Thursday, 6 February 2020

PERKONGSIAN SOALAN EXAM GMGA 2033 21 NOVEMBER 2016


Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Buat nota sikit la untuk subjek GMGA 2033 - Etika Pentadbir Awam

Bahagian A

2. a. Kerajaan Elektronik (bab6)

Salah satu elemen penting yang boleh dikaitkan dengan penyertaan awam ialah usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan awam melalui Kerajaan Elektronik. 
Maksud penglibatan masyarakat di sini ialah hak dan tanggungjawab yang bukan sahaja melibatkan persoalan-persoalan teknikal tetapi penglibatan dalam proses membuat keputusan dan suatu dasar awam yang membentuk masa depan masyarakat dalam penubuhan Kerajaan Elektronik. 
Terdapat tujuh pegangan asas (milestones) bagi melahirkan kerajaan yang benar-benar melaksanakan aplikasi Kerajaan Elektronik.

(i) Integrasi dan penggabungan.
(ii) Pembangunan ekonomi. 
(iii) E-demokrasi. 
(iv) E-masyarakat. 
(v) Perhubungan antara agensi-agensi kerajaan. 
(vi) Dasar persekitaran. (
vii) Penggunaan internet yang meluas.

Sehubungan itu, setiap asas adalah saling bergantungan sama ada di peringkat kerajaan dan swasta. Rakyat pula memainkan peranan dalam usaha merealisasikan agenda kerajaan tersebut. 
Apabila majoriti rakyat mempunyai komputer dan capaian kepada internet serta mula mengundi dalam semua isu, kita diberitahu kesemua masalah perwakilan dalam sistem demokrasi akan dapat diatasi. Ia boleh menggalakkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan.

Penglibatan awam merupakan perkongsian antara diri kita sebagai rakyat dengan kerajaan. Ia merupakan penerimaan cabaran untuk bertanggungjawab dan penglibatan yang mengatasi kepentingan diri serta memungkinkan perubahan tingkah laku, kebiasaan dan sikap dalam membina prasarana sosial baru.
 
b. Masyarakat Sivil (bab6)

Masyarakat sivil ialah masyarakat yang hidup dalam sistem dan budaya politik moden serta mahukan kepada keterbukaan, transparen serta demokrasi yang telus daripada pemerintah. Inilah peranan yang telah dan perlu dimainkan oleh masyarakat sivil. 
 
Dalam erti kata lain peranan masyarakat sivil ini bukanlah bertujuan untuk berkuasa ataupun untuk mengambil alih kuasa tetapi ia berperanan agar demokrasi dan hak rakyat akan diberi keutamaan dan terjamin.

Secara keseluruhannya masyarakat sivil ini bolehlah ditakrifkan sebagaimana menurut Gellner (1995a: 32);

“Masyarakat sivil adalah satu set masyarakat yang bukan kerajaan tetapi berperanan untuk mengimbangkan kuasa yang ada pada kerajaan di samping itu ia juga berperanan dengan nilai kemanusiaan serta keamanan dan apa yang penting ialah ia mengelakkan daripada berlakunya dominasi kerajaan terhadap masyarakat majoriti.” 
Jelas kepada kita bahawa kewujudan masyarakat sivil merupakan satu aset penting bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas, demokrasi dan berwibawa. Bagi mewujudkan satu suasana yang kondusif dalam penyertaan awam ini, maka aspek penyertaan itu sendiri boleh dilihat dari dua aspek iaitu 

1. Penyertaan sebahagian (W ithout binding effect )

Penyertaan sebegini adalah sebahagian sahaja daripada rakyat namun keputusan muktamad dan mutlak terletak sepenuhnya kepada pihak berkuasa atau kerajaan selaku pembuat dasar.

2. Penyertaan penuh ( Binding effect)

 Dalam konteks ini pula rakyat mempunyai hak mutlak dan kuasa untuk menentukan sebarang keputusan yang bakal diambil.
 

