri Kelantan daripada Menteri Besar kepada pengarah Kerajaan. Kesan daripada darurat ini, negeri Kelantan diperintah oleh Pengarah Kerajaan sehingga tahun 1978 apabila pilihan raya diumumkan.




No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...