Tuesday, 11 February 2020

GMGA2033 Etika Pentadbiran Awam

GMGA2033 Etika Pentadbiran Awam


Bahagian A (60markah)
- Struktur
- Semua Bab
- Fokus Modul

✅MS 5/6

- Etika Deskriptif

Mohd. Nasir Omar (1986), ialah satu disiplin yang menerangkan tentang sejarah sistem moral, iaitu apakah sistem moral yang dianuti oleh seseorang individu atau oleh sekelompok masyarakat.

Ini bermakna etika deskriptif cuba menjelaskan bahawa terdapat pelbagai sistem moral yang efektif tetapi ia tidak membuat penilaian atau keputusan terhadap sistem moral tersebut.

- Etika Normatif

berkaitan dengan norma-norma atau standard-standard yang telah ditentukan. Contohnya, manusia lazim bertindak mengikut kepentingan diri masing-masing. Dari segi normatif akan dipersoalkan sama ada manusia harus (should) bertindak mengikut kepentingan diri masing-masing atau sepatutnya (ought to) bertindak atau berkelakuan mengikut kepentingan masing-masing

- Metaetika

metaetika berasal daripada perkataan awalan meta daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘melebihi’ atau ‘melampaui’.

pendekatan Etika Metaethics atau Analytic pula bersifat analitikal dalam dua cara.

Pertama ialah analisis bahasa etika metaethicists. Contohnya apa yang kita maksudkan apabila kita menyebut perkataan ‘baik’. Adakah perkataan ‘baik’ tersebut menggambarkan maksud yang sama bagi semua manusia atau ia mungkin ditafsirkan dengan maksud yang berbeza oleh individu yang berbeza.

Kedua, menganalisis sejauh mana rasionalnya sistem etika iaitu aspek logik dan alasan-alasan yang diberikan oleh pelbagai penganalisis etika.

Ahli-ahli etika metaethics memfokuskan kepada aspek bahasa dan logik kerana mereka tidak dapat menetapkan secara jelas satu sistem yang dikatakan beretika dan perlu dipatuhi oleh semua. Ini kerana manusia hidup dalam dunia, budaya dan persekitaran yang bukan sahaja berbeza malah juga kompleks

✅MS 14/19

- Teori Teleological / Consequentialist Theory

Teori consequentalist turut dikenali sebagai teori teleological.
Teori ini menekankan sama ada tindakan dan keputusan yang dibuat itu baik atau buruk dan betul atau salah bergantung kepada akibat daripada tindakan atau keputusan tersebut.
Dalam apa jua situasi yang berlaku kesan atau akibat yang baik daripada sesuatu tindakan dilihat sebagai tindakan yang bermoral dan beretika.
Walau bagimanapun, teori consequentalist ini tidak akan memberi panduan dan maklumat melainkan ia digabungkan dengan teori serta melihat kepada akibat dan kesan daripada sesuatu tindakan itu. Dalam membicarakan teori consequentalist terdapat dua teori utama yang boleh diperincikan untuk maklumat para pelajar.
Kedua-dua teori ini berpendapat bahawa manusia sepatutnya bertingkah laku serta mempunyai perangai yang baik, di samping perlu untuk menghasilkan sesuatu yang baik.


- Teori Deontological / Non-Consequentialist Theory

Teori non-conseqeuntialist atau turut dikenali sebagai teori deontological tidak melihat kesan atau keputusan tindakan seseorang individu tetapi perbuatan atau tindakan yang dilakukan dilihat sebagai satu yang penting yang menentukan sama ada bermoral atau sebaliknya. Sebagaimana utilitarian, deontological turut terbahagi kepada dua iaitu act dan rule.

✅MS 41

- Aspek Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam

Program penerapan nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam ada dinyatakan dalam Tonggak 12 juga merangkumi lima aspek berikut:
(i) Nilai-nilai peribadi asas iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, tekun dan sederhana.
(ii) Nilai-nilai yang mengutamakan pelanggan iaitu berbudi mulia, bersabar, sopan santun dan peramah.
(iii) Nilai-nilai kepimpinan iaitu adil, berani dan syura.
(iv) Nilai-nilai profesionalisme, iaitu produktiviti dan kualiti.
(v) Nilai-nilai keagamaan iaitu bersyukur, beriman dan bertakwa.