3. Nyatakan 7 hukuman dalam tatatertib berdasarkan perintah Am bab D (bab7)

i) Amaran
ii) Lucut Hak Emolumen
iii) tangguh pergerakkan gaji
iv) turun gaji
v) turun pangkat
vi) diberhentikan


4. pelan tindakan dunia mencapai pembangunan mapan ke abad 21 dipersetujui 178 Ketua Negara di sidang kemuncak Brazil pada 1992. Pelan itu dinamakan Agen 21. bincang secara ringkas isi kandungan pelan ini bagaimana kerajaan boleh melaksanakan dengan jayanya...(bab6)

Agenda 21 mengandungi 40 Bab dalam 4 Seksyen berikut:

(i) Dimensi Sosial dan Ekonomi. 
(ii) Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk pembangunan. 
(iii) Memperkukuhkan peranan kumpulan utama (seperti wanita, kanakkanak, Pertubuhan Bukan Kerajaan - NGO dan Pihak Berkuasa Tempatan - PBT). 
(iv) Kaedah Pelaksanaan.

Di bawah Bab 28 dengan tajuk “Inisiatif PBT” dalam menyokong Agenda 21 menyatakan bahawa disebabkan banyak masalah dan penyelesaian disyorkan dalam Agenda 21 yang berakar umbi daripada aktiviti tempatan, penyertaan dan kerjasama PBT. Ini merupakan faktor penentu dalam memenuhi objektif AGENDA 21 ini. 

Bab 28 merujuk khas kepada PBT dan meminta PBT mengambil satu pendekatan positif dalam melaksanakan Agenda 21 ke arah pembangunan mapan di peringkat tempatan. Di bawah Seksyen 3 Agenda 21, kumpulan utama lain seperti wanita, kanak-kanak, NGO, remaja, pekerja, sektor niaga dan industri serta orang asli juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan Agenda 21 ke arah pembangunan mapan di peringkat tempatan. Seiring itu, ia dikenali sebagai Local Agenda 21 - Pelan tindakan tempatan ke arah pembangunan mapan pada abad 21. 
 
5. Bincangkan dengan ringkas peranan pentadbir awam dalam membantu kerajaan meningkatkan imej perkhidmatan awam.(bab1)

  • Perkhidmatan awam merupakan satu institusi yang penting dalam manamana kerajaan kerana ia dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan semua dasar, aspirasi dan peraturan demi pembangunan rakyat dan seterusnya negara. 
  • Oleh itu, anggota perkhidmatan awam mestilah menjalankan tugasnya dengan bersih, cekap dan amanah agar kredibilitinya tidak dipersoalkan dan sentiasa terpelihara. 
  • Oleh kerana perkhidmatan awam ditunjangi oleh para penjawat atau pentadbir awam, maka perkhidmatan awam yang berkualiti hanya dapat dihasilkan jika para pentadbir tersebut memiliki dua aspek keunggulan, iaitu keunggulan peribadi dan professional competency.
  • Keunggulan peribadi merujuk kepada sikap, pemikiran, dan tingkah laku yang diasaskan kepada nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, tekun, bertanggungjawab, adil dan lain-lain lagi
  • Professional competency pula merujuk kepada tahap profesionalisme yang tinggi iaitu cekap, mahir, produktif, inovatif, intelektual, bijak dan berwawasan.
6. Jelaskan maksud akauntabiliti berikut beserta contoh sesuai :-

a. Akauntabiliti menegak (vertical accountability


Horizontal and vertical accountability  

 7. Jelaskan konsep dengan contoh

a. Pentadbir yang baik (virtuous administrator) (bab4)

  • Pentadbir virtuous ialah pentadbir untuk rakyat (citizen administrator) dan begitu juga sebaliknya. Pentadbir virtuous dilantik oleh rakyat untuk bertindak bagi pihak mereka dalam mengejar kebaikan bersama yang diperoleh melalui komuniti politik.
  • Pentadbir untuk rakyat bukan saja terikat untuk menghormati komuniti yang ada tetapi memperluas perspektif dengan mengambil kira kepelbagaian komuniti yang menjadi simbol kepada komuniti politik yang sihat.
  • Memandangkan pentadbir awam bukan hanya bertindak sebagai rakyat tetapi juga pemegang amanah rakyat, amalan pentadbiran awam telah mengetengahkan tiga nilai utama yang patut dimiliki. Nilai-nilai tersebut ialah:
(i) Semangat awam (public spiritedness). 
(ii) Berhati-hati (prudence).  
(iii) Keutamaan rasionaliti (substantive rasionality).

b. Kuasa budi bicara (bab5)

  • Kuasa budi bicara merupakan kuasa yang diberikan oleh badan perundangan melalui peruntukan statut atau akta tertentu kepada badan eksekutif untuk melaksanakannya. 
  • Kuasa budi bicara yang dimiliki oleh eksekutif membolehkan mereka membuat sesuatu keputusan dengan memilih keputusan yang terbaik daripada beberapa alternatif keputusan yang ada. 
  • Tiada ukuran atau garis panduan tertentu dan ia ialah sesuatu yang subjektif. 

  • Sebagai contoh, 
terdapat perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam statut yang boleh merujuk kepada kuasa budi bicara iaitu, “jika difikirkan perlu”, “jika beliau berpuas hati” atau “jika difikirkan munasabah”. Perkataan munasabah, puas hati dan perlu di sini ialah sesuatu yang subjektif. Perkataan-perkataan tersebut tidak dapat diukur dan tiada kriteria tertentu yang boleh dijadikan panduan setakat mana harus pembuat keputusan telah berpuas hati, munasabah dan merasakan satu keperluan dalam membuat sesuatu keputusan.
 

BAHAGIAN B

1. Bincg 3 faktor penting kenapa penyertaan awam perlu dalam tadbir urus Kerajaan Tempatan masa kini.

a.  memberi ruang dan pendedahan kepada masyarakat dari tahap penglibatan dan proses yang berkaitan agar dapat memberikan input kepada masyarakat awam terhadap sebarang tindakan dan keputusan kerajaan. Pada masa yang sama, tindakan kerajaan ini telah banyak menimbulkan kesedaran dan keyakinan tinggi masyarakat awam terhadap proses pembuatan keputusan oleh kerajaan

b. dengan adanya bantahan dan tentangan dengan fakta yang betul maka tindakan kerajaan boleh diarahkan kepada satu tindakan yang beretika - contoh : Satu lagi contoh penyertaan awam boleh dilihat menerusi diskriminasi kaum yang berlaku di Amerika Syarikat. Isu tentang blacks and whites bukan lagi merupakan isu sampingan tetapi telah menjadi satu isu antarabangsa.
Diskriminasi berlaku dalam konteks bangsa, kekayaan dan pemilikan harta. Kesannya, individu blacks (kulit hitam) telah bangkit dan menentang birokrasi whites (kulit putih) dengan menghantar bantahan kepada kerajaan.

c.  memberi ruang kepada orang ramai untuk terlibat dalam proses pembuatan keputusan terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan pembangunan dan alam sekitar.  contoh : Di United Kingdom pula penyertaan awam dalam proses pembuatan keputusan telah bermula sekitar tahun 1967 lagi kesan daripada kejayaan yang telah dicapai oleh Amerika Syarikat. Hasil daripada penyertaan tersebut telah membawa kepada wujudnya The Future Development Plan: Town and Country Planning Act 1968.

2. Bincangkan 5 Garis panduan yang boleh membantu kakitangan awam untuk mengamalkan whistleblowing di tempat kerja.(bab4)

(1) whistleblowing sebenarnya sama dengan jenis pertikaian organisasi yang lain (contohnya antara jabatan atau antara pekerja dan majikan), namun terdapat ciri-cirinya yang berlainan. Ia berbeza dengan jenis pertikaian organisasi yang lain.