✅MS64/67

- Peranan Pentadbir Awam
- 3 Nilai Pentadbir Awam

1. Semangat Awam

2. Berhati-Hati

3. Keutamaan Kewarasan


✅MS 71

- Wristleblower

Walaupun whistleblowing sebenarnya sama dengan jenis pertikaian organisasi yang lain (contohnya antara jabatan atau antara pekerja dan majikan), namun terdapat ciri-cirinya yang berlainan. Ia berbeza dengan jenis pertikaian organisasi yang lain dan boleh dibahagikan secara berkumpulan kepada tiga aspek prosedur dan substantive yang berlainan iaitu

(i) Sikap mementingkan diri sendiri yang jelas tidak wujud di pihak yang memulakan aduan pertikaian.
(ii) Ketaksamaan (asymmetry) pembahagian kuasa.
(iii) Tiada mekanisme-mekanisme pembangunan penyelesaian masalah yang baik dan neutral.



✅MS139
- Penyertaan Awam

✅MS178
- Faktor Menyumbang Gejala Rasuah


  • Terdapat pelbagai faktor dan fenomena yang boleh menyumbang kepada jenayah rasuah. 
  • Antaranya ialah sikap dan keperibadian seseorang yang tidak bermoral dan tidak beretika dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya. 
  • Ini dikaitkan dengan sikap tamak, tidak jujur, pentingkan diri dan terlalu mementingkan kebendaan tanpa mengambil kira aspek halal haram. 
  • Contohnya ialah sikap penjawat awam yang memberikan tender kepada seseorang kontraktor walaupun terdapat kontraktor lain yang lebih layak kerana menerima faedah atau apa-apa suapan daripada kontraktor berkenaan. 
  • Pengalaman BPR sendiri dalam mengendalikan kes-kes rasuah turut menyenaraikan aspek kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan elemen keagamaan sebagai punca utama jenayah rasuah (http://www.jaring.my/bpr/bm/punca.htm, 26 April 2004). 
  • Faktor yang seterusnya ialah kekurangan penyeliaan dan pengawasan daripada pihak atasan. 
  • Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu mengambil kesempatan daripada sesuatu situasi khususnya apabila tindakan yang dilakukan tidak disemak semula (tiada check and balance) daripada pihak atasan.
  • Contohnya kes seperti keutamaan layanan kaunter, penerimaan borang yang melepasi tarikh dan sebagainya lagi yang melibatkan kuasa budi bicara tanpa pengawasan pihak atasan. 
  • Lazimnya kes-kes seperti ini walaupun kecil dan tidak menyebabkan kerugian yang besar, namun jika berterusan boleh membawa kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang merosakkan imej organisasi dan mengurangkan kredibiliti sektor awam di mata rakyat. 
  • Selain itu, terdapat juga kes-kes rasuah yang berlaku akibat daripada kelemahan dan kelonggaran sistem pelaksanaan kerja itu sendiri serta peraturan-peraturan yang ada. 
  • Tatacara dan peraturan yang longgar mahupun terlalu rigid menyebabkan sesebuah jabatan mudah terdedah kepada peluang-peluang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh para penjawat awam. 
  • Tatacara dan peraturan yang terlalu longgar menyebabkan mekanisme kawalan dan pengawasan kurang dan memungkinkan penjawat awam melibatkan diri kerana menyangka perlakuan tersebut tidak akan diketahui. 
  • Jika diketahui sekalipun mungkin tindakan tidak boleh diambil kerana tidak terdapat peraturan dan aspek perundangan mengenainya. 
  • Peraturan yang terlalu rigid pula mungkin melambatkan dan menyulitkan sesuatu urusan. 
  • Oleh itu, elemen suapan tertentu yang berbentuk wang ringgit, kebendaan dan pertolongan boleh digunakan untuk mengelakkan peraturan/tatacara tersebut. 
  • Faktor-faktor lain yang mungkin turut menyumbang kepada gejala ini adalah seperti kepimpinan yang lemah, sistem ganjaran yang kurang memuaskan dan ketiadaan pilihan. 
  • Kepimpinan yang lemah dikaitkan dengan ketua yang kurang komited, tidak mengambil berat akan tanggungjawab dan peranannya serta menunjukkan contoh yang tidak baik. 
  • Sistem ganjaran yang tidak menarik dan berpatutan juga boleh menjadi punca. 
  • Misalnya, gaji anggota polis terutamanya kakitangan peringkat bawahan yang tidak mencukupi untuk menyara kehidupun dengan selesa, sedangkan mereka bertanggungjawab dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang. 
  • Dalam sesetengah keadaan jenayah rasuah mungkin berlaku akibat terpaksa atau tiada pilihan khususnya apabila menerima ugutan. 
  • Walau apapun semua ini tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan perbuatan tersebut kerana amalan rasuah secara jelas adalah tidak bermoral dan boleh merosakkan pelbagai pihak.