(2) Whistleblowing unik kerana ia melibatkan seseorang individu yang mengetengahkan pertikaian atau isu, terutama antara pihak ketiga yang tidak terlibat secara langsung dengan pekerjaan dan hubungan kontrak bersama majikan. Contohnya, pembayar cukai dan pemegang stok (stockholder). Pertikaian ini sebenarnya terletak kepada pihak ketiga kerana motivasi sebenar datang daripada mereka

(3) whistleblowing ialah faktor yang mendorong pihak yang menuntut untuk membongkar keburukan organisasi yang lebih bersifat kemanusiaan sejagat (altruism) berbanding sifat mementingkan diri sendiri. Mansbridge (1990) menyatakan keganasan peribadi oleh penyelia atau organisasi dipercayai boleh mempercepat dakwaan mengenai salah laku organisasi atau aktivitinya yang tidak sah. Dakwaan tersebut secara luarannya bersifat altruisme walaupun ia sebenarnya didorong oleh individu. 

(4) whistleblowing ialah ia biasanya melibatkan konflik antara dua pihak yang mempunyai kuasa yang tidak seimbang. Weinstan (1979) menegaskan bahawa whistleblowing melibatkan “percubaan untuk mengubah sistem birokrasi oleh satu pihak yang bekerja dalam organisasi tetapi tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk berbuat demikian”. 

(5) mana-mana organisasi yang memilih untuk tidak mempedulikan dakwaan whistleblower dan mencabar tuduhan tersebut boleh dengan mudah memindahkan ahli-ahli dalam organisasinya, perkhidmatan guaman dan juga jaringan penyokong-penyokong luaran untuk tidak bertindak balas terhadap dakwaan yang sah tersebut. Dengan itu yang pasti, seorang whistleblower boleh menjangka bahawa dia akan berhadapan dengan lawannya yang kekuatan kuasa luar biasanya banyak dan berstruktur. 
 *************JAWAPAN INI SAYA TAK PASTI SBB TAK DE RUJUKAN********


3.Bincangkan 4 nilai yang perlu ada pada setiap pentadbir awam bagi merealisasikan hasrat tersebut:-(bab3)

(a) Nilai-Nilai Peribadi Asas 

Nilai-nilai amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, tekun dan sederhana merupakan nilai asas yang perlu ada pada setiap anggota Perkhidmatan Awam. Seandainya nilai-nilai ini diketepikan sudah tentu ia akan merosakkan seluruh perjalanan pentadbiran negara. 

(b) Nilai-Nilai yang Mengutamakan Pelanggan

Penjawat awam yang berurusan dengan orang ramai terutama yang berkhidmat di kaunter, dikehendaki memiliki sifat-sifat tertentu seperti ceria, peramah, sabar dan sentiasa kelihatan bersedia melayani pelanggan. Nilainilai yang perlu diamalkan oleh penjawat awam ialah bersopan-santun, berbudi mulia, bersabar, peramah dan bertimbang rasa. Mereka dikehendaki bersedia membantu orang ramai atau pelanggan dan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan berkualiti.

(c) Nilai-Nilai Profesionalisme

Nilai profesionalisme yang sangat penting ialah berilmu atau berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti pengurusan, teknologi maklumat, komunikasi dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga perlu memiliki nilai-nilai seperti kreatif, inovatif, bermotivasi, akauntabiliti dan intergriti.  
(d) Nilai Produktiviti dan Kualiti

Perkhidmatan Awam menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti. Usaha-usaha dilihat melalui perlaksanaan PKPA Bil 4 Tahun 1991 iaitu “Garis panduan mengenai strategi-strategi peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan awam” dan PKPA Bil 1 Tahun 1992 mengenai “Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh”.


4. 6 startegi yang perlu dilaksanakan oleh agensi kerajaan bagi meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan awam malaysia.



No comments:

Post a Comment

Melaka Heritage Treasure Hunt 2024

                       Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan dan program yang tenang dan berpasukan..semua...