Bahagian B (40 markah)

- Essei

- Bab 5 & 7

✅MS124

- Bahagian Hak dalam Perlembagaan Persekutuan


  • Maksud hak atau “rights” ini lebih mudah dijelaskan berdasarkan beban tanggungjawab atau kewajipan (“duties”) yang ditetapkan atau dikenakan. 
  • Menurut Louis (1998), hak atau “rights” merupakan tuntutan terhadap orang lain iaitu pada waktu yang sama termasuk kebebasan diri yang dimiliki oleh seseorang. 
  • Sebagai contoh, jika A telah berjanji untuk membayar RM30 sebagai upah membuat baju untuk B dan si B teleh melaksanakannya, oleh itu B mempunyai hak terhadap RM30 tersebut dan A bertanggungjawab atau berkewajipan (“have a duty”) untuk membayarnya. 
  • Hak memberi kita keistimewaan dan kelebihan tertentu. 
  • Sekiranya kita mempunyai hak, maka orang lain memerlukan justifikasi yang dapat diterima untuk menyekat atau menolak hak tersebut. 
  • Sebaliknya, sekiranya kita mempunyai hak atas sesuatu, kita juga memerlukan justifikasi untuk menyekat atau menghadkan kebebasan orang lain dalam melaksanakan hak tersebut. 
  • Sebagai contoh, A mempunyai kebebasan untuk mendengar muzik, tetapi A tidak boleh mendengar muzik sehingga mengganggu orang lain yang tinggal berdekatan kerana orang lain juga mempunyai hak untuk hidup aman damai tanpa diganggu oleh sebarang pencemaran bunyi yang terlalu kuat


✅MS132

- Kuasa Budi Bicara


  • Kuasa budi bicara merupakan kuasa yang diberikan oleh badan perundangan melalui peruntukan statut atau akta tertentu kepada badan eksekutif untuk melaksanakannya. 
  • Kuasa budi bicara yang dimiliki oleh eksekutif membolehkan mereka membuat sesuatu keputusan dengan memilih keputusan yang terbaik daripada beberapa alternatif keputusan yang ada. 
  • Tiada ukuran atau garis panduan tertentu dan ia ialah sesuatu yang subjektif. 
  • Sebagai contoh, terdapat perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam statut yang boleh merujuk kepada kuasa budi bicara iaitu, “jika difikirkan perlu”, “jika beliau berpuas hati” atau “jika difikirkan munasabah”. 
  • Perkataan munasabah, puas hati dan perlu di sini ialah sesuatu yang subjektif. 
  • Perkataan-perkataan tersebut tidak dapat diukur dan tiada kriteria tertentu yang boleh dijadikan panduan setakat mana harus pembuat keputusan telah berpuas hati, munasabah dan merasakan satu keperluan dalam membuat sesuatu keputusan. 
  • Kuasa pentadbiran banyak melibatkan kuasa budi bicara. 
  • Sebagai contoh dari segi kuasa meletakkan harga atau sesuatu bayaran termasuklah cukai, kerja awam (public works) seperti yang kita sedia maklum bahawa ia merupakan tugas umum sesebuah kerajaan untuk memastikan peruntukan yang memadai disediakan untuk jalan raya, pengangkutan, perumahan dan sebagainya. 
  • Seterusnya kuasa untuk memberi sesuatu lesen.


✅MS156

- Perintah AM


  • Perintah Am Bab ‘D’ ialah mengenai kelakuan dan tatatertib penjawat awam yang merangkumi senarai kelakuan dan tatatertib yang seharusnya dipatuhi atau dihindari oleh penjawat awam. 
  • Sekiranya berlaku perlanggaran terhadap perintah ini, maka seseorang penjawat awam itu boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuklah dibuang kerja atau diturunkan pangkat


- Peraturan Lembaga Tatatertib

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah menetapkan tatakelakuan dan peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh seseorang penjawat awam. 
Antara jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib ialah seperti berikut: 
Peraturan 4: Tatakelakuan 
Peraturan 4 telah menyenaraikan beberapa tatakelakuan atau perbuatan penjawat awam yang boleh dianggap melakukan kesalahan tatatertib yang membolehkan tindakan dan hukuman tatatertib dikenakan terhadapnya. 
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyenaraikan tatakelakuan-tatakelakuan dalam perkhidmatan awam seperti berikut: 

1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...